Pages

Wednesday, December 8, 2010

SEKITAR DEMO BANTAHAN KENAIKAN HARGA AIR SYABAS


Satu Suara.....untuk menyelamatkan generasi....semoga perjuangan ini memberi sesuatu yang
bernilai untuk kesejahteraan dan keadilan. Bukalah mata wahai generasi....susah kami hari ini mempertahan hak jangan dilupakan oleh generasi mendatang. Hayunkan langkah mempastikan keadilan dan kebenaran dipertuankan.




Sunday, December 5, 2010

Demo Air Untuk Rakyat

Pasukan baju merah sudah mula memenuhi ruang hadapan mesjid ,Negara
Diserata stesn polis sudah penuh memerhati pergerakan baju merah.

Sunday, November 28, 2010

UNTUKMU YA RASULLALLAH

UNTUKMU YA RASULLULLAH

Hadirmu di celah kemelut melanda
Haru hara berpaksi di benua jahiliah
Menghakis mahmudah…memunah mahabbah
Kau tiba pada detik dan ketikanya
Menyebar kerahmatan ke sekelian alam

Lahirmu sekalipun yatim piatu
Namun semangatmu ampuh dan jitu
Jiwamu adalah basuhan ilahi….
Terhindar…dosa dalam anugerah “ismahmu”

Rerantai jahilah terus membelenggu
Menyeret ummah ke lopak….khurafat…penuh kesyirikan
Namun kekentalan sifat mahmudahmu
Tiada sekelumit Kau terpikat pada ajakan kesyaitannan itu….

Menjangkau usia kenabian dan kerasulanMu..
Dunia seanteronya berubah
Menyaksi anugerah….kurniaan maha besar
Membangkit sedar….
Lahirlah…jiwa jiwa merdeka
Seperti isterimu Khodijah
Karibmu Abu Bakr….
Sebening jiwa Ali Karamallah hu wajhah….
Menyahut angin perubahan maha hebat.

Ladang perjuanganmu
Bukannya mudah
Lihat sahaja….sahabat sahabatMu
Ada yang gugur kerana mengenali iman
Hebat sungguh perjuangan keluarga Amar bin Yasir…
Kentalnya Iman Bilal Bin Rabbah…

Kau Ya rasulullah….tidak pernah mengenal erti lelah
Sekali kau di herdik…dihina…di caci di maki
Adakalanya kau di sakIti dan dilukai….
Namun kau lalui dengan penuh” amanah”
Memenuhi tuntutan “Tabligh” mu
Melunas pengertian “ siddiq”
Segalanya kau lalui dengan bekalan “fathonahMU”

Kini…jarak waktu memisahkan kita
Ketahuilah Ya Rasullulalh
Sekalipun senggang masa dan zaman memisahkan kita
Cinta padamu tetap bersemi….
Sekalipun tidak pernah kami tatap dirimu
Kami titipkan rindu berpanjangan ini…
Buat dirimu
YA rasullullah….
Kami Ummat mu….
Kami rindu padamu…

abuafaf 26 Nov 2010(6.22pm)

KULIAHSUBUH 28 NOV PART 1

Monday, October 11, 2010

Monday, October 4, 2010

RENUNG PADA KERDIL DIRIMU

RENUNG PADA KERDIL DIRIMU

RENUNG PADA KERDIL DIRIMU
ADALAH ENGKAU MUSAFIR
SEKADAR SINGGAH DI PONDOK DUNIA INI
SEKADAR MEREGUK BEKALAN
MENGUMPUL ULAS ULAS TAKWA

RENUNG PADA KERDIL DIRIMU
ADALAH ENGKAU MENGGENGGAM SEKEPAL AMANAH
MEMIMPIN DUNIA DENGAN CAHAYANYA
USAH BERCITA UNTUK DUSTA
USAH DAHAGI UNTUK MENJULANG DUNIA
HINGGAKAN LUMPUH NILAI TAKWAMU
KELAK PENYESALAN AKAN MEMBALUT DIRI DAN JIWAMU

RENUNG PADA KERDIL DIRIMU
SWADAYA PERLU KAU SEMARAKKAN
MENJULANG ERTI DAN PENGERTIAN
MAKNA DAN HAKIKAT SANG HAMBA
PERNAHKAH KAU BERTANYA
SIAPA DIRIMU
DARIMANA KAU HADIR
UNTUK APAKAH KAU DILAHIRKAN
DAN…
KE MANA KESUDAHAN PERJALANAN HIDUPMU

RENUNG PADA KERDIL DIRIMU
PAYAH SESEKALI MENJENGAH
SUSAH SELALU JUGA MENYAPA
SUSAH DAN KESUSAHAN DIRIMU
ADALAH SUNNAH PERJALANAN
MENGAJAR KETINGGIAN HAKIKAT UBUDIAH
ALANGKAH SUSAH..
ANDAI DIJERAT TIPUAN DUNIAWI
SUSAH SUNGGUH BERHADAPAN KARENAH
LEMAS,LELAH,LENGUH DAN GELISAH
TALI TEMALI
SILIH BERGANTI
DATANGD AN PERGI
TANYA DIRIMU
PATUTKAH KAU TEWAS
DALAM MENGEJAR ERTI
KAU ADALAH HAMBA

RENUNG PADA KERDIL DIRIMU
LAYAKKAH KAU SAMAKAN DIRIMU SETARAF DIRI PENCIPTA
BAHKAN MELANGKAU BATAS KUASANYA
ALANGKAH DURJANA JIWA JIWA
PENGISI NERAKA
LANTARAN MELANGKAU SEMPADAN DAN BATASAN
BERTUHAN BATU BATA
BERTUHAN MANUSIA
BERTUHAN IDEALISMA…
BERTUHAN DUNIA
KEMBALILAH MENGINGAT
TENTANG KERDIL DIRIMU
SEBAGAI hambaNya…

ABU AFAF 07 OGOS 2010.HULU LANGAT

Friday, September 24, 2010

PERKUKUHKAN ILTIZAM DAN JATIDIRI BERSAMA SEMARAK SYAWAL

RENUNGKAN FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AALI IMRAN...SEBAGAI BEKALAH MENGUKUHKAN JATIDIRI PEJUANG.

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:

137. Sesungguhnya Telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah[230]; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).
138. (Al Quran) Ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
140. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, Maka Sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'[231]. dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim,
141. Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.
142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad[232] diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.

[230] yang dimaksud dengan sunnah Allah di sini ialah hukuman-hukuman Allah yang berupa malapetaka, bencana yang ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan rasul.
[231] Syuhada' di sini ialah orang-orang Islam yang gugur di dalam peperangan untuk menegakkan agama Allah. sebagian ahli tafsir ada yang mengartikannya dengan menjadi saksi atas manusia sebagai tersebut dalam ayat 143 surat Al Baqarah.
[232] Jihad dapat berarti: 1. berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam; 2. memerangi hawa nafsu; 3. mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam; 4. Memberantas yang batil dan menegakkan yang Hak.

Wednesday, September 8, 2010

Monday, August 23, 2010

KENANGAN ZAMAN DAHULU

Bila dah tua tua ni teringat balik zaman kanak kanak.LAntas saya abadikan dalam salah satu acara sukan rakyat sempena sambutan 10 tahun sekolah saya ;acara menembak. Bukan menggunakan senapang betul atau pistol betul tetapi menggunakan senapang mainan seperti bermain kombat masa kanak kanak dulu. Cuma diubah suai menggunakan peluru "guli". Terhibur jugak.

