Pages

Sunday, August 30, 2009

TAZKIRAH

EXPO RAMADHAN BAGAN SERAI 2009

Oleh: Abu Shaukah Filmanzil

Sedar tidak sedar Ramadhan sudah seminggu berlalu. Gembiranya umat Islam melaksanakan Ibadahh dari rukun yang ketiga. Sesetengah orang yang rajin, berusaha untuk melipat gandakan rezeki dan pendapatan sempena bulan yang barakah ini dengan melakukan aktiviti berniaga di bazaar-bazar ramadhan.Begitu juga yang mengambil peluang menerima tempahan pakaian sempena Aidil Fitri yang akan menjelang. Tidak kurang juga yang menggunakan kesempatan dan peluang ini untuk melipatgandakan amalan dan sedekah sepanjang Ramadhan ini. Alhamdulillah. Masing-masing dengan alasan dan pendapat mereka sendiri untuk melaksanakan apa yang mereka fikirkan menjadi keperluan dan keutamaan mereka.


Sebentar tadi selepas melaksanakan tarawih 8 rakaat di sebuah masjid, kebetulan ada urusan yang perlu dilaksanakan, saya melalui sebuah expo atau jualan barangan mungkin sempena Ramadhan atau sempena menjelangnya Aidil Fitri. Expo itu berlangsungnya di Pekan Bagan Serai.Tidak pastilah ditaja atau diusahakan oleh pihak mana.


Terdengar suara “DJ” rancak berceloteh diselang seli dengan lagu irama dangdut yang cukup membingitkan telinga. Pada masa yang sama kedengaran bacaan imam yang sedang meneruskan solat sunat Tarawih dari masjid berhampiran.Yang menjadi kemusykilan saya pihak yang menganjurkan expo tersebut tidak meletakkan syarat atau peraturankah sehingga hati saya terdetik dan berkata-kata. Apakah itu dari ajaran agama kita Islam dan pernahkah Tok-tok Mufti dan alim ulamak kita menyuruh,menegah atau memberi nasihat dan pandangan tentang perkara ini?


Kepada sahabat-sahabat yang mungkin pernah mengikuti solat sunat Tarawih di sebuah masjid berdekatan sebuah pekan kecil kira-kira 7 km daripada pekan Bagan serai tentu masih ingat Ramadhan tahun 2007. Betapa kaum Cina yang pada masa itu mengadakan upacara sembahyang colok dan persembahan “wayang tongkol” pun memperlahankan volum pembesar suara mereka kerana menghormati orang Islam yang sedang bertarawih tetapi di Bagan Serai sebaliknya pula berlaku, orang Melayu sendiri pula yang melaung-laungkan suara dan memainkan lagu-lagu dangdut dengan kuat bagi menarik pelanggan untuk mengunjungi pesta jualan mereka.


Saya juga terlihat segelintir jurujual wanita yang memakai pakaian yang saya kira nencolok mata. Hairan sungguh, di bulan kebesaran dan kemuliaan kita pun kita masih biadab dan menghina agama kita sendiri. Apatah lagi “orang lain” yang bukan seagama dengan kita. Saya kira yang saya maksudkan “orang lain” itu pun masih mempunyai akal dan fikiran yang waras dan bersikap perihatin dan menghormati adat dan budaya kita. Hal ini dapat diperhatikan, sesetengah mereka memakai baju kurung atau berpakaian kebangsaan apabila tibanya hari raya, sambutan kemerdekaan dan lain-lain yang memerlukan kita menunjukkan jati diri sejajar dengan budaya Malaysia.


Saya tidak ingin memperbesar-besarkan perkara yang bagi sesetengah orang terutama “orang besar-besar” mungkin dianggap remeh. Kata mereka, amalan seseorang tidak dinilai melalui luaran tetapi di hati, namun bagi saya perkara-perkara yang saya sebutkan tadi perlu diperkatakan sejajar dengan ingatan nabi “sampaikan walaupun sepatah”. Maknanya semua pihak perlu mengambil perhatian dan memainkan peranan untuk menyedarkan sebahagian besar masyarakat kita yang secara langsungnya menghina agama mungkin dengan tidak disedari atau buat-buat tidak sedar. Saya amat bersetuju dengan cadangan untuk mengubal akta menghina agama seperti yang diuar-uarkan oleh sesetengah pihak beberapa ketika yang lalu.


Abu Shaukah FilManzil adalah penulis tetap islampenyelesaian.blogspot.com


Thursday, August 27, 2009

ANGIN PERUBAHAN ATAU MEREKA YANG PERLU DIUBAH

[ Dakyah kotor bloger UMNO BN di internet ,inilah amalan ahli syurga. Sedarlah rakyah telah cerdik hasil tarbiah parti yang tertindas. Insaflah pejuang-pejuang didikan penjajah.Bebaskan minda anda dari terus terjajah.]

Oleh: Abu Syaukah Filmanzil


Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir , Pulau Pinang baru sahaja selesai sebentar tadi. Alhamdulillah, seperti dijangkakan calon yang patut menang telah menang dan yang telah ditentukan kalah oleh Allah Taala sejak azali lagi telah pun kalah, walaupun usaha keras dan hebat dilakukan oleh parti dan sekutu yang menaunginya.

Tahniah kepada calon dan parti yang menang. Petugas dan rakan partinya yang turut membantu dan memeras tenaga berhabis-habisan tanpa jemu walaupun tanpa habuan dan janji pembangunan. Tahniah!. Semangat kalian memang dikagumi, sangggup menolak pembangunan semata-mata kerana KUASA RAKYAT(MAKAL SAKHTY) bukan untuk dijual beli.Semua penyokong PAKATAN telah buktikan.


Pada saya angin perubahan memang betul-betul berlaku seperti yang sering dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Parti yang Tidak Menang di saluran media utama. Tahniah Dato’ Sri kerana berjaya membawa angin perubahan kepada rakyat di Permatang Pasir Khususnya dan Malaysia amnya.

Angin perubahan yang jelas dan dapat saya saksikan ialah betapa saluran-saluran tv arus perdana yang selama ini dengan lantang mempromosikan calon Parti yang Calonnya tidak Menang itu tiba-tiba senyap sunyi “seperti babi terkena selsema”. Kemana suara-suara mereka ya? Rindu pulak saya dengan nada suara dan memek muka mereka beriya-iya memperomosi calon Parti yang Kalah dan dengan sinis menempelak calon parti yang menang serta tok gurunya. Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada sebahagian kecil pemberita yang “bebal” dari akhbar arus perdana yang tidak sudah-sudah mengampu seperti yang saya katakan dulu akan terus mencari hujah bela diri walaupun disedari parti yang disokongnya kalah berganda.


