Pages

Thursday, January 28, 2010

PENCEMARAN KEPADA AGAMA

Seluruh khalayak bloger dan rakyat Malaysia sehari dua ini mungkin agak terpana dengan isu yang semakin lintang pukang dan haru biru. Isu pembakaran gereja yang masih belum reda berjabat pula dengan isu blogger ADUKA TARUNA yang semua khalayak bolgger tahu punca dan sebabnya. Angin politik juga semakin bertiup ala ribut antara jadi dengan tidak jadi kerana 9 Februari Mahkamah akan disaksikan oleh jutaan rakyat terhadap keputusan rayuan MB Perak yang Sah dan apa kesudahan akan dapat disaksikan. Andai berpihak kepada DS Nizar orang orang Perak akan mengundi pulak yeop.


Dari isu ke isu hatta isu penangkapan beberapa warga asing menggunakan ISA pada perkiraan saya tidak dapat menandingi isu hangat hari ini apabila 2 Masjid di selangor dicemari tangan ghaib yang celupar,biadap tiada beretika. Penemuan kepala babi di dua masjid di Selangor iaitu Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama ada lambang pencemaran terhadap agama Islam dilakukan sewenang wenangnya. Isu pencemaran rumah allah ini amat berkait rapat dengan keadaan umatnya mempertahankan kesucian Agamanya. Timbul persoalan siapah yang melakukannya? Apa sebab ianya dilakukan. Maklumat awalnya rata rata mengatakan ianya berpunca daripada keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'. rentetan itu juga ada gereja di serang dan ada kuil diserang. Ketika akal yang waras melakukan analisa, penumpuan kepada satu sebab sahaja tanpa memikirkan sebab sebab lain kenapa rumah Allah ini dicemari menjadikan kita kurang menyedari agenda musuh yang lebih besar dari keputusan mahkamah tinggi pada 31 desember 2009.

Kepala Babi yang ditemui di perkarangan masjid di Selangor

Islam Penyelesaian ingin mengajak sidang khalayak untuk merenung duduk keadaan. kenapa di Selangor dan Lembah kelang sahaja berlaku percerobohan dan agenda ini. Kenapa tidak di negeri lain? Apakah yang marah kepada keputusan mahkamah hanya orang selangor sahaja? Semua ini perlu dinilai. Perlu direnung kalau kalau ada agenda asing yang cuba ditangguk di air jernih. Bukankah kes kes lain juga sama misalnya soal isu pasir, soal ketidaktelusan,rasuah dan sebagainya apakah hanya diselangor sahaja ada dakwaan dan pendakwaan.

Isu "kepala babi " perlu direnung dengan penuh sedar bimbang bimbang ianya ianya dijadikan tudung saji untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar untuk dilindungi. Klau benar pun ada kepincang untuk dilitupi janganlah sampai menggadaikan kesucian rumah Allah.


Ingatlah kalau sesingkat ini pemikiran, demi menjaga maslahat dunia yang terlalu sikit untungnya sanggup kita cemari rumah Allah kelak nanti Allah akan tunt]jukkan keputusanNya. Ingatlah ini rumah Allah kalau kita tidak berminat menjaganya Tuan kepada rumah ini akan menjaganya. Ingatkahlagi apa kata kata Abdul Mutalib (Datuk Nabi) ketika Abrahah mahu menyerang Kaabah. "Kalau kamu datang mahu merampas ternakan kami, kami akan pertahankannya tapi kalau kamu datang mahu memunahkan rumah ini (baitullah) sedarlah rumah ini ada penjaganya dan Dia akan menjaganya".
semoga kita berhati hati jangan nanti kita dihambur secara kolektif oleh tuan punya rumah dan tuan punya dunia ini.

Monday, January 18, 2010

TEKS KAJIAN ANAK DIDIK PEMIMPIN UMNO (ISLAM PENYELESAIAN MENGULAS)

Mr Bean menyalak suruh Hishamuddin letak jawatan


KUALA LUMPUR, 17 Jan: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan wajar melepaskan jawatan atau diberhentikan berikutan kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas gereja yang sangat memalukan negara.

Hishammuddin dan Musa kena berhenti atau diberhentikan daripada jawatan masing-masing dan Najib kena tunjuk pada rakyat ‘kaki bangku’ seperti kedua-duanya tidak ada tempat dalam kabinet dan kerajaan.

“Buang saja mereka, baru Najib boleh bercakap walk the talk,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena . klik disini

-Mr Bean PAS -

Nampak Mr Bean PAS ini tak habis2 attack kerajaan dalam isu gereja terbakar ini . Sebelum ini beliau la yang buka cerita PM dan TPM tiada di Malaysia dan membuat dakwaan negara tidak stabil dan diambang bahaya . Kali ini Mr Bean yang cakap tanpa fakta dan hanya berpandukan sedap mulut sahaja terus meminta Menteri KDN Dato Seri Hishamuddin dan IGP meletakkan jawatan @ diberhentikan berikutan kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas gereja yang sangat memalukan negara.

PB rasa kalau dia jadi Menteri KDN pun ,dia akan lalui benda yang sama saja situasi ini seperti mana Hishamuddin alami sekarang . Adakah Mahfuz mahu Hishamuddin kerah polis jaga gereja di seluruh negara sepenuh masa ke ?? Lepas tu perompak ,peragut , mat rempit sapa nak pi tangkap ?? Mr Bean nak jaga depa ini semua ke ??

Lebih baik beliau pergi suruh Menantu kesayangan pemegang kunci syurga supaya segera meletak jawatan hari ini berikutan Nick Ajis sendiri sudah mengaku kesilapannya sehingga terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta daripada syarikat swasta Sensa Timur Sdn Bhd . Malah hari ini Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis meminta siasatan dibuat terhadap pengakuan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam berhubung urusniaga pembelian kompleks perniagaan Bazaar Tok Guru di Kota Bharu.

ISLAM PENYELESAIAN ;ULASAN

Di atas saya kemukakan satu sedutan dari laman blog yang menggelarkan dirinya Pejuang Bangsa. Bangsa apa yang mereka perjuangkan saya tak pasti. Kalau Yahudi memperjuangkan bangsanya dari dulu dan sampai sekarang tak kunjung henti. Kalau Mandela memperjungkang bangsa kulit hitam sampai keluar masuk penjara. Pejuang bangsa ini tak pasti pula saya bangsa apa yang dia perjuangkan.

Melihat tulisannya nyatalah hasil tarbiah mereka yang memoerjuangkan bangsa ini terlalu murahan kerana mereka menghalalkan semua cacamerba bahasa dan adab dan membolehkan segalanya kerana bukan ingin menegakkan kebenaran tetapi kerana mahu melepaskan geram.

Kepada pejuang bangsa kenapa "Mr Bean" (gelaran mereka kepada YB Mahfuz) yang kamu kata tidak betul dan tidak berfakta. salahkan jika YB mahfuz sarankan menteri dalam Negeri meletak jawatan begitu juga KPN. Apa yanbg tidak berfaktanya. Itu kegagalan yang mereka buktikan. Bukan sebuah gereja yang diserang bahkan 2,3 dan beberapa buah. Wajarlah kalau dikatakan mereka yang diamanahkan menjaga keamanan lena (mungkin hasil pendidikan bekas ketua mereka suatu ketika dahulu). Kenapa melenting " takkan nak jaga gereja 24 jam" Isk takkan tak mampu.Kalau semua anggota boleh pantau ceramah PAS siang dan malam, asal ada ceramah boleh dihambat dan dihalau. Memantau lorong dan jalan dan tempat yang dirasakan perlu takkan tidak mampu. Mana risikan polis atau sememangnya serangan sekadar mengkambing gurun hitamkan.

Kalau PB kata polis kena tumpukan peragut,perompak dan mat rempit. Cuba tolong jawab adakah jenayah ini menampakkan penurunan dan rakyat sudah boleh hidup dengan aman. Jawapannya tidak jugak masih ,masih dan masih ketakutan di jalan bahkan di rumah. Mungkin PB ingin berkata pulak Polis nak tumpukan kepada PATI. itulah alasan orang yang gagal. Kepada PB jangan jadi macam lagu bangau oh bangau asyik tak menampakkan kesalahan sendiri semua salah orang. Kalau kita salah dan ditegur walaupun dari pihak pembangkang "terimalah" terimalah ...dan terimalah dengan redha...yang kamu tu salah.Kelak jangan jadi pihak yang kamu kata pembangkang memberikan jawapan seperti ular dalam lagu bangau oh bangau. bayangkan kalau nanti kami semua jawab " memang BN makanan kami" kami ngap semua sebab semua dah tak betul yang betul adalah kebenaran. PB tolong insaf. Kalau nak mengampu pun patut padan lah.

PB kata "kalau YB mahfuz memerintah nanti pun benda sama yang dia buat" mana PB tau, Ini satu lagi khurafat yang mesti dibasmi. Kenyataan Bn saja yang boleh memerintah mesti kita rungkaikan ikatan dari membelenggu rakyat Malaysia. PB jangan taasub ,bagi peluang .dahulu orang kamu kata Nik Aziz tak mampu memerintah,sebulan akan tumbang tapi dan 20 tahun. Saya mahu ajarkan matematik sebulan dan 20 tahun jaraknya banyak...."Adakah PB sedar dan faham?.

ermmm mesti PB nak buktikan kegagalan Tok guru dengan Isu menantunya dan Bazar tok guru. Kalaupun berlaku kesalahan Nik aziz tak pernah sembunyikan semua telus.kalau salah salah lah. Apa nak dirisaukan. Berbanding orang orang sebelah sana bukan 23 juta berbilion sampai sekarang senyap. Ada kita dengar Pemuda UMNO peduli nak repot polis isu-isu korapsi pemimpin mereka. PB kena jawab apakah perjuangan PB semata mata mempastikan ahli PAS dipersalahkan sekalipun mereka betul dan membetulkan UMNO dan ahli UMNO sekalipun ternyata mereka salah.Ingatlah kita tidak dapat melobi Allah swt dengan hujah dan pengamatan kita. Amalan dan kerahmatan Allah yang akan tentukan kejayaan kita. Tenunglah diri...bertindak dengan alas iman bukan pedoman hati batu yang berpaut pada amarah dan nafsu. Lihatlah pada pedoman wahyu, rayu pada Allah yang satu agar tidak tertipu dengan habuan dan sedap dunia. Wallah hu,aalam.

TAZKIRAH

Kuliah Duha 17 Jan 2010

Kuliah Duha di Masjid Bt 14 hari ini disampaikan oleh Ustaz Wahid yang dimulakan dengan tafsir surah Al-Infitar. Surah yang mengingatkan kita tentang kedatangan kiamat dan bagaimana kiamat itu berlaku. Antara isi yang boleh kita ambil:
  • Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari kiamat;
  • Peringatan kepada manusia agar tidak terpedaya sehingga derhaka kepada Allah;
  • Adanya malaikat yang selalu menjaga dan mencatat segala amal perbuatan manusia;
  • Pada hari kiamat manusia tak dapat menolong orang lain;
  • Hanya kerahmatan Allah yang diharapkan pada waktu itu.
Kemudian beliau menyentuh kitab Bahtera Penyelamat yang menyeru kita supaya bersegera bertaubat. Jangan kita tunggu dan mengharapkan kita tua baru ingat nak taubat. Maut bila-bila datang menjenguk. Kalau nabi pun bertaubat dan beristigfar 100 kali sehari ,kita ini dimana?

Syarat taubat:

  1. Dengan meninggalkan perbuatan dosa tersebut.
  2. Menyesali akan perbuatan tersebut
  3. Berazam untuk tidak melakukan lagi.
Amalkan taubat dan jangan sampai kita dibangkitkan dari kubur baru kita ingat nak bertaubat.

Monday, January 11, 2010

ISU SEMASA

Pegawai gereja terharu terima kunjungan Nik Aziz

PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.

Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.

“Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.

“Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.

Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Gambar: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkata sesuatu kepada dua Penyambut Tetamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya ketika lawatannya petang tadi. Calvin Jacob (dua dari kanan).

Terdahulu, sebelum ke Petaling Jaya, Nik Aziz telah ke Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, beliau telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada wakil gereja.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu.

Sehingga kini sudah tujuh kes gereja cuba dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Kristian The Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam laporannya.

PAS mengambil sikap, Kristian berhak menggunakan perkataan Allah itu kerana semua agama samawi sememangnya menggunakan Allah sebagai tuhan namun Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro kepadanya membantah dan mula membuat kenyataan dan perhimpunan panas membantahnya.

Beberapa NGO pro Umno pula semacam mengambil sikap mengapi-apikan orang Islam dalam isu ini.

Tuesday, January 5, 2010

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS

Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.

PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.

"PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam," katanya lagi..

