Pages

Thursday, August 27, 2009

ANGIN PERUBAHAN ATAU MEREKA YANG PERLU DIUBAH

[ Dakyah kotor bloger UMNO BN di internet ,inilah amalan ahli syurga. Sedarlah rakyah telah cerdik hasil tarbiah parti yang tertindas. Insaflah pejuang-pejuang didikan penjajah.Bebaskan minda anda dari terus terjajah.]

Oleh: Abu Syaukah Filmanzil


Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir , Pulau Pinang baru sahaja selesai sebentar tadi. Alhamdulillah, seperti dijangkakan calon yang patut menang telah menang dan yang telah ditentukan kalah oleh Allah Taala sejak azali lagi telah pun kalah, walaupun usaha keras dan hebat dilakukan oleh parti dan sekutu yang menaunginya.

Tahniah kepada calon dan parti yang menang. Petugas dan rakan partinya yang turut membantu dan memeras tenaga berhabis-habisan tanpa jemu walaupun tanpa habuan dan janji pembangunan. Tahniah!. Semangat kalian memang dikagumi, sangggup menolak pembangunan semata-mata kerana KUASA RAKYAT(MAKAL SAKHTY) bukan untuk dijual beli.Semua penyokong PAKATAN telah buktikan.


Pada saya angin perubahan memang betul-betul berlaku seperti yang sering dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Parti yang Tidak Menang di saluran media utama. Tahniah Dato’ Sri kerana berjaya membawa angin perubahan kepada rakyat di Permatang Pasir Khususnya dan Malaysia amnya.

Angin perubahan yang jelas dan dapat saya saksikan ialah betapa saluran-saluran tv arus perdana yang selama ini dengan lantang mempromosikan calon Parti yang Calonnya tidak Menang itu tiba-tiba senyap sunyi “seperti babi terkena selsema”. Kemana suara-suara mereka ya? Rindu pulak saya dengan nada suara dan memek muka mereka beriya-iya memperomosi calon Parti yang Kalah dan dengan sinis menempelak calon parti yang menang serta tok gurunya. Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada sebahagian kecil pemberita yang “bebal” dari akhbar arus perdana yang tidak sudah-sudah mengampu seperti yang saya katakan dulu akan terus mencari hujah bela diri walaupun disedari parti yang disokongnya kalah berganda.


Seterusnya perubahan yang ketara ialah pengumuman keputusan PRK Permatang Pasir diumumkan dengan masa yang cepat, pantas dan tepat. Selama ini saluran arus perdana sering melengah-lengahkan berita jika parti lawan yang menang, tetapi kini tidak lagi.Sudah berubah dan berpijak di bumi nyatakah anda?

Ingatlah semua media saluran utama. Anda berada dibarisan hadapan untuk rakyat mendapatkan maklumat yang jelas disamping menyatupadukan rakyat. Berilah laporan yang benar. Jangan memihak, itulah yang paling tepat. Anda akan dihormati bahkan akan dianggap sebagai sebuah media yang mempunyai jati diri, bukan lembu dicucuk hidung.


Keduanya saya ingin menyatakan rasa hormat habis-habisan kepada menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga Hal Ehwal Pengguna. Sungguh berkesan cabaran anda! Masih tergiang-ngiang ditelinga bagaimana anda mencabar kerajaan negeri Parti yang Menang menyenaraikan projek pembangunan yang mereka lakukan. Syabas atas cabaran anda itu. Memang anda hebat.


Agak menarik pada PRK itu dapat kita saksikan betapa penduduk dan kanak-kanak disogokkan dengan gula-gula berlambangkan “UNDILAH BN”. Peliknya wahai Pak Mentri, rakyat hendakkan gula bagi menyediakan juadah berbuka dan persediaan menyambut Syawal bukannya gula-gula. Tidak perlulah cabar beriya-iya. Buatlah kerja anda itu dahulu, seluruh rakyat perlukan GULA bukan GULA-GULA!


Kepada segelintir ADUN atau Ahli Parlimen PAKATAN yang ingin dan telah menyeberang parti yang menerima kekalahan berganda, cuba-cubalah insaf, sebenarnya rakyat bukan menyokong dan “lapar” sangat khidmat anda. Rakyat sebenarnya tidak mahu calon Parti Lama yang perangainya buruk. Malulah dengan diri sendiri.Lebih-lebih lagi anda adalah orang melayu dan beragama Islam. Dalam hal ini, saya amat kagum dengan bangsa bukan Melayu. Jarang sakali mereka melompat-lompat. Jika melompatpun mereka akan meletakkan jawatan mereka dalam parti lama. Profesionalnya mereka.


Selepas ini diharapkan parti-parti yang bertanding berusahalah mengenalpasti dan meletakkan calon-calon yang mempunyai semangat juang dan jati diri yang tinggi supaya tidak ada ADUN dan Ahli Parlimen yang melompat-lompat setelah menang, menyusahkan rakyat.


Setelah 52 tahun merdeka dan betapa selalu dilaungkan bahawa negara kita adalah negara Islam sebenar dan dicontohi seluruh rakan dunia Islam yang lain. Apa yang agak malang rupa-rupanya undang-undang syariah dinegara kita sendiri pun tidak selaras. Ke manalah Tan Sri-Tan Sri Mufti dan pegawai-pegawai fatwa dan perundangan kita. Kenapa tidak bermuzakarah dan membuat fatwa. Hukuman sebat yang sepatutnya dikenakan kepada pesalah arak hanya 6 sebatan sahajakah? Ustaz saya dahulu pernah berkata hukuman sebenar 40 atau 80 sebatan. Jauhnya “diskaun” yang diberi oleh pemerintah negara Islam Malaysia. Yang paling hebat “Pegawai atau Jurusebat Syariah” tidak pernah dilantik dalam sebuah kerajaan Islam yang sudah merdeka 52 tahun. Lebih sangat berpolitik, itulah jadinya.


Saya juga amat terasa dengan komen-komen ulamak yang pernah digelar oleh Tok Guru satu ketika dulu dengan nama “Ulamak Haidh Nifas”. Memang betullah mereka Ulamak Hidth & Nifas, masih menggunakan hujah dangkal dalam merungkaikan isu Kartika model sambilan yang memohon hukuman sebat dijalankan kerana meminum arak. Lebih memalukan orang yang tidak mempunyai autoriti dalam bidang agamapun bercakap dengan nama agama berdasarkan logik akal mereka semata-mata.Sudahlah sesat bahkan menyesatkan pula.


Kasihan “Kartika” sudahlah disesatkan dengan hukuman syariah yang diada-adakan, apabila dah setuju untuk dihukum dimalukan pula oleh “Pemerintah Negara Islam”. Jika mengikut amalan pemerintah zaman keagungan Islam dahulu orang yang bertanggungjawab melaksanakan hukuman selain hakim yang dilantik ialah Khalifah sendiri. Tidak beranikan Pemimpin Agung negara Islam Malaysia turun untuk melaksanakan hukum sebat itu sendiri. Asyik bercakap menyuruh pesalah yang insaf supaya merayu pula sedangkan pesalah rela dihukum. Paling memalukan terang-terang mengaku tidak ada kepakaran dalam melaksanakan hukuman. Sebenarnya bukan tidak ada kepakaran sebaliknya mereka sendiri cuba pertahankan tabiat mabuk ini memandangkan amalan ini sudah menjadi amalan pemimpin-pemimpin mereka sejak dulu.


Suruhanjaya Pilihan Raya pula seharusnya peka dengan dengan masalah segelintir pengundi yang terpaksa menduduki peperiksaan PTK pada tarikh tersebut. Sebagai sebuah badan yang terlalu sibuk apabila menjelangnya pilihanraya sepatutnya meneliti terlebih dahulu tarikh-tarih peperiksaan awam yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Sedari dulu sering diingatkan oleh orang ramai dan parti yang bertanding buatlah pilihan raya, tidak kiralah pilihanraya kecil atau umum pada masa cuti umum atau hujung minggu.


Kesimpulnya,PRK atau Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir jelas mengisyaratkan siapa yang sepatutnya berubah atau perlu diubah sejajar dengan kehendak rakyat. Semua pihak perlu berkerjasa untuk menjadikan negara yang kita sayangi ini aman, tenteram serta harmoni.

No comments:

Post a Comment