Pages

Sunday, April 25, 2010

PENGHARAPAN P94 HULU SELANGOR

bermula dengan jangkaan 56.2 % memihak Zaid
Zulkifli Sulong
HULU SELANGOR, 25 April: Berbekalkan anggaran kemenangan 56.2 untuk Pakatan Rakyat sebagaimana yang diramalkan oleh Zentrum Future Studies, 63,701 pengundi Hulu Selangor mula membuang undi pagi ini.

Mereka membuang undi di 48 pusat pengundian yang menyediakan 136 saluran mengundi di 47 buah sekolah bermula jam 8.00 pagi ini.

Proses pengundian ini diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan iaitu Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Pilihan raya ini menyaksikan kedua-dua pihak turun dengan sepenuh tenaga yang mereka ada samada di pihak BN atau PR. BN misalnya menurun semua pemimpin utamanya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Menjadi satu yang luar biasa juga apabila PM turun sendiri secara penuh masa dengan berkempen di seluruh kawasan pilihan raya sedangkan menjadi amalam BN sebelum ini pilihan raya kecil biasanya diserahkan kepada timbalan sahaja.

Malam tadi, Pakatan Rakyat menamatkan sessi kempennya di stadium mini Kuala Kubu Baru. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain pemimpin Pakatan berucap di situ. Stadium itu penuh sesak dengan manusia dan dianggarkan sekurang-kurangnya 20,000 memenuhinya.

Sebelum itu, Nik Aziz berucap di Dewan Komuniti Serendah yang penuh sesak dengan orang ramai dari pelbagai kaum.

Namun begitu, dalam pilihanraya ini Nik Aziz dilihat tidak perlu memberikan ucapan yang hebat, cukup sekadar meminta pengundi mengundi Zaid. Beliau hanya perlu hadir, lambaikan tangan dan orang ramai akan memenuhi tempat beliau datang.

Para pemimpin BN, menurut laporan media mereka, yakin akan menang dalam pilihan raya ini. Najib sendiri memberitahu kebinetnya BN akan menang.

Bilik gerakan PAS pula menjangka, calon PR akan menang. "Jika keluar mengundi 75 peratus, kami jangka akan menang sekitar 556 undi," kata Pengarah Operasi jentera pilihanraya PAS, Jamaliddin Elias kepada Harakahdaily dua hari sebelum mengundi.

Bilik gerakan PKR pula melaporkan, sasaran mereka untuk mendapat 43 peratus pengundi Melayu bolehkan dikatakan tercapai. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, pihaknya menjangka akan menang.

Zentrum pimpinan Dr Abu Hassan Hasbullah yang membuat kajian lapangan secara agresif kali ini telah mengeluarkan laporan setiap jam semalam. Ia bermula dengan kemenangan berpihak kepada PR diwaktu pagi, BN menang di waktu tengahari tetapi berakhir dengan kemenangan bergaya di pihak PR pada akhir malam tadi 56.2 peratus untuk PR dan 43.8 peratus untuk BN.

Berikut antara statistik yang diberikan oleh Zentrum.

10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

PENJELASAN KHUTBAH TANPA SELAWAT

Hasan Ali Nafi Guna Masjid Untuk Berpolitik

SHAH ALAM: Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan beliau mengingkari arahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid sebagai medan untuk berpolitik.

Beliau berkata laporan akhbar hari ini yang menyatakan beliau telah menyentuh perkara berkaitan politik ketika menyampaikan khutbah di MasjidAs-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam adalah tidak benar dan merupakan satu tuduhan semata-mata.

"Terdapat juga tuduhan yang menyatakan saya terlupa untuk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam khutbah kedua yang merupakan rukun sahnya khutbah, sebaliknya saya membacanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan berkata apa yang disampaikan ketika khutbah ialah mengenai pembangunan yang tidak seimbang dan kesannya dengan memetik beberapa pandangan ahli fikir Islam yang menyatakan hanya Islam yang menjadi faktor bagi menyelesaikan masalah umat.

Mengenai bacaan selawat yang menjadi rukun sah khutbah dan sembahyang Jumaat, beliau berkata pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan anggota jawatankuasa (AJK) masjid terbabit yang hadir mengesahkan bahawa beliau ada membaca selawat itu.

