Ramadhan : Koreksi antara 2 sistem
Seluruh warga madrasah Ramadhan
yang terlibat secara lansung atau tidak dengan dengan media baru pasti mengatahui dan
mengambil tahu kisah kanak kanak 5 tahu yang didera oleh ibutiri dan ayah
kandungnya sendiri. Laporan hari ini menyebutkan kanak kanak tersebut
berhadapan dengan kecacatan kekal dan trauma yang teruk. Ini adalah sekelulit
contoh kegilaan manusia yang hidup dalam system yang gagal.
Islam hanya mengenal dan
mengiktiraf dua jenis masyarakat sahaja di dunia ini iaitu masyarakat Islam dan
masyarakat jahiliyah. Masyarakat Islam adalah mereka yang meyakini dan mematuhi
tanpa ragu segala peraturan Allah swt manakala masyarakat jahiliyyah adalah
mereka yang mengambil dan meyakini sistem yang selain Islam.
Seringkali orang merujuk masyarakat
jahiliyyah itu kepada zaman sebelum Nabi diangkat menjadi Rasul dan hanya
merujuk kepada persempadanan sempit bumi Mekah dan Jazirah Arab sahaja. Bahkan
jahiliyyah itu hakikatnya melata di sepelusuk dunia apabila ada unsur
penentangan,penafian,pengabaian dan keraguan kepada system Allah. Bahkan
jahiliyah itu boleh menetas dalam rumah kita sendiri.
Kebejatan dan kelicikan fahaman
falsafah sesat telah memperlihatkan jahiliyyah ini seolah olah makanisma soleh
dan serasi dengan Islam. Tiadak hairanlah pada zaman kemasukan dan peresapan
falsafah dalam masyarakat Islam, ada di kalangan ulama yang mengecam dan
menghalang penterjemahan buku buku
falsafah kerana menyedari kebejatan dan durjananya falsafah yang menyesatkan.
Kecalaruan pemikiran ini
menjadikan sesebuah institusi dalam masyarakat Islam akan gagal.Hakikat yang
mesti disedari masyarakat jahiliiyah itu boleh terbentuk dalam berbagai cara
dan bentuk.
a) Ada yang berbentuk masyarakat yang engkar sama sekali akan
wujudnya Zat Allah swt dan membuat tafsiran secara benda terhadap sejarah,
melaksanakan system yang disebutkan
sebagai “sosialisma saintifik” sebagai panduan hidup.
b) Ada pula yang berbentuk masyarakat tidak engkar dengan wujudnya
Zat Allah swt,tetapi menghadkan kuasa Allah swt dalam urusan yang bersangkut
dengan akhirat sahaja dan enggan mengiktiraf kuasa Allah dalam urusan hidup di dunia.
[sayid qutb
;Petunjuk sepanjang jalan]
Masyrarakat ini enggan menjadikan
undang undang Allah dan peraturannya serta syariatNya sebagai panduan. Mereka
tidak sudi pun mengambil nilai nilai Islam sebagai pedoman dalam mengukur
sesuatu. Lantas lahirlah golongan yang apabila disebut “Perjuangan kita kerana
mencari redha Allah” dilihat sebagai dan dipandang oleh mereka sebagai jenaka
yang perlu dihadiahkan dekah ketawa. Inilah golongan yang terkeliru dengan
hadaf dan matlamat kerana perjuangan mereka diasas dan dilandaskan kepada “maddiyah
dan benda”(kebendaan dan material).
Allah telah mengingatkan kata
kunci asas untuk diimani oleh manusia diseanterio alammaya yang bermaksud:
“ Dan dialah Tuhan (yang
disembah) di langit dan Tuhan (yang disembah) di bumi dan Dia-lah yang Maha
Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”
Az zukhruff :ayat 84
Memahami sistem Allah swt yang
berbentuk “tauqifi’ dan “taufiqi” antara
elimen masyarakat Islam itu ialah apabila terjelma sistem “keluarga” .Apabila keluarga menjadi
kaedah utama dalam pembentukan masyarakat; dan keluarga dibina di atas
pembahagian tugas antara suami isteri,pembahagian tugas dalam melaksanakan
kerja,serta keluarga itu memberi perhatian penuh kepada masalah pembentikan
generasi baru dan pendidikan anak anak; maka masyarakat itu menjadi masyarakat
yang bertamadun kerana keluarga dalam bentuk dan “patern” ini ( dilindung di
bawah lindungan program Islam) adalah merupakan tapak dan pengkalan dalam mana
nilai nilai kemanusiaan itu diproses, dibentuk dan dilentur serta dipupuk.Gunanya supaya menjadi panduan
generasi muda ,sebab nilai nilai itu tidak mungkin diproses dan dibentuk
kecuali dalam unit sebuah keluarga.
Persoalannya adakan proses ini
akan berjalan jika institusi ini sudah rosak kerana pemahaman terhadap Islam
itu sekadar tempelan dan bukan asas yang utama. Bersama kehadiran Ramadhan
bulan yang merupakan medah mensucikan jiwa dan pemikiran untuk kembali kepada
kebenaran iman dan takwa marilah kita mengkoreksi diri dan bermuhasabah kerana
bimbang kita adalah antara watak sesat dan terseleweng dari kebenaran. Firman
Allah swt yang bermaksud:
“Dan Katakanlah:
"Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai
sekutu dalam kerajaan-Nya dan dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan
agungkanlah dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.”
Al Israa :ayat 111
ABD WAHID ZAINOL ABIDIN
Lajnah Tarbiah & Kepimpinan PKHL
13 Ramadhan 1436
Tazkirah juga boleh diikuti di: