Pages

Thursday, March 4, 2010

KATAK KENYANG

TOPIK KATAK KENYANG AKAN MENEMUI ANDA PADA KOMENTAR AKAN DATANG
SAMBUNGAN....

BILA MANUSIA SERONOK MEMPEROLOK OLOK AGAMA

[ 3 sebatan : adalah pelaksanaan hukum syariah]

Seminggu lepas mungkin orang orang jahil agak gempar atau terpisat pisat melihat perubahan kepada suasana dan perundangan negara.Mereka yang jahil jahil ini mula melihat kerajaan Islam Melaka akan kembali sirna d ibawah perdana menteri yang hebat kerana telah melaksanakan hukuman menurut syariat ke atas pesalah zina di Penjara Kajang.

Rata rata masyarakat diperbodohkan oleh akhbar akahbar dengan mengambarkan 3 sebatan itu adalah hukuman syarak keatas pesalah zina. Orang jahil juga akan berkata “ Lepas ini PAS tidak ada modal lagi mengecam UMNO kerana kerajaan UMNO BN sudah melaksanakan peruntukan hudud. PAS bising saja lebih mahukan hudud tapi kenapa tak dilaksanakan di kelantan” Ini adalah ayat ayat orang bodoh yang sengaja mempermain mainkan Agama Allah. Pelik !@#!@^% seketika hebat sungguh mereka mempertahankan “kalimah Allah” dalam masa yang sama kenapa sebodoh itu mempermaikan peruntukan hukum.

BILA MANUSIA SERONOK MEMPEROLOK OLOK AGAMA

FIRMAN ALLAH SWT

Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama[485] mereka sebagai main-main dan senda gurau[486], dan mereka Telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, Karena perbuatannya sendiri. tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa'at[487] selain daripada Allah. dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. mereka Itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu. ( AL AN AAM: 70)

Kemelut politik dan sosial yang berlaku sehari dua ini berlansung dalam suasana penulis cukup sibuk dengan berbagai agenda. Kekangan waktu yang membatasi menjadikan respon kepada isu yang berlaku bagai tak tersapa. Namun hati berkata, jiwa meronta ingin dititipkan komentar terhadap kebejatan yang berlaku kepada buana yang seimbas pandang melayakkan diterpa bala oleh yang Maha Esa.

Suasana kemeriahan umat Islam menyambut hari kelahiran Junjungan besar Muhammad Saw seakan tidak membekas di hati pelaku pelaku kezaliman yang bertebaran di serata pelusuk negara. Cuba renungkan apa yang berlaku di Ulu Yam apabila adik kecil seusia 3 tahun yang diperlakukan seperti binatang sehingga hilang nyawanya. Ingatlah kita bagaimana suasana yang terakam di zaman jahiliyah agenda pembunuhan menjadi asam garam manusia yang tidak berpihak atas dasar takwa. Kebengisan manusia seperti haiwan yang tidak lansung ditambat iman dalam jiwanya adalah watak watak yang bergaya menghiasi zaman jahiliyah. Sehinggalah Allah mengutuskan rasulnya menatijahkan perubahan total dalam segenap jiwa manusia dan dunia menyaksikan manusia sebengis Umar Al Khattab mampu dijinakkan dengan sirna iman yang dpancarkan dalam lubuk jiwanya.

Sekali renung zaman kejahilan penuh kebobrokan yang telah pun disepuh kebejatannya dengan sinar iman oleh baginda rasulullah kini kembali menggila. Agenda jahiliyan kembali bersarang dan didakap erat oleh manusia yang tidak menyedari hakikat diri dan kejadiannya. Bolehkah akal yang waras menerima, kanak kanak seusia 3 tahun diperlakukan demikian rupa tanpa belas kasihan. Hati saya cukup terkilan apabila kejadian penderaan kepada kanak kanak ini disaksikan oleh orang ramai tanpa ada simpati untuk membantu dan mencegah kejahatan dan kezaliman yang dilakukan. Lemahnya nilai kemasyarakatan. Mungkin sidang khalayak juga terfikir betapa jahilnya nilai kejiranan dalam masyarakat kita sedangkan Rasulullah seringkali mengingatkan betapa pentingnya institusi kejiraranan untuk menjamin maslahah masyarakat. Ke mana sensitiviti jiran terhadap budaya bersekududukan yang berlaku. Apakah hari ini kita merelakan segala yang berlaku tanpa kita merasai tanggungjawab ketas perintah” Amal maaruf dan nahi Mungkar”

BERSAMBUNG UNTUK KUPASAN 3 SEBATAN KEATAS PESALAH ZINA & RAJA LOMPAT YANG KEMBALI MENGGILA