Pages

Monday, February 28, 2011

PENYELEWENGAN AGAMA SEMAKIN MENJADI JADI

ISLAM SEDERHANA : AJARAN BARU UMNO

.by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Sunday, February 27, 2011 at 11:55am.

Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini. Menurut laman web National Review Online, beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence and extremism (keganasan dan melampau).

Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah : “Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism (kebimbangan ini berasaskan kepada sokongan Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan).

Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ. Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini Perdana Menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia. Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru UMNO.

Ingatlah, tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.

Pertama, saya ingin bertanya, atas neraca mana nama ganas itu mahu ditampal? Adakah setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu ganas? Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah : Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi’ib Ali. Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT. Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.



FirmanNya :

وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَـتِلُونَكُمْ كَآفَّةً

Yang bermaksud : Dan perangilah kaum musyrikin (yang memerangi kamu) itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya – Surah al-Taubah, ayat 36.

Di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia? Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!

Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun, bila diadakan pilihanraya pula dia dikatakan mendapat kemenangan hampir 99.99%. Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat. Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!

Islam tidak mengajar untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas. Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas. Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan.

Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia. Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1431H kepada beliau.

Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu.



Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Pejabat Menteri Besar Kelantan.



Bertarikh : 24 Rabiul Awal 1432 / 27 Februari 2011

Tuesday, February 22, 2011

IMBAUAN ISABELLA & RASHIDAH UTAMA :TAHNIAH BOB LOKMAN





Isabella
Artist: Search
Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...

Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta

Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...

Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella
Lagu : Search
Lirik : Bob
Lagu yang dipaparkan menjadi kegilaan remaja pada tahun 1989. Saya masih ingat ketika itu saya masih ditingkatan 2. Di sebalik kehebatan lagu ini berapa buah casset player yang dirampas guru disiplin dan ada di kalangan rakan rakan yang dikenakan tindakan disiplin kerana keluar kawasan asrama tanpa kebenaran kerana teruja menonton konsert kumpulan gergasi rock di Malaysia ketika itu ,search. Lihat link berikut:



Pada tahun yang sama lagu ciptaan beliau yang menjadi kegilaan ialah lagu dendangan kumpulan “wings” yang turut mendapat anugerah Juara Lagu 1989. Tahun itu adalah tahun BOB (lihat pada link di bawah)



Hari ini ingatan saya kembali teringat rentak dan lirik lagu ini. Ingatan saya kembali teringat apabila penulis lirik ini naik kepantas bila diumumkan lagu ini menjadi lagu terbaik Anugerah juara Lagu 1989. Saudara BOB naik kepentas. Ingatan saya ini terimbau kembali apabila saya melihat dalam Facebook saudara bob naik kepentad menyerahkan borang keahlian PAS kepada YAB Ustaz Azizan Razak, menteri Besar Kedah.
Kalau dahulu beliau naik kepentas dengan pakaian bertopi dan persis ikon anak muda dan dunia glamournya. Hari ini saya melihat beliau naik ke pentas dengan jubah dan kopiah putihnya. Apa yang mampu saya katakan ialah kehebatan anugerah Allah yang telah mengurniakan “nur” dan hidayah kepada hambaNya.
Hati saya bertambah sebak dengan kegembiraan apabila bibit bicara beliau ketikan ditemuramah oleh wartawan menampakkan keyakinan dan percaya beliau kepada anugerah Allah dan jalanNya. Apabila beliau di tanya kenapa beliau memilih untuk berumah dan menyertai pas , jawapan keramat beliau ialah “ Kerana sistem kehidupan” yang tidak betul dan kepincangan yang melanda. Kegagalan sistem yang dipraktikkan dalam pendidikan gagal mendidik anak anak dan menjadi kebimbangan kepada beliau.
Beliau turut menambah hasil kehidupan hari ini pincang kerana dahulu semasa beliau belajar...misalnya belajar ilmu Alam atau geografi tetapi guru tak penah mengaitkan dengan ketuhanan Allah ,begitu juga ilmu sains,fizik dan kimia yang tida hubungan dengan Allah menjadikan kita memisahkan kehidupan dengan tuhan yang selayaknya disembah.
Beliau menyatakan kebimbangan...kalau terus dengan siatem yang ada menjadikan beliau gagal mendidik anak dengan betul.... dan semestinya saya gagal untuk masuk syurga.
Optimis beliau untuk bersama gerakan islam kerana beliau sedar “tidak seharusnya saya diam dan tidak bergerak dengan mengharapkan orang lain berjuang” Masyaalah semoga keazaman beliau untuk menikmati hidayah ini Allah permudahkan.
Keyakinan beliau untuk menerima apa apa sahaja dugaan setelah meninggalkan dunia glamour adalah buah keakuan sebagai hambaNya dan marilah kita bersama doakan agar ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah perubahan ini.