Seorang peserta menembak sedang beraksi. Senapang hasil kenangan lama yang dikembalikan di tahun 2010.

Thursday, August 5, 2010

SAMBUTAN 10 TAHUN MTAZ












Asslaammualaikum
Saya alu alukan seluruh muslimin dan muslimat untuk menghadiri acara sambutan 10 tahun sekolah tempat saya bertugas.Maahad TAhfiz Az zahrah.
1. 06 Ogos 2010 JAM 9.00 Malam
Forum Perdana
Tajuk " Dimana Bumi Dipijak Disitu Al Quran Dijunjung"
Ahli Panel
a) Dato Mohd Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah)
b)Dato mohamah Nor Mansur Al Hahfiz (Pengarah Jabatan Agama Islam Perak)
Moderator
Ustaz Ashri b Lateh (Pengarah Pembangunan & Program MTAZ)
Jamuan makan malam disediakan
07 Ogos 2010 (Sabtu)
a) Acara Kanak kanak & amal Islami bermula jam 8.30 am
b) Acara Perasmian Oleh dr Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat)
Jam 11.00 pagi
c) Acara Sukan Rakyat
d) Gerai pameran & Jualan
e) Pemeriksaan mata
f)pemeriksaan Kesihatan oleh Kolej Masterskill
g)Rawatan as syifa
h) Klinik Al Quran dan lain lain
Hadirlah beramai ramai
07 Ogos 9.00 malam
MALAM KESENIAN ISLAM
Menampilkan KUMPULAN ZAIDDAN
Kumpulan Shoutul Huffaz Hulu Kelang
sajak & Tayangan.

Monday, June 14, 2010

AL FATEHAH; Orang Lama PAS Kembali Kerahmatullah



Sekitar jam 12 saya dan rakan berbicara tentang isu isu muktamar PAS di Kelantan.Isu yang kami bincangkan ialah penetapan pengerusi Lembaga Disiplin PAS mestilah terdiri daripada mereka yang tidak berjawatan dalam Party. Terlintas di fikiran kami ialah Ustaz Hassan Syukri. Sekitar jan 2.30 pm tiba tiba rakan memaklumkan beliau telah kembali kerahmatullah di Hospotal Selayang. Innnalillah hiwainnailaihi rojiunnn".


Masih terbayang wajah ceriau beliau di pentas muktamar. Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas rohnya.
MAklumat yang diterima jenazah beliau akan disembahyangkan jam 9 pagi esok di surau taman melewar.

Friday, June 11, 2010

HUKUM ISLAM....juak juak UMNO dan Blogersnya masih JAHIL

Isu hangat yang di mainkan UMNO semasa muktamar PAS di Kota Bharu antaranya ialah Isu "PAS BELUM MAMPU LAKSANAKAN HUKUM ISLAM" merujuk kepada ucapan dasar President.Melihat kepada kesungguhan bloger UMNO menghentam dan mengkritk secara negatif seolah olah bloger otak UMNO ini suka kalau PAS gagal laksanakan Hukum Allah.
Saya percaya bloger upahan UMNO ini antara jutaan manusia di Malaysia yang tidak faham,tidak ingin faham dan mungkin tidak akan faham apa yang diucapkan oleh Prseident PAS. Kalau mereka faham sudah lama mereka akan bersama dengan PAS. Kerana kebebalan mereka mereka terus kekal dalam kejahilan.
Mereka tidak suka hukum Allah ini tertegak dengan sebab itu mereka suka kalau PAS gagal melaksanakannya. PAS tidak pernah gagal kerana pas tidak pernah membuang agenda hukum Allah dalam matlamat perjuangannya.PAS belum berjaya sepenuhnya kerana ada pengacau seperti UMNO yang menentang siang dan malam.Lihat sahaja contoh 'judi bola' dalam susana PAS dan rakan rakannya bermatian menentang kerajaan yang diteraju UMNO dengan bangganya merelakan hukum Allah diperkosa. Mana juak juak blogger UMNO kenapa tak puji PAS yang konsisten menentang judi.
Saya ingin maklumkan "menentang judi adalah antara agenda menjalankan hukum Allah" ini pun juak juak bloger UMNO jahil tahap pelajar tadika KEMAS

BLOGGER YANG TAK RETI BAHASA

Saya terbaca artikel dalam Blog Pejuang Bangsa.Samaada tulisan atau pendirian beliau atau tidak saya tidak pasti.Cuma tulisan itu terlalu bangang tahap budak tadika KEMAS. Meletakkan sesuatu tidak kepada kedudukan sebenarnya dan memahami huraian dan pandangan tidak berpijak kepada kefahaman yang jitu.Saudara/ri pembaca boleh baca sendiri bagaimana pandangan dan kritikan bloger upahan UMNO yang saya perturunkan dibawah.[Pesanan saya nak kutuk orang biar ada hujah ]

[copy dari blog pejuang Bangsa.blogspot.com]
Heran betul dengan pemikiran ahli Parlimen Pokok Sena si Mahfuz Omar ni. Adakalanya cara dia berfikir dah serupa budak-budak PASTI. Adakalanya nampak macam orang tak cukup akal pun ada.

Minta maaf cakap lah kalau terkasar bahasa sikit, tapi selain dari kecaman rakyat Malaysia terhadap Israel, ada lagi sekor manusia ber ideologi Israel ni harus dikecam juga. Siapa dia? Si Mahfuz ni lah.



Mana tak dikatakan perangai macam Israel. Sebelum ini bukan main lagi ahli Parlimen Pas Pokok Sena ni mengugut kerajaan DS Najib supaya mengadakan sidang khas Parlimen bagi mengutuk serta mendesak tindakan diambil ke atas kezaliman Israel.

Siap bagi tempoh 48 jam lagi kepada DS Najib tu. Tanpa segan silu juga dia melalak di satu perhimpunan jalanan mahukan kerajaan membentangkan plan menyelamat aktivis bantuan rakyat Malaysia yang ada di dalam kapal Mavi Marmara dan juga Rachel Corie.

Dan 5 hari selepas Mahfuz meroyan ugut kerajaan, DS Najib telah membentangkan ususl mengecam dan mendesak tindakan terhadap kekejaman Israel di Sidang Parlimen. Malah, aktivis-aktivis Malaysia yang menyertai Flotila bantuan ke Gaza pun sudah selamat kembali tiba di negara setelah kerajaan berkerjasama dengan Duta-Duta luar bagi pembebasan mereka.

Hari ini, setelah semua isu berkaitan kecaman serta desakan untuk Israel dilakukan dengan cara paling baik oleh pihak kerajaan, Mahfuz meroyan pula mengatakan bahawa tiada gunanya DS Najib membentangkan usul mengecam Israel di Parlimen.

Selain itu, mungkin kerana tertekan dengan kehebatan DS Najib membahaskan usul di Parlimen, Mahfuz mengaitkan pula polisi kerajaan yang dituduhnya sebagai pro yahudi hinggakan nama Tun Mahathir pun diheretnya juga bagi menghentam kerajaan.

Lupakah si Mahfuz bahawa Tun Mahathir merupakan Pengerusi PGPO yang menjadi tunjang utama misi bantuan keamanan Gaza ini?