Seterusnya perubahan yang ketara ialah pengumuman keputusan PRK Permatang Pasir diumumkan dengan masa yang cepat, pantas dan tepat. Selama ini saluran arus perdana sering melengah-lengahkan berita jika parti lawan yang menang, tetapi kini tidak lagi.Sudah berubah dan berpijak di bumi nyatakah anda?

Ingatlah semua media saluran utama. Anda berada dibarisan hadapan untuk rakyat mendapatkan maklumat yang jelas disamping menyatupadukan rakyat. Berilah laporan yang benar. Jangan memihak, itulah yang paling tepat. Anda akan dihormati bahkan akan dianggap sebagai sebuah media yang mempunyai jati diri, bukan lembu dicucuk hidung.


Keduanya saya ingin menyatakan rasa hormat habis-habisan kepada menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga Hal Ehwal Pengguna. Sungguh berkesan cabaran anda! Masih tergiang-ngiang ditelinga bagaimana anda mencabar kerajaan negeri Parti yang Menang menyenaraikan projek pembangunan yang mereka lakukan. Syabas atas cabaran anda itu. Memang anda hebat.


Agak menarik pada PRK itu dapat kita saksikan betapa penduduk dan kanak-kanak disogokkan dengan gula-gula berlambangkan “UNDILAH BN”. Peliknya wahai Pak Mentri, rakyat hendakkan gula bagi menyediakan juadah berbuka dan persediaan menyambut Syawal bukannya gula-gula. Tidak perlulah cabar beriya-iya. Buatlah kerja anda itu dahulu, seluruh rakyat perlukan GULA bukan GULA-GULA!


Kepada segelintir ADUN atau Ahli Parlimen PAKATAN yang ingin dan telah menyeberang parti yang menerima kekalahan berganda, cuba-cubalah insaf, sebenarnya rakyat bukan menyokong dan “lapar” sangat khidmat anda. Rakyat sebenarnya tidak mahu calon Parti Lama yang perangainya buruk. Malulah dengan diri sendiri.Lebih-lebih lagi anda adalah orang melayu dan beragama Islam. Dalam hal ini, saya amat kagum dengan bangsa bukan Melayu. Jarang sakali mereka melompat-lompat. Jika melompatpun mereka akan meletakkan jawatan mereka dalam parti lama. Profesionalnya mereka.


Selepas ini diharapkan parti-parti yang bertanding berusahalah mengenalpasti dan meletakkan calon-calon yang mempunyai semangat juang dan jati diri yang tinggi supaya tidak ada ADUN dan Ahli Parlimen yang melompat-lompat setelah menang, menyusahkan rakyat.


Setelah 52 tahun merdeka dan betapa selalu dilaungkan bahawa negara kita adalah negara Islam sebenar dan dicontohi seluruh rakan dunia Islam yang lain. Apa yang agak malang rupa-rupanya undang-undang syariah dinegara kita sendiri pun tidak selaras. Ke manalah Tan Sri-Tan Sri Mufti dan pegawai-pegawai fatwa dan perundangan kita. Kenapa tidak bermuzakarah dan membuat fatwa. Hukuman sebat yang sepatutnya dikenakan kepada pesalah arak hanya 6 sebatan sahajakah? Ustaz saya dahulu pernah berkata hukuman sebenar 40 atau 80 sebatan. Jauhnya “diskaun” yang diberi oleh pemerintah negara Islam Malaysia. Yang paling hebat “Pegawai atau Jurusebat Syariah” tidak pernah dilantik dalam sebuah kerajaan Islam yang sudah merdeka 52 tahun. Lebih sangat berpolitik, itulah jadinya.


Saya juga amat terasa dengan komen-komen ulamak yang pernah digelar oleh Tok Guru satu ketika dulu dengan nama “Ulamak Haidh Nifas”. Memang betullah mereka Ulamak Hidth & Nifas, masih menggunakan hujah dangkal dalam merungkaikan isu Kartika model sambilan yang memohon hukuman sebat dijalankan kerana meminum arak. Lebih memalukan orang yang tidak mempunyai autoriti dalam bidang agamapun bercakap dengan nama agama berdasarkan logik akal mereka semata-mata.Sudahlah sesat bahkan menyesatkan pula.


Kasihan “Kartika” sudahlah disesatkan dengan hukuman syariah yang diada-adakan, apabila dah setuju untuk dihukum dimalukan pula oleh “Pemerintah Negara Islam”. Jika mengikut amalan pemerintah zaman keagungan Islam dahulu orang yang bertanggungjawab melaksanakan hukuman selain hakim yang dilantik ialah Khalifah sendiri. Tidak beranikan Pemimpin Agung negara Islam Malaysia turun untuk melaksanakan hukum sebat itu sendiri. Asyik bercakap menyuruh pesalah yang insaf supaya merayu pula sedangkan pesalah rela dihukum. Paling memalukan terang-terang mengaku tidak ada kepakaran dalam melaksanakan hukuman. Sebenarnya bukan tidak ada kepakaran sebaliknya mereka sendiri cuba pertahankan tabiat mabuk ini memandangkan amalan ini sudah menjadi amalan pemimpin-pemimpin mereka sejak dulu.


Suruhanjaya Pilihan Raya pula seharusnya peka dengan dengan masalah segelintir pengundi yang terpaksa menduduki peperiksaan PTK pada tarikh tersebut. Sebagai sebuah badan yang terlalu sibuk apabila menjelangnya pilihanraya sepatutnya meneliti terlebih dahulu tarikh-tarih peperiksaan awam yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Sedari dulu sering diingatkan oleh orang ramai dan parti yang bertanding buatlah pilihan raya, tidak kiralah pilihanraya kecil atau umum pada masa cuti umum atau hujung minggu.


Kesimpulnya,PRK atau Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir jelas mengisyaratkan siapa yang sepatutnya berubah atau perlu diubah sejajar dengan kehendak rakyat. Semua pihak perlu berkerjasa untuk menjadikan negara yang kita sayangi ini aman, tenteram serta harmoni.

Wednesday, August 26, 2009

ANTARA KEJAHILAN DAN ISLAM PLASTIK

Ketika artikel ini saya tulis kepanas di Permatang Pasir sudah reda. Ustaz Saleh Man akan mengangkat sumoah sebagai ADUN permatang PASir yang baru setelah menang bergaya dalam PRK 25 Ogos lalu.

Isu baru mula menghiasi dada dada akhbar dan Media elektronik mahupun internet iaitu Isu Seorang perempuan yang dijatuhkan hukuman sebab kerana kesalahan meminum arak. Apabila isu ini dibangkit akan menyerlahkan kebenaran apa yang dijentik Tuan Mursyidul Am PAS tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Isu kumpulan mana yang akan mewarisi syurga dan kumpulan mana yang akan mewarisi neraka.

Berbagai polimik timbul apabila hukuman ini dijatuhkan. Apa yang jelas kejahilan golongan jahiliah masih menebal dan sukar dibasuh dan ditonyoh karat hitamnya. Pandangan jahil terhadap hukum menjadi mainan tanpa melihat pekiraan dan implikasi akidah dalam diri masing masing.

Saya kemukakan beberapa pandangan dari penulis yang mungkin menunjuk pandai sebagai "fuqoha" alaf baru atau ulama era Islam Hadhari.


PENULIS 1

Sebat: Islam junjung tinggi keadilan
Dr Mahathir Mohamad
Ogos 25, 09
12:59pm

komentar Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum bir.

Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama.

Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia.

Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah.

Jika kerajaan tidak memperkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Apakah ada larangan dalam Islam untuk memperkanunkan undang-undang syariah?

Saya tanya soalan ini kerana terdapat perbezaan pendapat terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatas wanita ini.

Janganlah kata saya tak Islam dan akan masuk neraka. Saya cuma tanya.

Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan: "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil".

Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Keadilan dan timbang rasa jelas menjadi ajaran yang utama dalam Islam. Mereka yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa tidak mengikuti semangat keislaman.

Mereka yang ahli dalam ilmu fiqah memanglah berhak menulis kitab berkenaan undang-undang Islam. Tetapi sebagai manusia biasa kemungkinan membuat tafsiran yang salah memang ada.

Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu.

Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum bir (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Tak perlu kita ambil berat pandangan orang tetapi umat manusia perlu tahu bahawa agama Islam menjunjung tinggi keadilan.

Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.


Artikel pendek ini diterbitkan semula, sepenuhnya, daripada blog peribadi beliau Che Det.

PENULIS KE 2

Imej agama apa yang kita mahu?
Norhayati Kaprawi
Ogos 25, 09
12:50pm
komentar Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari atau Islam 'hududi'?

Apapun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno (foto) tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.

Tambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap model sambilan itu.

Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam.

Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.

Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat.

Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksimum?

Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah ia?

Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut-peragut yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian.

Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya.

Selepas hukuman dijatuhkan, Kartika terus membayar denda RM5,000 yang dikenakan tanpa banyak soal.

Justeru, adakah adil, berhikmah dan berihsan apaabila mahkamah kemudiannya menambah lagi hukuman penjara tujuh hari di penjara Kajang?

Adakah orang-orang yang selama ini mengaku memperjuangkan agama Allah dan menegakkan negara Islam mahukan Islam yang sadis, keras dan tidak berihsan?

Lupakah mereka tentang Umar yang berihsan sekali dan tidak menghukum seseorang yang mencuri akibat kemiskinan.

Lupakah mereka tentang pesanan Allah: "Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Maaidah: 39)

Malah, banyak lagi ayat Al-Qur'an yang memberikan peringatan yang sama seperti An-Nahl: 119, Al An'aam: 54, dan An Nahl: 125.

Patutkah Jabatan Agama Negeri Pahang yang telah memasukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, menukar fikiran dengan tiba-tiba dan memulangkannya semula ke rumahnya?

Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula.

Apakah layak Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati?

Umat Islam harus jujur bertanya pada sanubari diri di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmah ini – adil dan setimpalkah hukuman serta layanan tidak berperikemanusiaan ini ke atas Kartika?

Norhayati Kaprawi, aktivis wanita Muslim, pernah bertugas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun. Penulis juga aktif bersama Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI)

APA PANDANGAN ANDA TERHADAP 2 TULISAN @ ARTIKEL INI.

Terlintas di fikiran saya kenapa celupar sungguh puak puak penghina agama ini. Namun itulah dunia yang nyata menentang Islam tidak pula dicemuh, malah mereka yang menegakkan Islam dituduh semahunya dan tiada pula pembelaan. Sedarlah...kita bernafas hari ini hanya atas rahmat dan belas ikhsan Allah swt. Kalau kerana amalan dan kepatuhan barangkali sudah lama kita telungkup ditelan bumi.

JADIKAN RAMADHAN MASA MENGGILAP TAKWA DAN IMAN.

TUISYEN MATH DI PERMATANG PASIR

25 haribulan Ogos 2009 telah dijalankan kelas tuisyen MATH di Permatang Pasir Oleh cikgu Khairi Jamaludin. Ketika kelas berlansung pelajar pelajar diajar satu kaedah MATH yang cukup penting untuk dihafal terutama mereka yang mengulang SPM 3 atau 4 kali tak lulus lus. kaedah tersebut seperti ebrikut

PAS anak tiri DAP + Rakyat Muak dengan PAS yang khianati Agama - Calon UMNO bermasalah peribadi / Kes Tok guru penentu Syurga Neraka = Pas menang mejoriti 4551 undi.

RUMUSAN : PATD + RMDP (ka) - CUMP /KTGPNS = 4551

( kaedah ni pun berbelit macam cikgu dia jugak.

sekian.

Permatang Pasir Kekal Permatang PAS

Saya menyambut berita kemenangan Calon PAS di permatang Pasir dengan penuh syahdu ketika seorang sahabat memaklumkan keputusan tidak rasmi sedetik sebelum masuk waktu berbuka. Keputusan rasmi saya ketahui ketika saya jejaki kaki ketangga masjid untuk solat Isyak dan Solat taraweh. Hati saya terasa puas kerana setelah sepak terajang,caci maki dan fitnah membabi buta pihak UMNO BN semakin menjadi jadi ,ternyata kehebatan Ramadhan memberikan kekuatan kepada pejuanga Islam.

Permatang Pasir kekal sebagai Permatang PAS. Tinggallah UMNO yang semakin gila meroyan dek ketidak arifan berdepan musuh politik secara tuntas. Ingatan kepada Juak juak UMNO kalau mahu berjuang kena belajar tahan telinga,jangan baru sekejap jadi pembangkang orang kata sedikit dah mula nak angin satu badan. Guna rasional,dan kenalpasti salah diri jangan asyik salahkan orang lain. Example : Bila kalah UMNO kata PAS serang peribadi ,Saya nak menjawab kalau dah tak nak kena serang peribadi carilah calon yang tidak boleh diserang peribadinya (maknanya calon yang clean) Soalan : agak agaknya adakah dalam UMNO ni calon yang clean.

Kalau calon UMNO yang bergelar Ustaz siap hafiz pulak tu perangai macam orang tak pernah mengaji agama, rentikanlah UMNO nak dakwa dirinya bersih...Wahai UMNO muhasabahlah diri. Kenallah diri . Baikilah diri. Tak salah akui kesalahan diri. Bukankah Ramadhan ini bulah mulia untuk membersihkan diri.

Kepada pejuang pejuang PAS dan pendokong keadilah dan kemanan ucaplah Tasbeh sebanyaknya untuk menyatakan syukur kepada Allah yang memberikan kemenangan kepada ISlam.

Monday, August 24, 2009

KHAIRI YANG MERAPU

Kepada Pelayar di islampenyelesaian,saya sertakan ayat ayat merapu khairi ketua pemuda BN yang kempunan itu berhujah. Cuba anda nilai dan tilik agaknya kaedah hujah apa yang dia gunakan ? Kaedah berceramah dengan kerusi agaknya. Patutkah dia bertanya kepada pembangkang tentang lambakan pengundi hantu? Siapa yang paling kuat nafikan soal Pengundi hantu selama ini kalau bukan UMNO. Pasal itulah Puak [uak pas ni anjurkan HIMPUNAN BERSIH supaya bersih SPR tu. Tapi Kerajaan sembur gas.sekarang dah nak kalah teruk baru dok soal pengundi hantu? Janganlah bagi orang kutuk teruk sangat. Alangkah baik di bulan Ramadhan ini mengaku kita tu jahil dan pakat pakat dengar TAZKIRAH semasa taraweh bukan dok tahan orang nak tazkirah,otak pun jadi tak berkembang.MOH KITA LIHAT APA SI MAMAT KHAIRI NI KATA

Pembangkang Gagal Menjawab Tiga Isu PRK Permatang Pasir - KJ

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin membidas pembangkang melalui laman blognya

SUMBER REMBAU.NET.MY


Dalam tulisan blog saya yang lepas dan juga beberapa kenyataan dan ucapan saya sewaktu berkempen di Permatang Pasir, saya telah mengemukakan tiga soalan penting kepada Pakatan Pembangkang untuk mendapat jawapan dari pihak mereka. Soalan-soalan ini berkisar beberapa isu pokok pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Permatang Pasir yang tidak disentuh langsung oleh pihak pembangkang yang cuba mengalih pandangan umum kepada serangan peribadi mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN), saudara Rohaizat Othman.

Jelas selepas hampir dua hari soalan-soalan saya dikemukakan, Pakatan Pembangkang masih gagal memberi jawapan yang memuaskan. Ini membuktikan bahawa mereka sememangnya tiada penjelasan yang baik bagi isu-isu yang telah saya bangkitkan, sekaligus menghantar satu isyarat bahawa pengundi Permatang Pasir wajar menolak calon PAS oleh sebab kegagalan pembangkang untuk menjalankan kempen berteraskan isu-isu penting dalam pilihanraya ini.

Soalan-soalan yang saya telah bangkitkan adalah seperti berikut:

1) Apa penjelasan pembangkang terhadap kewujudan pengundi-pengundi "hantu" atau "setinggan" di kawasan Permatang Pasir?

Pemuda UMNO telah mengemukakan bukti kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai kewujudan beberapa pengundi yang didaftarkan di bawah alamat dimana tuan punya rumah tidak pun mengenali mereka. Saya juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa fenomena pengundi "hantu" atau "setinggan" ini adalah hasil persekongkolan beberapa ejen pembangkang dalam SPR membantu parti-parti pembangkang bagi menjalankan operasi pemindahan pengundi untuk mengukuhkan beberapa kawasan yang sebelum ini dilihat sebagai kawasan tidak selamat untuk pihak pembangkang.

Di sini, saya menolak desakan pembangkang bahawa Pemuda UMNO harus menuntut agar pengurusan tertinggi SPR meletak jawatan. Malah Pemuda UMNO yakin dengan profesionalisme pengurusan tertinggi SPR. Sebaliknya, yang kami syaki adalah beberapa pegawai di peringkat operasi yang telah membantu pembangkang dalam operasi pemindahan pengundi.

Sehingga hari ini, pembangkang tidak memberi jawapan yang jelas mengenai dakwaan saya tentang operasi pemindahan pengundi yang dikendalikan oleh pembangkang.

2) Adakah YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, akan melantik calon PAS sebagai Exco Kerajaan Negeri sekiranya beliau menang di PRK DUN Permatang Pasir?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang gelarkan dirinya sebagai Kerajaan "Pakatan Rakyat". Malangnya, wakil rakyat tunggal dari PAS dulu, Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, tidak dilantik selaku Exco. Ini membuktikan bahawa DAP langsung tidak menghormati PAS di Pulau Pinang. Mana mungkin rakyat mempercayai Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Kerajaan "Pakatan Rakyat" apabila PAS langsung tidak diberi tempat dalam pentadbiran negeri?

Sampai hari ini YAB Lim tidak memberi jaminan bahawa calon PAS akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri, sungguhpun isu ini telah saya bangktikan berkali-kali. Maka tidak keterlaluan rasanya andaian saya bahawa YAB Lim sememangnya tidak akan melantik calon PAS sebagai Exco. Adakah ini cara DAP menghargai pengundi di Permatang Pasir?

Jawapan yang diberi oleh YAB Lim apabila diaju soalan ini dari pihak media amat memalukan dan mendedahkan pemikiran cetek beliau. Daripada memberi jawapan yang jelas, beliau menggunakan hujah basi bahawa saya tidak layak bertanya soalan ini sebab saya juga tidak dilantik dalam Kabinet Persekutuan walaupun dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO. Hujah yang sama ini juga digunakan oleh YB "Jeff" Ooi dan YB Mahfuz Omar. Tetapi bagi mereka yang berfikir secara rasional, hujah ini amat lemah, tidak relevan dan tidak logik. Pelantikan calon/wakil rakyat PAS sebagai Exco Kerajaan Negeri adalah bagi menghormati institusi atau parti PAS dalam "Pakatan Rakyat". Ini jauh berbeza dengan saya sebagai individu. Pemuda UMNO sebagai institusi dihargai oleh YAB Perdana Menteri melalui lantikan naib saya, YB Dato' Razali Ibrahim, sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Tambahan lagi, isu untuk pilihanraya kecil ini bukan isu pelantikan Kabinet Persekutuan. Isunya, adakah calon PAS akan dilantik sebagai Exco sekiranya menang? Jawapan YAB Lim adalah tidak. Maka mengapa perlu pengundi Permatang Pasir menyokong calon PAS, sekiranya permintaan yang munasabah ini pun tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan "Pakatan Rakyat" Pulau Pinang?

3) Apakah perancangan pembangkang untuk kawasan Permatang Pasir?

BN sudahpun mengetengahkan satu janji dan visi bahawa Permatang Pasir akan menjadi "anak emas" kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya Rohaizat Othman dipilih sebagai ADUN pada 25hb Ogos. Ini bermakna visi BN untuk kawasan Permatang Pasir ini mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Persekutuan yang akan menambah kemudahan-kemudahan asas, menjana pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan disamping memperjuangkan pembangunan sosial dan spiritual. Ini janji kami dari BN yang telah dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, sendiri.

Sekiranya PAS menang, apa visi pembangkang? Jawapannya: Langsung tiada. Sebaliknya, apa yang ditekankan adalah serangan peribadi terhadap calon BN. Tapi soal pokok - yakni perubahan, pembangunan dan kebajikan penduduk Permatang Pasir tidak disentuh, menunjukkan bahawa pembangkang sebenarnya amat ketandusan idea dan visi untuk membantu rakyat di sini.

LIBASAN TOG GURU

Friday, August 21, 2009

POLITIK SATU KEWAJIPAN ATAU HANYA KEPERLUAN BERMUSIM

BY: ABU SYAUKAH FILMANZIL

Dalam meniti kelangsungan hidup, saban hari kita tidak dapat lari dari membicarakan hal-hal yang bersangkutan kepemimpinan atau lebih mudahnya politik. Sekurang-kurangnya kita harus mengambil tahu corak dan bentuk kepimpinan yang kita perlukan.Sewajarnyalah tidak boleh dipisahkan dari syariat dan norma kehidupan.

Kadang kala kita di sogok dengan andaian bahawa politik itu kotor.Sebenarnya politik itu tidaklah kotor malah satu kewajipan.Hanya sebahagian mereka yang kemaruk kuasa dan mempunyai agenda tertentu sahaja yang sanggup menjadikan politik itu kotor. Dengan erti kata lain “jika kita buat tak mengapa, tetapi apabila orang lain buat, tidak boleh dan salah sama sekali”.

Terdapat juga segolongan manusia yang bertindak seolah-olah tidak menyokong dan menyebelahi mana-mana pertubuhan politik. Usah berbohonglah, terutama media arus perdana yang konon-kononnya memberi laporan seimbang.Masyarakat Malaysia hari ini bukanya mereka yang senang diperdaya. Dari laporan, riak muka dan percakapan kita boleh menelahnya di pihak mana mereka berada.


Sesetengah pemimpin pula, siang malam asyik berjaja tentang politik. Tidak habis-habis mengadu dombakan rakyat. Mereka menyangka rakyat senang untuk dipengaruhi dengan kata lain, diperbodohkan.

Media arus perdana pula seperti sudah kehabisan maklumat untuk menulis atau menyampaikan berita, sehingga lupa yang mana keutamaan.Perhatikan sahaja tohmahan mereka terhadap parti yang menentang parti pemerintah dalam pilihanraya kecil, bermula PRK Parlimen Kuala Terngganu. Setiap hari ada sahaja ahli pembangkang keluar parti menyertai kerajaan. Anehnya apabila proses pengundian selesai, undi pembangkang pula meningkat.

Dalam satu laporan di sebuah negeri yang terletak di utara semenanjung, parti pembangkang lumpuh kerana ketua-ketua bahagian menyertai parti kerajaan.Apabila diadakan pilihanraya kecil di DUN Bukit Selambau, parti pembangkang juga yang menang dengan majoriti lebih besar. PRK Parlimen Bukit Gantang pun situasinya hampir sama.

Siasatan dan tuduhan tawaran terhadap sebuah parti yang menawarkan habuan pada bekas ketua wanitanya yang bertindak melawan bekas partinya sebagai calon bebas juga mendapat liputan meluas sedikit masa dahulu. Agak keterlaluan, dengan istilah lain laporan yang melampau-lampau, seolah-olah calon itu dari parti pemerintah pula, walhal setelah proses pengundian selesai, calon bebas itu hanya mendapat sekitar 300 undi. Popular sungguh! Satu DUN dapat 300 undi? Bagaimanakah keredebeliti pemberita yang meninjau proses berkempen itu dapat melebih-lebihkan calon bebas dan memberi liputan meluas?

Etika dalam menyampaikan maklumat jelas sudah dilupakan. Ketepatan berita juga tidak menjadi soal.Yang penting sentimen atau berita sensasi yang jelas propaganda untuk melariskan akhabar dan mungkin hanya dibeli oleh puak-puak mereka juga yang percaya kepada laporan akhbar itu seratus peratus. Pada saya, kebanyakan pemberita kita adalah budak hingusan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan yang “asigmen” atau kerja khusus mereka pun diupah kepada orang lain membuatnya sewaktu belajar dahulu. Sebab itulah kualiti berita mereka tiada keesahannya. Mereka hanya pandai “goreng”. Berita-berita yang mereka tulis itu cerita mengikut acuan pemikiran mereka sendiri. Mereka juga tergolong dalam kelompok manusia yang suka mengadu domba, sama seperti sesetengah pemimpin kita.

Dalam dunia yang serba canggih ini perlu diingat bahawa orang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada surat khabar dan tv, masih banyak alat komunikasi yang boleh digunakan sebagai salurkan maklumat. Nenek yang lanjut usia, yang tinggal nun di penjuru kampung pun boleh mendapat maklumat tepat tentang apa yang berlaku, bukan sahaja perkembangan di Malaysia malahan dunia.

Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat, hentikankanlah tabiat buruk yang suka mengadu domba sehingga rakyat berbalah. Jika anda dipilih menjadi sebahagian dari kerajaan jalanilah tugas sebagai pemegang amanah, sejajar dengan jawatan. Bezakanlah tugas sebagai penjawat atau petugas dalam kerajaan dengan jawatan dalam parti. Jangan jadikan urusan rasmi untuk membantu dan mendampingi rakyat sebagai medan politik untuk memperkukuhkan parti dan kedudukan dengan menghentam dan menyinis pihak lain.

