Pages

Thursday, April 30, 2009

Friday, April 24, 2009

KHUTBAH JUMAAT (24 April 2009)

BERWASPADA DENGAN PERINGATAN ALLAH

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ خَلَقَ السَّموَاتِ وَالأَرْضِ، وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّوْرَ، ثُمَّ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُوْنَ. أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى أَلِهِ وأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍِِ اِلىَ َيْومِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله. إِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Firman Allah swt Bermaksud:
“ Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami Telah melihat dan mendengar, Maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."(Assajdah 12)
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah

Pada hari yang penuh dengan keberkatan ini saya berpesan kepada diri saya dan seluruh hadirin ,marilah kita sama sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan sebenar benarnya. Janganlah ada sekelumit rasa ragu terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Allah,Tuhan dan tuan empunya dunia dunia ini.

Kehidupan manusia di atas muka bumi ini tertakluk kepada perintah dan undang undang serta syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Tidak seorang pun manusia dibenarkan dan diizinkan untuk meminda dan memandai-mandai terhadap ketetapan Allah yang serba lengkap. Syariat dan panduan yang menjadi peringatan kepada manusia dalam menjalani kehidupan mesti sentiasa dipatuhi dan ditaati walaupun dalam melaksanakannya terdapat kesulitan dan kepayahan hatta sekalipun perlu dibayar dengan harga yang mahal samaada dengan harta dan jiwa raga.

Baginda Rasulullah saw dan para sahabat misalnya, dalam mempastikan Islam yang merupakan peringatan kepada seluruh manusia terpelihara terpaksa melalui berbagai dugaan dan rintangan. Semasa di Mekah baginda dihina dan dicerca bahkan kaum sendiri dan saudara sendiri mencaci maki siang dan malam. Setelah berhijrah ke Madinah tentangan ini berterusan dan musuh semakin ramai dan berkembang biak sehinggalah kita saksikan untuk mempertahankan perintah dan peringatan Allah Rasulullah saw dan para sahabat terlibat dengan beberapa peperangan hingga ada sahabat-sahabat yang gugur syahid.
Peringatan Allah yang disampaikan kepada kita seluruhnya melaui lisan Nabinya Muhammad saw hendaklah menjadi pedoman dan pegangan tanpa terkecuali sedikitpun. Peringatan-peringatan ini mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah Politik,Ekonomi dan kemasyarakatan. Meminggirkan peringatan Allah terhadap semua aspek ini akan mengundang bala bencana kepada kita semua.
Renunglah firmah Allah swt bermaksud:
124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".
125. Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, Mengapa Engkau menghimpunkan Aku dalam keadaan buta, padahal Aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"
126. Allah berfirman: "Demikianlah, Telah datang kepadamu ayat-ayat kami, Maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari Ini kamu pun dilupakan".
127. Dan Demikianlah kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. dan Sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.
Thaaha :124-127
Sidang Jumaat Sekelian

Daripada ayat yang kita dengar ini Allah memberi peringatan agar jangan mengabaikan peringatan Allah. Usah mempersenda larangan Allah. Usah memandang rendah Syariaat dan ketetapan Allah. Usah meremehkan Islam yang menjadi agama seluruh jagat dengan mencari alternatif lain sebagai pedoman dan panduan hidup. Seandainya manusia berpaling maka Allah akan menimpakan bala berbentuk kehidupan yang sempit di dunia ini yang mencengkam segenap hidup manusia.

Kesempitan hidup boleh melanda manusia dengan pincangnya sistem politik ;apabila pemerintah menjadi zalim dan bermaharajalela lantas rakyat menjadi mangsa dan tertindas. Kesempitaan juga boleh melanda manusia melalui keruntuhan dan kemelesetan ekonomi, apabila sistem ekonomi Islam diabaikan dan manusia mendambakan sistem ekonomi ciptaan manusia seperti kapitalis, riba yang diharamkan dihalalkan,sistem timbangan dan sukatan yang tidak adil dan menekan, maka Allah menghimpit manusia dengan kemelesetan ekonomi seperti yang kita perhatikaan sekarang.Ekonomi seluruh dunia menjadi pincang dan meleset,banyak pekerja-pekerja di sektor perkilangan misalnya dibuang dan diberhentikan. Kesan daripada keruntuhan ekonomi ini juga akan terus menghimpit manusia dalam kancah pergelutan sistem masyarakat dan sosial yang semakin meruncing. Jenayah samaada jenayah ringan atau berat semakin membarah dalam kehidupan lantas menjadikan hidup kita terhimpit apabila keamanan dan keselesaan untuk menjalani kehidupan sudah tidak ada.
Sidang Jumaat sekelian

Marilah kita hayati intipati perjuangan Rasulullah saw yang menjadi amanah kepada seluruh kita meneruskan tugas ini iaitu:

a) Memahamkan seluruh manusia terhadap Akidah yang betul dan soheh. Dengan akidah yang benar ini akan melahirkan manusia yang ada tujuan dan matlamat dan hanya menyembah Allah swt.

b) Menyakinkan seluruh manusia kepada benarnya Hari Kiamat dan Kehidupan selepas mati. Tanpa keyakinan kepada kehidupan selepas mati maka pincanglah kehidupan manusia dan jadilah mereka manusia yang tidak tahu tujuan mereka dicipta di dunia ini.

c) Membersihkan jiwa manusia dengan melaksanakan seluruh peruntukkan syariat Allah dalam kehidupan meliputi semua aspek samaada politik ,pentadbiran,pengurusan,Ekonomi,muamalah,Kemasyarakatan,Kekeluargaa,pendidikan dan sebagainya. Usahlah mencari jalan pintas dalam melaksanakan tuntutan syariat ini agar terselamat dari ancaman Allah.

d) Mempastikan seluruh manusia dan umat di muka dunia ini berada di bawah kemudi dan kekuasaan Islam dan tidak membenarkan idiologi dan kuasa lain mengatasi kuasa Allah swt dalam mengurus dan mentadbir dunia dan manusia.
Firman Allah swt bermaksud:
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat
menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi
kesabaran.
(al Asr :1-3)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيم.

Saturday, April 18, 2009

ANTARA DUA ZAMAN


Blog sebagai medium mencambah maklumat sudah mendapat tempat dan ruang di hati sebilangan besar khalayak. Maka saya sedari penampilan statik terhadap satu pokok persoalan mungkin tidak meninggalkan kesan menyeluruh kepada khalayak yang berbagai peringkat umur dan kelas pemikiran. Lantas penampilan idea dan isu perlu meraikan seluruh peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa agar manfaatnya dirasai oleh semua.


Saya mukaddimahkan sedemikian rupa kerana semalam ketika pulang dari pejabat,sambil -sambil menysun dan mengemas mainan yang diselerakkan anak-anak yang tiga orang itu,terpandang saya pada pensel warna anak sulung saya yang berumur 5 tahun. Alhamdulillah sudah boleh membaca dengan lancar ,cuma bacaan Qurannya masih merangkak tetapi huruf sudah dikenali. Apa pula kene mengena dengan Pensel warna? Pernsel warna yang berselerak di lantai masih panjang-panjang,cuma matanya sudah tumpul dan kalau di asah masih boleh digunakan. Melihat pensel warna yang terbuang dan masih boleh dimanfaatkan mengingatkan zaman saya ketika seumur dengannya atau tua sedikit darinya.


Al maklumlah zaman saya kecil,kesedaran untuk mentadikakan anak-anak masih kurang apatah lagi kalau di kampung. Zaman sekarang 4 tahun sudah dihantar ke tadika yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Berbalik tentang pensel warna; Dahulu rasanya dari darjah (Tahun ;mula diguna setelah KBSR diperkenalkan) satu hingga darjah 6 boleh dikira berapa kali saya mendapat pensel warna yang baru berbanding anak saya baru di tadika rasanya sudah hampir 3 atau 4 kali pensel warna baru dibelikan,kalau tak saya yang membeli ,mamanya yang belikan.


Sudahlah boleh dikira berapa kali dapat pensel warna yang baru,wang untuk dapatkan pensel warna baru dihimpun,ditabung,ditahan keinginan lain semata-mata nak mendapatkan pensel warna baru. Saya masih ingat (apatah lagi setelah pemergian ayahnda dan adinda yang hanya berselang 5 bulan) bila hasrat saya dan adinda yanag teringinkan "magic colour"yang rata -rata kawan kawan sudah miliki,cuma saya yang masih dalam igauan inginkan "magic colour"tersebut ditambah zaman "Ultraman" menjadi kegemaran anak anak zaman itu,keinginan "magic colour"untuk melukis Ultraman semakin menjadi hasrat yang sukar dibuang. Akhirnya setelah puas dibodek dan dirayu (saya dan Allahyarham adinda,kembali kerahmatullah pada 18 Mac 2009) akhirnya satu Maghrib yang saya dah lupa tarikhnya,alangkah gembiranya bila "magic Colour" keinginan kami ditunaikan oleh Allahyarham Abah. Walau kami tahu betapa susah hempas pulas dan benturan tulang empat keratnya semata mata meraikan keinginan kami,sekalipun sekotak "magic colour"kami kongsi berdua.


Kesukaran itulah sebenarnya mematangkan saya, dan mendewasakan saya memenuhi impian dan hasrat Abah dan Mak. Kekadang terfikir saya hari ini betapa mudah dan mewah anak anak melalui jalan pendidikan.Semacam tiada tekanan,uniformnya sentiasa bergosok rapi,keperluan beg dan ksut serta stokingnya silih berganti saban tahun. Sayang saya tidak menyimpan kasut hikmat zaman persekolahan saya,sepasang kasut getah yang layak dipakai sipenoreh getah adalah kasut yang saya sarung saban hari ke sekolah. Namun kepayahan itu memerdekan saya dari belenggu jahil dan buta pada melihat cahaya Ilahi.Syukur saya kini mengenali dan melalui jalan yang Abah dan Mak terokai dengan kepayahan tetapi menyuluh jalan kebenaran dan hakiki. Terima kasih kepada isteri yang memahami yang lansung tidak melayan kemewahan pada anak-anak,ajarkanlah kepayahan supaya mereka tahu jalan kebenaran yang berliku. Kenangan manis bersama Allahyarham adinda mencari ikan keli di sawah semata-mata ingin menukar kasut baru ke sekolah takkan saya lupa selamanya.


MENGHINDAR DIRI DARI PENGHIDUPAN YANG MENGHIMPIT


Firman Allah s.w.t dalam surah Thaha yang bermaksud:

124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".

125. Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, Mengapa Engkau menghimpunkan Aku dalam keadaan buta, padahal Aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"

126. Allah berfirman: "Demikianlah, Telah datang kepadamu ayat-ayat kami, Maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari Ini kamupun dilupakan".

127. Dan Demikianlah kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. dan Sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.
( Thaha:124-127)

Kepada seluruh warga pelayar maklumat,penyambung wadah perjuangan,melestarikan episod episod dakwah semoga dalam lembayung dan kerahmatan Allah s.w.t. Allah menjadikan manusia di atas muka bumi ini dengan membekalkan kepada mereka panduan dan penunjuk arah yang secukupnya. Perutusan Rasul dan penurunan wahyu adalah garis panduan dan tanda awas kepada seluruh manusia agar bergerak dan menyusur jambatan dunia dengan penuh hati hati dan waspada.

Ayat dari Surah Thaha yang saya pilih untuk sama sama kita renungi adalah sebahagian peringatan daripada Allah yang mampu menyentap kealpaan dan menggegarkan ketiduran di singgahsana dunia. Ancaman Allah amat berat sekali,seandainya manusia berpaling dari segala peringatan yang Allah berikan mereka akan dihunjam dengan kehidupan dunia yang menyempitkan. Rasa rasanya seluruh khalayak kita menyedari terlalu banyak peringatan dan panduan yang Allah sediakan untuk dipatuhi sepanjang menghuni dunia ini. Mencakupi persoalan Politik dan pentadbiran,Ekonomi dan muamalat,sosial dan kemasyarakatan serta seluruh persoalan hidup manusia Allah berikan panduan dan tanda aras yang mesti dipatuhi. Namun ada sesetengah hati bejat yang lansung tidak peduli kepada undang undang langit yang sepatutnya dijadikan landasan menggerakkan perjalanan hidup dimaya pada ini. Lantas mengkesampingkan peringatan dan menjadikan nafsu sebagai raja dalam segenap corak dan tingkahlaku hidup.

Allah dengan sifat pengasih dan penyayangnya kadangkala mendatangkan ujian kepada hambanya,dan ujian yang mendatang itu perlu dilihat oleh seluruh individu hamba adalah medan untuk menguji keikhlasan hambaNya. Apa yang lebih penting,ujian itulah peringatan Allah untuk makhluknya mencongak nilai kebajikan dalam kantung imannya. Namun seringkali manusia berpaling dari melihat segenap panduan dan ujian Allah sebagai mercu penyandar takwa ,lantas secara tidak lansung mengundang kemurkaan Allah untuk mencampakkan kesempitan dalam penghidupan.

Lihat sahaja dalam reality kehidupan kita hari ini. Ruang mana yang kita tidak terhimpit. Politik; terhimpit dalam payah angkara karenah manusia zalim yang tamak kuasa ,mahu daulatkan kuasa manusia mengatasi Allah.Akibatnya penyuburan dan kelansungan kemakmuran tergendala dan tersisih dari rahmatNya. Rakyat hidup dalam ketidakyakinan,kemusykilan dan benci membuak buak lantasan panduan Rabbani yang dilontarkan jauh dari neraca imbangan.
Lihat pula kemelut Ekonomi; lantaran mengagungkan sistem kapitalis dan meremehkan larangan Allah dengan panduan-panduannya,masyarakat dunia keseluruhhannya,terhimpit dalam kancah ekonomi yang tidak stabil dan merudum. Berita ramai kakitangan dibuang kerja akibat pertumbuhan ekonomi yang malap dan lembap akan mengundang seribu satu macam masalah dalam alam jagat ini.

Lihat karenah sosialnya pula; berapa pincang episod masyarakat ,betapa merana anak dunia menatang kemelut keruntuhan yang semakin menjadi jadi. Seringkali kita menghitung statistik tentang keruntuhan sistem sosial ,namun pernahkan kita bertanya apa yang kita lakukan agar himpitan hidup yang merupakan bala ini akan berkesudahan. Luangkan sekelumit rasa dan masa bermuhasabah,menilai dan melihat dengan fikiran yang tuntas dan realistik usah dibelenggu oleh kepahaman khurafat lagi kolot lebih lebih lagi jahiliah yang tak kunjung padam menebal dalam diri.Nyahkan bersama onar dan dosa berpijaklah di alam nyata berteraskan Iman dan membangunkan seluruh persoalan dan isi dunia dengan ISLAM.

Semoga nanti di hadapan tuhan kita dibangkitkan dengan persediaan yang mencukupi.Moga terhindar dari penghinaan dan moga terpilih di kalangan mereka yang mendapat belas kasihan Allah s.w.t.

Tuesday, April 14, 2009

BILA DOA DAN RINTIHAN PEJUANG, ALLAH PERKENANKAN


"Ya Allah kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami.Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka.Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan Yang Maha Penghukun Wahai Tuhan yang bersifat murkaYa Allah, Ya Allah, Ya AllahWahai Tuhan yang menurunkan Kitab, Wahai Tuhan yang mengerakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka"


Doa ini sudah tidak asing lagi bagi pejuang dan penegak agama Allah. Setelah usaha yang berterusan setiap pejuang diseru bermunajat dan memanjatkan doa serta rintihan agar bantuan Allah sentiasa bersama kita Insyaallah.


Hari ini jari jemari saya terpanggil untuk menitipkan untaian kata kata dilembaran bisu ini untuk dikhabarkan kepada seluruh para pejuang bahawa selama ini Allah sentiasa mendengar rintihan dan keluhan kita. Pernahkah kita terfikir ada doa di kalangan sahabat sahabat kita yang Allah kabulkan. Membaca isu pergolakan dalam kerajaan UMNO BN semacam ada tanda suasana politik Malaysia tidak kurang hebatnya berbanding apa yang berlaku di Thailand,tidak juga sunyi dari petaka petaka yang sentiasa merobek damai seperti negara jiran Indonesia yang seakan menyaksikan pertembungan semakin mengharukan.


Saya terjengah berita kekalutan di Terengganu yang katanya dalam pilihanraya ke 12 mendapat mandat rakyat cukup padu. Namun saya masih ingat bahawa Terengganu negeri paling lewat mengangkat sumpah MB berbanding perak,yang ketikaa itu sudah bercelaru(kononnya). Hari ini sekali lagi setalah UMNO BN membuat onar di Perak dengan rampasan kuasa bak lanun purbakala,Parti itu menampakkan keselekehannya apabila menjadikan soal kepimpinan ibarat membeli sekotak mancis. Khabarnya 8 ADUN mula memboikot MB yang di awal perlantikannya juga kontroversi. Libang libu ini tak mungkin akan terhenti dalam masa sekelip cuma,masing masing ingin menduduki takhta idaman yang diigaukan sejak awal lagi. Biasalah dalam UMNO pijak memijak,langgar melanggar,makan memakan dah jadi budaya berbanding dalam jamaah Islam soal menjadi pemimpin amanah berat yang bukan kesukaan. Pemimpin yang baik akan sentiasa merasa berat dengan amanah, bukan mengangkat diri atau istilah yang sering kita sebut "Hubbuur Riaasah"


Khabarnya juga di utara tanahair negeri terkecil di semenanjung tapi besar krisisnya. Haram dan halal sudah mulaa kedengaran. selama ini kedengaran MB haram hanya di negeri perak. Ada munasabahnya jika di perak kedengaran istilah MB halal dan Mb haram kerana pertembungan antara musuh tradisi. Peliknya dalam sebuah kapal di negeri Utara ini ada juga istilah MB haram.Hati saya berdetik "agaknya ajal UMNO dah semakin hampir". Teringat saya kata-kata seorang sahabat lama ketika bertemu dalam kempen pilihanraya Bukit Gantang.Katanya "Dulu Allahyarham Ustaz Fadhil bernah kata, PAS kalau nak memerintah pun paling awal dalam pilihanraya ke 13". Saya tak pasti dimana beliau dengar kata kata Allahyarham,cuma kalau sungguh Allahyarham pernah berkata begitu mungkin doa itu Allah akan kabulkan sedikit masa lagi. Melihat kepada senario yang berlaku rasanyaa tiada yang mustahil.


Bila Bahtera UMNO yang kaptennya dah bercakaran,bertebuk pulak dengan tebukan rasuah,gila kuasa,sekx,politik wang,dan macam macam tebukan,apakah anak kapal rasa selamat untuk sampai destinasi. Untuk pastikan destinasi dapat dijejaki elokrasanya kita tukar Bahtera di stesyen PRU 13.


Doa para sahabat agar perkumpulan mereka dijahanamkan,kesatuan mereka digegarkan dan kesatuan mereka diceraiberaikan semacam menampakkan hasilnya dengan reality yang berlaku.Tunggu apa lagi seberang kemari,bahtera kami masih kosong,lantainya lantai Iman,dindingnya dinding Islam dan layarnya adalah kepimpinan berteraskan Al Quran.Ayuh Pasakkan Thabat untuk mendepani cabaran.

Monday, April 13, 2009

HAKIKATNYA

Kehidupan di maya ini
Hanyalah sementara
Usia yang dianugerah
Jangan dipersiakannya

Meskipun dibelenggu susah
Teruslah berusaha
Dengan keyakinan
Kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu
Di dalam hati
Adalah kebahagian iman
Kekuatan di jiwamu itu
Menempuh dugaan
Pasti menghasilkan
Kecemerlangan

Janganlah ditangisi
Liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu
Bukanlah selamanya
Berserahlah
Kepada Allah

Hakikat kehidupan
Bekalan di akhirat
Didiklah diri
Menjadi insan bertakwa

Kesucian di hati
Keimanan bersemi
Merasa diri
Adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dariNya
KepadaNya kau kembali
Nikmat di dunia ini
Kurniaan dariNya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redhaNya

Ehsan:Al Wadi PMRAM,

Friday, April 10, 2009

USRAH;Membina Ukhuwah , Bergerak Seiring


Usrah perkataan bahasa Arab yang sudah menjadi bahasa pertuturan bagi kebanyakkan masyarakat kita. Usrah bererti keluarga. Usrah kalau dikaji dan dihalusi merupakan elimen penting dalam pembinaan sebuah masyarakat dan kelansungan tamadun. Bagi mereka yang berada dalam gerakan Islam "Usrah" adalah mekanisma penting untuk melahirkan kesatuan dan wehdah dalam perjuangan.


Konsep yang telah dibina oleh Rasulullah bermula di rumah Al Arqam Bin Abi Al Arqam dikembang biak oleh generasi penerus perjuangan dan akan berterusan sehingga Allah mewarisi dunia fana ini. Konsep Asas yang telah dibina oleh Rasullullah menjadi rujukan setiap dekad dan zaman. As Syahid Hassan Al Banna misalnya menggagaskan konsep usrah ini perlu dijadikan pendekatan penting dalam dunia semakin mencabar ini guna menjamin kelansungan gerakan Islam, bergerak di landasannya.


Penyusunan konsep usrah yang didisiplinkan oleh As Syahid Hassan Al Banna dan rakan yang sealiran dengannya menjadi rujukan pergerakan terutama dalam usaha mentarbiah generasi peneraju dan penerus perjuangan. Lihat sahaja pada rukun usrah ;Taaruf,Tafahum dan Takaful kalau dihalusi merupakan mekanisma utama yang perlu dijagai dan dibajai setiap detik dan ketika. Melihat dalam pengertian usrah;(merujuk keluarga sebuah rumahtangga), jika 3 elimen dalam rukun usrah ini di abaikan apakah akan terbentuk hakikat usrah yang didambakan. Begitulah juga dalam usrah sesebuah gerakan keseluruh elimen berkaitan seharusnya menjadi prasyarat kepada seluruh anak-anak pejuang menghayati,menerobosi dan mengimplimentasi dalam diri sebelum berada dalam landasan perjuangan sebear.


Kalau hendak dibicarakan tentang usrah ini terlalu banyak perkara yang perlu diperincikan.Namun pada kesempatan ini saya ingin ketengahkan peranan pembinaan ukhuwah dalam melahirkan pejuang yang bergerak seiring dalam ertikata seiringan mentaati perintah Allah dan Rasul serta seiring mentaati keputusan jamaah dan pimpinan. Generasi pertama AL Quran telah membuktikan hampirnya diri mereka dan sentiasa mendampingi Rasulullah telah melenyapkan syakwasangka,irihati dan cemburu sebaliknya berlumba lumba untuk mentaati segala perintah kerana amalan mentaati itu adalah ibadah yang cukup besar pahalanya.


Ukhuwah atau persaudaraan telah dipersembahkan kepada kita konsepnya dan amalannya dalam peristiwa "persaudaraan Ansar dan Muhajirin" oleh Rasulullah ketika Hijrah ke Madinah.Sehinggakan dengan persaudaraan ini tidak lagi adanya istilah Ansar ataupun Muhajirin yang ada hanyalah kalimah keramat "Muslimun" yang bertunjangkan aqidah dan kepatuhan terhadap perintah Allah.


Ukhuwah yang terbina atas dasar taqwa akan melahirkan natijah yang cukup berguna;


a) Melahirkan pejuang yang rela berqurban

b) Melahirkan pejuang yang saling berpesan kepada ketaatan

c) Melahirkan pejuang yang sentiasa berhati-hati dengan amaran dan kemurkaan Allah

d) Melahirkan pejuang yang berlumba-lumba menabur bakti dan khidmat

e) Melahirkan pejuang yang tidak mengharap habuan dunia semata

f) Melahirkan pejuang yang sentiasa thabat dan istiqamah dalam perjuangan lantaran bahu membahu dan tidak berasa keseorangan dalam perjuangan.

g) Melahirkan pejuang yang sabar dengan karenah dan saling betul membetuli antara satu sama lain bukan menunding jari terhadap kesalahan serta mengelakkan budaya jatuh menjatuh sesama anggota.

h) Melahirkan pejuang yang terasa manisnya perjuangan apabila bergerak seiring menuju matlamat yang satu

Thursday, April 9, 2009

KABINET BARU NAJIB


8 April 2009 dikhabarkan DS Najib akan istiharkan barisan kabinet barunya. Namun menjelang jam 4 petang tiada sebarang tanda dan tiupan angin DS Najib akan mengumumkan barisan kabinet baru. Ketika saya mencari apa khabar berita tentang kabinet baru terdengar dihujung telinga bahawa DS Najib terpaksa tangguhkan pengistiharan ,khabarnya ada rakan sekutu BN yang "demand" nak koata menteri atau Timbalan menteri yang agak lebih walaupun Partinya kalah teruk dalam PRU ke 12 yang lalu.
Kemelut ini pada penulis tamparan yang hebat dan ujian getir Pak JIB (agaknya panggilan manja untuk PM baru,kalau nak rasa muda sikit panggil Abang JIB) setelah diuji dengan sepakan penalti yang tak mampu ditahan Abang JIB di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Khabarnya rakan komponen di Sabah dan Sarawak teringin jugak nak kerusi Menteri dan Timbalan Menteri tu. Teringat gurauan seorang kawan dari serawak ketikan pulang ke kampung halaman,pemandu pelancung yang semakin ghairah menyatakan "kami sekarang anak emas tak macam dulu anak tiri".NAmpaknya Abang JIB kene selalu naik kapal terbang lah untuk menjaga rakan rakan dan anak emas di Malaysia Timur. Jaga-jaga kalau asyik memandang ke sana yang di Semenanjung mungkin PRU 13 , 10 negeri PR sapu. Kalau nyata yang menjadi kenyatan ,atau cita yang menjadi cita-cita dan tanggungjawab...PR akan ke Puterajaya alamatnya Abang JIB PM paling sekejap lah jawabnya.

Kepada yang bakal digugurkan bolehlah berkongsi ladang limau dengan mantan PM Tun Abdullah. Tidakpun buka ladang ternakan kambing kormesial ,bolehlah menteri Asas Tani cari lubang pasaran yang meluas. Kepada yang bakal jadi Menteri atau Timbalan Menteri jaga-jaga agenda nak berubah.Entah entah berubah dari tak baik kepada lebih buruk.

Wednesday, April 8, 2009

DUA BUKIT HADIAH UNTUK NAJIB



Alham dulillah ,nafas yang sesak, lapang juga apabila keputusan rasmi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang saya ketahui dan keputusannya memihak kepada PAS dengan mejoriti yang agak besar. DS Ir. Hj Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kemenangan PR di bukit gantang menjadikan impian BN sekali lagi terkubur setelah mereka tumpas di Permatang Pauh,Kuala Terengganu dan juga di Bukit Gantang. Pendek kata rakyat mual dengan BN di segenap ceruk baik di Permatang,di Kuala bahkan di Bukit pun BN terus ditolak.