"Suka juga saya nyatakan di sini saya sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco Agama Islam negeri, sudah pastilah menjaga kesucian rumah Allah sebagai tempat suci dan menjunjung perintah Sultan Selangor," katanya.

Hasan berkata penjelasan itu diharap dapat menjawab kekeliruan laporan akhbar dan dakwaan yang dibuat oleh beberapa pemimpin mengenai penyalahgunaan masjid serta syarat sah solat Jumaat seperti yang disiarkan dalam beberapa media.

"Penjelasan ini merupakan jawapan kepada tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada saya dan suka saya nyatakan saya tidak berpolitik melalui khutbah sebaliknya khutbah saya itu telah dipolitikkan," katanya. - BERNAM

Saturday, April 24, 2010

8 JAM untuk berkempen

Sehingga tulisan ini di tulis calon calon yang bertanding dalam PRK P94 Hulu selangor mempunyai kurang lebih 8 jam lagi untuk berkempen. sepanjang kempen berlansung seperti biasa BN mempunyi kelebihan media ibu ayah mereka untuk meracuni rakyat dengan pembelaan terhadap kesalahan mereka.Pihak PR terpaksa menggunakan segenap kudrat berteman senjata gigi dan gusi untuk berhadapan dengan kekuatan BN yang mengeploitasi jentera kerajaan bagi meraih undi.
Sepanjang penulis bersama jentera kempen PR, sempat penulis meninjau bahan bahan kempen BN. Hebat dari segi kualiti bahan dan metirial berwarna warni (pasukan kayalah katakan) namun apa yang dijadikan bahan amat keterlaluan sekali. Menghentam peribadi calon PR datuk Mohd zaid Ibrahim dilihat amat keterlaluan sekali. Penulis masih ingat kalau dulu UMNO BN cukup menghina PAS kerana menghina orang dengan gelaran dan makian yang melampau tetapi barangkali berhadapan dengan PR BN sudah diharuskan oleh mufti muftinya untuk menggunakan istilah istilah yang melampau tersebut. Pada pandangan khalayak apakah layak manusia seperti Datuk Zaid yang mengaku dirinya tidak sempurna di gelar sebagai "Dajjal kecil". penulis ingin katakan kalau Datuk Zaid dituduh sebagai "Dajjal Kecil" siapa pula "Dajjal Besarnya" . Mungkin "Dajjal Besarnya " adalah orang yang menbgharuskan kezaliman menindas dan mengunci segenap lorong demokrasi dan bersekongkol dengan Israil itu "Dajjal Besarnya".
Penulis juga ingin bertanya kepada mufti yang hebat hebat ilmu mereka dan ulama ulama UMNO yang satu ketika amat hebat mempertahan isu kalimah ALLAH ,sejak bila pula kempen BN mengharuskan surah yasin dijadikan freegift semasa kempen tidak mengira muslim atau non muslim. Mungkin mufti mufti dan ulama UMNO sudah berijtihad dan menyakini surah surah yasin itu tidak diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya. Kalaulah PR yang melakukan nescaya mereka hentam habis habisan PR tidak menjaga kesucian ISLAM. BN buatlah apa sahaja tidak salah semua betul belaka ,1 Malaysialah katakan.
Malam semalam penulis di Kg Sungai Buaya (dahulunya felda Sg Buaya),melihat gelombang rakyat dan penduduk Sg Buaya yang menuntut hak mereka. Nampaknya BN cuba sekali lagi mengugut untuk menyelesaikan masalah tanah penduduk Sg Buaya dengan syarat, Syaratnya BN menang.Kalau Bn kalah di Hulu selangor, Rakyat Selangor tidak berhak mendapat hak mereka ,itulah BN yang terlalu bongkak. Saya ingin tarik perhatian khalayak ,bagaimana kalau kita banci mereka yang didapati tidak menyokong PR,mereka ini tidak mendapat keistimewaan yang diperolehi di Selangor.Apa komen BN agaknya?
Semoga pengundi P94 Hulu selangor membuat pilihan bijak,jangan biarkan BN bertambah bongkak dengan kejahatan yang mereka telah lakukan dan akan lakukan. Pilihlah calon PR dalam UNDI ANDA.
TAKBIRRR...

