Pages

Thursday, December 17, 2009

SALAM HIJRAH


1430 yang kita lalui terasa begitu pantas berlalu. 2009 yang kita hiasi landskapnya semakin beransur meninggalkan kita. Sedar ataupun tidak usia semakin bertambah. Mereka yang memounyai anak di sekolah yang sekolah rendah akan naik darjah, di sekolah menengah semakin menjengah remaja dan yang di universiti mula mencongak kerja apakah yang akan disandang. Bagi yang bujang mungkin sudah berteman yang sudah berteman mungkin bertambah bilangan ahli keluarganya. Alhamdulillah.

Perkara yang perlu diimani dan disedari oleh seluruh khalayak mukmin ialah apabila tahun baru menjelang tandanya umur kita semakin pendek. Tiada siapa mampu merubah takdir dan kurniaan umur yang dipinjamkan akan dipulangkan kehadrat yang maha kuasa. Kehadiran hijrah yang seringkali kita sambut perlu menyemarakkan rasa keinsafan yang mendalam bukan sekadar sambutan yang menghabiskan wang tabung masjid mengundang penceramah. Hijrah perlu dimaknakan kehadirannya seperti makna yang menjelma dalam diri sahabat Ansar dan Muhajirin. Hijrah yang membuka peluang mereka memaknakan nilai seorang hamba disisi tuhannya.

Renungkan firmah Allah swt yang bermaksud :" Dan mereka yang beriman dan berhijrah ,berjihad ke jalan Allah dan mereka yang memberi kediaman dan membantu ( Muhajirin ) mereka itulah mukmin yang sebenar benarnya, Bagi mereka keampunan dan rezki yang mulia" Al Anfal 74.

Hijrah bukan lari,bukan takut,bukan risau di lanyak musuh tetapi hijrah adalah memenuhi kehendak dan arahan Allah yang mahukan hambanya sentiasa berubah. Berubah dari baik kepada lebih baik dari tidak baik kepada baik. Allah menegaskan agar setiap kita berubah dari suasana negatif kepada suasana cemerlang dalam firmannya yang bermaksud " Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri". Setiap kita mesti insaf jangan mengharap segalanya disajikan di depan kita untuk mengecapi kejayaan dan kemenangan sebaliknya usaha dan kesungguhan perlu dicernakan untuk menjulang kemenangan dan natijahnya keredhaan Allah swt.

Hijrah memerlukan pengorbanan dalam setiap inci jasad dan roh seluruh kita. Apabila nilai kehambaan menyelinap dalam segenap roh dan jasad maka tiada alasan lagi kita akan menidakkan hak Allah swt. Malangnya apa yang berlaku saban tahun kita dicutikan pada hari sambutan Maal Hijrah, kita anjurkan bermacam amcam program meraikan Hijrah namun hijrah tidal pernah menjelma dalam kamus kehidupan kita. Contohi apa yang dilaksanakan oleh Shuhaib Ar Rumi yang terus sahaja meninggalkan kepentingan harta benda dan kekayaan kerana menyahut seruan hijrah. Fahamlah kita tiada hijrah tanpa pengorbanan. Fahamlah kita kebejatan pilitik, kebobrokan ekonomi dan kepincangan sosial tidak akan berubah jika tiada pengorbanan yang dilakukan dan tiada jihad yang disemarakkan. Mari kita memaknakan kehidupan dan mengertikan sebuah kehambaan dengan patuh dan taat kepada pencipta dengan mengubah kejahilan kepada cahaya kebenaran walau permulaannya pedih.

Sunday, December 6, 2009

Imam Selangor & Imam Terengganu

Alhamdulillah ,rata rata mereka yang datang ke Selangor hari ini pasti akan merasai satu perubahan besar berlaku. Suasa Masjid hari ini lebih meriah berbanding setahun yang lalu. Kemeriahan ini akan dirasai oleh mereka yang hatinya melekat dengan Masjid. Bagi yang nati masjid datanglah seribu kebaikan pun mereka memicingkan mata mereka seolah olah tiada apa yang berlaku. Contoh kemeriahan masjid di Selangor lebih terserlah dalam bulan Ramadhan yang lalu apabila masjid masjid kebanyakkannya diimarahkan hampir keseluruhan 30 hari ramadhan.

