Pages

Monday, December 19, 2011

KHUTBAH JUMAAT :JIHAD

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ



Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 



Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam surah Soff :ayat 8
 
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya".

Kejatuhan khilafah islamiah diturki pada tahun 1924 ada satu detik hitam yang memilukan seluruh umat Islam di dunia. Dengan berlakunya peristiwa hitam ini dunia dirundung malang apabila kuasa kuffar bermaharajalela mengurus dunia dengan kezaliman dan penindasan. Hari demi hari ,kuasa ini bertukar nama dan beralih tangan dari seorang keseorang tetapi masih atas nama kuffar. Sekularisma, Zionisma,Marxisma (komunis) melakukan semahunya meledakkan kuasa mereka menawan dunia. Namun sejarah manusia menyaksikan kuasa bikinan manusia ini tidak kekal dan hari demi hari mereka semakin lemah dan hancur menyembah bumi. Siapa yang menyangka Negara blok komunis seperti jerman dan rusia yang gagah pada satu ketika sudah hilang taringnya. Hari ini Negara kapitalis seperti Amarika juga berhadapan krisis besar yang kan meruntuhkan kuasanya. Begitu lah juga kuasa kuasa barat yang lain sudah mualai ditinggalkan oleh pengikut setia mereka.

Pada masa yang sama dunia turut menyaksikan sokongan dan dokongan diberikan kepada kebangkitan Islam. Hari ini orang berbicara tentang politik Islam yang kembali mewarnai dunia. Berlakunya momentum awal di Palestin apabila parti Islam HAMAS menewaskan parti secular berproksikan barat yang bertapak sekian lama. Momentum ini terus berlaku dan yang terkini apabila Kumpulan Ikhwannul muslimin menguasai pilihanraya di Mesir. Semua ini menampakkan isyarat Islam akan kembali menjadi pilihan untuk mentadbir dunia setelah sekian lama gerhana akibat tangan rakus system manusia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Perjuangan untuk berada bersama mereka yang ingin memartabatkan Islam sebagai Deen dan cara hidup adalah satu jihad. Firman Allah swt. (ass Soff 1-4)


Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sebab Nuzul ayat ayat ini adalah merupakan cabaran terhadap mereka yang bercakap untuk berjihad sebelum Allah menurunkan ayat tentang kewajibannya.Apabila perintah jihad diwahyukan,maka tiba tiba terdapat di kalangan mereka cuaimenunaikannya,padahalianya adalah perintah yang besar fadhilatnya dan mereka yang dipilih sahaja boleh melaksanakan tugas yang besar dan mencabar ini.

Tugas jihad ini mesti dilaksanakan secara berjamaah, iaitu satu ciri terpenting dalam menunaikannya. Jihad ini bukan sahaja memerlukan keimanan dan pengorbanan, bahkan perlu diwujudkan pengukuhan dan penyusunan anggota yang rapi kerana, bagi menyatukan manusia bukan sahaja pada jasadnya,malah yang terpenting ialah penyatuan fikrah (pemikiran), yang diwujudkan dengan gandingan Ilmu. Iman dan amal.

Perjuangan menegakkan islam melalui apa cara sekalipun  perlu menjadi pilihan bukan lagi ragu ragu kerana ada keinginan memilih selain dari Islam. Hari ini dunia menyaksikan jihad menegakkan islam juga boleh dilaksanakan dengan demokrasi dan pilihanraya. Maka seluruh individu Islam hendaklah menyertainya untuk memperolehi kuasa. Mereka perlu bertugas dengan yakin dan ikhlas bahawa tugas ini adalah jihad fisabilillah.

Jihad ini adalah perkara wajib yang besar dalam agam Islam dan fadhilatnya juga besar, sekiranya dilaksanakan dengan betul dan ikhlas, iaitu betul mengikut feqh Jihad(melakasankan dengan Ilmu dan faham), hendaklah memenuhi rukun dan adab ketika menjalankan tugas. Ikhlas pula ialah kejujuran hati beramal kerana Allah swt, di atas matlamat menegakkan agamaNya.

Firman Allah swt:  (As soff:9)

Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.

Sidang Jumaat sekelian
Kewajipan ini hendaklah dilaksanakan secara berjamaah oleh mereka yang dipilih oleh Allah untuk melaksanakannya, secara amal soleh yang dapat menerima kemenangan yang dijanjikan oleh Allah swt. Bukan sahaja menerima kemenangan, bahkan yang terpenting ialah mengisi kemenangan. Firman Allah swt: (an Nur :55)


Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.

Sidang Jumaat sekelian

Antara adab adab yang perlu diraikan dalam melakssanakan tuntutan jihad ialah:

1)Fikrah dan kesatuan fikrah
Hal ini amat penting bagi menjamin kelansungan amanah dapat di tunaikan dengan jayanya , hal ini merangkumi Kesatuan fikrah dalam perkara dasar ,dan melaksanakan keputusan yang dikeluarkan secara ijtihad kerana keperluan strategi semasa yang berubah rubah.
Para ulama menegaskan bahawa fikrah itu terbahagi kepada 2

a)    Fikrah yang berkait dengan Ilmu dan Makrifah (mengetahui dan mengenal dengan ilmu yang mendalam)

b)    Fikrah berkait dengan Tholab dan Iradah ( Tuntutan dan kehendak atau kemahuan)
Fikrah bahagian pertama berkait dengan aqidah dan prinsip,Dalam perjuangan menegakkan Islam ia adalah keyakinan kepada Allah, rasul dan Islam secara mutlak. Fikrah inilah yang menggerakkan seseorang beramal dengan jihad, samaada kerana percaya kepada Allah , rasul juga percaya kepada benarnya janji kemenangan dunia dan akhirat. Fikrah inilah yang menjelaskan sempadan antara hak dan batil. Kesatuan Fikrah terbentuk dengan kuat apabila mengetahui dan menghayati sempadan di antara hak dan batil.

Adapun fikrah bahagian kedua adalah bagi melaksanakan gerak kerja mengikut strategi yang di atur,bagi melaksanakan perkara yang memberi manfaat untuk emncapai kemenangan dan menolak mudhorat yang merugikan perjuangan.

2. Ketaatan

Perkara kedua yang menjadi syarat penting dalam jihad ialah ketaatan. Ianya adalah perkara wajib secara mutlak kepada Allah dan rasul dan merupakan perkara dasar yang menjadi aqidah, sehingga tidak boleh diatasi ketaatan kepada pemimpin dan keputusan mesyuarat, kerana tiada ijtihad dalam perkara nas (dalil wahyu)

Pelajarilah peristiwa dalam lipatan sejarah sebagai contoh dalam perjuangan kita.antaranya peristiwa Uhud yang berlaku di zaman rasullullah, juga peristiwa Ikrimah Bin abu jahal yang gagal mengalahkan golongan Murtad di zaman Khalifah abu bakar RA dan peperangan AL JISR di zaman Khalifah Umar RA.

Firman Allah swt (Ali Imran :200)

 Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.

3. TAQWA

Manakala perkara ketiga yang menjadi syarat jihad ialah sifat taqwa. Ianya adalah persediaan penting bagi pejuang Islam sama ada dalam usaha menyatukan fikrah atau mendapat pertolongan Allah. Pesan Khalifah UmarRA kepada saad Bin Abi waqas boleh menjadi panduan kepada kita semua:

Wahai Saad, aku berpesan kepadamu dan bala tentera bersamamu, supaya bertaqwa kepada Allah dalam semua keadaan. Maka sesungguhnya bertaqwa kepada Allah swt itu sebaik baik persediaan bagi menghadapi musih dan sekuat kuat kelengkapan menentangnya. Aku perintahkan mu dan sesiapa sahaja bersamamu supaya berwaspada terhadap diri sendiridaripada terjerumus ke dalam melakukan maksiat lebih daripada berwaspada terhadap musuh, kerana dosa yang dilakukan oleh tentera itu lebih menakutkan daripada musuh musuh itu sendiri”

“ sesungguhnya kaum muslimin itu diberi pertolongan dengan sebab musuh mereka menderhakai Allah. Kalau tidak kerana itu nescaya tidak ada kekutan kepada kita menghadapi mereka,kerana bilangan anggota kita tidak seramai mereka dan kelengkapan kita tidak sama dengan kelengkapan yang ada pada mereka. Kalau kita sama sama melakukan maksiat seperti mereka,maka sudah tentu mereka mempunyai kekuatan lebih daripada kita dan kalau tidak diberi pertolongan dengan sebab kelebihan sifat yang ada pada kita nescaya kita tidak boleh mengalahkan mereka dengan kekuatan yang ada pada kita. Ketahuilah bersama dengan kamu itu para malaikat yang ditgaskan allah supaya menulis amalanmu, maka rasa malulah terhadap mereka. Maka janganlah kamu mengerjakan maksiat dalammkeadaan kamu berjuang di jalan Allah swt.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Percayalah bahawa kemenangan boleh berlaku dan Islam pasti dapat didaulatkan sekiranya kita sebagai anggota dan individu muslim menyedari tugas jihad dan perjuangn ini, dan sama sama meletakkan diri dalam landasan kebenaran dan taqwa kepada Allah.


Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam Telah Berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; Maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.(assoff :14)


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