Apa pula sumbangan Pas terutama Nik Aziz ke Palestin? Mengapa Mahfuz tak melalak bila Nik Aziz dan Hj Hadi lambat mengeluarkan kecaman terhadap Israel? Mengapa Mahfuz tak menyalak kepada Anwar Ibrahim supaya mendesak rakan-rakan yahudinya mengecam Israel?

Patutlah Pas dari dulu hingga kini tak diberikan kesempatan oleh Allah swt menjadi peneraju negara. Dengan adanya manusia-manusia bergenetik lembab seperti Mahfuz ini diangkat menjadi pemimpin didalam Pas, pastinya akan lingkup negara jika pemerintahan diletakkan ke tangan mereka.

Cubalah anda semua bayangkan sendiri kedungguan ahli Parlimen Pas Pokok Sena ini. Dan nilaikanlah sendiri tahap pemikiran manusia seperti Mahfuz ini.

Selain sifat kurang cerdik dan bebal yang dimiliki, inilah contoh terbaik manusia yang bersifat irihati dan juga manusia yang dikatakan "perut busuk" didalam peribahasa melayu lama.

Padanlah mereka-mereka ini dijadikan kuda tunggangan oleh DAP dan PKR jika di lihat dari sudut kedungguan mereka.

Tuesday, June 1, 2010

SENARAI RAKYAT MALAYSIA DALAM KAPAL MAVI MARMARA

Nasib wartawan Awani masih kabur. Difahamkan seorang wartawan dan jurukamera bersama yang lain aktivis kini berada di Haifa setelah kapal LL4Gaza ditunda ke pelabuhan tentera lewat petang kelmarin.

Difahamkan Israel akan menahan semua para aktivis Freedom Flotilla.
Aktivis yang cedera kini dirawat di Haifa, termasuk yang meninggal dunia, ada aktivis yang mati ditembak di kepala. Buat masa ini Israel tidak mahu mengeluarkan apa-apa keterangan berkaitan insiden tersebut.
Selain itu sumber Awani memaklumkan bahawa 12 rakyat Malaysia yang terlibat di dalam misi LL4Gaza berada di atas kapal tersebut.
Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa kelmarin.

Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin -HALUANPalestin
Dr Mohd Arbai’e bin Syawal -HALUANPalestin
Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad -HALUANPalestin
Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi -HALUANPalestin
Mohd Nizam bin Mohd Awang -HALUANPalestin
Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus -Aqsa Syarif
Tn Hj Jamuliddin bin Elias -Yayasan Amal
Dr Selamat bin Aliman -Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Abdul Halim bin Mohd Redzuan -Muslim Care
Mustafa bin Mansur -MAPIM
Ashwat bin Ismail -Wartawan ASTRO
Shamsul Kamal Latif -Juru kamera ASTRO

Kapten "Kapal 8000" Enggan Dirawat di Israel

Nicosia – Infopalestina:Kapten kapal 8000, salah satu kapal armada kebebasan yang melambangkan jumlah tahanan Palestin yang mendekam di dalam penjara Zionis Israel, mengalami kecederaan serius oleh serangan angkatan laut Israel yang menyerbu armada kebebasan yang melaut menuju Jalur Gaza, Isnin (31/5) pagi.

Europe Campaign untuk Pembebasan Sekatan Gaza, yang mendanai “kapal 8000”, menyatakan bahawa kapten kapalnya yang berkebangsaan Yunani, menolak untuk dirawat di Israel dan tetap bertekad untuk dirawat di Yunani, meskipun dia mengalami luka serius.
"Kapal 8000" membawa kru media besar, mereka dalah kru aljazeera, Radio Media Sky Yunani, Web TV Yunani, TV XS Yunani, koran Ethnos Yunani, televisi Ceko – Republik Ceko, Ceko Ets R – Republik Ceko, Info Pal Italia, dan TV Bulgaria – Bulgaria. Di samping media Turki, Rusia dan negara lain yang ada di atas kapal armada kebebasan.

sumber
at 6/01/2010 02:54:00 PM
0 comments:
Catat Ulasan

Monday, May 31, 2010

KEADAAN KAPAL MISI BANTUAN KE GAZZA

Terkini ,15 orang dilaporkan syahid. Komando Israil memusnahkan setelit kapal dan mereka menembak dari helikopter. Laman web sahabat alaqhsa telah dihacked.

KONVOI LIFELINE4GAZA DISERANG

Berita terkini diperolehi 10 syahid dan 50 cedera dan luka-luka.
50 Minit berita diperolehi daripada sahabat alaqsha.com.
Dr Jamnul Azhar mulkan

Saturday, May 22, 2010

ANAK ANGKAT DAN PERSOALANNYA

Oleh: Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrâhîm Alusy Syaikh rahimahullâhu

Tanya:

Bolehkah menjadikan anak orang lain sebagai anak angkat dalam keluarga kita di mana kita menganggapnya seperti anak sendiri? Lalu bagaimana hijab dengannya bila si anak sudah baligh?

Jawab:

Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alusy Syaikh rahimahullahu menjawab permasalahan yang seperti ini dengan pernyataan beliau, “Dahulu di jaman jahiliah, orang-orang yang mengangkat anak memperlakukan anak angkat mereka seperti anak mereka yang hakiki atau seperti anak kandung dari segala sisi; dalam hal warisan, dalam hal bolehnya anak angkat tersebut berkhalwat (bersepi-sepi) dengan istri mereka, dan dianggapnya istri mereka sebagai mahram bagi anak angkat tersebut.

Adalah Zaid bin Haritsah radhiyallahu ‘anhu, maula Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, di masa sebelum beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam diangkat sebagai nabi, dipanggil dengan Zaid bin Muhammad (karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkatnya sebagai anak). Maka Allah ‘Azza wa Jalla berkehendak untuk menghapuskan semua anggapan orang-orang jahiliah tersebut berkaitan dengan anak angkat. Datanglah syariat Islam dalam masalah anak angkat ini berikut hukum-hukumnya yang tegas sebagaimana tersebut berikut ini:

1. Menghapus dan melarang adanya anak angkat yang dianggap sebagai anak yang hakiki dalam segala sisi, berdasarkan firman Allah ‘Azza wa Jalla:

وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ ۚذَ‌ٰلِكُمْ قَوْلُكُمْ بِأَفْوَاهِكُمْ ۖ وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ

“Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan anak-anak angkat kalian sebagai anak kandung kalian sendiri. Yang demikian itu hanyalah perkataan kalian di mulut kalian saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan yang benar. Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan memakai nama bapak-bapak mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dan jika kalian tidak mengetahui bapak-bapak mereka maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kalian seagama dan maula-maula kalian….” (Al-Ahzab: 4-5)

Dalam ayat-ayat di atas, Allah ‘Azza wa Jalla menerangkan bahwa ucapan seseorang kepada anak orang lain dengan “anakku” tidaklah berarti anak tersebut menjadi anaknya yang sebenarnya yang dengannya ditetapkan hukum-hukum bunuwwah (anak dengan orangtua kandungnya). Bahkan tidaklah mungkin anak tersebut bisa menjadi anak kandung bagi selain ayahnya. Karena, seorang anak yang tercipta dari sulbi seorang lelaki tidaklah mungkin ia dianggap tercipta dari sulbi lelaki yang lain, sebagaimana tidak mungkinnya seseorang memiliki dua hati/jantung1. Dan Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan kita agar mengembalikan penasaban anak-anak angkat tersebut kepada ayah kandung mereka, bila memang diketahui siapa ayah kandung mereka. Bila tidak diketahui maka mereka adalah saudara-saudara kita seagama dan maula kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala beritakan bahwa yang demikian ini lebih adil di sisi-Nya.

