Ramadhan :Engkau Belalu Jua
Hari yang diharap tidak
bertandang tiba juga. 29 Ramadhan hari yang memaksa seluruh khalayak berpisah
dengan dengan Ramadhan yang mulia.Ramadhan bulan yang telah membangkitkan
manusia dari kelenaan dan ketermangguan kepada kesedaran untuk bingkas bangun
menyahut seruan Tuhannya menjadi makhluk bertakwa.Firman Allah swt yng
bermaksud:
“Hai orang-orang yang
beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertakwa,”
Al Baqarah :183
Hari pertama Ramadhan
menyaksikan khalayak manusia dituntun Tuhannya mengimarahkan Ramadhan dengan
menjadikan masjid masjid dan surau surau sebagai destinasi pilihan. Suasana
juga menyaksikan khalayak muslim berpusu pusu mendirikan solat yang hukumnya
sunat berbanding bulan bulan sebelumnya yang fardhu pun culas adanya. Kelihatan
di sudut sudut masjid di jendela,dan balai lentang masjid dan surau sosok sosok
individu dan kumpulan bertadarus Al Quran sehingga ke lewat malam.
Meriah yang menyelubungi
setiap hari hari Ramadhan berterusan dengan berbagai agenda menyatakan
kesungguhan memanfaatkan madrasah Ramadhan yang Allah swt rencanakan. Hari
pertama Ramadhan membawa ke hari hari selanjutnya adalah hari anugerah yang
tidak akan dikecapai pada bulan bulan yang lain. Lihat si ibu yang istiqomah
membangunkan anak anak bersahur dan si ayah yang melayan karenah ketika anak
mengharap juada kegemaran ketika hamper waktu berbuka.
Lihat pula keikhlasan yang
memilin hati hati insan prihatin menghulurkan sumbangan dan derma serta infak
kepada yang memerlukan.Semuanya berlaku tanpa naluri keterpaksaan sebaliknya
dilentur oleh roh Ramadhan yang dibenamkan dalam telaga takwa yang masih
berbaki dalam diri. Semuanya berkeyakinan sungguh tebal kepada janji Allah swt
bagi hambaNya yang pemurah. Semuanya benar benar ingin mempraktikkan “Tangan
yang di atas lebih baik dari tangan yang di atas”
Ramadhan yang bertamu
mebangkit rasa insaf kepada golongan yang tidak bernasib baik dan diuji mehnah
kesempitan hidup. Kelaparan yang dirasai ketika berpuasa mengajar untuk merasai
sedikit rasa dan berkongsi perit yang dideritai. Keinsafan itu menyemarakkan
rasa sedar untuk membantu dan keluar dari kepompong sukar itu dengan merubah
dan membaiki apa sahaja punca kepincangan itu dari sekecil kecil punca
sehinggalah ke aras kerusi tadbir raja.
Ramadhan yang sebulan itu medan
menahan maharaja nafsu dan kebobrokan keinginan. Bukankah puasa itu lewat sabda
Rasullullah adalah “Wijaa’ iaitu benteng dan penghadang kepada keinginan nafsu.
Kehendak dan keinginan yang dinasihati nafsu di bending dan ditudung dengan
puasa,elimen tarbiah dan latihan jasmani dan jiwa yang cukup ampuh.
Ramadhan yanag bertamu setahun
sekali itu medan untuk meribat ukhuwah dan persahabatan serta jalina
kemanusiaan. Bukankan bermulanya hari pertama puasa kita disyariatkan dengan
kewajipan zakat fitrah di samping kewajipan setiap individu pada semua peringkat
tua muda kecil dan besar ianya adalah mekanisma hubungan sesama manusia saling
bahu membahu menikmati keseronokkan dan kegembiraan.
Ramadhan yang akan berlalu
sedetik nanti adalah hari hari mengkoreksi diri dan muhasabah ibadah terhap
Allah swt. Lantunan keinsafan dan kesungguhan meipatgandakan ibadah adalah
anugerah yang sukar dicari sebaliknya ianya adalah anugerah dan kurniaan kepada
insan terpilih. Beruntunglah mereka yang telah memilih jalan kebaikan pimpinan
Ar Rahman. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan jiwa serta
penyempurnaannya (ciptaannya), Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan)
kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan
jiwa itu,Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”
As Syams :ayat 7-10
Detik dan waktu waktu indah
itu tidak dapat di seka. Ramadhan akan berlalu jua dengan penuh kesedihan.
Entah akan berpeluangkah menemuinya sekali lagi. Wahai Tuhan semoga segala amal
ibadah kami sepanjang Ramadhan ini diterima dan diredhai. Semoga sesalahan dan
kepincangan serta keaiban kami dilindung,ditudung dan disusup daripada
pengaiban dunia dan akhirat.
Wahai tuhan andai dalam
melakanakan tuntutan ini ada lalai,alpa dan ketidakikhlasan ampuni kami dan
kurniakanlah rahmat,kasih saying dan keampunanMu. Kami sedar kami tidak layak
menikmati kemenangan hakiki Aidilfitri namun pimpinlah kami menjadi orang yang
bersyukur. Pertemukan kami dengan Ramadhan berikutnya dan perkenankan
permohonan kami.
Amin ya Rabbal Alamin
ABD WAHID BIN ZAINOL ABIDIN
Gunung Semanggol,Perak
29 Ramadhan 1436
Tazkirah juga boleh diikuti di