Monday, April 13, 2009

HAKIKATNYA

Kehidupan di maya ini
Hanyalah sementara
Usia yang dianugerah
Jangan dipersiakannya

Meskipun dibelenggu susah
Teruslah berusaha
Dengan keyakinan
Kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu
Di dalam hati
Adalah kebahagian iman
Kekuatan di jiwamu itu
Menempuh dugaan
Pasti menghasilkan
Kecemerlangan

Janganlah ditangisi
Liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu
Bukanlah selamanya
Berserahlah
Kepada Allah

Hakikat kehidupan
Bekalan di akhirat
Didiklah diri
Menjadi insan bertakwa

Kesucian di hati
Keimanan bersemi
Merasa diri
Adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dariNya
KepadaNya kau kembali
Nikmat di dunia ini
Kurniaan dariNya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redhaNya

Ehsan:Al Wadi PMRAM,

No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN 25 TAHUN MTAZ SATU BIBIT KENANGAN

  Pada 16 Feb 2026 yang lalu telah berlansung Makan Malam Amal Sambutan 25 Tahun MTAZ (Jubli Perak) dan Ihtifal Kali ke 21. Majlis berlansun...