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

(Gambar: Antara pemimpin PAS yang menyertai sidang media isu penggunaan kalimah Allah di pejabat Agung PAS malam tadi)

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

KENYATAAN PENUH

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010

Monday, January 4, 2010

MARKISA PUN SUDAH BERBUAH


Markisa boleh dibuat minuman ,rasanya lebih sedap daripada minuman tropika SUNQUICK

INDAHNYA CIPTAAN TUHAN

Semalam ketika saya menanti kehadiran pelajar pelajar mendaftar di sekolah tempat saya bertugas,ruang masa yang ada saya gunakan untuk merakan beberapa tumbuhan dan pokok pokok hijau yang segar merindang di sekitar sekolah dan asrama. Saya pasti pokok pokok ini di samping menghijau dan menyejukkan oandangan mata ianya mengandungi nilai herba yang tinggi cuma mungkin kita tidak mengetahui.Saya paparkan beberapa foto yang sempat saya rakam.





Sunday, January 3, 2010

TAUHID

TAUHID RUBUBIYAH

Tauhid adalah meyakini keesaan Allah dalam rububiyah-Nya ikhlas beribadah kepada-Nya dan menetapkan bagi-Nya nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Dengan demikian tauhid ada tiga macam tauhid rububiyah tauhid uluhiyah dan tauhid asma’ wa-sifat. Setiap macam dari ketiga macam tauhid itu memiliki makna yg harus dijelaskan agar menjadi terang perbedaan antara ketiganya.

Tauhid rububiyah yaitu mengesakan Allah SWT dalam segala perbuatan-Nya dgn meyakini bahwa Dia sendiri yg menciptakan segenap makhluk. Allah SWT berfirman Allah menciptakan segala sesuatu. {Az-Zumar 62}.

Dialah yg memberi rezeki bagi tiap manusia binatang dan makhluk lainnya. Dan tidak ada binatang suatu melata pun di bumi melainkan Allahlah yg memberi rezekinya …. .

Dialah penguasa alam dan pengatur semesta Dia yg mengangkat dan menurunkan Dia Yang memuliakan dan menghinakan Mahakuasa atas segala sesuatu Yang mengatur rotasi siang dan malam Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Allah SWT berfirman Katakanlah ‘Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan Engkau berikan kerajaan kepada orang yg Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yg Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yg Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yg Engkau kehendaki.

Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yg hidup dari yg mati dan Engkau keluarkan yg mati dari yg hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yg Engkau kehendaki tanpa hisab . .

Allah telah menafikan sekutu atau pembantu dalam kekuasaan-Nya sebagaimana Dia menafikan adanya sekutu dalam penciptaan dan pemberian rezeki. Inilah ciptaan Allah maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yg telah diciptakan oleh sembahan-sembahan selain Allah …. . Atau siapakah dia ini yg memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki-Nya .

Allah menyatakan pula tentang keesaan-Nya dalam rububiyah-Nya atas segala alam semesta. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. .

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yg telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemeyam di atas Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yg mengikutinya dgn cepat dan matahari bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah.

Mahasuci Allah Tuhan semesta alam. .

Allah menciptakan semua makhluk-Nya di atas fitrah pengakuan terhadap rububiyah-Nya. Bahkan orang-orang musyrik yg menyekutukan Allah dalam ibadah juga mengakui keesaan rububiyah-Nya. Katakanlah ‘Siapakah yg mempunyai langit yg tujuh dan yg mempunyai Arsy yg besar?’ Mereka akan menjawab ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah Maka apakah kamu tidak bertakwa?’ Katakanlah ‘Siapakah yg di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi tetapi tidak ada yg dapat dilindungi dari -Nya jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah ‘ maka dari jalan manakah kamu ditipu? {Al-Mu’minun 86-89}.

Jadi jenis tauhid ini diakui semua orang. Tidak ada umat mana pun yg menyangkalnya. Bahkan hati manusia sudah difitrahkan utk mengakui-Nya melebihi fitrah pengakuan terhadap yg lain-Nya.

Adapun orang yg paling dikenal pengingkarannya adl Firaun. Meski demikian di dalam hatinya masih tetap meyakini-Nya. Hal itu diterangkan sebagaimana perkataan Musa a.s. kepadanya. Musa menjawab ‘Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahwa tiada yg menurunkan mukjizat-mukjizat itu kecuali Tuhan Yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yg nyata dan sesungguhnya aku mengira kamu hai Firaun seorang yg akan binasa.

. Juga diterangkan dalam An-Naml ayat 14. Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan padahal hati mereka meyakininya.