Keperitan Bn semakin perit apa bila di Bukit Selambau juga menyaksikan mereka terus ditolak dan dipinggirkan dari hati rakyat.Tidak keterlaluan kalau disebut kemenangan di dua Bukit ini adalah hadiah istimewa untuk PM baru DS Najib Tun Razak. Kemenangan BN di Batang Ai rasanya sukar untuk menjadi penawar kepedihan di hempap dua bukit yang menjadi medan menterjemah kuasa RAkyat.


KHAS UNTUK PETUGAS

Terima kasih daripada YB dan Warga Kerja Pilihanraya PRK (dua bukit dan Batang AI) kepada kelab penyokong Pembangkaang,dalam kerajaan BN.Iringan Gerak Kerja yang padu harapan dan doa tuan-tuan memungkinkan kemenangan PR.Tahniah dan teruskan perjuangan. Allahhuakbar...

Saya tampilkan kata kata seorang ahli kelab penyokong;

Salam tahniah...setiap yang benar,betapa ditekan,tetap menjalar,tanpa dibaja tetap kan kekal,tanpa udara tetap kan segar,betapa diuji tetapkan tabah.....TAKBIR
Untuk PM baru terimalah Dua Bukit sebagai hadiah dan ole ole sebagai PM baru Malaysia.







Sunday, April 5, 2009

MENJELANG HARI MENGUNDI


Kempen PRK Parlimen P59 Bukit gantang hampir ke penghujungnya. Hari mengundi bakal menjelang sehari lagi. Semua parti yang bertanding semakin rancak melipatgandakan usaha kempen. Perang poster dan sepanduk semakin menggelapkan pandangan seluruh kawasan yang terlibat. Ketika saya membuat liputan hampir seluruh kawasan kekuatan poster kempen agak seimbang bagi BN dan PAS manakala bebas sekadar menyelit ditengah tengah dua parti gergasi tadi. Cuma sekali imbas warna dan bentuk bahan kempen ,calon bebas seakan menyamai parti yang berwarna biru. Penulis bukan bermaksud untuk mengatakan ada kompromi antara keduanya tetapi yang pasti kedua dua parti itu semestinya berusaha mengalahkan PAS yang mengketengahkan calon berwibawa DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin.


Sepanjang suasana perang poster dan sepanduk ada kedengaran beberapa insiden-insiden yang pada saya adalah usaha untuk mewujudkan suasana tegang dan tidak harmoni. Saya ingin tekankan amat tidak beretika jika kempen bertujuan mewujudkan propaganda murahan setelah menyedari amat sukar menerobosi keampuhan dan sokongan padu yang dimonopoli oleh PAS.


Kelam kelam kabut dan keluh kesah BN untuk memenangi hati rakyat semakin ketara apabila kaedah kempen seperti 30 tahun lalu kembali didigunapakai. Petang tadi saya sempat ke Cangkat Ibul,kubu kuat PAS (pada saya seolah olah kawasan kembar Rusila diTerengganu) terperanjat bila agenda mengagihkan anak ayam,serkap dan beras kembali ditabur kepada rakyat di Cangkat Ibol. Teringat saya kata azimat Tok Guru Nik abdul Aziz " Beri kain pakai,Beri gula kacau,beri duit (Rm 10 jer) ambil ,Bila pangkah,pangkah BULAN. Harapnya Rakyat dan seluruh warga Bukit Gantang jadi secerdik pengundi di kelantan.


Kelam kabut dan keluh kesah Bn semakin menjadi apabila Media massa ,elektronik dan cetak terus galak menipu dan menyalurkan maklumat memualkan dan tak berhikmah dan berilmu. Tadi seketika singgah mandi dan "freshkan" badan sempat saya jenguk TV 3(media yang seringkali dimaki) dalam banyak banyak berita yang diisukan apabila Ahli Parlimen Taiping Nga Khor Meng membacakan ayat AlQuran dalam kempennya.Media Bn terus menyerang dengan mengketengahkan pendapat-pendapat mereka yang terlalu sukakan BN sehingga lupa Al quran yang diturunkan bukan untuk Melayu sahaja. Hujah yang dikemukakan YB Nga Kor Meng membaca ayat tersebut tidak betul. Soalnya pernahkan pemimpin BN kenalkan ayat Al Quran kepada mereka ini. Al Quran hanya perlu diketahui oleh orang Islam sahajakah? Semua Orang UMNO membaca Al Quran betulkah? sepatutnya bila ada individu bukan Islam yang menyedari firman Allah ini mesti dituruti kita yang sudah islam memberi sokongan. Inilah bila budaya memisahkan kehidupan dengan Al Quran sehingga bila kita hendak berdalilkan dengan Al Quran pun diganggu dan diisukan. Kalau ia pun hendak berkempen janganlah sehingga keistimewaan Al Quran sebagai cahaya penerang kegelapan pun cuba dihalang.


Kepada seluruh warga pengundi lihatlah cahaya rembulan yang kian menerangi jangan cuba selimuti diri dengan kelambu kejahilan untuk mengelak dari disinari cahaya rembulan. Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok manusia "yang tidak mengetahui dan menyedari bahawa diri jahil" dan lebih malang berada dalam kelompok manusi " yang menyedari diri jahil tetapi tidak mahu berubah. UNDILAH PAS.TAKBIR.