Jika ingin bercakap soal politik kepartian, buatlah majlis atau program ceramah politik. Renunglah sendiri, rasmi pecah tanah cerita politik kepartian, serah geran tanah cerita politik kepartian, rasmi masjid cerita politik kepartian, khutbah jumaat cerita politik kepartian, seolah-olah parti tertentu sahaja yang bijak mentadbir.Ingat “trend” sekarang, yang dipandang dan dipilih rakyat bukannya sesebuah parti tetapi pemimpin itu sendiri. Sebaik mana pun dasar sesebuah parti jika pemimpin-pemimpinnya terdiri daripada kalangan orang yang gila dan mabuk kuasa, “syok” sendiri, kronisma, tunggulah, lambat laun pastinya akan runtuh parti itu.

Rakyat hari ini tidak semuanya bodoh, kecuali segolongan pihak yang dari dahulu kini dan selamanya sentiasa percaya hanya mereka yang layak memimpin dan menakut-nakutkan rakyat dengan omongan retorik seperti hilangnya hak istimewa sesuatu kaum, kuasa raja, Islam dan pergaduhan kaum. Sedangkan apa yang diketahui umum semua parti yang ujud di Malaysia bersedia dan memelihara hak-hak semua kaum, begitu juga kuasa raja, hak beragama dan lainnya sejajar dengan perinsip Rukunegara dan Perlembagaan.Jika tidak masakan parti mereka dapat didaftarkan.Mudah bagi pihak yang “diberi kuasa” menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa hanya dengan alasan membuka pintu kepada semua kaum menyertai satu parti.Lupakah sejarah? Takkan hanya seorang pemimpin tertentu sahaja dilabelkan sebagai pengkhianat, kenapa tidak dilabel kepada semua pemimpin terdahulu yang lebih dahulu melakukan perkara yang sama. Sanggup berdemontrasi menunjukkan lagak.Sebelum ini merekalah yang amat benci dan memberi berbagai gelaran terhadap penyokong Gerakan Mansuh ISA dan Hapuskan PPSMI yang berdemontrasi.

Golongan yang mendakwa sebagai pembela inilah juga yang menggadai maruah dengan menggalakkan perpecahan sesama sendiri, memonapoli kekayaan negara dan rasuah.Jika tidak percaya, pakailah baju usang dan pergilah ke kampung-kampung. Tinjaulah pendapat orang kampung, apa persepsi mereka tentang pemimpin, pasukan keselamatan dan pentadbir dalam kerajaan. Di hadapan lensa kamera bolehlah kita dengar suara yang melunakkan pimpinan negara, cuba buat penyamaran dan bergerak secara solo dan rakamlah pendapat mereka secara telus.

Saya sebenarnya tidak berminat untuk membicarakan hal-hal politik, tetapi terasa sedikit hampa apabila keutamaan dijadikan perkara sampingan, sebaliknya politik kepartian yang selalu dibahaskan. Tidak malukahkah kita dengan anak-anak yang sentiasa memerhati dan mengekori gerak geri kita sebagai pemimpin. Saya pernah terdengar anak-anak kecil merungut “ Nak rasmi program motivasi pun panggil Yb”. “Yb ni nak rasmi program ke nak kempen parti”. Sudahlah begitu peruntukan program pun terpaksa ditunggu berbulan lamanya.

Saya berkesempatan berbual dengan salah seorang kaum India yang agak berumur. Katanya, pemimpin BN (MIC) dahulu menipu. Di kumpulnya penduduk ladang dan diberitahu, jika kita menyokong sebuah parti yang dilabelkan ekstremis Islam, nanti semua kuil akan diroboh, kita akan disunatkan, sekolah SJKT akan dihapus, hudud dan bermacam lagi momokan yang menyebabkan masyarakat India pada masa itu amat takut.

Kini orang India sudah ada “knowlege”, mereka memerhati. Ulasnya lagi, sebuah negeri yang dah dua puluh tahun ditadbir parti yang dikatakan ekstrim itu, tidak meminggirkan kaum tertentu dan tidak memaksa kaum lain menganut Agama Islam, jauh sekali merobohkan kuil malah menyediakan khidmat unit keselamatan jika perarakan berkaitan agama diadakan. Orang India tidak lagi fobia, malah dalam pemikiran mereka sekarang sudah tertanam, tidak kira parti apapun yang memerintah, mereka mesti menjaga kebajikan semua kaum yang bernaung dibawah kerajaan yang memerintah. Bahkan orang India juga tidak terkecuali menjadi sebahagian ahli kelab penyokong parti yang dikatakan eksterim itu.

Saya juga berkesempatan duduk semeja dengan sebilangan penyokong dan orang kuat parti yang dahulunya kuat, tetapi sekarang sudah kehilangan sebahagian besar kerusi mereka akibat kebodohan mereka sendiri. Mereka mengakui bahawa mereka akan mempergunakan apa sahaja kesempatan atau memanipulasi keadaan, termasuklah menggunakan pertubuhan-pertubuhan yang bertopengkan NGO untuk membantah atau menyokong kehendak mereka.Anggota mereka juga terdiri daripada pertubuhan yang dikenali satu ketika dahulu seperti pertubuhan kongsi gelap yang kini didaftarkan.Berselindung di bawah slogan yang cukup cantik tetapi sebahagian besar anggotanya terdiri daripada yang melakukan amalan mungkar.

Agak menghairankan, mereka juga bercerita tentang kepincangan dan perpecahan dalam parti. Pelik! Akar umbi bercerita masalah dalaman, pucuk pimpinan pula mendakwa sebaliknya dan hanya menyalahkan pihak lawan sahaja secara sewenang-wenangnya di dalam akhbar.

Terbaru, “lagu lama” yang dimainkan semula menjelang pilihanraya, tidak kira pilihanraya kecil atau umum. Boleh dilihat dan didengar disemua media arus perdana. Begitu teruk seorang “Tok Guru” disental oleh pucuk pimpinan atasan parti pemerintah hinggalah pucuk pimpinan di peringkat kampung dan cawangan.

Pihak-pihak yang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menyebelahi mana-mana pun turut mengulas dan mengeluarkan pendapat yang menunjukkan kebiadaban dan kebodohan mereka.Banyak lagi persoalan yang perlu diberi umpamanya perlakuan moral yang berleluasa di kalangan muda mudi Islam, anak-anak tokoh agama kerajaan yang akhlaknya lebih buruk daripada firaun, akta menghina agama yang terang-terang dilakukan oleh pemimpin,isteri pemimpin dan anak-anak pemimpin. Sebagai contoh tidak memakai pakaian menutup aurat, minum arak, berpelukan dan berpleseran antara lelaki dan perempuan, dan kenyataan-kenyataan yang menghina agama yang kebanyakan dilakukan oleh pemimpin sendiri.