Sunday, April 11, 2010

PASTI DAN NILAI PENGORBANAN


Baru baru ini saya berkesempatan bersama guru guru PASTI negeri Selangor dalam program Kursus Asas Perguruan yang berlansung di Sungai Congkak Hulu Langat. saya yang terlalu cetek dan tidak cukup pengalaman diamanahkan untuk berbicara tentang Sejarah penubuhan PAS dan perkembangan Islam di Malaysia. Saya terima amanah ini dengan penuh rasa berat walaupun ketika itu ada bebanan tugas lain yang perlu saya hadiri. Namun apabila yang menjemput adalah wakil PASTI saya tidak ada alasan untuk menolak. Pada fikiran saya menolak jemputan PASTI adalah keengganan kita untuk berkorban bersama mereka.


Alhamdulillah saya sampai pada waktu yang dijanjikan. Demi melihat ramainya guru PASTI yang hadir dan 100 peratus adalah muslimat hati saya terdetik, oh ramai lagi tenaga pejuang sayanP kiri yang sanggup bersama dengan gerakan ISLAM no 1 DI MALAYSIA. Saya yakin ramai warga pendidik di Malaysia tidak dapat menyelami apa yang ada dalam hati kecil warga pendidik PASTI. Saya ingin bertanya pernahkah terlintas pada benak warga pendidik ada guru guru yang di zaman 2010 ini menerima imbuhan gaji 100.00 sebulan, 288.00 sebulan, 300.00 sebulan. Semestinya ramai yang berkata tidak masuk akal menerima imbuhan sebanyak itu dalam suasana kehidupan yang semakin berhajat ongkos yang lebih banyak.




Hakikatnya itulah imbuhan yang masih lagi diterima oleh pejuang pejuang dan pendokong PAS (guru guru PASTI). Usai slot pengisian saya sempat berbual dengan beberapa orang urusetia. Meraka memberikan input kepada saya perihal berkaitan imbuhan guru PASTI ini. Kata mereka kalau di bandar seperti Shah Alam ,Ampang dan Puchong misalnya imbuhan bolehlah dikira bersesuaian dengan tuntutan dan keperluan. Namun kata mereka di tempat tempat lain di kawasan pedalaman misalnya atau di kampung kampung imbuhan lebih berbentuk saguhati. Hati saya berkata besarnya pengorbanan guru guru PASTI ini,walaupun dalam suasana tumbuhnya tadika swasta kebelakangan ini yang lebih menawarkan peluang menarik namun kekentalan yang ada dalam jiwa pejuang sejati, muslimah harapan bangsa, mereka sanggup membakar diri agar matlamat jamaah terlaksana dan anak bangsa dididik dengan penuh tanggungjawab.


Moga keikhlasan menjadi sebab Allah memandang usaha kita. Mudah mudahan sedikit imbuhan yang kita perolehi menjadi sebab Allah mencampakkan kerahmatan dan keberkatan untuk anak bangsa dan masyarakat seluruhnya. HIDUP PASTI...PASTI HIDUP ISLAM.

Wednesday, April 7, 2010

KENAPA MANUSIA MENOLAK AL QURAN (ISLAM)

Manusia yang diciptakan Allah terbahagi kepada dua kelompok besar. Satu kelompok adalah kelompok taat dan satu kelompok lagi adalah mereka yang derhaka dan menyeleweng. Meletakkan ada satu golongan lagi antara yang taat dan menyeleweng menjadikan kita penganut pahaman Muktazilah (Nauzubillah).


Dr Yusof Al qardhawi menyatakan sebab manusia menolak AL Quran (ISLAM ) terbahagi kepada 2.


1. Kerana mereka kafir

2. kerana mereka jahil


Kafir menolak Islam dalam bentuk yang jelas.Mereka tidak mahu tunduk dengan apa yang diperintahkan Allah dan menjadikan manusia pengurus diri mereka sendiri tanpa ada kaitan dengan Allah swt. Kafir menafikan ketuhanan Allah swt. Menafikan ketuhanan Allah boleh berlaku dalam berbagai bagai bentuk, antaranya dengan berlaku syirik,menyembah berhala,mengiyakan khurafat,menghukun dengan hukum ciptaan sendiri serta menafikan peruntukan hukum Allah. Berlaku dalam masyarakat kita hari ini yang kononnya Islam tetapi menganuti kefahaman manusia boleh mengampunkan dosa manusia. ini adalah bentuk kekafiran yang jelas menolak Allah dan Agamanya.


Kafir juga boleh berlaku apabila kita mempersendakan peruntukan Allah dan syariat yang diturunkan. mempersendakan hukuman yang ditetapkan sebagai primitif dan ketinggalan boleh menjadikan seseorang terkeluar dari aqidah yang betul. Mempersendakan sunnah Rasullullah seperti mengatakan "Nabi tidak bercukur sebab tiada pisau cukur" adalah perkara yang termasuk dalam mempersendakan agama. mempersendakan peruntukan yang di syariatkan seperti orang yang syahid di medan jihad tidak perlu dimandikan dengan mengatakan di zaman rasul tidak dimandikan kerana ketiadaan air adalah juga termasuk dalam mempersendakan Agama. Hal ini semuanya boleh menjadikan seseorang kafir kerana mereka melakukan penentangan secara terbuka. Keterbukaan mereka menjadi kafir kerana mereka melihat kebenaran dengan pancaran aqal semata mata tidak merujuk kepada wahyu. Hidup bertuhankan aqal adalah kesesatan. sekalipun memakai nama Islam bukanlah lesen untuk mengeluarkan mereka dari kesesatan kalau kesesatan mengalir dalam urat nadi mereka.


Faktor manusia menolak Islam juga disebabkan mereka JAHIL.


Jahil terjadi kerana ketidakfahaman mereka tentang Islam. ketidak fahaman boleh terjadi kerana seruan Islam tidak sampai kepada mereka. dakwah Islamiah tidak sampai kepada mereka. Persoalan yang timbul apakah seorang guru di sekolah,mengajar pula pendidikan Islam boleh dikategorikan sebagai jahil?. Bolehkan seorang pensyarah di Universiti yang mengajar pula ribuan murid dalam segenap ilmu berkaitan islam dianggap jahil?. Bolehkah seorang mufti yang seringkali menyelesaikan masalah umat dan isu yang berlaku di anggap jahil? kalau mereka tidak jahil kenapa menolak perjuangan yang benar. kalau mereka tidak jahil kenapa bersapa mereka yang sesat lagi menyesatkan. NAMUN mereka tidak boleh diistilahkan dengan jahil. kalau tidak jahil namun masih lagi menyokong kebatil ....itu apa namanya?


berhadapan dengan "juhala'" tidak bermakna tuntutan Islam mesti ditawakufkan. berhadapan dengan juhala' tidak bermakna kebatillan boleh mengambil tempat Islam. Islam dan Al quran mesti dilaksanakan secara tadarruj. mereka (pemegang tampuk pemerintahan) yang berhadapan dengan juhala (kalau benarlah juhala') MESTILAH

1. Ada niat untuk melaksanakan ISLAM secara syumul

2.Mempunyai matlamat yang jelas dan konsisten

3.Mempunyai "target" dan jangka masa ( ertinya tidak selama lamanya kita beralasan Islam belum dipraktikkan sepenuhnya kerana manusia masih jahil) kalau di zaman rasulullah beberapa tahun sahaja istilah jahil telah terhapus dari diri sahabat sahabat dan Islam mentadbir dan memerintah apakah kita yang kononnya mendeka masih memilih pendekatan.. pendekatan..pendekatan yang tak kunjung dekat.

4.memberikan amaran ke arah untuk melaksanakan Al Quran sepenuhnya.


Semoga kita yang berada dilandasan harakah Islamiah ini mempunya kefahaman ini supaya kita tidak termasuk dalam kumpulan pertama yang kita nyatakan.


Abu Afaf

Hulu Langat

7 April 2010