Pages

Thursday, June 18, 2009

PERKUKUHKAN JAMAAH


Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi
Idris Ahmad Thu Jun 18, 09 9:20:58 pm MYT

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis
Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.
Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.
Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.
Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.
Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.
Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.
Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.
Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.
Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.
Bersandarkan nas syara'
Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.
Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.
Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.
Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, June 17, 2009

SHEIKH FATHY YAKAN DALAM KENANGAN

Dalam perjalanan dari Kulai,Johor 14 Jun yang lalu saya singgah sebentar di TAnjung Keling Melaka.Sementelah lalu di kawasan yang jarang saya singgah ,saya mengambil keputusan bermalam di TAnjung keling sambil meraikan keinginan anak-anak memenuhi agenda cuti sekolah.

Sebelum melelapkan mata sempat saya onlinekan broadband saya untuk melihat perkembangan mutakhir.BAnyak berita sensasi memenuhi laman web dan laman blog yang berjebah itu.Hangat Muktamar PAS masih membahang,Runtuh bumbung Stadium kebanggaan rakyat terengganu masih menggeletek hati saya yang lansung tiada simpati.Tambah lagi isu kerajaan perpaduan,PRK manik urai mula mengambil ranking berita utama dan bermacam lagi berita.

Namun hati kecil saya terpana sebentar apabila melihat secebis berita tentang pemergian pemikir yang banyak menyumbang idea dalam gerakan Islam,Sheikh Fathy Yakan.Hati saya terus teringat buku karangan beliau :Bahtera Penyelamat dalam kehidupan Pendakwah yang sudah masuk bahagian akhir akan saya khatam bacaannya di sebuah MAsjid di Selangor.KArangan beliau yang mengambil tempat antara karangan yang menjadi rujukan gerakan Islam menjadikan pemergian beliau sebagai kehilangan besar kepada seluruh umat islam terutama mereka yang mendokong gerakan ISlam.

Semoga Allah merahmati beliau dan semoga pengorbanan menanam minda dengan asas perjuangan kukuh selama ini akan menjadi amal ibadah yang diredhai Allah.Al Fatehah.

BILA NIZAR JENTIK

Isk Isk Pening sungguh puak puak yang taasub UMNO dan BN ni.BAgaimana pula nizar dikatakan bawa undang undang rimba di parlimen.? Apa yang berlaku di DUN perak orang orang UMNO dah lupa kah? Kenapa UMNO suka sangat memperbodohkan rakyat Malaysia.Orang yang menggelabah dengan apa yang Nizar lakukan adalah orang yang terlalu cetek akalnya.Apa yang UMNO BN buat semua betul walaupun tak betul sebaliknya apa yang PAS buat semua salah walaupun betul. PAda catatan pendek ini suka saya ingatkan para pejuang ISLAM janganlah gundah gulana kerana "Musa AS yang merupakan NAbi utusan Allah menentang Firaun di katakan kafir oleh firaun" Inikan pula kita dituduh sesat ,biasalah tu.UMNO dan penyokong UMNO muhasabahlah diri...dah rasa tebal benarkah kulit nak berhadapan azab ALLAH .