Adat dunia mungkin, apabila kita mendapat berbagai gelaran dan habuan, kita sanggup menidakkan kebenaran serta menghentam orang yang menyatakan kebenaran walhal kita tahu orang yang kita tidakkan kenyataannya itu mengeluarkan pendapat berpandukan al quran,hadis,sunnah,ijmak dan qias.Pendek kata ada sumbernya berbanding pihak yang satu lagi kebanyakannya berpandukan logik akal, falsafah yahudi dan Inggeris. Sesetengah ulamak tunggangan pemerintah pula kalau adapun kitab yang dibuka dan dibaca semasa zaman mereka belajar dahulu sahaja dan ada kalanya mengeluarkan pendapat mereka semata-mata atau berpandukan hujah yang sangat lemah. Jadilah mereka ini orang yang dayus, pendapatnya lemah dan dirinya juga lemah umpama babi dijangkiti selsema.

Ada cerdik pandai yang memberi pendapatnya lebih kurang begini: tidak semestinya kita menyokong sesebuah parti politik, seharusnya dapat masuk syurga, yang dijanjikan syurga itu adalah orang yang melakukan sembahyang dan amal ibadah lain. Dangkalnya pemikiran orang ini, bukankah yang dijanjikan syurga itu orang yang ikhlas dan beramal salleh dan mendapat rahmat Allah. Ertinya kita hanya dapat masuk syurga dengan rahmat Allah SWT. Kalau dah asyik berbalah sehingga terbawa-bawa dalam hal aqidah dan ibadah, mana datang ikhlasnya dan bagaimana mahu diberi rahmat.

Contoh-contoh isu hangat yang menunjukkan kebodohan pemimpin politik berleluasa. Mereka menjadikannya isu yang tak seberapa ini, seolah-olah perkara yang perlu diberi perhatian khusus seperti isu Kampung Buah Pala dan penyelewengan peruntukan kerajaan negeri Selangor. Dari kaca mata rakyat perkara-perkara ini gimik atau helah bela diri semata-mata, untuk menutup kelemahan parti mereka yang kalah dalam PRU 12. Rakyat seperti bersedia mengatakan perbalahan yang seolah-olah sangat besar ini akhirnya akan selesai seperti selesainya kes probohan rumah sembelihan khinzir di Kedah,isu penjualan arak di kawasan majoriti Melayu di Selangor dan gelaran ekstrimis Islam di Pulau Pinang baru-baru ini. Umum tahu perkara yang perlu diberi perhatian adalah wabak H1N1, PPSMI , Rasuah, Penyalahgunaan kuasa dan Jenayah Syariah. Pada saya jika Syariah dipatuhi akan adalah “nakaalan minallah” dan Islam itu penyelesaian.

Sehari dua lagi akan berperang besarlah pulak pemimpin dua parti yang akan bertanding di DUN Permatang Pasir. Dalam media arus perdana ulasannya seolah-olah mereka itu akhbar milik parti tertentu.Jika kalah nanti, katanya rakyat termakan hasutan parti lawan, kalah mejoriti tipis dikata pulak menang moral. Moral apanya. Satu undi pun kalah juga, soal moral tidak timbul, jika parti kecil dengan keupayaan yang terbatas kalah mejoriti tipis bolehlah dikatakan menang moral. Ini parti yang besar, komponen sahaja melebihi satu dozen, jentra dan kemudahan kerajaan, sogokan kewangan dan janji-janji pembangunan, mahu tidak mahu mesti menang, kalau kalah, walau satu undi pun dikira memalukan.

Percayalah, akan kedengaran nanti suara-suara yang menyarankan supaya menjaga adab semasa berkempen, memandangkan PRK tersebut mungkin diadakan pada bulan Ramadhan. Nah! ini satu lagi pendapat bodoh dan membodohkan orang lain. Adab dan tingkah laku hanya perlu dititikberatkan pada masa-masa dan bulan-bulan tertentu sahaja? Apakah akan ada ulamak yang lantang memberi pendapat dan fatwa nanti?

Nun di sebuah kampung yang agak terpencil satu ketika dahulu, ketika perdebatan atau isu babi menjadi hangat. Saya tertarik dengan seorang lalaki agak berumur yang tinggal di sana dan bekerja kampung.Tentunya pelajarannya tak seberapa, tetapi pengetahuannya bagus. Tiga perkara diminta saya berfikir, pertama berdosa dengan Allah seperti meninggalkan sembahyang, kedua berzina dengan isteri orang atau anak dara orang dan yang ketiga jika terkena najis. Kupasannya menarik.Tinggal sembahyang wajib diganti, kemudian bertaubat dan terpulang kepada Allah samada hendak mengampuninya atau tidak, tapi janji Allah jika kita bertaubat dan ikhlas serta menyesal, Insyaallah diampunkan.

Masalah berzina pula melibatkan isteri dan anak orang.Sehebat manapun kita mohon ampun dan bertaubat kita terlebih dahulu perlu memohon maaf kepada penjaga atau walinya. Jika walinya tidak mengampuni, beratlah orang yang melakukan dosa tersebut.

Hukum najis pula katanya, seringan-ringan najis hendaklah di renjis dan dilap dengan kain. Najis mutawasitah pula dibasuh hingga hilang warna bau dan rasa, guna sabun.Kain dan sabun perlu dibeli. Najis yang berat, namun cara cucinya senang, guna air bancuhan tanah dan air mutlak sebanyak 7 kali.Tanah tak perlu beli pun, selepas itu celup sahaja berkali-kali dalam paya,sungai atau parit. Jadi, ketiga-tiga perkara tadi mana yang perlu diutamakan, hujahnya.Saya jadi terkedu dengan orang kampung yang punyai pemikiran begitu. Beliau berhujah bukan dari logik akal semata-mata tetapi perpandukan ilmu.Sepatutnya pemikiran begitu harus ada dalam kepala pemimpin. Baharulah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Saranan saya kepada sesiapa yang ingin berhujah mengenai apapun, perlu baginya mempunyai ilmu.Jangan berpandu logik dan tafsiran sendiri semata-mata. Bagi yang bergelar muslim pula seharusnya mempelajari serba sedikit tentang Aqidah,Ibadah,Usul fikh,Al quran,Tafsir, Nahu, Saraf, Mantiq,Balaghah,Sirah,Hadith, Mustalah Hadith,Faraidh,Muamalah, Bahasa,Matematik,Sains dan ilmu-ilmu lain, barulah layak untuk berbahas dengan lantang. Tidak kiralah sebagai penyampai maklumat(pemberita) atau pembahas warung kopi. Berpeganglah dengan prinsip syarak dan tidak lari dari al quran,hadith,sunnah,ijmak dan qias.

Dan ingatlah wahai pemimpin-pemimpin parti politik, berbeza pendapat berpada-padalah, jangan keterlaluan sehingga sengketa berpanjangan. Masyarakat kita belum lagi berpecah cuma berlainan pendapat.Mereka sebenarnya tidak mahu terikat dalam satu pemikiran yang jumud atau tidak berkembang. Tengok dalam keluarga sendiri, bukankah masing-masing ada pilihan dan ideologi politik tersendiri tetapi masih bermuafakat dan bersama. Ingatlah walau apapun pendirian sama ada menyokong UMNO,PAS,PKR,MIC,MCA ,DAP,PPPP dan lainnya, mereka adalah saudara kita dan juga rakyat Malaysia. Layanilah mereka seperti sepatutnya,jika parti yang anda dokong membentuk kerajaan.

“ Berkawanlah dengan orang yang hendak kamu kawan itu berpada-pada, berkemungkinan kawan kamu itu menjadi musuh kamu, dan bermusuhlah dengan musuh kamu itu berpada-pada, boleh jadi musuh kamu itu akan menjadi kawan kamu suatu hari nanti”. Wallahhuaqlam

Thursday, August 20, 2009

AL QURAN

0 Ogos 2009

HANTARAN AL-QURAN

Oleh :

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Saturday, August 15, 2009

Friday, August 14, 2009

HOSPITAL KERAJAAN; BUKAN BERTAMBAH SIHAT TETAPI BERTAMBAH SAKIT

Kalau manusia yang taasub dengan kerajaan Malaysia sekarang ini,pasti akan mengatakan tulisan saya ini buah fikiran golongan pembangkang. Kalau yang membacanya pula dari golongan kaya raya dan species hantu raya (pengisap darah) dan lintah darat, mereka akan mengatakan "apa bising bising pergi sahaja ke hospital swasta.

Namun mewakili golongan marhain,susah, yang berpendapatan harian sekejap ada sekejap tiada ditambah pula tuntutan dan kehendak hidup "dari slipar sampailah ke kepala" yang semakin meningkat, apatah lagi berdepan situasi ada barangan harian yang dicatu. Saya terpanggil untuk berkongsi suasana yang tak sepatutnya berlaku di sebuah negara yang mendabik dada terkehadapan dan serba moden serta membangun.

Tiga hari yang lalu saya membawa seorang pelajar sekolah yang mengadu sakit bahagian belakang akibat terjatuh di bilik air. Setelah di ikhtiarkan untuk diurut, masalah tidak dapat diselesaikan melalui kaedah itu kerana keadaan pelajar itu agak membimbangkan. Ssaya mengmbil keputusan untuk di bawa ke klinik. Sebuah klinik swasta yang biasa saya langgani dan doktornya pun saya kenali menjadi pilihan. Setelah dilakukan pemeriksaan doktor tersebut menyarankan agar pelajar ini dirujuk ke hospital. Beliau menulis sepucuk surat untuk dipanjangkan rawatan susulan di hospital.

Hospital ini bukan Hospitak Grik di Perak yang berkemungkinan berada di Hulu Negeri ,bukan pula Hospital di Sabah atau Sarawak yang mungkin kita kata ketinggalan atau kurang serba serbinya. Hospital yang saya maksudkan berada di Lembah Kelang dan Masih baru di buka.

Tepat jam 12.05 tengahari saya mendapat nombor giliran (2045) dan setelah menunggu kurang lebih setengah jam nombor giliran ini dipanggil. Perasaan saya menjadi lega kerana menyangka urusan saya akan selesai sekejap lagi. Jangkaan saya meleset ,rupanya panggilan kali pertama adalah untuk tapisan kes sama ada perlu dirujuk kepada doktor atau tidak. sekali lagi saya dan murid saya ini menunggu. Bagi diri saya mungkin tidak mengapa kerana saya dalam keadaan sihat walaupun sedikit bimbang kerana berada di kawasan orang sakit tambah pula virus H1N1 tengah menggila. Bagi pelajar saya ini yang sakit belakang cubalah pembaca semua bayangkan,duduk tak kena,bangun tak kena.Takkan nak berbaring.

Saya dan murid tersebut terus menunggu. Sesekali kedengaran di pembesar suara"Kepada pesakit diharap bersabar kerana amaran kecemasan berbunyi dan doktor-doktor sibuk di kawasan kecemasan kritikal. Harap bersabar.(Lebih kurang begitulah bunyinya) . sesekali saya perhatikan beberapa pesakit menjuihkan mulut mereka. Mereka lebih lama menunggu berbanding saya. Penantian saya teruskan sehinggalah menjengan suku jam ke pukul 5.00 petang barulah nombor giliran pelajar dipanggil. Saya menepuk kepala. Dahsyat hospital di negara seperti Malaysia ini yang katanya hebat serba serbinya seorang pesakit terpaksa menunggu 5 jam untuk mendapatkan rawatan. sebelah saya seorang pelajar yang tercedera dalam aktiviti ko kurikulum di sekolah berdarah hidungnya,hingga basah kapas dan kain untuk menutup hidungnya. Pelajar ini juga menunggu sama seperti saya. saya lihat ketika nombor gilirannya dipanggil darah pun dah berhenti. Pesakityang lain ,masih ramai menunggu entah jam berapa akan dipanggil saya tak pasti.

Emmm "MALAYSIA" itulah kalau yang dah tak layak mentadbir. Sudahlah begitu ,sombong pula. Bila dapat saranan ,kata itu dari pembangkang. Kenapa tidak berfikiran terbuka.Masalah penting seperti ini tak mampu diselesaikan. Pongah sungguh.Sesekali saya terfikir agaknya pemimpin kerajaan di Malaysia ini hanya pandai menghambat penunjuk perasaan ,cepat dan cergas. Bab yang lain biar rakyat bertambah sakit......

Fikirkan dlam masa 5 jam apa yang boleh kita lakukan. Tapi kalau dah terpaksa menunggu untuk rawatan doktor sehingga begitu lama adakah ini kerajaan yang cekap. Jadilah berkerajaan dengan apa yang ada mungkin kita perlu kerajaan yang berkebajikan yang tahu masalah rakyat dan susah payah rakyat.

BELASUNGKAWA

Asri Rabbani jatuh dan meninggal dunia
Salmah Husain
Thu | Aug 13, 09 | 11:37:50 am MYT

Dikemaskini 1.20pm|KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Iklan

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.

ImageSalah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara �emas� itu amat sukar dicari ganti.

"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis. Image

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman 'zikir' bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'. - m

Thursday, August 13, 2009