Saturday, April 4, 2009

IKHLAS SATU TUNTUTAN

Ikhlas satu kalimah yang mudah diucap,senang di sebut lunak didengar namun amat sukar diterjemahkan dengan amalan. Ikhlas berkait rapat dengan hati yang menghuni tubuh badan anak Adam.Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud "Didalam tubuh anak adam itu ada segumpal daging,jika baik daging itu maka baiklah jasad keseluruhannya dan jika buruk daging itu maka buruklah badan keseluruhannya;itulah ia hati.


Setiap individu dituntut bermuhasabah dalam segenap amalan hariannya supaya dapat dipastikan ianya berjalan dalam denai subur keikhlasan. Amal tanpa keikhlasan tiada nilainya di sini Allah tuhan Yang maha Pemurah. Saya coretkan beberapa pandangan Dr Yusuf Al Qardhawi ulamak tersohor masa kini yang menyentuh persoalan ikhlas. Kata beliau terdapat tanda-tanda penguat keikhlasan antaranya yang dapat kita muhasabah ialah:

1. Takut Kemasyhuran
2. Sentiasa menuduh diri sendiri
3. Beramal secara diam diam dan jauh dari liputan
4. Tidak memerlukan pujian & tidak tenggelam dalam pujian
5. Tidak kedekut pujian kepada yang layak
6. Berbuat selayaknya dalam memimpin
7. Mencari redha Allah bukan redha manusia
8. Redha & marah kerana Allah bukan kerana peribadi
9. Sabar Sepanjang Jalan
10.Berasa senang bila ada yang bergabung (bahu membahu

(Rujukan ; Fiitariq Ilallah ; Anniyyah Wal Ikhlas ,Dr Yusof Al qardawi

Friday, April 3, 2009

TAZKIRAH JUMAAT

JANGAN NANTI KITA DILUPAI

Firman Allah yang bermaksud;

124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".
125. Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, Mengapa Engkau menghimpunkan Aku dalam keadaan buta, padahal Aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"
126. Allah berfirman: "Demikianlah, Telah datang kepadamu ayat-ayat kami, Maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari Ini kamupun dilupakan".
127. Dan Demikianlah kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. dan Sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.

Surah Thaha 124-127

Ayat ini perlu dihayati oleh seluruh rakyat tidak kira jantina,umur ,pangkat dan keturunan kerana kaedah yang telah Allah tetapkan. Perlanggaran terhadap apa yang diamanahkan oleh Allah adalah mengundang natijah yang amat menakutkan.Allah menjanjikan bagi mereka yang berpaling dari memerhati,melihat dan menghayati peringantan Allah dengan kesimpitan hidup ketika didunia. Kehidupan yang sempit boleh menjelma dalam pelbagai bentuk antaranya:

1.Sistem politik yang haru biru menjadikan seluruh rakyat meringkuk dalam kepayahan dan ketidak tentuan

2.Suasana ekonomi yang lembab dan perkembangan tidak selaras menjadikan rakyat mangsa kesan kejatuhan ekonomi yang dibangunkan atas kaedah selain Islam

3.Sistem sosial yang semakin serabut membuahkan suasana tidak aman dan tenteram dalam masyarakat sehingga jenayah meningkat saban detik sama ada jenayah ringan atau berat.masyarakat seakan redho dengan maksiat dan menjadikan kehidupan tersepit kerana kebimbangan dan ketakutan hasil redho kita pada kejahatan.


Selain mendapat siksa kehidupan semoit di dunia,Allah akan membangkitkan manusia melampau dan berpaling ini dalam keadaan buta pada hari akhirat dan mereka akan dilupai oleh Allah dan tidak mendapat belas kasihan daripadaNya angkara kita lupa,lalai,cuai dan meringankan tuntutan dan perigatanNya semasa didunia. Sabarlah wahai pejuang dalam menyampaikan peringatan Allah. Semoga kita terlepas dari azab dan sentiasa dalam perhatian Allah.Teruskan usaha menyedarkan umat dari belenggu pelampau yang meminggirkan hidayah Allah.Semoga hidup kita mulia dan syahid menjadi cita .Takbir

BERTUKAR JUGA PM



Salam jumaat untuk seluruh pembaca. Ketika artikel ini saya coretkan khabarnya di istana negara sedang berlansungnya Istiadat mengangkat sumpah Pm ke 6. AL fadhil Datuk Sri Mohd NAjib Tun Razak. Tahniah untuk semua penyokong DS Najib kerana termakbul juga impian mereka melihat DS Najib dinobatkan Pm Ke 6. Kepada seluruh warga PR dan suara rakyat teruskan agenda serta tunggu dan lihat apa pula agenda yang akan berlaku selepas episod rampasan kerajaan perak dan penggangtungan Harakah dan suara keadilan. Kalau belum lagi diangkat menjadi PM secara wewenang melakukan rampasan agaknya selepas jadi PM apakan PM ke 6 akan jadi kaki masjid dan surau dalam rangka menjadi PM paling bersih. Sama samalah pergi ke masjid negara kerana DS Najib akan berkhutbah sulung dalam solat jumaat dan mengimami solat jumaat. Kalau tidak pun Dr Zamri Mb Kudeta Perak boleh jadi imam dan Khatib.Tengoklah berapa ramai makmum di belakang.

Thursday, April 2, 2009

JASA BERSIH



Momentum BERSIH masih bergempita menyauarakan tuntutan supaya proses demokrasi melaui Pilihanraya berjalan dengan sewajarnya, jangan wewenang dikudakayukan oleh mereka yang berkuasa. Sedar atau tidak suara rakyat sedikit sebanyak mengecutkan perut mereka yang berkuasa walaupun keangkuhan masih berleluasa dalam sanubari.


Setahun PRU 12 berlalu sipemerintah seakan hampir lupa momentum rakyat,seakan alpa dengan desakan rakyat. Demokrasi ala UMNO ,BARISAN NASIONAL didaulatkan.Keadilan tidak terjelma.Menjelang pilihanraya kecil Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai ,UMNO BN seolah meraikan tawanan dan ikatan yang membelenggu tangan ,kaki dan mulut PR.Harakah dan Suara Keadilan dikilas leher oleh Puak pemerintah hingga 3 bulan.Terkontang kanting PR berkempen dengan serba kekurangan sedangkan mereka serakus naga mengeksploitasi media Cetak,dan elektronik untuk tabur habuan dunia dan khurafat yang terus membelenggu fikiran rakyat (KHURAFAT: Hanya UMNO BN yang buleh memerintah).


Wahai segenap warga pengundi Bukit Gantang,Bukit Selambau dan BAtang Ai.Mari kita segandingan kita jahanamkan pemikiran kolot UMNO BN biar terkubur dan sama sama kita talkinkan.Takbir

MENANTI PM KE 6


Khabarnya 3 April tarikh keramat untuk DS Najib Tun Razak.Seluruh rakyat Malaysia juga bakal melihat babak seterusnya perjalanan dan perubahan lanscape politik Malaysia. Sebagai anak Perak menunggu Ds najib sebagai Pm menjadikan luka hati bulan Februari kembali berdarah,panas dan membuak.Keharmonian dan kedamaian negeri bertuan Perak dirodok malang dan kemelut yang tak berkesudahan. Angkara bakal Pm yang tidak lagi kita ketahui kesedahan episodnya. Kalau Paklah (Imam hadhari ) & (Mr clean) bertahan 2 penggal agaknya Pm ke enam yang tiada jolokan apa apa hanya terpalit onar-onar sahaja,berapa penggal mampu bertahan.


Kita sebagai rakyat tidak lupa akan pesanan wahyu angkara menobatkan pemimpin yang dibenci samalah meletakkan diri dalam kancah derita dan bala ini sedikit demi sedikit akan meracun keamanan dan mengundang redho pada ketidakwarasan.


Marilah kita walaau hanya bertongkat paruh,dan hanya berbekalkan gigi dan gusi mempertahankan keimanan dan menobatkan kebenaran walaupun pahit pahit perjuangan telah mula dirasai.Simpati nasib harakah agaknya apa lagi selepas ini.


PPSMI Kecelaruan pemimpin bobrok



Demonstrasi PPSMI di masjid negara sekali lagi menunjukkan kecelaruan sistem pendidikan di Malaysia mendapat kritikan dari seluruh rakyat.Apakan Kementerian berkenaan sengaja memekakkan telinga untuk mendengan rintihan tentang hakikat yang sedang melanda anak bangsa

MALAYSIA DALAM KEMELUT POLITIK

Salam blog untuk seluruh pencinta kedamaian,keadilan dan kebenaran.5 atau 10 tahun dahulu bila orang berbicara tentang politik di Asia tenggara,Malaysia adalah negara yang terkecuali dari kemelut politik yang bobrok berbanding negara jirannya yang lain.Kemelut pertelingkahan dan perebutan kuasa serta korupsi tidak menjelma dengan terang dan jelas di Malaysia. Namun kebimbangan dan kerisauan yang dirasai oleh rakyat sedar menjerat juga kancah politik Malaysia.Bermula peristiwa pemecatan DSAI di penghujung 90 an adalah titik tolak politik Malaysia menjadi kacau bila dan haru biru bahkan haru hara.Angkaranya siapa?Mudah untuk menunding jari kalau kacau bilau dan haru hara mesti pembangkang punya angkara.Namun hati yang tidak buta,mata yang mahu mendengar,dan hati yang tidak lupa pasti akan mencongak dengan tuntas bahawa angkara berlakunya onar adalah disebabkan golongan pemerintah yang berasa sedap di kerusi pemerintah sehingga menghalalkan segalanya untuk kepuasan nafsu dan kepentingan peribadi dan peribodi.Politik Malaysia terus terhukum dengan kejahatan tangan rakus yang katanya menobatkan demokrasi tetapi sebenarnya "Demo kerasi"memuntahkan amarah rakyat.Lantas Pemerintah mula ditolak dalam percubaan pada PR 10.Namun katanya Imam hadhari berjaya mengekang kebangkitan pencinta kebenaran dan seboleh bolehnya Imam hadhari dengan title mr clean menidakkan kebangkitan rakyaat.Nampak macam berhasil bila PR 11 pasukan pencinta kebatilan kembali berkuasa penuh sehingga mematahkan semangat sebilangan pejuang. Namun rasa kesedapan yang melanda sekali lagi pemerintah lena di siang hari berbantalkan penderitaan rakyat dan akhirnya pemerintah sekali lagi dihukum dan hampir lumpuh dalam PR 12.PR 12 menyaksikan pemerintah semakin melonjak amarahnya...menghalalkan segalanya sehinggalah kemuncaknya merampas kerajaan yang dipilih rakyat. Rakyat semakin petah memuntahkan rasa dan hak mempertahankan wibawa.Kalau selama ini jarang kedengaran kalimah "harah jadah" sebagai makian kepada pemerintah namun kejahatan yang dicipta oleh tangan pemerintah zalim ini rakyat mula menjadikan kalimah "haram jadah" sebagai suapan maki kepada pemerintah yang semakin hilang haluan dan arah tujuan.