Pages

Tuesday, October 27, 2009

SISIPAN DARI HARAKAH (ANDA PERLU BACA & HAYATI)

Rundingan Umno-PAS hanya umpan Muhyiddin

Nazri Abdullah

Tue | Oct 27, 09 | 10:35:16 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yasin umpama 'hidung tidak mancung, pipi tersorong- sorong' apabila mengambil kesempatan dengan cuba sekali lagi menawarkan rundingan Umno-PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan mengingatkan Timbalan Presiden Umno itu agar tidak cuba mengeluarkan kenyataan memecah belahkan perpaduan antara PAS dan Pakatan Rakyat.

"Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 26/10/2009.

"Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong," kenyataannya dipetik.

Katanya Pas berpendapat tindakan Muhyidin itu akibat berasa gelisah dengan perkembangan politik PAS di mana orang bukan Islam semakin menolak Umno dan menerima parti Islam itu.

Orang bukan Islam yang dahulunya ibarat 'tongkat sakti' dan 'balang oksigen' Umno kini katanya sudah hilang sakti dan kehabisan oksigennya.

Image Talian hayat Umno itu katanya kini sudah berpindah kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

"Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini.

"Umno sedar bahawa tongkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam," beritahunya lagi.

Umno kian bimbang katanya apabila menyedari generasi muda juga menyebelahi PAS.

Gabungan generasi muda, orang bukan Islam dan orang melayu menyokong PAS akan memberi kesan amat parah kepada parti pemerintah itu kerana jika Umno tumbang, penggantinya adalah PAS.

Oleh kerana ketakuitan itu katanya, Umno kini sedang memanipulasi isu Melayu Islam seolah olah Umno adalah harapan pembela Melayu Islam.

"Pas menyedari bahawa Umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau Umno kalah melayu dan Islam akan hancur.

"Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara Umno.

"Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas," katanya lagi.

Muhyiddin seperti dilaporkan media arus perdana Isnin lalu membuat kenyataan bahawa 'rundingan Umno-PAS masih terbuka'.

Ianya sebagai memberi tekanan kepada PAS berhubung persoalan terbaru Muktamar Khas sepeti yang dicadang Mursyidul Am, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu.

PAS sebelum ini pernah terpalit isu kerajaan perpaduan apabila dimanipulasi Umno BN.

Namun ianya diselesaikan dengan baik oleh PAS dan mengumumkan untuk terus memperkukuh hubungan bersama Pakatan Rakyat.

Manakala terbaru, PAS sekali lagi berdepan isu hampir sama apabila Nik Aziz mengeluarkan cadangan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas bagi menyelesai masalah kepimpinan parti.

Nik Aziz bagaimanapun bersetuju untuk hanya diadakan mesyuarat khas mengantikan muktamar seperti yang dicadangkan.

Manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam mengumumkan akan mengadakan Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa PAS esok bagi membincangkan perkara tersebut.

Ianya juga bermaksud bahawa isu Muktamar Khas tidak lagi berbangkit.

Dalam perkembangan lain, PR akan mengadakan satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat pada 13hb Disember ini di Shah Alam Selangor .

Ianya antara lain bertujuan untuk terus memperkasa pakatan sebagai sebuah kerajaan menunggu. _


Monday, October 26, 2009

Tulang Besi ;(PERISIK RAKYAT) Proksi Sebenar UMNO

Sidang Khalayak mungkin ada terbaca artikel di bawah dalam Blog Perisikrakyat. Pada fikiran saya ,tak mahu saya layan karenah mengarut penulis "Tulang Besi" ini.

Namun saya difahamkan diluar sana ramai mereka yang baru mengenali jemaah mula terpengaruh dengan anasir jahat pemikiran seperti "Tulang Besi" ini. Kesannya sudah ada pengikut dan pendokong PARTI ISLAM sudah mengkritik secara terbuka dalam bentuk yang amat hina bukan kritikan membina.

Apabila anda membaca artikel di bawah saya mahu anda menilai dan menjawab soalan saya.

1. Layakkah Tulang besi bertanya soalan "

"Benarkah Tindakan Disiplin Telah Diambil ke Atas Hasan Ali?"

2. Adakah Tulang Besi termasuk AJK PAS pusat yang tahu bacaan politik pimpinan dalam menangani kes dan isu? Atau Tulang ebsi sekadar melukut di tepi gantang mengharap kalau ada peluang memakan beras yang tumpah ,kalau kalau ada rakan rakannya yang selerakkan. Atau memang berhasrat mennjadi pengkhainat? Kerana kalau Tulang besi berjiwa "Jamaah TUlin" gaya olahannya mestilah membina dan tidak menghentam- bukankah dalam jamaah kita dididik dengan penuh santun. Ini tidak Hasan Ali yang dilantik oleh pimpinan dirasakan oleh "Tulang Besi" bagai tukang cucinya sahaja. Paling tidak hormatilah dia sebagai saudara muslim. Atau mungkin Tulang Besi sudah menganggap darah Hasan Ali sudah sama dengan darah UMNO.

3. Saya ingin bertana bila dan di mana kenyataan rasmi Majlis Syura atau AJK PAS PUSAT secara rasmi memutuskan Hasan Ali Bersalah dan perlu dijatuhkan hukuman. Saya berharap Tulang Besi kena cerdik. Bezakan antara urusan dalaman dengan urusan luaran. Kalau kesalahan dalam rumah sesama keluarga tak perlu si ayah panggil polis untuk menangkap anak atau isteri untuk didakwa di mahkamah apatahlagi kalau kesalahan itu hanya sekadar "tersilap menyiram bunga jiran sebelah". Mungkin si ayah hanya perlu nasihat. Dan untuk menasihat si ayah tak perlu panggil jiran sebelah untuk datang mendengar sekali leteran ayah pada anaknya
.

4. kenapa Tulang Besi beria sangat untuk untuk Hasan Ali disingkirkan. Apakah ada seseorang yang mahu di naikkan atau ditabalkan. Tulang besi nampaknya juga amat marah dengan Ketua Dewan Ulama Selangor. Apa Penulis ada sesuatu yang tersekat di kerongkong. Tulang besi jangan menyangka dia seorang sahaja terlibat dengan kepimpinan pelajar. Satu yang Tulang Besi tahu mungkin orang lain tahu seribu perkara. Semalam Tulang Besi tahu satu perkara mungkin orang lain sudah 10 tahun tahu.

[ARTIKEL PENUH TULANG BESI DALAM PERISIKRAKYAT]

Benarkah Tindakan Disiplin Telah Diambil ke Atas Hasan Ali?

Puak2 Fraksi UMNO dalam usaha mereka menjatuhkan imej Tok Guru Nik Aziz menyebarkan cerita kononnya pihak Presiden dan pimpinan PAS Pusat telah pun memberi amaran kepada Hasan Ali.

Mereka mahu memberi gambaran kononnya tindakan telah diambil oleh Presiden dan kepimpinan PAS Pusat berkenaan dengan hasan Ali dan segala tindakan beliau yang jelas melanggar keputusan Muktamar. Keputusan Muktamar yang saya rujuk adalah keputusan muktamar yang mewajibkan PAS memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Semua orang tahu apa yang Hasan Ali telah lakukan dan apa yang beliau telah lakukan merugikan serta mensabotaj PAkatan Rakyat.

Saya sudah dedahkan banyak kali dalam blog ini tapi sebagai contoh, sila rujuk artikel saya yang bertajuk “Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT”( )

Segala pernyataan kononnya Hasan Ali telah diambil tindakan disiplin dinafikan sendiri oleh Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blog beliau.

Dinukilkan:
“Sehingga kini Jawatankuasa Disiplin PAS tidak menerima apa-apa surat rasmi berhubung perkara tersebut(Nota Editor: Yakni peristiwa Hasan Ali).”

(http://tuanibrahim.blogspot.com/2009/10/pandangan-dr-abdul-aziz-bari-dihargai.html)
Tuan Ibrahim memberi kepastian sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh kepimpinan PAS Pusat ataupun oleh AJK PAS Pusat berkaitan dengan masaalah disiplin yang dilakukan oleh Dato Hasan Ali.

Saya sendiri telah merujuk kepada ramai AJK PAS Pusat dan mereka sendiri menafikan ada apa-apa tindakan yang telah diambil ke atas Hasan Ali hatta amaran sekalipun pernah dikeluarkan ke atas Hasan Ali di atas segala tindak-tanduk beliau yang jelas berlawanan dengan keputusan Muktamar di Shah Alam dan Ipoh.

AJK Disiplin hanya akan mengambil tindakan memanggil Hasan Ali sekiranya ada surat rasmi dihantar kepada mereka samada dari AJK PAS Pusat, Presiden atau sesiapa sahaja yang berotoriti dalam PAS.

Nasihat saya pada para pendokong Fraksi UMNO, berhentilah menyebarkan cerita-cerita dongeng demi menyelamatkan Fraksi kamu yang semakin dibenci dan ditolak ahli-ahli PAS
Berhentilah berlindung di sebalik “title” ulama kamu hanya kerana kamu lulus Mesir ataupun Indonesia. Hakikatnya, kamu bukan Ulama dan kamu tak sepatutnya dipanggil ulama atas akhlak kamu yang buruk dan perangai kamu yang suka menyebarkan fitnah dan cerita dongeng.

Tulang Besi

Saturday, October 24, 2009

TUKUL BESI (DLM PERISIK RAKYAT) DISANGGAH

Soalan Kepada Tulang Besi (dalam blog perisik rakyat:

Anda faham apa itu syura dan majlis syura

Anda faham apa beza PAS dan UMNO

Anda Faham apa itu jamaah

Anda Faham Apa itu Islam dan Thoghuttt

= Ulasan anda menampakkan andalah talibarut UMNO dan menangguk di air yang keruh. elakkan mencebur diri dengan budaya Abdullah bin Ubai.

Hadirin pembaca cubalah membuat penilaian terhadap kedangkalan pemikiran dan telahan penulis di bawah. Jika beginai budaya blogger yang ada gemuklah UMNO.

Wahai Tukul Besi jangan kepala keras dan tak berkembang macam besi sehingga perlu dibakar.
Penjelasan : 1/3 AJKPP yang Mahu mengadakan mesyuarat luarbiasa tu seronok seronok boleh buat keputusan sendiri kah. Jamaah islamkah kalau nak buat keputusan tak mahu merujuk Syura ;bezakan teknikal dengan ibadah tukul besi . jangan samakan anda dengan sekular.

1/3 kawasan pun sama , Kawasan ada urusan ulama. Ulama ni buat pameran sajakah atau penlu tanya pendapat. jangan fikir dengan lutut guna akal berpandukan syariat.

Saturday, October 24, 2009

Muktamar Khas Mengikut Perlembagaan PAS Pusat (Nasaruddin Tidak Faham Perlembagaan PAS)

Setelah Tok Guru Nik Aziz membuat permintaa rasmi mahu kan Muktamar Khas di adakan bagi membincangkan "kemelut" yang sedang melanda PAS, tiba2 muncul lah Nasaruddin mat Isa dengan berkata bahawa perkara ini mesti dirujuk kepada Majlis Syura PAS Pusat.
Saya hairan bagaimana seorang Timbalan Presiden PAS Pusat begitu tidak mengerti peruntukan perlembagaan PAS PUsat. Nasa dilaporkan berkata:

"Syura council to decide on EGM proposal

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Oct 23 — PAS deputy president Nasharudin Mat Isa (picture) said the party’s Majlis Syura Ulama or the Religious Scholars Consultative Council will decide whether it is necessary to hold a special muktamar.

He was responding to the call made by PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who wants fresh party polls to purge what he called “problematic leaders.”

“We have our own internal mechanism to handle this matter. Maybe a syura meeting will be convened soon to get the explanation from him,” Nasharudin told reporters in Parliament."


Kalau kita melihat peruntukan Perlembagaan PAS Pusat pula:

"FASAL 16. Muktamar PAS

(1) Muktamar PAS itu terbahagi kepada :

(b) Muktamar Khas – Muktamar Khas PAS bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan. Maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.
(c) Notis bagi mengadakan Muktamar Tahunan dan Khas hendaklah dihantar kepada para perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan. Notis Muktamar Tahunan hendaklah disertakan dengan agenda, salinan laporan dan penyata kewangan tahun lalu yang telah diodit oleh pemeriksa kira-kira."


Ini bererti bahawa untuk mengadakan Muktamar Khas TIDAK MEMERLUKAN RUJUKAN KEPADA MAJLIS SYURA.

Kalau perlu dirujuk kepada MAjlis Syura, nescaya PENGERUSI MAJLIS SYURA, Tok Guru Nik Aziz sendiri, akan menyatakan demikian dalam artikel beliau.

Fraksi UMNO Berlindung Di Sebalik Majlis Syura Ulama

Puak-puak Fraksi UMNO sentiasa berfikir bahawa Majlis Syura Ulama berada di belakang mereka.

Ini kerana dalam mesyuarat Majlis Syura tersebut terdapat ahli2 Majlis Syura yang selama ini menjadi penyokong kuat usaha menghubungkan PAS dengan UMNO. Dan mereka2 ini juga lantang menyuarakan usaha mereka.

Oleh sebab itulah Nasaruddin giat sangat merujuk kepada Majlis Syura walaupun pada hakikatnya Majlis Syura TIDAK ADA KENA MENGENA dalam isu mengadakan Muktamar Khas.

Nasaruddin hanya menampakkan kejahilan beliau dalam isu ini dan saya berharap Nasaruddin merujuk kepada pihak yang betul, yakni pihak AJK PAS Pusat.

Tulang Besi.

PAS BUKAN HAK INDIVIDU

Saya teringat kisah yang berlaku semasa Abdullah bin Zubir masih kanak kanak yang belum baligh dan Umar Al Khattab menjadi Khalifah. Suatu hari Umar menjalankan rutin harian berjalan melihat keadaan negara. Abdullah Bin Zubir dan rakan rakan sepermainan sedang bermain di suatu lorong dan Umar melaluinya. Apabila melihat kelibat Umar Semua kanak kanak tersebut lari bertemoiaran kecuali Abdullah Bin Zubir. Terpana dengan apa yang berlalu Umar menghampiri Abdullah Bin Zubir dan bertanya " Kenapa kamu tidak lari bersama kanak kanak yang lain dan masih tetap berdiri di sini?" Abdullah Bin Zubir menjawab " Ya amiral Mukminin kenapa aku perlu lari sedangkan aku tidak melakukan kesalahan" dan tambah Abdullah " Aku merasakan lorong ini amat luas dan tidak ada masaalah untuk aku dan kamu berselisih" Umar kagum dengan apa yang dituturkan oleh Abdullah bin Zubir.

Kisah ini saya titipkan agar seluruh khalayak PAS menghadhominya dengan penuh semangat berjamaah dan tidak taaasub membabi buta. Isu yang kembali panas berkaitan saranan dan tulisan Mursidul AM dalam blognya "Suatu Muktamar Khas atau Luar biasa perlu untuk menangani masalah perdirian beberapa pemimpin PAS yang merunsingkan ahli. Pada saya suasana runsing ini ini sengaja dicipta oleh tangan tangan ghaib (suatu ketika dahulu anaknda kepada TGNA sendiri pernah menyuarakan pendapat ini)yang sentiasa mencari kesempatan dan teringin memonopoli PAS dengan kacamata kefahaman mereka semata mata. Saya menyeru kepada mereka yang meraakan mereka bertangan ghaib supaya sedar tindakkan ghaib anda sedang dipantau oleh pemerhati yang dapat menembusi tangan tangan ghaib anda.

PAS mempunyai mekanismanya tersendiri dari Majlis Syura Ulama, dewan dewannya sehinggalah kepada cawangan dan ahli ahlinya.Mentadbir urus PAS yang bermacam ragam penyokong dan pendokongnya tidak boleh membuat keputusan hanya sepantas kerlipan mata.Adalah tidak bertepatan sebagai sebuah parti yang mendokong perjuangan jihad hanya perpaksi pendirian kepada seseorang pemimpin yang dihormati,disegani dan disanjung tinggi. Terbina dan mulianya perjuangan bergantung kepada prinsip dan tanzimnya bukan lontaran satu pendapat yang belum tentu menjamin kebaikannya.

Mereka yang disenggong dalam isu ini jangan cepat mengaku salah. Apa yang menjadi pendirian Abdullah bin Zubir dalam kisah di atas perlu menjadi iktibar. Andai anda tidak bersalah teruskan. Kalau benarpun "anda melihat kerajaan perpaduan sebagai agenda yang MUNGKIN boleh diterima" di hentam dan tidak mendapat sokongan, saya percaya itu pendirian peribadi dan mungkin ada muslihat dan "politic thuingking" yang dijadikan perisai atau tongkat sakti yang tak perlu dipertontonkan kepaada umum.

sesekali pelik juga apabila kita terlalu mengagungkan PR sehingga kita lupa PAS yang menjadi wadah perjuangan kita. Kita mengutamakan JAMIYAH sehingga mengorbankan keutuhan JAMAAH.Tidakkah kita sedar lorong dan jalan yang ada luas dan boleh dilalui dengan lapang tan penuh tolak ansur. Jangan hanya mendengar hujah hujah dan fakta sebelah pihak menjadikan kita terlalu taksub dan taajub dengan kebenarannya sehinga kita lupa baiah menegakkan jamaah. Pentingkah mendapatkan negara dengan mengorbankan JAMAAH bukankah Rasulullah dianugerahi "Futuh Makkah" dalam keadaan jamaah yang tidak goyah.

Wahai pengampu jamaah yang bergerak atas nama strategi dan profesional jangan taburkah kesucian perjuangan ini kerana ingin cepat sampai kedestanasi yang belum tentu diredhai.Sedarlah perjuangan itu jauh dan penuh ranjau. Jangan cuba melalui jalan pintas untuk untuk mudah memegang kuasa. Kelak kuasa akan membinasakan anda.

Insaflah jangan berasa tiada mata memerhati anda,tapi mata yang memerhati ini tak tergamak mengaibkan anda seperti anda berkali kali cuba mengaibkan mereka yang berhempas pulas menegakkan jamaah. Kembalilah.

MUHASABAH SELEPAS PRK BAGAN PINANG

Oleh : Abu Syaukah Filmanzil

PRK Bagan Pinang telahpun beberapa minggu berlalu, kemenangan yang telah dijangka telah berpihak kepada BN. Bukan sahaja menang tetapi dengan majoriti diluar jangkaan terutama bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat. BN sememangnya boleh mendabik dada dan berbangga dengan pencapaian mereka.Tahniah diucapkan kepada seluruh para pemimpin dan penyokong BN kerana majoriti rakyat Malaysia telah kembali menyokong UMNO dan BN.


Desas desus menyatakan kekalahan PAS dengan majoriti besar disebabkan kesilapan atau cara berkempen. Sebagai pemerhati saya merasakan ada kebenaran dengan hujah tersebut. Ditambah pula Tan Sri Isa memang mempunyai pengaruh yang agak kuat dan kebetulan pula pengundi Bagan Pinang mungkin terdiri daripada mereka yang ketinggalan dari segi pembangunan dan amat memerlukan pembangunan tersebut. Pembangunan itu hanya mampu diberi oleh parti pemerintah.Tentunya BN yang sedang menerajui Negeri Sembilan ketika ini.


Pengundi pos juga salah satu penghalang kepada proses demokrasi secara telus berlangsung dalam setiap pilihanraya di Negara ini, namun itu bukanlah faktor yang menyebabkan BN menang dengan begitu selesa. Sehebat manapun kekangan yang diberikan oleh pihak atasan, bagi mereka yang berdarah pejuang dan bukan pengkhianat pastinya akan menentang orang atasan walaupun bakal dikenakan ugutan dan tindakan.Tidak tahulah saya jika masih terdapat penjawat awam yang terlalu dayus dan sanggup menjilat pihak atasan hanya kerana takut dikenakan tindakan.


Saya sempat mengikuti beberapa siri ceramah politik yang diadakan selepas PRK Bagan Pinang khususnya di negeri Perak. Pada saya kupasan dan isi serta isu yang dibawa hanyalah isu lama yang kesemuanya dihafal oleh ahli dan penyokong pakatan. Paling banyak dilontarkan isu-isu berkaitan kemelut DUN Perak yang diolah dengan cara yang sama oleh sesiapa sahaja yang memberi ceramah. Pendekatan begitu pada saya bukan sahaja tidak dapat menarik orang di luar pakatan menyokong pakatan malah orang pakatan sendiri akan datang dan berlalu pergi sebelum sempat penceramah berikutnya mengambil tempat.


Pada saya isu dan sentimen tempatan harus diberi keutamaan, PAS dan Pakatan perlu memperbanyakkan program yang bercorak kemasyarakatan seperti yang dilakukan di sesetengah tempat contohnya pertandingan FUTSAL, Karnival Jualan dan sebagainya.Pada masa tersebut maklumat dan makluman disampaikan dalam bentuk nota dan bahan edaran ringkas, tidaklah perlu ucapan yang berapi-rapi sehinggakan ada pihak yang menyatakan cara PAS itu streotaip. Lunakkan bahasa dan pengucapan, sebarang perkara yang diucapkan dengan cara berlapik dan berbahasa. Ungkapan-ungkapan seperti “Orang UMNO Bercacing” dan sebagainya perlu dijauhkan.


PAS adalah satu organisasi yang cukup lengkap dan teratur, objektif penubuhannya dahulu adalah untuk menyampaikan misi dakwah dan politik adalah sebahagian daripada cara berdakwah dan menguasai pentadbiran. Pas perlu menggiatkan semula usaha dakwah di peringkat akar umbi dan melaksanakan USRAH dan kelas-kelas fardhu ain seperti mana dahulu. Setiap cawangan perlu ada kumpulan Usrah sendiri dan dilaksanakan secara konsisten sekurang-kurangnya seminggu sekali. Dalam masa yang sama PAS juga perlu mentarbiah ahli-ahli bersekutu supaya memahami Islam dan perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan sedalam-dalamnya.



Jentera-jentera Pakatan yang lain juga perlu ada jati diri dan kefahaman tentang asas dan hala tuju parti yang didokong oleh parti masing-masing. Jangan menjadikan parti yang disokong sekarang sebagai batu loncatan untuk mendapatkan kedudukan dan habuan dari parti pemerintah BN. Pendokong Keadilan pada saya sebahagiannya lebih cenderong dan bermentalitikan kebendaan sama seperti penyokong UMNO BN, justeru itu pendirian mereka sangat mudah berubah. Sikap mereka tidak jauh dengan perangai orang UMNO yang mudah didekati dan berkawan dengan PAS jika bertelagah sesama sendiri dan kepentingan mereka digugat oleh rakan seperjuangan. Buktinya lihatlan penubuhan Semangat 46 dahulu. Apabila mendapat semula kepentingan mereka, Semangat 46 pun berkubur. Ini diikuti oleh beberapa orang ADUN Keadilan selepas PRU ke 12 yang baru lalu. Ingat dan sedarlah objektif asal atau asas penubuhan sesuatu parti perlu diambil kira, sebelum kita mengambil langkah menyetainya.Jangan menjadikan dendam dan perasaan marah untuk kita berhijrah kepada parti lain dan mengharapkan kita disanjung dan dijunjung oleh masyarakat dan meletakakan kita dikedudukan yang tinggi.


Biar apapun tanggapan orang ramai tidak kira penyokong BN atau PAKATAN sebenarnya UMNO tidak menang mutlak di Bagan Pinang itu masih ada isu dari sudut rohani dan integriti yang perlu dikupas secara ilmiah, mereka hanya mempertahankan kemenangan yang diperolehi mereka melalui Pilihan Raya Umum yang lalu. Pakatan dan kompunennyapun tidak menang secara mutlak dalam beberapa siri PRK, mereka hanya mempertahankan kemenangan yang diperolehi dalam pilihanraya Umum yang lalu kecuali di Kuala Terenggau. Di situ sesungguhnya Pas dan Pakatan telah mencapai kemenangan dengan merampas kerusi dari BN dengan secara anak jantan melalui proses pilihan raya, tidak seperti BN yang merampas kerusi Pakatan dengan menculik ADUN-ADUNnya dan berselindung dengan gelaran wakil rakyat bebas yang menyokong BN.Rakyat tentunya lebih menerima mereka secara senang sekiranya mereka terus mengisytiharkan menyertai UMNO atau BN daripada berada ditengah-tengah(Bebas) padahal mentaliti dan perjuangan mereka adalah UMNO dan BN.


Terakhirnya marilah kita sama-sama berdoa “ Ya Allah, Engkau matikanlah ADUN- ADUN atau Ahli Parlimen yang gagal melaksanakan tugas dan mendekatkan diri dengan rakyat yang mengundi mereka. Dengan cara mematikan mereka sudah tentu Pilihan raya kecil dapat diadakan dan rakyat mendapat manafaat pembangunan dari pada pemerintah di peringkat pusat. Amin ya Rabbal Alamin”. BN sudah tentu tidak akan menyertai PRK jika ada ADUN atau MP yang meletak jawatan kerana bagi mereka itu bukan daripada perjuangan mereka justeru langkah yang paling berkesan dengan berdoa supaya ADUN dan MP yang tidak berkualiti itu dikembalikan ke hadrat Ilahi dan memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih bertanggungjawab. Dengan adanya PRK, rakyat juga bakal dijanjikan dengan pembangunan yang bukan kepalang banyaknya.Wallahuaqlam….

* Inilah adalah pandangan penulis yang tidak tertakluk kepada pendirian parti parti yang bertanding.


Tuesday, October 13, 2009

MENILAI MAKNA


ANTARA FAHAM DAN SEMANGAT

Salam perjuangan saya hulurkan kepada seluruh juak juak pejuang kebenaran. Memahami makna perjuangan dan makna gerakan tidak semudah memahami disiplin disiplin ilmu yang lain. Faham perjuangan dan gerakan memerlukan keikhlasan dan Iman yang jitu beserta amal yang bersungguh sungguh. Sekiranya menjadikan fikiran kita berlegar sekitar kotak pemikiran yang sama dengan pemikiran pejuang keduniaan yang tidak ada hubungan dengan Allah rabbul Jalil jadilah kita sebagai peluah perasaan yang tidak ada nilainya lansung dari sudut perjuangan.

Sifat Islam yang tinggi ,tidak ada yang lebih tinggi darinya menjadikan islam tidak pernah kalah dalam mengemudi kehidupaan manusia. Manusia yang seringkali berasa kalah namun Islam tetap sirna dan memberikan kedamaian dan ketenangan kepada setiap pencintanya.

saya terpanggil untuk sama sama berkongsi pandangan terhadap kekalahan calon PAS di Bagan pinang. PAS sebenarnya tidak kalah dan terus menjadi pegangan kepada pencinta ketauhidan dan pencinta keadilan. Mereka yang tidak menyokong PAS sebenarnya tidak faham kenapa PAS wujud dan kenapa PAS berusaha menawar khidmat. Saya lansung tidak hairan jika yang membuat komen membuta tuli tentang kekalahan calon PAS ialah orang orang UMNO dan BN,kerana falsafah politik mereka terlalu sempit dan hanya merujuk kepada sokongan mejoriti semata sebagai ukuran kemenangan.