2. Memutuskan hubungan waris antara anak angkat dengan ayah angkatnya. Hal ini terkandung dalam ayat-ayat yang telah dibawakan di atas2. Juga disebutkan bahwa dalam perkara anak angkat, Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan ayat:

وَالَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَانُكُمْ فَآتُوهُمْ نَصِيبَهُمْ

“Dan jika ada orang-orang yang kalian telah bersumpah setia dengan mereka, maka berilah kepada mereka bagiannya3.” (An-Nisa’: 33)

Ibnu Jarir rahimahullahu mengeluarkan riwayat dari Sa’id ibnul Musayyab rahimahullahu yang menyatakan, “Ayat ini hanyalah turun terhadap orang-orang yang dulunya menganggap anak pada selain anak kandung mereka dan mereka memberikan warisan terhadap anak-anak angkat tersebut. Maka Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan ayat dalam perkara mereka. Untuk anak-anak angkat, Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan bagian dari harta (orangtua/ayah angkat mereka) dalam bentuk wasiat4, sementara warisan dikembalikan kepada yang berhak dari kalangan dzawil arham5 dan ‘ashabah6. Allah ‘Azza wa Jalla meniadakan adanya hak waris dari orangtua angkat untuk anak angkat mereka, namun Allah ‘Azza wa Jalla tetapkan adanya bagian harta untuk anak angkat tersebut dalam bentuk wasiat.”7

3. Dihalalkannya mantan istri anak angkat (setelah perceraian keduanya) untuk dinikahi oleh ayah angkatnya. Hal ini tampak dengan Allah ‘Azza wa Jalla menikahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Zainab bintu Jahsy radhiyallahu ‘anha setelah diceraikan oleh Zaid bin Haritsah radhiyallahu ‘anhu yang dulunya merupakan anak angkat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebelum turunnya ayat-ayat yang melarang hal tersebut. Allah ‘Azza wa Jalla menerangkan hikmah dari kejadian tersebut dengan firman-Nya:

زَوْجَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ وَتُخْفِي فِي نَفْسِكَ مَا اللَّهُ مُبْدِيهِ وَتَخْشَى النَّاسَ وَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَاهُ ۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيْدٌ مِنْهَا وَطَرًا

“Kami nikahkan dia denganmu agar tidak ada keberatan bagi kaum mukminin untuk menikahi istri-istri anak angkat mereka apabila anak angkat tersebut telah menyelesaikan urusan dengan istri-istri mereka (telah bercerai).” (Al-Ahzab: 37)

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam ayat yang menyebutkan tentang wanita-wanita yang haram dinikahi:

وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ

“…dan istri-istri dari anak-anak kandung kalian….” (An-Nisa’: 23)

Berarti dikecualikan dalam hukum pengharaman tersebut para istri anak-anak angkat (boleh dinikahi oleh ayah angkat suaminya bila mereka telah bercerai).

4. Keharusan istri ayah angkat untuk berhijab dari anak angkatnya, sebagaimana ditunjukkan dalam kisah Sahlah bintu Suhail istri Abu Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu, tatkala Sahlah datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu menyatakan, “Wahai Rasulullah, kami dulunya menganggap Salim seperti anak kami sendiri. Sementara Allah telah menurunkan ayat tentang pengharaman anak angkat bila diperlakukan seperti anak kandung dalam segala sisi. Padahal Salim ini sudah biasa masuk menemuiku (tanpa hijab)….”

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun menetapkan kepada Sahlah ketidakbolehan ikhtilath dengan anak angkat setelah turunnya ayat Al-Qur’an tersebut. Jalan keluarnya, beliau menyuruh Sahlah agar memberikan air susunya kepada Salim, dengan lima susuan yang dengannya ia menjadi mahram bagi Salim (yakni sebagai ibu susu, pent.)

5. Ancaman yang ditekankan dan peringatan yang keras bagi orang yang menasabkan dirinya kepada selain ayah kandungnya. Dalam hal ini ada ayat Al-Qur’an yang di-mansukh (dihapus) bacaannya namun hukumnya tetap berlaku, yaitu:

وَلَا تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَإِنَّهُ كُفْرٌ بِكُمْ أَنْ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ

“Dan janganlah kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian karena sungguh itu adalah kekufuran bila kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian.”

Al-Imam Ahmad rahimahullahu meriwayatkan dari Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كُنَّا نَقْرَأُ: وَلاَ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَإِنَّهُ كُفْرٌ بِكُمْ أَنْ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ

Kami dulunya membaca ayat: “Dan janganlah kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian karena sungguh itu adalah kekufuran bila kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian.”

Dalam hadits yang shahih dinyatakan:

مَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيْهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيْهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ

“Siapa yang mengaku-aku bernasab kepada selain ayahnya dalam keadaan ia tahu orang itu bukanlah ayah kandungnya maka surga haram baginya.”8

Tersisa sekarang dua perkara dalam masalah menyebut anak pada selain anak kandung dan penasaban kepada selain ayah kandung. Kita akan sebutkan berikut ini:

Pertama: Apabila seseorang memanggil seorang anak dengan panggilan/sebutan ‘anakku’ (padahal bukan anaknya yang sebenarnya) untuk memuliakan dan menyatakan kecintaannya kepada si anak, hal ini tidaklah termasuk dalam larangan berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata:

قَدَّمَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُغَيْلِمَةَ بَنِي عَبْدِ الْمُطَّلِبِ عَلَى حُمُرَاتٍ لَنَا مِنْ جَمْعٍ، فَجَعَلَ يَلْطَخُ أَفْخَاذَنَا وَيَقُوْلُ: أُبَيْنـِيَّ –تَصْغِيرُ ابْنِي– لاَ تَرْمُوا الْجُمْرَةَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

(Pada malam Muzdalifah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengedepankan kami anak-anak kecil dari Bani Abdil Muththalib (lebih awal meninggalkan tempat tersebut/tidak mabit, pent.) di atas keledai-keledai kami. Mulailah beliau memukul dengan perlahan paha-paha kami seraya berkata, “Wahai anak-anakku, janganlah kalian melempar jumrah sampai matahari terbit.”9

Ini dalil yang jelas sekali, karena Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma ketika hajjatul wada’ (haji wada’) berusia sepuluh tahun.

Kedua: Orang yang sudah terlalu masyhur dengan sebutan yang mengandung penasaban kepada selain ayahnya, seperti Al-Miqdad ibnu ‘Amr radhiyallahu ‘anhu yang lebih masyhur dengan Al-Miqdad ibnul Aswad, di mana hampir-hampir ia tidak dikenal kecuali dengan penasaban kepada Al-Aswad ibnu Abdi Yaghuts yang di masa jahiliah mengangkatnya sebagai anak, maka ketika turun ayat yang melarang penasaban kepada selain ayah kandung, disebutlah Al-Miqdad dengan ibnu ‘Amr. Namun penyebutannya dengan Al-Miqdad ibnul Aswad terus berlanjut, semata-mata sebagai penyebutan bukan dengan maksud penasaban. Yang seperti ini tidak apa-apa sebagaimana disebutkan dalam Tafsir Al-Qurthubi, dengan alasan yang disebutkan oleh Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullahu bahwa tidak pernah didengar dari orang terdahulu yang menganggap orang yang dipakaikan baginya sebutan tersebut telah berbuat maksiat.10”

Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.

(Fatawa wa Rasa’il Samahatusy Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alusy Syaikh, 9/21-25, sebagaimana dinukil dalam Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, hal. 889-891)

Catatan kaki:

1 Awal ayat di atas berbunyi:

مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ

“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua hati/jantung dalam rongganya….” (Al-Ahzab: 4)

2 Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam ayat ke 6 surah Al-Ahzab:

وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ

“Dan orang-orang yang memiliki hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmin (yang lain yang tidak punya hubungan darah) dan orang-orang Muhajirin….”

3 Awal ayat ini adalah:

وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَالِيَ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ

“Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapak dan karib kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya….”

4 Wasiat di sini tidak lebih dari 1/3 harta si mayit.

5 Dzawil arham adalah semua kerabat mayit yang tidak mendapat bagian fardh dan ta’shib dari harta warisan.
Ahli waris terbagi dua:
- Ada yang mendapat bagian warisan dengan fardh yaitu ia mendapat bagian yang tertentu kadarnya, seperti setengah atau seperempat.
- Ada yang mendapat bagian warisan dengan ta’shib yaitu kadarnya dari warisan tidak ada penentuannya.

6 ‘Ashabah adalah kerabat mayit yang mendapat bagian dari harta warisan tanpa ada batasan tertentu, bahkan bila dia cuma sendirian, dia berhak mendapat semua harta si mayit.

7 Jami’ul Bayan fi Ta’wilil Qur’an, 4/57.

8 HR. Al-Bukhari no. 4326 dan Muslim no. 217.

9 Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu

10 Tafsir Al-Qurthubi, 14/80.

(Sumber: Majalah Asy Syariah vol. iv/no. 46/1429H/2008M, hal. 86-89)

RAKYAT YANG WARAS MENOLAK BUDAYA JUDI


SEKITAR DEMONSTRASI MEMBANTAH KELULUSAN LESEN JUDI BOLA SEPAK OLEH KERAJAAN BN DI MASJID PEKAN KAJANGSELANGOR
ANJURAN PEMUDA PAS HULU LANGAT
SEJURUS SELEPAS SOLAT JUMAAT (20 MEI 2010)











Tuesday, May 18, 2010

MESEJ MESEJ HARI GURU

Pada 16 mei yang lalu saya menerima banyak SMS yang mengucapkan Selamat hari guru .Mesej mesej yang dihantar ada yang serius dan ada yang berbentuk humour dan berpendidikan. Saya catatkan beberapa mesej yang saya terima.

1. Salam pendidik...Jasa guru tiada ternilai, mengajar mendidik tanpa jemu, ganjaran akhirat bakal dicapai,teruskan khidmat mencurah ilmu....Selamat Hari Guru....

2. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU MALAYSIA,JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DAN SEMOGA KALIAN DIBERKATI DAN DI RAHMATI - DS NIZAR JAMALUDDIN DAN KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT PERAK.

3. guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU, Guru juga kaddangkala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU ,yang pasti guru juga bagaikan TV9 DEKAT DI HATI.... dan yang paling penting guru juga bagaikan PACKAGE ASTRO kerana MACAM MACAM ADA....Selamat Hari Guru.

4. Assalammualaikum ...Selamat Hari Guru, Jasamu tetap diingati selalu,terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan,semoga sentiasa diberkati@dirahmati Allah.....Amin...Jazakalllah hukhairan kasira...Dr anak muridmu yang menghargai segala pengorbananmu....Halalkan segala ilmu yang diberikan...Ampun segala kesalahan @ sesilapan yang telah ana lakukan....Syukran jazilan di atas segala galanya.

5.SELAMAT HARI GURU

6. Salam..Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar "cikgu" "Teacher" "sir" "Ustaz" "Ustazah" dan yang seangkatan dengannya. terima kasih atas segalanya.

7. Assalammualaikum.. happy Teacher Day. Semoga menjadi guru yang tabah dan bertanggungjawab.

8. SLM HR GURU, CIK GU BAKTIMU KAMI KENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT

9. Baca Hingga habis. renungan hari Guru, Apakah cita cita anda sebelum jadi guru? Mejistret?Loyar,Enjiniar?Anda menyesal jadi Guru? Cuba lihat,ada tak loyar yg sanggup pakai topi arkitek? Ada tak mejistret yang sanggup sarung kot doktor? Tapi guru adalah SEMUA itu. Kita lah doktor bila budak sakit,loyat bila parents soal,mejistret bila budak bergaduh. Hatta security guard & AHLI NUJUM pun kita.hari ni pula jadi tukang kebun gotong royong Perdana. Oleh itu banggalah jadi cikgu. SELAMAT HARI GURU.

Saturday, May 15, 2010

MANUSIA, DOSA & TAUBAT

Manusia dengan kalimah Arabnya berasal “nasiya” membawa maksud lupa. Sememangnya manusia dengan sifat semulajadinya bersifat lemah dan berhajat kepada pergantungan dan bantuan. Allah memilih manusia sebagai khalifah berbanding makhluk yang lain kerana keistimewaan aqal yang yang dikurniakan. Pergantungan kepada aqal semata mata tidak menjanjikan seseorang manusia dapat melepasi karenah dunia yang terlalu besar cabarannya.

Syaitan terus menerus mamalit dosa pada diri anak adam agar mereka terpisah dengan kasih sayang Allah swt. Manusia yang tidak menyedari tujuan dan matlamat hidup akan menganggap dosa adalah sesuatu yang tidak mendatangkan kesan apa apa. Hari ini ramai manusia tidak lagi memperdulikan dosa. Dosa bagi mereka boleh ditebus sama seperti kesalahan kecil di mata manusia sedangkan dosa akan mengakibatkan sengsara berpanjangan kelak ketika dihadapkan di mahamah Tuhan.

Penyair Arab ada menyebutkan dalam madahnya yang bermaksud:
Ku lihat dosa dosa
Mematikan segala hati
Hinalah dirimu apabila bergelumang dengannya
Sedangkan meninggalkan dosa dosa
Menyegar hidupkan segala hati
Kebaikanlah buat dirimu jika menentangnya.

Kepada muslim yang sedar adalah menjadi satu keperluan untuk mengawal dirinya dari melakukan maksiat meliputi dosa dosa kecil kerana membiasakan dosa dosa kecil dan memandang reneh terhadapnya akan mendorong individu melakukan dosa besar pula. Apatah lagi manusia yang tidak teragak agak melakukan dosa besar bagi mereka dosa kecil bagaikan zikir yang menyamankan kehidupan mereka. Lihat sahaja disekitar kita berapa ramai mereka yang bangga dengan dosa besar, arak,judi,tenung nasib (bomoh dan dukun) berhala dan penyembahan selain Allah (syirik) termasuk menyembah manusia dan menyembah ekonomi dan dunia, beraksi palsu,membunuh,berlaku zalim,rompak dan ragut ,bayi dibuang dan dibunuh semua ini dosa besar yang seakan akan menjadi ratib dan mainan hidup.

