Pages

Friday, August 5, 2011

RAMADHAN : MEMELIHARA JASMANI


Puasa yang disyariatka oleh Allah tercatat padanya segalamacam kebaikan yang tak mungkin mampu diterobosi semuanya oleh akal manusia yang terbatas. Antara penemuan manusia tentang kehebatan syariat puasa ianya memberi ruang kepada manusia untuk memeihara dirinya dari keterlaluan makan dan mengambil makanan. Orang yang berpuasa tidak dibenarkan makan dan minum disiang hari sepanjang tempoh dia berpuasa. Secara tidak lansung ini mengajar manusia untuk menahan dirinya dari mengikut tuntutan nafsu dalam mengambil makanan.

Makanan walaupun ianya penuh dengan khasiat tetapi jika tidak betul pengambilan dari segi kapasiti dan kuantititi serta tidak teratur waktunya akan mengakibatkan mudharat kepada tubuh seseorang. Seorang muslim perlu bersungguh sungguh memelihara kesihatan jasmaninya bagi menjamin kekuatan tubuhnya guna menjalankan tugas dan tanggungjawab yang pelbagai itu. Kaedah yang amat ditekankan oleh islam ialah besederhana dalam mengambil makanan. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.
Allah mengingatkan kita dalam firmanNya yang bermaksud :
“Dan makanlah , minumlah dan jangan kamu melampau-lampau . Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang orang yang melampau”
(Al A,araf : 31)

Sabda rAsullullah yang bermaksud :
“ Bekas yang paling buruk bagi manusia adalah perutnya, Jika ia hendak memenuhinya,hendaklah memenuhinya dengan sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya”
( Riwayat At Tirmizi)

Umar R.a berkata:
“Awasilah dari perut buncit,jangan makan dan minum dengan banyaknya, sebab sesungguhnya ianya merosakkan tubuh,membawa penyakit dan menjadi malas sembahyang, besederhanalah kamu dalam keduanya sebab itulah yang lebih layak, lebih jauh dari melampau dan sesungguhnya Allah taala benci pendita yang buncitperutnya dan gemuk badannya. Sesungguhnya seorangblelaki itu tiadak akan binasa hingga dia  mengutamakan hawa nafsunya”

RAMADHAN : MASA UNTUK BERMUHASABAH


Manusia adalah makhluk ciptaan Allah. Setiap ciptaan semestinya ia bersifat dengan kelemahan dan kekurangan. Berbeza Allah yang memiliki segala kesempurnaan. Sifat kekuranagn yang terdapat pada manusia ialah lupa dan tersalah. Manusia dan sifat lupa serta melakukan kesalahan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.

Kadang kadang seseorang muslim terlalai, terlupa dan tergelincir lalu jatuh ke lembah kecuaian yang bersalahan dengan sifat seorang mukmin yang taat. Apabila terjerumus dalam keadaan ini dia telah melakukan kesalahan serta beban dosa akan menimpanya. Berada dalam keadaan ini bagi seorang mukmin tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan. Individu tersebut perlu bingkas bangun dan menyelamatkan dirinya daripada terus menerus diselubungi dosa lantaran kesalahannya. Dia perlu bangun dan kembali ke landasannya dengan penuh rasa pengharapan dan takut akan azab Allah yang bakal menimpanya.

Allah tidap pernah menzalimi hambaNya. Hamba yang bersalah dan melaku dosa berpeluang memperbaiki dirinya. Si hamba perlu memohon ampun dan kemaafan daripada tuhanNya. Sifat orang yang bertaqwa sentiasa memohon ampun daripada tuhanNya. Hayatilah firman Allah yang bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, Maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”   (Al a’araf :201)

Bersegeralah bertaubat terutama dalam suasana damai Ramadhan ini. Yakinlah sifat lupa tidak akan dapat menguasai hati yang segar cintanya kepada Allah serta yang subur takwanya kepada Allah. Hati yang sentiasa terbuka untuk meminta ampun kepada Allah tanpa jemu dan putus Asa.

اللهم انا نسالك رضاك والجنه ونعوذ بك من سخطك والنار

Wednesday, August 3, 2011

PUASA :MUHASABAH CIRI CIRI IMAN


Sabda Rasullullah saw yang bermaksud:
“Barang siapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Keinsafan Allah akan mengampunkan dosa dosanya yang terdahulu”

Alhamdulillah hari ini sudah masuk Ramadhan hari ke 3. Kita masih diberi upada dan daya  menganyam agenda Ramadhan berbekal iman iaitu anugerah yang cukup berharga bagi diri manusia. Sempena bulan tarbiah ini marilah kita bermuhasabah tentang iman agar ianya tetap subur dalam diri dan mendapat perhatian Allah swt. 

Beberapa ciri keimanan perlu diberi perhatian seperti yang Allah jelaskan dalan surah At Taubah ayat 112. Mari kita renungkan dan peliharanya bersama.
1.       At Ta’ibun – Orang yang sentiasa bertaubat 

2.       Al A;bidun – Orang yang sentiasa beribadah 

3.       Al Hamidun- Orang yang sentiasa bertahmid dan memuji Allah

4.       As Sa’ihun – Pengembara pengembara di jalan Allah 

5.       Ar Raki’un – Orang yang banyak rukuk 

6.       As Sajidun – Orang yang sujud kepada Allah

7.       Al ‘Amiru na biul makruf – Orangt yang menyeri kepada kebaikan dan kebajikan 

8.       Wa Yanhauna Anil Munkar – Orang yang menghalang daripada berlaku mungkar

9.       Wal Hafizuna Li hududillah – Orang yang memelihara batas batas hukum Allah

Tuesday, August 2, 2011

PUASA:TUNTUTAN FIZIKAL DAN TNTUTAN TAKWA


Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Berpuasalah kamu nescaya kamu beroleh kesihatan”