Apa yang saya terkilan segelintir penyokong PAS dan yang lebih malang Ahli PAS sendiri tidak dapat menjiwai makna perjuangan PAS. Apa maknanya perjuangan dan gerakan jika kekalahan calon untuk di cerca dan di hina sebaliknya kekalahan itu adalah hikmah yang amat besar untuk pejuang Islam fahami. Mungkin sidang khalayak sudah terbaca bagaimana komen membuta tuli yang dilontarkan oleh sesetengah orang PAS yang tidak sempat ditarbiah. Ada yang berhujah PAS sama seperti UMNO dalam menangani ISU Kuil di S23 Shah Alam menjadikan orang india tidak mengokong PAS. Hujah Tuan Presiden tidak jelaskan pendirian tentang isu itu menjadikan orang India sangsi. Ini adalah hujah ahli PAS yang berpenyakit dan tidak minat ditarbiah.

Kalau PAS seperti UMNO kenapa pula UMNO turut disokong kenapa Orang India tidak mengemukakan calon mereka sendiri. Kalau PAS tidak membela India dalam Isu kuil apakah UMNO yang dikatakan anti kuil (kononnya) akan menyokong orang India seluruh malaysia. Berhujah biar kena maqasidnya. kalau kita mengiakan sokongan India kepada BN sebagai harapan untuk mereka dibela dalam isu kuil bermakna sohehlah UMNO lah yang melakukan provokasi tentang isu kuil di shah Alam walaupun dalam masa yang sama slogan UMNO yang mengkritik PAS selangor mengutamakan kuil. sebaliknya UMNOlah yang mengutamakan kuil sebab itu mereka disokong. Bagi mereka yang celik mata ini adalah makna kemenangan bagi Islam biar kita kalah namun manusia melihat kebaikan kita dan kejahatan musuh teserlah. Sedarlah rakyat tak selama lamanya ingin berada dalam kejahatan.

Thursday, October 8, 2009

PANAS DARI HARAKAH

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak

Nazri Abdullah
Thu | Oct 08, 09 | 9:56:04 am MYT

BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Harakaydaily bagaimanapun dalam usaha mancari kesahihan maklumat tersebut.

Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri.

Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos.


Monday, October 5, 2009

APABILA SI LEMBIK BERAKSI DAN AHLI PARLIMEN “BAGAN SERAI” MEMPERALAT AYAT AL QURAN DI PENTAS PAS BAGAN PINANG

Catatan: Abu Syaukah Filmanzil


Tertarik benar saya dengan berita media arus perdana mempromosikan kempen untuk memenangkan calon BN di Bagan Pinang. Seperti yang saya katakan sebelum ini memang UMNO dan BN ini tidak pernah serik dan reti dengan cara kempen yang bersifat murahan. Bagi saya anak kecil di bangku sekolah pun cukup arif dan boleh membuat ulasan berfakta.


Diiringi dengan sekumpulan pemuda UMNO dan Si Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Abdul Azeez Abd. Rahim,Pengerusi Biro Putera UMNO dan juga Ahli Majlis Tertinggi parti itu, yang badannya sendo dan tegap boleh dipelupuh oleh samseng pembangkang. Kelakarnya! Begitu lembik Pemuda-pemuda BN ini, sekali pelupuh sampai loya dan mual-mual dan dimasukkan ke wad.Entah-entah mengandung…. Dahulu sudah berlaku dalam PRK Permatang Pauh, bagaimana seorang petugas BN dimasukkan ke wad kerana dipukul oleh samseng pembangkang. Berhari-hari media memainkan peranan melaporkan hal tersebut tetapi rakyat tetap juga meluat.


Sekiranya betul Azeez dipukul oleh pemuda atau samseng pembangkang, saya mengucapkan tahniah kepada pemuda tersebut. Pukulan anda memang berbisa sehingga menyebabkan saudara Azeez terlantar di hospital kerana muntah-muntah dan mual.Kepada UMNO dan BN,AWAS!, parti anda sedang berhadapan dengan kekuatan yang cukup mantap dan luar biasa daripada penyokong PAKATAN. Bayangkanlah ketua kamu yang berbadan besarpun boleh masuk hospital dengan sekali jentik, apatahlagi jika seluruh pemuda dan penyokong PAKATAN beraksi, pastinya anda akan menerima musibah.


Berdasarkan penilaian saya daripada cerita-cerita laman blog yang pro dan kontra, UMNO dan BN nampaknya menggunakan tektik murahan untuk meraih simpati. Pada mulanya saya sedikit simpati dengan UMNO kerana berkali-kali melalui fasa kekalahan dalam PRK dan ada sedikit harapan setidak-tidaknya UMNO dapat memenangi kerusi di kubu kuat mereka ini, namun hati menjadi semakin jelak apabila meneliti cara media memprovokasi pengundi dan pembaca akhbar seluruh Malaysia dengan cerita-cerita yang disangsikan kebenarannya. Yang pastinya sebahagian penyokong Pas tidak akan melupai peristiwa Memali dan tragedi Lubuk Merbau yang mengorbankan pejuang dan penyokong Pas sedikit masa dahulu.


Perkara kedua yang menjadi saya bertambah jelak apabila meneliti laporan Utusan Melayu Penyebar Fikiran (Fitnah) Rakyat dalam tajuk berita Ayat al-Quran diperalatkan lagi di pentas Pas. Dalam kenyataan itu digambarkan N Gobalakrishnan dilaporkan tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah membaca ayat dari surah Ali-Imran ayat 54 bagi menarik kira-kira 300 penyokong parti itu. Dangkal dan mentah si penulis berita itu. Seperti saya katakan dalam catatan saya terdahulu, pemberita-pemberita media arus perdana ini kekurangan fakta dan ilmu. Bagaimana boleh dipercayai penulisannya. Seperti yang diketahui umum dan menjadi fakta yang tidak boleh diubah, N Gopalakrishnan adalah Ahli Parlimen Padang Serai, bukannya Bagan Serai. Ahli Parlimen Bagan serai ialah Saudara Mokhsin daripada parti Keadilan juga. Jika sekali sebut mungkin tersilap tetapi jika dua kali diulang nampak sangat penulis tersebut buta fakta.


Akhirnya kepada pengundi Bagan Pinang dan sakalian pembaca blog dan media arus perdana, awasilah semua berita yang anda baca dan ingatlah firman Allah “ Apabila datang orang-orang fasik membawa perkhabaran, selidiklah dahulu kesahihan berita tersebut….” Wallahhuaqlam.

BAGAN PINANG SELAMAT BERMUJAHADAH

Catatan : Abu Syaukah Filmanzil

Semboyan telah berbunyi, khalayak seluruhnya telah mengetahui siapa yang menjadi calon untuk dipilih oleh rakyat dalam DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Umum juga telah mengetahui 2 calon yang disahkan bertanding manakala calon bebas yang berdentum bunyinya teringin membuat kacau tidak melengkapi syarat untuk bertanding, jadi apa pastinya BN dan PR akan berentap di kerusi DUN tersebut. Desas desus ada calon bebas yang akan bertanding walaupun disedari sebilangan besar dan majoriti rakyat negara ini sebenarnya tidak mahu akan ideologi bebas tetapi masih mengekalkan amalan berperinsip, samaada menyokong BN atau PR.Jika adapun yang menjadi bebas hanya mereka yang terhegeh-hegeh meminta simpati memohon menggunakan simbul parti lain atau yang menang dengan parti lain tiba –tiba melompat tanpa prosedur yang betul. Umumnya orang yang bermaruah boleh berpindah parti tetapi dengan cara bermaruah seperti melalui proses undi tidak percaya atau perletakkan jawatan yang disandang.

Tajuk utama akhbar arus perdana pula sedikit sebanyak mengulas tentang pilihanraya di kawasan tersebut dan bertambah padat apabila selesai penamaan calon .Irama dan nama-nama lama yang mengundang kontraversi dan mungkin dapat meraih sokongan dan simpati penngudi mula kedengaran antaranya Dato’ Sri Anwar Ibrahim dengan kes liwat, Dato’ Nala Karuppan dan Saiful yang diliwat itu.Amaran dan peringatan yang sering berkumandang daripada pihak SPR dan PDRM yang sangat telus dan mematuhi undang-undang negara yang paling demokrasi di dunia.Begitu juga siaran berita TV dan Radio akan mula kedengaran semua yang tidak elok datangnya dari parti pembangkang. Hanya BN sahajalah mempunyai pemimpin yang elok dan baik-baik belaka. Tidak pernah salah dan silap sejak dulu.Rakyat Malaysia amat menyenangi mereka serta tidak pernah tewas dalam semua pilihanraya.

Semua parti dalam BN sangat bekerjasama dan tidak pernah berselisih pendapat sesama mereka. Lihat sahajalah UMNO, MCA,MIC,GERAKAN,PPPP dan beberapa parti kecil lain, semuanya tidak pernah bergolak dan tiada pengaruh nagatif dalam parti mereka seperti penyalahgunaan kuasa,politik wang dan pengaruh autokrasi dalam kepimpinan. Baik,harmoni dan sempurna sungguh parti-parti politik naungan BN ini tidak seperti parti pembangkang yang digambarkan amat teruk sekali dan bergolak. Masalah kecil seperti tidak mampu menguruskan bekalan air sejak 7 tahun yang lalu, gagal menguruskan sampah sejak 5 tahun yang lalu, gagal menyelesaikan isu – isu yang berlarutan sejak bertahun lamanya. Kasihan PR baru mengambil alih beberapa negeri tidak sampai dua tahun tetapi masalah yang mereka tanggung rupa-rupa sudah bertahun-tahun. Saya agak hairan…seperti yang berlaku pada sesetengah kanak-kanak yang baru lahir terpaksa menanggung bebanan hutang, walhal yang membuat hutang tersebut adalah bapa mereka.

Bagan Pinang seperti yang diketahui umum merupakan kubu kuat BN sebelum ini. Dalam suasana selesa, biasanya calon BN akan memperolehi majoriti lebih 4000 undi. Dalam keadaan genting pula (PRU 2007) BN masih mampu meraih majoriti melebihi 2000 undi. Bilangan pengundi Pos mencecah 5000 orang yang kebanyakkannya anggota tentera dan orang terdekat di kalangan mereka yang berkerja atau menetap di situ dan menjadi aset penting UMNO dan BN.

Secara peribadi saya dapat merasakan UMNO dan Barisan Nasional awal-awal lagi boleh menghela nafas lega dan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada mereka. Lebih-lebih lagi mereka mempertaruhkan jagoan di kalangan anak tempatan yang cukup terkenal dengan kewibawaan dan menaikkan Negeri Sembilan ke tahap yang agak selesa sewaktu memegang teraju pemerintahan negeri tersebut di samping mempunyai imej yang “sangat bersih” dan tidak pernah di tolak oleh rakyat.

Bagi parti lawan pula di samping tidak pernah memenangi kerusi di kawasan tersebut calon yang mereka ketengahkan tidak dikenali dan pernah ditolak oleh penduduk di kawasan-kawasan yang pernah ditandinginya beberapa kali sama seperti calon PRK Penanti dan Permatang Pasir sedikit masa lalu.

Saya tidak ingin memberi apa-apa reaksi terhadap calon Barisan Nasional memandangkan kekuatan mereka cukup jitu yang dibantu oleh jentera – jentera kerajaan termasuk daripada mereka yang menyokong pembangkang atas arahan majikan. Sebaliknya saya ingin memberi sedikit perangsang kepada calon PR dan “Jundullah” yang akan berjuang habis-habisan dengan tenaga dan wang ringgit yang dikeluarkan daripada kantong sendiri demi menyampai dan menegakkan kebenaran. Sesungguhnya hati-hati kami yang menjadi pejuang akar umbi tidak pernah gundah dan lemah untuk menerima kekalahan seandainya itu adalah hakikat. Hati kami akan berasa sedih dan kecewa sekiranya pemimpin kami menarik diri dari medan juang dengan alasan yang remeh dan dayus.

Di ruangan yang terhad dan terbatas ini sayugialah saya mengingatkan diri saya dan saudara-saudara “Jundullah” supaya jangan terikut-ikut dengan rentak jahiliah yang dimainkan oleh tidak kira sama ada daripada pihak lawan atau kalangan kita sendiri sebaliknya berpeganglah dengan ajaran kebenaran. Matlamat perjuangan kita bukanlah untuk menang semata-mata tetapi tugas yang paling penting menyampaikan kebenaran dengan jalan yang sabar. Biar beribu kali kalah namun api perjuangan jangan dipadamkan. Sekurang-kurangnya kita telah menyediakan satu platfom atau wadah yang boleh dipilih oleh masyarakat khususnya di Bagan Pinang dan seluruh ceruk rantau dunia ini. Biar kalimah Thoiyibah berkumandang walaupun ada pihak yang jijik mendengarnya.Mudah-mudahan kita tidak dipersoalkan oleh Rabbul Jalil di Yaumil Mahsyar nanti.

Kepada pejuang dan petugas muslim jangan dilupai akan arahan yang pernah dikeluarkan oleh Sallehhuddin Al Ayubi pejuang yang membebaskan Baitulmuqaddis dahulu. Pastikan anda menjaga amalan sunnah. Mudah-mudahan amalan kita yang sedikit itu dipandang oleh yang Maha Pelembut itu. Kepada semua petugas dan pejuang Pakatan Rakyat pula saya berterima kasih kerana anda adalah contoh masyarakat Malaysia yang sanggup berjuang dengan jiwa dan raga tanpa rasa jemu dan berputus asa. Ingatlah firman Allah…. “Adakah kamu menyangka hanya cukup dengan berkata kami beriman sedangkan kamu tidak diuji….”. PRK ini adalah salah satu medan ujian untuk kita mengetahui sejauh mana keimanan kita kepada Maha Pencipta.

Kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang keluarlah mengundi beramai-ramai dan jangan lupa akan tanggungjawab anda bahawa mengundi itu wajib seperti kaedah usululfiqh “Tidak akan sempurna wajib melainkan dengannya wajib”. Maksudnya mencari kepimpinan adalah wajib,jalan atau cara untuk menganggkat pemimpin di negara kita melalui proses mengundi justeru itu, adalah wajib juga hukumnya bagi seluruh pengundi yang berdaftar lebih-lebih lagi “muslim” untuk keluar mengundi. Bagi yang tidak mendaftar anda tetap berdosa kerana lari daripada tanggungjawab. Mafhum hadith daripada Abu Hurairah“ Setiap kita mempunyai tanggungjawab dan akan dipersoalkan mengenai tanggungjawab kita itu nanti”.

Pastinya pilihan kita ialah parti atau kumpulan yang memperjuangkan syariat,kebenaran dan kedaulatan agama anutan kita. “Sesiapa yang melihat akan kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya tidak mampu, cegahlah dengan teguran, sekiranya tidak mampu juga dengan hatinya dan itulah tanda selemah-lemah iman”. Ingat…, gunakan tangan anda untuk mengundi, menulis dan dan lidah anda untuk menasihati dan menegur, manakala hati anda untuk bermunajat dan berdoa dan sedaya upaya elakkan daripada melanggar Syariat. Berwaspada juga agar tidak melanggar atau mengingkari undang-undang dan sekatan oleh PDRM dan SPR yang dikenakan kepada penyokong dan pendokong PR demi memenangkan calon pilihan kita di Bagan Pinang itu. Takbir…..Allahuakbar!Wallahhuaqlam.

Email dan pautkan ke rakan-rakan dan khusus kepada pengundi Bagan Pinang

Abu Syaukah Filmanzil 02.10.2009/14 Syawal

Friday, October 2, 2009

SELAMAT BERJIHAD

Islampenyelesaian mengucapkan selamat berjuang dan berjihad kepada pejuang pejuang di Bagan Pinang semoga Allah memberikan Nusrah untukKe Izzahan Islam di Mayapada ini.