Menyentuh tentang perkembangan Masjid di Selangor,satu perkara yang amat menarikj uga ialah tentang imam imamnya. Kalau kita berjalan ke seluruh negeri Selangor amat sukar mencari Imam yang berumur 60 tahun ke atas. Imam yang ada muda muda belaka. Apabila tiba hari jumaat mimbar jumaat menyaksikan imam imamy yang cukup bertenaga dan mempunyai iltizam yang cukup kuat untuk menyampaikan mesej kepada khalayak. Imam imam yang dilantik dalam lingkungan umur 30 ke 45 tahun menjadikan masjid masjid ceria di tambah dengan komitmen dan tenaga muda hasil persembahan AJK masjid yang juga dilantik di kalangan mereka yang berumur di bawah 60 tahun.

Hasrat EXCO agama Selangor untuk menjadikan masjid sebuah institusi yang menggerakkan masyarakat untuk menjamin kelansungan Islam dipertahankan dengan sebaiknya perlu didokong oleh semua pihak tanpa berbelah bagi.

Bila menyentuk tentang kejayaan ini,perbandingan dengan suasana sebelumnya akan menjadi buah mulut jamaah. Ramai memberikan komentar selama ini mereka tidak dipersembahkan oleh perkara perkara yang didedahkan oleh tenaga tenaga muda hari ini. Perlu diingatkan,dalam suana penerimaan masyarakat terhadap perubahan ini ada juga mereka yang memandang perkembangan ini dalam bentuk yang negatif. Mereka selalu sahaja mencari dan mencungkil kelemahan yang mungkin wujud dalam pentadbiran AJK masjid yang baru mengambil alih pengurusan masjid kurang lebih 6 atau 7 bulan lalu. Misalnya baru baru ini saya diberitakan tentang satu insiden yang berlaku di sebuah masjid ketika hari raya aidil Adha yang lalu. Imam muda yang baru kalipertama mengimamkan solat Aidil Adha terlupa bertakbir 5 kali dalam rakaat yang kedua lalu dihukum dan di perli seolah olah melakukan kesalahan yang besar sehingga boleh merosakkan Solat. Ketika imam tersebut terlupa ,lantas ada makmum yang terlajak pandai dan terlebih berguru menegur dengan teguran "subhanallah" namun Imam yang cerdik dan tahu fekah ini tidak akur dengan teguran tersebut kerana beliau telah membaca Al Fatehah. Selapas solat makmum makmum yang sudah lebih 50 tahun tak pernah silap solat Aidil Adha mempertikaikan imam yang tidak mengendahkan teguran "Subhanallah" tersebut. Mereka memberi alasan imam terlalu taasub dan tidak mahu mengaku salah. PERSOALANNYA: Siapa yang betul siapa yang salah. Jawapan saya mudah ; Hikmah imam ini lupa terlalu besar manfaatnya

1. Menunjukkan serta membuktikan makmum tempat itu yang mendakwa tidak pernah silap dalam solat aidil Adhanya ternyata buta hukum Fekahnya.

2. Allah mahu mengajar makmum makmum tempat itu supaya rajin rajin ke surau dan masjid untuk belajar hukum dan jangan berpegang dengan kefahaman aqal dan ikutan tanpa ilmu kita sahaja.

Berbalik kepada Imam Imam muda di Selangor ini, saya melihat ianya mampu meninggalkan kesan positif yang mendalam kepada jamaah apabila mesej dapat disampaikan dengan lebih jelas terutama dalam aspek penyampaian kuliah dan Khutbah. Aidil Adha baru ini saya sempat solat Jumaat di Terengganu sebuah negeri yang masih mengekalkan pak pak imam tua yang pada fikiran saya sudah tidak berupaya dan berkelayakan untuk naik ke mimbar. Teringat saya ketika beberapa ketika sebelum ini saya bersolat jumaat di Selangot yang pada masa itu Pak Pak Imam tua juga yang berkhutbah.Amat menyedihkan. Khutbah yang sedap,tuntas,bernas dan menarik menjadi sesuatu yang lansung tidak difahami. Kesan daripada persediaan dan ilmu yang tak pernah ada dan tidak mahu berusaha untuk menambah. Berbalik kepada imam di negeri Terengganu yang saya sebutkan ,cuba sidang pembaca bayangkan,dalam suasana raya, suasana orang orang rantau pulang ke kampung , yang berkhutbah itu pula imam tua yang batuknya lebih dominen dari isi khutbah apa kesan yang terhasil dari khutbah yang di sampaikan. Pada hemat saya tidak kisah kalau imamnya tua asalkan berkemampuan dan buatlah "homework" kepada yang ingin berkhutbah. Jangan imam menjadi bahan makian disebabkan imam memang tidak berkelayakan namun kalau imam di maki kerana memang imam betul itulah kebenaran.

Thursday, December 3, 2009

Wednesday, December 2, 2009

PENGORBANAN


Ertikan pengorbanan anda jangan sia siakan