Puasa seperti diketahui khalayak mempunyai keistimewaan yang banyak. Pakar perubatan telah mengesahkan dengan kaedah keilmuan mereka sehingga menjadi rujukan ramai manusia tidak kira bangsa dan agama. Sebagahian manusia menjadikan puasa sebagai amalan diet menurunkan berat badan terutama mereka yang berhadapan masalah kegemukan. Puasa juga menjadi amalan bagi yang mementingkan kecantikan dan kelansingan. Seperti yang kita ketahui juga setiap pesakit yang akan menjalani pembedahan dikehendaki berpuasa untuk tempoh waktu tertentu bagi menjamin kejayaan pembedahan tersebut.

Bagi umat Islam yang berpegang dengan hadis Rasulullaah apabila menghayati hadis di atas seandainya tiada sekalipun penemuan doctor mereka akan meyakini dan mengamalkan puasa kerana sabda rasul itu tiada yang dusta,tiada penipuan, tiada berkepentingan hatta tiada tokok tambah dan puterbelit.Mereka meyakini dengan sepenuh hati sarat keimanan justeru itu sejarah merakamkan mereka yang patuh dengan ajaran rasul hidup mereka menjejaki mantabat hamba dan melunaskan tuntutan kehidupan didunia dengan jayanya.
Berbicara soal ini boleh kita rumuskan manusia itu beramal kerana tiga perkara
1.       Beramal kerana mahukan KEUNTUNGAN dunia ; seperti berpuasa yang mahukan tubuh tidak gemuk bererti mereka memperolehi beaikannya.
2.       Beramal kerana mahukan SYURGA ; Mereka yang beramal kerana mahukan syurga adalah menyahur seruan allah dan Rasulnya ,anugerah yang akan diberikan kepada mereka yang taat di atas perintah dan suruhanNya.
3.       Beramal kerana itu adalah SURUHAN ALLAH : ini adalah generasi سمعنا و أطعنا” tanpa mempedulikan apa sahaja yang berlaku atas dasar patuh kepada suruhan Allah mereka akan laksanakan sekalipun mereka berhadapan dengan hilang nikmat dunia dan kepentingan dunia. Inilah yang dimiliki oleh generasi awal Al Quran ,mereka patuh tanpa berdolaak dalik. Berbeza hari ini ramai di kalangan mereka yang mengaku beriman tetapi apabila diperintahkan atau dibentangkan tentang tata syariat Allah mereka lah yang paling awal menentang dan memparmainkan syariat allah.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan kefahaman yang lebih jitu kepada kita dalam memahami tuntutan IMAN dan AMAL. Jangan kita terlalu melebihkan tuntutan zahiriah sehingga terlupa kepada kerangka iman dan takwa yang membalut pengertian sebenar kejadian manusia.
Firman Allah swt bermaksud : “Tiak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

Monday, August 1, 2011

Ramadhan :Antara Pesta Adat dan Ibadah

Hari ini 1 Ogos seluruh umat Islam mula berpuasa, menunaikan rukun Islam yang ke tiga. Rasa sensetif kepada kefardhuan ini seolah dirasai oleh seluruh lapisan umur umat Islam.Alhamdulillah seandai kefahaman ini menular jauh ke lubuk hati kesedaran tentang iman masih ada bertunjang atas asas takwa;bimbang dimurkai Allah tuhan sarwajagat masih berbaki di dalam diri.

Keyakinan kepda apa yang disabdakan oleh baginda Rasullullah tentang keistimewaan ramadhan terpahat rapi dalam alur kefahaman kita. Sabda Rasullulalh yang bermaksud “Bulan Ramadhan di awalnya Rahmat di pertengahannya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka seringkali kita lafaz dan ingat terutama kepada diri kita dan sahabat handai.

Namun persoalannya: kenapa puasa Ramadhan sahaja yang menjadikan kita sensetif kepada penetapan hukum ini. Sedangkan yang menjadi peruntukan hukum Allah bukan puasah sahaja.Kalau kita bertanya kenapa umat islam tidak sensetif kepada penetapan hukum solat, penetapan hukum syahadah lebih lebih lagi tidak difahami secara mendasar.Persoalan persoalan lain yang berkisar tentang tuntutan mukmin sebagai hamba kenapa tidak disemarakkan rasa sensetifnya.

Jawapan kepada persoalan ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kejahilan. Jahiliyah yang masih membedung diri manusia yang mengaku muslim menjadikan manusia itu tertipu dengan ibadah dan penyembahannya. Kita pinjamkan kata kata syeikh yusuf Al Qardhowi ;”Sesungguhnya system jahiliah tidak akan peduli sekiranya kita ingin laksanakan islam secara juz;iyah sahaja tetapi yang membimbangkan pendokong jaliliah ialah sekiranya kita ingn laksanakan islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah”.

Nah inilah masalah yang membelenggu kefahaman dan pemikiran umat ketika ini.Memahami Islam secara tidak menyeluruh dan mempraktikkan sekadar yang mudah diikuti dan dirasai keuntungan pada dunia semata mata melayakkan kita memegang gelaran muslim yang tertipu. Ayuhlah kita derapkan langkah membuang jahiliah dalam laman pemikiran kita,semarakkan kehambaan dengan kefahaman dan keimanan yang benar dan kental, semoga kita pulang dengan penuh keredhaan Allah.
Renungilah firman Allah swt yang bermaksud:

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang bertakwa.

(Al Baqarah : 177)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK