Pages

Monday, June 14, 2010

AL FATEHAH; Orang Lama PAS Kembali Kerahmatullah



Sekitar jam 12 saya dan rakan berbicara tentang isu isu muktamar PAS di Kelantan.Isu yang kami bincangkan ialah penetapan pengerusi Lembaga Disiplin PAS mestilah terdiri daripada mereka yang tidak berjawatan dalam Party. Terlintas di fikiran kami ialah Ustaz Hassan Syukri. Sekitar jan 2.30 pm tiba tiba rakan memaklumkan beliau telah kembali kerahmatullah di Hospotal Selayang. Innnalillah hiwainnailaihi rojiunnn".


Masih terbayang wajah ceriau beliau di pentas muktamar. Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas rohnya.
MAklumat yang diterima jenazah beliau akan disembahyangkan jam 9 pagi esok di surau taman melewar.

Friday, June 11, 2010

HUKUM ISLAM....juak juak UMNO dan Blogersnya masih JAHIL

Isu hangat yang di mainkan UMNO semasa muktamar PAS di Kota Bharu antaranya ialah Isu "PAS BELUM MAMPU LAKSANAKAN HUKUM ISLAM" merujuk kepada ucapan dasar President.Melihat kepada kesungguhan bloger UMNO menghentam dan mengkritk secara negatif seolah olah bloger otak UMNO ini suka kalau PAS gagal laksanakan Hukum Allah.
Saya percaya bloger upahan UMNO ini antara jutaan manusia di Malaysia yang tidak faham,tidak ingin faham dan mungkin tidak akan faham apa yang diucapkan oleh Prseident PAS. Kalau mereka faham sudah lama mereka akan bersama dengan PAS. Kerana kebebalan mereka mereka terus kekal dalam kejahilan.
Mereka tidak suka hukum Allah ini tertegak dengan sebab itu mereka suka kalau PAS gagal melaksanakannya. PAS tidak pernah gagal kerana pas tidak pernah membuang agenda hukum Allah dalam matlamat perjuangannya.PAS belum berjaya sepenuhnya kerana ada pengacau seperti UMNO yang menentang siang dan malam.Lihat sahaja contoh 'judi bola' dalam susana PAS dan rakan rakannya bermatian menentang kerajaan yang diteraju UMNO dengan bangganya merelakan hukum Allah diperkosa. Mana juak juak blogger UMNO kenapa tak puji PAS yang konsisten menentang judi.
Saya ingin maklumkan "menentang judi adalah antara agenda menjalankan hukum Allah" ini pun juak juak bloger UMNO jahil tahap pelajar tadika KEMAS

BLOGGER YANG TAK RETI BAHASA

Saya terbaca artikel dalam Blog Pejuang Bangsa.Samaada tulisan atau pendirian beliau atau tidak saya tidak pasti.Cuma tulisan itu terlalu bangang tahap budak tadika KEMAS. Meletakkan sesuatu tidak kepada kedudukan sebenarnya dan memahami huraian dan pandangan tidak berpijak kepada kefahaman yang jitu.Saudara/ri pembaca boleh baca sendiri bagaimana pandangan dan kritikan bloger upahan UMNO yang saya perturunkan dibawah.[Pesanan saya nak kutuk orang biar ada hujah ]

[copy dari blog pejuang Bangsa.blogspot.com]
Heran betul dengan pemikiran ahli Parlimen Pokok Sena si Mahfuz Omar ni. Adakalanya cara dia berfikir dah serupa budak-budak PASTI. Adakalanya nampak macam orang tak cukup akal pun ada.

Minta maaf cakap lah kalau terkasar bahasa sikit, tapi selain dari kecaman rakyat Malaysia terhadap Israel, ada lagi sekor manusia ber ideologi Israel ni harus dikecam juga. Siapa dia? Si Mahfuz ni lah.



Mana tak dikatakan perangai macam Israel. Sebelum ini bukan main lagi ahli Parlimen Pas Pokok Sena ni mengugut kerajaan DS Najib supaya mengadakan sidang khas Parlimen bagi mengutuk serta mendesak tindakan diambil ke atas kezaliman Israel.

Siap bagi tempoh 48 jam lagi kepada DS Najib tu. Tanpa segan silu juga dia melalak di satu perhimpunan jalanan mahukan kerajaan membentangkan plan menyelamat aktivis bantuan rakyat Malaysia yang ada di dalam kapal Mavi Marmara dan juga Rachel Corie.

Dan 5 hari selepas Mahfuz meroyan ugut kerajaan, DS Najib telah membentangkan ususl mengecam dan mendesak tindakan terhadap kekejaman Israel di Sidang Parlimen. Malah, aktivis-aktivis Malaysia yang menyertai Flotila bantuan ke Gaza pun sudah selamat kembali tiba di negara setelah kerajaan berkerjasama dengan Duta-Duta luar bagi pembebasan mereka.

Hari ini, setelah semua isu berkaitan kecaman serta desakan untuk Israel dilakukan dengan cara paling baik oleh pihak kerajaan, Mahfuz meroyan pula mengatakan bahawa tiada gunanya DS Najib membentangkan usul mengecam Israel di Parlimen.

Selain itu, mungkin kerana tertekan dengan kehebatan DS Najib membahaskan usul di Parlimen, Mahfuz mengaitkan pula polisi kerajaan yang dituduhnya sebagai pro yahudi hinggakan nama Tun Mahathir pun diheretnya juga bagi menghentam kerajaan.

Lupakah si Mahfuz bahawa Tun Mahathir merupakan Pengerusi PGPO yang menjadi tunjang utama misi bantuan keamanan Gaza ini?

Apa pula sumbangan Pas terutama Nik Aziz ke Palestin? Mengapa Mahfuz tak melalak bila Nik Aziz dan Hj Hadi lambat mengeluarkan kecaman terhadap Israel? Mengapa Mahfuz tak menyalak kepada Anwar Ibrahim supaya mendesak rakan-rakan yahudinya mengecam Israel?

Patutlah Pas dari dulu hingga kini tak diberikan kesempatan oleh Allah swt menjadi peneraju negara. Dengan adanya manusia-manusia bergenetik lembab seperti Mahfuz ini diangkat menjadi pemimpin didalam Pas, pastinya akan lingkup negara jika pemerintahan diletakkan ke tangan mereka.

Cubalah anda semua bayangkan sendiri kedungguan ahli Parlimen Pas Pokok Sena ini. Dan nilaikanlah sendiri tahap pemikiran manusia seperti Mahfuz ini.

Selain sifat kurang cerdik dan bebal yang dimiliki, inilah contoh terbaik manusia yang bersifat irihati dan juga manusia yang dikatakan "perut busuk" didalam peribahasa melayu lama.

Padanlah mereka-mereka ini dijadikan kuda tunggangan oleh DAP dan PKR jika di lihat dari sudut kedungguan mereka.

Tuesday, June 1, 2010

SENARAI RAKYAT MALAYSIA DALAM KAPAL MAVI MARMARA

Nasib wartawan Awani masih kabur. Difahamkan seorang wartawan dan jurukamera bersama yang lain aktivis kini berada di Haifa setelah kapal LL4Gaza ditunda ke pelabuhan tentera lewat petang kelmarin.

Difahamkan Israel akan menahan semua para aktivis Freedom Flotilla.
Aktivis yang cedera kini dirawat di Haifa, termasuk yang meninggal dunia, ada aktivis yang mati ditembak di kepala. Buat masa ini Israel tidak mahu mengeluarkan apa-apa keterangan berkaitan insiden tersebut.
Selain itu sumber Awani memaklumkan bahawa 12 rakyat Malaysia yang terlibat di dalam misi LL4Gaza berada di atas kapal tersebut.
Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa kelmarin.

Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin -HALUANPalestin
Dr Mohd Arbai’e bin Syawal -HALUANPalestin
Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad -HALUANPalestin
Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi -HALUANPalestin
Mohd Nizam bin Mohd Awang -HALUANPalestin
Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus -Aqsa Syarif
Tn Hj Jamuliddin bin Elias -Yayasan Amal
Dr Selamat bin Aliman -Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Abdul Halim bin Mohd Redzuan -Muslim Care
Mustafa bin Mansur -MAPIM
Ashwat bin Ismail -Wartawan ASTRO
Shamsul Kamal Latif -Juru kamera ASTRO

Kapten "Kapal 8000" Enggan Dirawat di Israel

Nicosia – Infopalestina:Kapten kapal 8000, salah satu kapal armada kebebasan yang melambangkan jumlah tahanan Palestin yang mendekam di dalam penjara Zionis Israel, mengalami kecederaan serius oleh serangan angkatan laut Israel yang menyerbu armada kebebasan yang melaut menuju Jalur Gaza, Isnin (31/5) pagi.

Europe Campaign untuk Pembebasan Sekatan Gaza, yang mendanai “kapal 8000”, menyatakan bahawa kapten kapalnya yang berkebangsaan Yunani, menolak untuk dirawat di Israel dan tetap bertekad untuk dirawat di Yunani, meskipun dia mengalami luka serius.
"Kapal 8000" membawa kru media besar, mereka dalah kru aljazeera, Radio Media Sky Yunani, Web TV Yunani, TV XS Yunani, koran Ethnos Yunani, televisi Ceko – Republik Ceko, Ceko Ets R – Republik Ceko, Info Pal Italia, dan TV Bulgaria – Bulgaria. Di samping media Turki, Rusia dan negara lain yang ada di atas kapal armada kebebasan.

sumber
at 6/01/2010 02:54:00 PM
0 comments:
Catat Ulasan