TAUHID ULUHIYAH

Uluhiyah adalah ibadah. Tauhid uluhiyah adalah mengesakan Allah dengan perbuatan para hamba berdasarkan niat taqarrub yang disyari'atkan seperti do'a, nadzar, kurban, raja' (pengharapan), takut, tawakkal, raghbah (senang), rahbah (takut) dan inabah (kembali/taubat).

Dan jenis tauhid ini adalah inti dakwah para rasul, mulai rasul yang pertama hingga yang terakhir. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman: "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): 'Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut itu'."

(An-Nahl:36)


"Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya, 'Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang haq) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku'."

(Al-Anbiya': 25)

Setiap rasul selalu melalui dakwahnya dengan perintah tauhid uluhiyah. Sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Shalih, Syu'aib, dan lain-lain: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagi-mu selainNya."

(Al-A'raf:59,65,73,85)

"Dan ingatlah Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya, 'Sembahlah olehmu Allah dan bertakwalah kepadaNya'." (Al-Ankabut: 16)

Dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wa Salam : "Katakanlah, 'Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyem-bah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (men-jalankan) agama'."

(Az-Zumar:11)

Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam sendiri bersabda: "Saya diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahwa tiada ilah (sesembahan) yang haq kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah."

(HR.Al-BukharidanMuslim)

Kewajiban awal bagi setiap mukallaf adalah bersaksi laa ilaaha illallah (tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah), serta mengamalkannya. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman: "Maka ketahuilah bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disem-bah) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu...".

(Muhammad:19)

Dan kewajiban pertama bagi orang yang ingin masuk Islam ada- lah mengikrarkan dua kalimah syahadat. Jadi jelaslah bahwa tauhid uluhiyah adalah maksud dari dakwah para rasul. Disebut demikian, karena uluhiyah adalah sifat Allah yang ditunjukkan oleh namaNya, "Allah", yang artinya dzul uluhiyah (yang memiliki uluhiyah). Juga disebut "tauhid ibadah", karena ubudiyah adalah sifat 'abd (hamba) yang wajib menyembah Allah secara ikhlas, karena keter-gantungan mereka kepadanya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, "Ketahuilah, kebutuhan seorang hamba untuk menyembah Allah tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu pun, tidak memiliki bandingan yang dapat dikias-kan, tetapi dari sebagian segi mirip dengan kebutuhan jasad kepada makanan dan minuman. Akan tetapi di antara keduanya ini terdapat perbedaan mendasar.

Karena hakikat seorang hamba adalah hati dan ruhnya, ia tidak bisa baik kecuali dengan Allah yang tiada Tuhan selainNya. Ia tidak bisa tenang di dunia kecuali dengan mengingat-Nya. Seandainya hamba memperoleh kenikmatan dan kesenangan tanpa Allah, maka hal itu tidak akan berlangsung lama, tetapi akan berpindah-pindah dari satu macam ke macam yang lain, dari satu orang kepada orang lain. Adapun Tuhannya maka Dia dibutuhkan setiap saat dan setiap waktu, di mana pun ia berada maka Dia selalu bersamanya."[1]

Tauhid ini adalah inti dari dakwah para rasul, karena ia adalah asas dan pondasi tempat dibangunnya seluruh amal. Tanpa mereali-sasikannya, semua amal ibadah tidak akan diterima. Karena kalau ia tidak terwujud, maka bercokollah lawannya, yaitu syirik. Sedangkan Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik.

(An-Nisa':48,116)

"...seandainya mereka mempersekutukan Alah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan."

(Al-An'am:88)

"Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi."

(Az-Zumar:65)

Dan tauhid jenis ini adalah kewajiban pertama segenap hamba. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapak ...".

(An-Nisa':36)

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan kamu supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya ..."

(Al-Isra':23)


"Katakanlah, 'Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu dari Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu mempersekutukan kamu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu-bapak …'."

(Al-An'am: 151)

A MAKNA TAUHID ASMAK WA SIFAT

Yaitu beriman kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah RasulNya Shallallaahu alaihi wa Salam menurut apa yang pantas bagi Allah Subhannahu wa Ta'ala, tanpa ta'wil dan ta'thil, tanpa takyif, dan tamtsil, berdasarkan firman Allah Subhannahu wa Ta'ala : "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syura: 11)

Allah menafikan jika ada sesuatu yang menyerupaiNya, dan Dia menetapkan bahwa Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka Dia diberi nama dan disifati dengan nama dan sifat yang Dia berikan untuk diriNya dan dengan nama dan sifat yang disampaikan oleh RasulNya. Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam hal ini tidak boleh dilanggar, karena tidak seorang pun yang lebih mengetahui Allah daripada Allah sendiri, dan tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui Allah daripada RasulNya.

Maka barangsiapa yang meng-ingkari nama-nama Allah dan sifat-sifatNya atau menamakan Allah dan menyifatiNya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhlukNya, atau men-ta'wil-kan dari maknanya yang benar, maka dia telah berbicara tentang Allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan RasulNya.

Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman: "Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?" (Al-Kahfi: 15)

B. Manhaj salaf (para sahabat, tabi'in dan ulama pada kurun waktu yang diutamakan) dalam hal asma' dan sifat allah.


Yaitu mengimani dan menetapkannya sebagaimana ia datang tanpa tahrif (mengubah), ta'thil (menafikan), takyif (menanyakan bagaimana) dan tamtsil (menyerupakan), dan hal itu termasuk pengertian beriman kepada Allah.

Syaikh Ibnu Taimiyah berkata: "Kemudian ucapan yang menyeluruh dalam semua bab ini adalah hendaknya Allah itu disifati dengan apa yang Dia sifatkan untuk DiriNya atau yang disifatkan oleh Rasul-Nya, dan dengan apa yang disifatkan oleh As-Sabiqun Al-Awwalun (para generasi pertama), serta tidak melampaui Al-Qur'an dan Al-Hadits.

Imam Ahmad Rahimahullaah berkata, Allah tidak boleh disifati kecuali dengan apa yang disifati olehNya untuk DiriNya atau apa yang disifatkan oleh RasulNya, serta tidak boleh melampaui Al-Qur'an dan Al-Hadits.

Madzhab salaf menyifati Allah dengan apa yang Dia sifatkan untuk DiriNya dan dengan apa yang disifatkan oleh RasulNya, tanpa tahrif dan ta'thil, takyif dan tamtsil. Kita mengetahui bahwa apa yang Allah sifatkan untuk DiriNya adalah haq (benar), tidak mengandung teka-teki dan tidak untuk ditebak.

Maknanya sudah dimengerti, sebagaimana maksud orang yang berbicara juga dimengerti dari pembicaraannya. Apalagi jika yang berbicara itu adalah Rasulullah, manusia yang paling mengerti dengan apa yang dia katakan, yang paling fasih dalam menjelaskan ilmu, dan yang paling baik serta mengerti dalam menjelaskan atau memberi petunjuk. Dan sekali pun demikian tidaklah ada sesuatu pun yang menyerupai Allah. Tidak dalam Diri (Dzat)Nya Yang Mahasuci yang disebut dalam asma' dan sifatNya, juga tidak dalam perbuatanNya.

Sebagaimana yang kita yakini bahwa Allah Subhannahu wa Ta'ala mempunyai Dzat, juga af'al (perbuatan), maka begitu pula Dia benar-benar mempunyai sifat-sifat, tetapi tidak ada satu pun yang menyamaiNya, juga tidak dalam perbuatanNya. Setiap yang mengharuskan adanya kekurangan dan huduts maka Allah Subhannahu wa Ta'ala benar-benar bebas dan Mahasuci dari hal tersebut.

Sesungguhnya Allah adalah yang memiliki kesempurnaan yang paripurna, tidak ada batas di atasNya. Dan mustahil baginya mengalami huduts, karena mustahil bagiNya sifat 'adam (tidak ada); sebab huduts mengharuskan adanya sifat 'adam sebelumnya, dan karena sesuatu yang baru pasti memerlukan muhdits (yang mengadakan), juga karena Allah bersifat wajibul wujud binafsihi (wajib ada dengan sendiriNya).

Madzhab salaf adalah antara ta'thil dan tamtsil. Mereka tidak menyamakan atau menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhlukNya. Sebagaimana mereka tidak menyerupakan DzatNya dengan dzat pada makhlukNya. Mereka tidak menafikan apa yang Allah sifatkan untuk diriNya, atau apa yang disifatkan oleh RasulNya. Seandainya mereka menafikan, berarti mereka telah menghilangkan asma' husna dan sifat-sifatNya yang 'ulya (luhur), dan berarti mengubah kalam dari tempat yang sebenarnya, dan berarti pula mengingkari asma' Allah dan ayat-ayatNya.