Ingatlah pesanan Rasullullah saw yang bermaksud:

“ Jauhilah dosa dosa kecil kerana apabila ia berkumpul pada diri seseorang lambat laun akan membinasakan”

Manusia yang beriman yang sedar pada kelemahan diri mestilah sentiasa bergantung kepada Tuhannya dan sentiasa menjadikan sifat “ta’ibun” kemestian dan agenda rutin. Taubat adalah amalan yang boleh menjadikan dosa dosa dapat disekat dari terus berkerak dan berkarat.

Untuk mempastikan sifat “Ta’ibun” wujud di dalam diri setiap muslim hendaklah mempunyai saat saat di mana ia dapat berbicara dengan dirinya,menilai,mengkritik dan membersihkan daripada karat karat dosa. Setiap muslim perlu menyambut seruan Allah swt dalam firmanNya yang bernaksud:

“Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”

As syams :7-10

Pendekatan ini juga adalah sebagai menyambut seruan yang telah disarankan oleh saidina Umar Al Khattab RA yang bermaksud:

“Hitunglah dirumu sebelum kamu dihitung,timbanglah amalanmu sebelum ianya ditimbang dan bersedialah kamu menghadap hari qiamat (hari perhitungan)”

Ulamat sependapat bahawa bertaubat dari dosa adalah WAJIB. Hajat mencapai tujuan taubat tidak akan terlaksana andai tidak diraikan syarat taubat. Sekiranya dosa itu terhadap Allah setiap muslim mesti meraikan 3 syarat taubat berikut :
a) Meninggalkan dosa dosa yang telah dilakukan (tidak lagi melakukan)
b) Menyesali perbuatan
c) Berazam tidak mahu kembali melakukan untuk selama lamanya

Seandainya dosa melibatkan manusia ketiga tiga syarat di atas adalah sama dan ditambah syarat ke empat iaitu
Hendaklah memohon kerelaan dari orang yang terlibat.

Jadilah manusia yang sedar diri dan tahu tujuan kehidupan.Jangan menyesal di hari kemudian. Ingatlah selalu firman Allah swt yang bermaksud

“ Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami Telah melihat dan mendengar, Maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."

As sajdah :12.

Abuafaf 140510

Friday, May 14, 2010

JAHILIAH KEMBALI DIMINATI

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[136] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,
[136] segala minuman yang memabukkan.
Al baqarah :219

Setiap kali tiba bulan Rabiulawwal menjadi kebiasaan masyarakat kita menyambut hari kelahiran Rasullullah saw. Setiap kali membicarakan kelahiran Rasullah, kehidupan masyarakat Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab akan pasti dibincangkan. Kelahiran Rasullullah dan setelah diangkat menjadi rasul menjadikan Jahiliah dibasmi dan dinyahkan dari terus bertapak. Budaya jahiliah yang sering kita bicarakan seperti budaya menanam anak perempuan, suka berperang walau dengan alasan yang cukup remeh,pergaduhan,penindasan,minum arak,zina ,rompakan,samun,curi dan berbagai acara rutin harian ketika itu menghiasa diari hidupan masyarakat jahiliah.

Kehadiran Rasulullah dengan wahyu dari Allah swt menyaksikan agenda ini semakin hari semakin ditinggalkan setelah Aqidah dan syariat semakin difahami oleh masyarakat. Bermula dari kelompok bergelar jahil apabila disepuh iman dan digilap makna penyembahan seorang hamba kepada tuhannya menjadikan mereka muslim tegar yang tidak mungkin kembali kepada jahiliah.

Mereka yang memilih berada dalam lembayung Islam lansung tidak lagi bercita cita melompat kembali menjadi jahiliah. Bahkan semakin gagah dan jitu menggenggam asas taqwa walau rintangan hebat menanti sekalipun kematian adalah bayarannya.

Kini setelah 1400 tahun lebih Rasul meninggalkan kita dengan asas yang cukup kukuh,dengan jahiliah yang dikuburkan menyaksikan ada tangan tangan nakal yang cuba mengoyang kekukuhan pasak takwa dan cuba menggali jahiliah yang telah dikuburkan.

Dunia hari ini menyaksikan manusia wewenangnya menyanggah ketentuan dan syariat dan tanpa segan silu mencabar kekuasaan dan menidakkan landasan yang mesti dilalui. Setakat hari ini tidaklagi kita perhatikan sebuah negara yang jelas menjalankan undang undang peruntukan Allah swt yang termaktub dalam anakmen Al Quran dan Sunnah.

Lebih celupar lagi apabila mereka semakin berani menghalalkan kembali agenda jahiliah yang diperangin oleh Islam. Hari ini kita dihadapkan isu judi yang dihalalkan. Pengertian dan istilah judi halal dan judi haran (judi berpermit dan tidak berpermit) terus menerus mengelirukan ummat dan menjauhkan mereka kepada kefahaman syariat.

Bukankah sesuatu yang pelik untuk mengelakkan sesuatu keburukan dari satu agenda keburukan dengan menghalalkan keburukan itu. Inilah hawa nafsu serakah syaitan yang mencabar tarbiah dan hidayah Allah.

Malang lagi apabila keinginan sang penguasa ini mendapat sambutan dan sokongan pula dan mereka yang memakai topi dan lebel ulama (kononnya) bagai lembu tua yang dicucuk hidungnya. Memberi nasihat ,tetapi nasihat yang berlapik lapik,beralas alas, dan yang terang asalnya jadi kabur dan sukar difahami. Barangkali inilah dunia akhir zaman apabila manusia mula mencari fatwa dari mereka yang memakai lencana ulama tetapi menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Semoga Allah memelihara kita dari saki baki rezki tidak berkat yang dikaut pemerintah tanpa memikir halal haramnya.semoga Allah hindarkan penyaluran rezki tidak berkat untuk di suap ke kerongkong rakyat. Semoga Allah jauhi bencana kejahilan,kezaliman dan kerakusan menyanggah hukumNya. Percepatkan langkah kami untuk mengangkat agamaMu ke singgahsananya.Semoga jahiliah tiada tempat di dunia ini.

Sunday, April 25, 2010

PENGHARAPAN P94 HULU SELANGOR

bermula dengan jangkaan 56.2 % memihak Zaid
Zulkifli Sulong
HULU SELANGOR, 25 April: Berbekalkan anggaran kemenangan 56.2 untuk Pakatan Rakyat sebagaimana yang diramalkan oleh Zentrum Future Studies, 63,701 pengundi Hulu Selangor mula membuang undi pagi ini.

Mereka membuang undi di 48 pusat pengundian yang menyediakan 136 saluran mengundi di 47 buah sekolah bermula jam 8.00 pagi ini.

Proses pengundian ini diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan iaitu Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Pilihan raya ini menyaksikan kedua-dua pihak turun dengan sepenuh tenaga yang mereka ada samada di pihak BN atau PR. BN misalnya menurun semua pemimpin utamanya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Menjadi satu yang luar biasa juga apabila PM turun sendiri secara penuh masa dengan berkempen di seluruh kawasan pilihan raya sedangkan menjadi amalam BN sebelum ini pilihan raya kecil biasanya diserahkan kepada timbalan sahaja.

Malam tadi, Pakatan Rakyat menamatkan sessi kempennya di stadium mini Kuala Kubu Baru. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain pemimpin Pakatan berucap di situ. Stadium itu penuh sesak dengan manusia dan dianggarkan sekurang-kurangnya 20,000 memenuhinya.

Sebelum itu, Nik Aziz berucap di Dewan Komuniti Serendah yang penuh sesak dengan orang ramai dari pelbagai kaum.

Namun begitu, dalam pilihanraya ini Nik Aziz dilihat tidak perlu memberikan ucapan yang hebat, cukup sekadar meminta pengundi mengundi Zaid. Beliau hanya perlu hadir, lambaikan tangan dan orang ramai akan memenuhi tempat beliau datang.

Para pemimpin BN, menurut laporan media mereka, yakin akan menang dalam pilihan raya ini. Najib sendiri memberitahu kebinetnya BN akan menang.

Bilik gerakan PAS pula menjangka, calon PR akan menang. "Jika keluar mengundi 75 peratus, kami jangka akan menang sekitar 556 undi," kata Pengarah Operasi jentera pilihanraya PAS, Jamaliddin Elias kepada Harakahdaily dua hari sebelum mengundi.

Bilik gerakan PKR pula melaporkan, sasaran mereka untuk mendapat 43 peratus pengundi Melayu bolehkan dikatakan tercapai. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, pihaknya menjangka akan menang.

Zentrum pimpinan Dr Abu Hassan Hasbullah yang membuat kajian lapangan secara agresif kali ini telah mengeluarkan laporan setiap jam semalam. Ia bermula dengan kemenangan berpihak kepada PR diwaktu pagi, BN menang di waktu tengahari tetapi berakhir dengan kemenangan bergaya di pihak PR pada akhir malam tadi 56.2 peratus untuk PR dan 43.8 peratus untuk BN.

Berikut antara statistik yang diberikan oleh Zentrum.

10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

PENJELASAN KHUTBAH TANPA SELAWAT

Hasan Ali Nafi Guna Masjid Untuk Berpolitik

SHAH ALAM: Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan beliau mengingkari arahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid sebagai medan untuk berpolitik.

Beliau berkata laporan akhbar hari ini yang menyatakan beliau telah menyentuh perkara berkaitan politik ketika menyampaikan khutbah di MasjidAs-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam adalah tidak benar dan merupakan satu tuduhan semata-mata.

"Terdapat juga tuduhan yang menyatakan saya terlupa untuk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam khutbah kedua yang merupakan rukun sahnya khutbah, sebaliknya saya membacanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan berkata apa yang disampaikan ketika khutbah ialah mengenai pembangunan yang tidak seimbang dan kesannya dengan memetik beberapa pandangan ahli fikir Islam yang menyatakan hanya Islam yang menjadi faktor bagi menyelesaikan masalah umat.

Mengenai bacaan selawat yang menjadi rukun sah khutbah dan sembahyang Jumaat, beliau berkata pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan anggota jawatankuasa (AJK) masjid terbabit yang hadir mengesahkan bahawa beliau ada membaca selawat itu.

"Suka juga saya nyatakan di sini saya sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco Agama Islam negeri, sudah pastilah menjaga kesucian rumah Allah sebagai tempat suci dan menjunjung perintah Sultan Selangor," katanya.

Hasan berkata penjelasan itu diharap dapat menjawab kekeliruan laporan akhbar dan dakwaan yang dibuat oleh beberapa pemimpin mengenai penyalahgunaan masjid serta syarat sah solat Jumaat seperti yang disiarkan dalam beberapa media.

"Penjelasan ini merupakan jawapan kepada tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada saya dan suka saya nyatakan saya tidak berpolitik melalui khutbah sebaliknya khutbah saya itu telah dipolitikkan," katanya. - BERNAM

Saturday, April 24, 2010

8 JAM untuk berkempen

Sehingga tulisan ini di tulis calon calon yang bertanding dalam PRK P94 Hulu selangor mempunyai kurang lebih 8 jam lagi untuk berkempen. sepanjang kempen berlansung seperti biasa BN mempunyi kelebihan media ibu ayah mereka untuk meracuni rakyat dengan pembelaan terhadap kesalahan mereka.Pihak PR terpaksa menggunakan segenap kudrat berteman senjata gigi dan gusi untuk berhadapan dengan kekuatan BN yang mengeploitasi jentera kerajaan bagi meraih undi.
Sepanjang penulis bersama jentera kempen PR, sempat penulis meninjau bahan bahan kempen BN. Hebat dari segi kualiti bahan dan metirial berwarna warni (pasukan kayalah katakan) namun apa yang dijadikan bahan amat keterlaluan sekali. Menghentam peribadi calon PR datuk Mohd zaid Ibrahim dilihat amat keterlaluan sekali. Penulis masih ingat kalau dulu UMNO BN cukup menghina PAS kerana menghina orang dengan gelaran dan makian yang melampau tetapi barangkali berhadapan dengan PR BN sudah diharuskan oleh mufti muftinya untuk menggunakan istilah istilah yang melampau tersebut. Pada pandangan khalayak apakah layak manusia seperti Datuk Zaid yang mengaku dirinya tidak sempurna di gelar sebagai "Dajjal kecil". penulis ingin katakan kalau Datuk Zaid dituduh sebagai "Dajjal Kecil" siapa pula "Dajjal Besarnya" . Mungkin "Dajjal Besarnya " adalah orang yang menbgharuskan kezaliman menindas dan mengunci segenap lorong demokrasi dan bersekongkol dengan Israil itu "Dajjal Besarnya".
Penulis juga ingin bertanya kepada mufti yang hebat hebat ilmu mereka dan ulama ulama UMNO yang satu ketika amat hebat mempertahan isu kalimah ALLAH ,sejak bila pula kempen BN mengharuskan surah yasin dijadikan freegift semasa kempen tidak mengira muslim atau non muslim. Mungkin mufti mufti dan ulama UMNO sudah berijtihad dan menyakini surah surah yasin itu tidak diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya. Kalaulah PR yang melakukan nescaya mereka hentam habis habisan PR tidak menjaga kesucian ISLAM. BN buatlah apa sahaja tidak salah semua betul belaka ,1 Malaysialah katakan.
Malam semalam penulis di Kg Sungai Buaya (dahulunya felda Sg Buaya),melihat gelombang rakyat dan penduduk Sg Buaya yang menuntut hak mereka. Nampaknya BN cuba sekali lagi mengugut untuk menyelesaikan masalah tanah penduduk Sg Buaya dengan syarat, Syaratnya BN menang.Kalau Bn kalah di Hulu selangor, Rakyat Selangor tidak berhak mendapat hak mereka ,itulah BN yang terlalu bongkak. Saya ingin tarik perhatian khalayak ,bagaimana kalau kita banci mereka yang didapati tidak menyokong PR,mereka ini tidak mendapat keistimewaan yang diperolehi di Selangor.Apa komen BN agaknya?
Semoga pengundi P94 Hulu selangor membuat pilihan bijak,jangan biarkan BN bertambah bongkak dengan kejahatan yang mereka telah lakukan dan akan lakukan. Pilihlah calon PR dalam UNDI ANDA.
TAKBIRRR...

Sunday, April 11, 2010

PASTI DAN NILAI PENGORBANAN


Baru baru ini saya berkesempatan bersama guru guru PASTI negeri Selangor dalam program Kursus Asas Perguruan yang berlansung di Sungai Congkak Hulu Langat. saya yang terlalu cetek dan tidak cukup pengalaman diamanahkan untuk berbicara tentang Sejarah penubuhan PAS dan perkembangan Islam di Malaysia. Saya terima amanah ini dengan penuh rasa berat walaupun ketika itu ada bebanan tugas lain yang perlu saya hadiri. Namun apabila yang menjemput adalah wakil PASTI saya tidak ada alasan untuk menolak. Pada fikiran saya menolak jemputan PASTI adalah keengganan kita untuk berkorban bersama mereka.


