Kempen PRK Parlimen P59 Bukit gantang hampir ke penghujungnya. Hari mengundi bakal menjelang sehari lagi. Semua parti yang bertanding semakin rancak melipatgandakan usaha kempen. Perang poster dan sepanduk semakin menggelapkan pandangan seluruh kawasan yang terlibat. Ketika saya membuat liputan hampir seluruh kawasan kekuatan poster kempen agak seimbang bagi BN dan PAS manakala bebas sekadar menyelit ditengah tengah dua parti gergasi tadi. Cuma sekali imbas warna dan bentuk bahan kempen ,calon bebas seakan menyamai parti yang berwarna biru. Penulis bukan bermaksud untuk mengatakan ada kompromi antara keduanya tetapi yang pasti kedua dua parti itu semestinya berusaha mengalahkan PAS yang mengketengahkan calon berwibawa DS Ir Mohd Nizar Jamaluddin.
Sepanjang suasana perang poster dan sepanduk ada kedengaran beberapa insiden-insiden yang pada saya adalah usaha untuk mewujudkan suasana tegang dan tidak harmoni. Saya ingin tekankan amat tidak beretika jika kempen bertujuan mewujudkan propaganda murahan setelah menyedari amat sukar menerobosi keampuhan dan sokongan padu yang dimonopoli oleh PAS.
Kelam kelam kabut dan keluh kesah BN untuk memenangi hati rakyat semakin ketara apabila kaedah kempen seperti 30 tahun lalu kembali didigunapakai. Petang tadi saya sempat ke Cangkat Ibul,kubu kuat PAS (pada saya seolah olah kawasan kembar Rusila diTerengganu) terperanjat bila agenda mengagihkan anak ayam,serkap dan beras kembali ditabur kepada rakyat di Cangkat Ibol. Teringat saya kata azimat Tok Guru Nik abdul Aziz " Beri kain pakai,Beri gula kacau,beri duit (Rm 10 jer) ambil ,Bila pangkah,pangkah BULAN. Harapnya Rakyat dan seluruh warga Bukit Gantang jadi secerdik pengundi di kelantan.
Kelam kabut dan keluh kesah Bn semakin menjadi apabila Media massa ,elektronik dan cetak terus galak menipu dan menyalurkan maklumat memualkan dan tak berhikmah dan berilmu. Tadi seketika singgah mandi dan "freshkan" badan sempat saya jenguk TV 3(media yang seringkali dimaki) dalam banyak banyak berita yang diisukan apabila Ahli Parlimen Taiping Nga Khor Meng membacakan ayat AlQuran dalam kempennya.Media Bn terus menyerang dengan mengketengahkan pendapat-pendapat mereka yang terlalu sukakan BN sehingga lupa Al quran yang diturunkan bukan untuk Melayu sahaja. Hujah yang dikemukakan YB Nga Kor Meng membaca ayat tersebut tidak betul. Soalnya pernahkan pemimpin BN kenalkan ayat Al Quran kepada mereka ini. Al Quran hanya perlu diketahui oleh orang Islam sahajakah? Semua Orang UMNO membaca Al Quran betulkah? sepatutnya bila ada individu bukan Islam yang menyedari firman Allah ini mesti dituruti kita yang sudah islam memberi sokongan. Inilah bila budaya memisahkan kehidupan dengan Al Quran sehingga bila kita hendak berdalilkan dengan Al Quran pun diganggu dan diisukan. Kalau ia pun hendak berkempen janganlah sehingga keistimewaan Al Quran sebagai cahaya penerang kegelapan pun cuba dihalang.
Kepada seluruh warga pengundi lihatlah cahaya rembulan yang kian menerangi jangan cuba selimuti diri dengan kelambu kejahilan untuk mengelak dari disinari cahaya rembulan. Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok manusia "yang tidak mengetahui dan menyedari bahawa diri jahil" dan lebih malang berada dalam kelompok manusi " yang menyedari diri jahil tetapi tidak mahu berubah. UNDILAH PAS.TAKBIR.
No comments:
Post a Comment