Alhamdulillah saya sampai pada waktu yang dijanjikan. Demi melihat ramainya guru PASTI yang hadir dan 100 peratus adalah muslimat hati saya terdetik, oh ramai lagi tenaga pejuang sayanP kiri yang sanggup bersama dengan gerakan ISLAM no 1 DI MALAYSIA. Saya yakin ramai warga pendidik di Malaysia tidak dapat menyelami apa yang ada dalam hati kecil warga pendidik PASTI. Saya ingin bertanya pernahkah terlintas pada benak warga pendidik ada guru guru yang di zaman 2010 ini menerima imbuhan gaji 100.00 sebulan, 288.00 sebulan, 300.00 sebulan. Semestinya ramai yang berkata tidak masuk akal menerima imbuhan sebanyak itu dalam suasana kehidupan yang semakin berhajat ongkos yang lebih banyak.




Hakikatnya itulah imbuhan yang masih lagi diterima oleh pejuang pejuang dan pendokong PAS (guru guru PASTI). Usai slot pengisian saya sempat berbual dengan beberapa orang urusetia. Meraka memberikan input kepada saya perihal berkaitan imbuhan guru PASTI ini. Kata mereka kalau di bandar seperti Shah Alam ,Ampang dan Puchong misalnya imbuhan bolehlah dikira bersesuaian dengan tuntutan dan keperluan. Namun kata mereka di tempat tempat lain di kawasan pedalaman misalnya atau di kampung kampung imbuhan lebih berbentuk saguhati. Hati saya berkata besarnya pengorbanan guru guru PASTI ini,walaupun dalam suasana tumbuhnya tadika swasta kebelakangan ini yang lebih menawarkan peluang menarik namun kekentalan yang ada dalam jiwa pejuang sejati, muslimah harapan bangsa, mereka sanggup membakar diri agar matlamat jamaah terlaksana dan anak bangsa dididik dengan penuh tanggungjawab.


Moga keikhlasan menjadi sebab Allah memandang usaha kita. Mudah mudahan sedikit imbuhan yang kita perolehi menjadi sebab Allah mencampakkan kerahmatan dan keberkatan untuk anak bangsa dan masyarakat seluruhnya. HIDUP PASTI...PASTI HIDUP ISLAM.

Wednesday, April 7, 2010

KENAPA MANUSIA MENOLAK AL QURAN (ISLAM)

Manusia yang diciptakan Allah terbahagi kepada dua kelompok besar. Satu kelompok adalah kelompok taat dan satu kelompok lagi adalah mereka yang derhaka dan menyeleweng. Meletakkan ada satu golongan lagi antara yang taat dan menyeleweng menjadikan kita penganut pahaman Muktazilah (Nauzubillah).


Dr Yusof Al qardhawi menyatakan sebab manusia menolak AL Quran (ISLAM ) terbahagi kepada 2.


1. Kerana mereka kafir

2. kerana mereka jahil


Kafir menolak Islam dalam bentuk yang jelas.Mereka tidak mahu tunduk dengan apa yang diperintahkan Allah dan menjadikan manusia pengurus diri mereka sendiri tanpa ada kaitan dengan Allah swt. Kafir menafikan ketuhanan Allah swt. Menafikan ketuhanan Allah boleh berlaku dalam berbagai bagai bentuk, antaranya dengan berlaku syirik,menyembah berhala,mengiyakan khurafat,menghukun dengan hukum ciptaan sendiri serta menafikan peruntukan hukum Allah. Berlaku dalam masyarakat kita hari ini yang kononnya Islam tetapi menganuti kefahaman manusia boleh mengampunkan dosa manusia. ini adalah bentuk kekafiran yang jelas menolak Allah dan Agamanya.


Kafir juga boleh berlaku apabila kita mempersendakan peruntukan Allah dan syariat yang diturunkan. mempersendakan hukuman yang ditetapkan sebagai primitif dan ketinggalan boleh menjadikan seseorang terkeluar dari aqidah yang betul. Mempersendakan sunnah Rasullullah seperti mengatakan "Nabi tidak bercukur sebab tiada pisau cukur" adalah perkara yang termasuk dalam mempersendakan agama. mempersendakan peruntukan yang di syariatkan seperti orang yang syahid di medan jihad tidak perlu dimandikan dengan mengatakan di zaman rasul tidak dimandikan kerana ketiadaan air adalah juga termasuk dalam mempersendakan Agama. Hal ini semuanya boleh menjadikan seseorang kafir kerana mereka melakukan penentangan secara terbuka. Keterbukaan mereka menjadi kafir kerana mereka melihat kebenaran dengan pancaran aqal semata mata tidak merujuk kepada wahyu. Hidup bertuhankan aqal adalah kesesatan. sekalipun memakai nama Islam bukanlah lesen untuk mengeluarkan mereka dari kesesatan kalau kesesatan mengalir dalam urat nadi mereka.


Faktor manusia menolak Islam juga disebabkan mereka JAHIL.


Jahil terjadi kerana ketidakfahaman mereka tentang Islam. ketidak fahaman boleh terjadi kerana seruan Islam tidak sampai kepada mereka. dakwah Islamiah tidak sampai kepada mereka. Persoalan yang timbul apakah seorang guru di sekolah,mengajar pula pendidikan Islam boleh dikategorikan sebagai jahil?. Bolehkan seorang pensyarah di Universiti yang mengajar pula ribuan murid dalam segenap ilmu berkaitan islam dianggap jahil?. Bolehkah seorang mufti yang seringkali menyelesaikan masalah umat dan isu yang berlaku di anggap jahil? kalau mereka tidak jahil kenapa menolak perjuangan yang benar. kalau mereka tidak jahil kenapa bersapa mereka yang sesat lagi menyesatkan. NAMUN mereka tidak boleh diistilahkan dengan jahil. kalau tidak jahil namun masih lagi menyokong kebatil ....itu apa namanya?


berhadapan dengan "juhala'" tidak bermakna tuntutan Islam mesti ditawakufkan. berhadapan dengan juhala' tidak bermakna kebatillan boleh mengambil tempat Islam. Islam dan Al quran mesti dilaksanakan secara tadarruj. mereka (pemegang tampuk pemerintahan) yang berhadapan dengan juhala (kalau benarlah juhala') MESTILAH

1. Ada niat untuk melaksanakan ISLAM secara syumul

2.Mempunyai matlamat yang jelas dan konsisten

3.Mempunyai "target" dan jangka masa ( ertinya tidak selama lamanya kita beralasan Islam belum dipraktikkan sepenuhnya kerana manusia masih jahil) kalau di zaman rasulullah beberapa tahun sahaja istilah jahil telah terhapus dari diri sahabat sahabat dan Islam mentadbir dan memerintah apakah kita yang kononnya mendeka masih memilih pendekatan.. pendekatan..pendekatan yang tak kunjung dekat.

4.memberikan amaran ke arah untuk melaksanakan Al Quran sepenuhnya.


Semoga kita yang berada dilandasan harakah Islamiah ini mempunya kefahaman ini supaya kita tidak termasuk dalam kumpulan pertama yang kita nyatakan.


Abu Afaf

Hulu Langat

7 April 2010