Pages

Tuesday, August 4, 2009

PESERTA DEMO MANSUH ISA DI UPAH

Saya terbaca dalam Utusan Online (Terbaca dengan maksud tak sengaja untuk membaca) katanya ada Pak Menteri menyebut peserta Demonstrasi Hapus ISA di upah oleh pihak penganjur. Agaknya Upah macam mana ? Macam upah nasi bungkus seperti yang UMNO buat atau upah sepuluh ringgit atau upah tambang sampai 300.00 atau 400.00. Daripada mana penganjur dapat sumbangan sehingga begitu untuk bayar upah. Setahu pengarang puak-puak demo ni bukan di upah keluar duit sendiri lagi ada la. Orang yang kata peserta DEMO di upah adalah orang berfikiran sempit dan melebelkan raknyatnya miskin dan papa kedana. Kebulur sangatkah cari makan dengan ambil upah demonstrasi,sudahlah begitu diupah pula oleh Gas pemedih mata dan bom asap. LOGIK KAH?

Ingatan saya kepada Pak Pak Menteri yang memberi komen biarlah fakta dan komentar itu reallistik dan masuk akal.Jangan mendarjah tigakan fikiran dewasa kita. Wartawan dan akhbar pun saya kira begitu juga janganlah kolot dan ketinggalan zaman begitu sekali. Bayangkan berapa juta kalimah bodoh dan bangang yang disumpah oleh pembaca dan penonton berita setiap kali melihat dan membaca berita anda. Tak tahulah kalau anda memang ingin menjadi bangan dan sibodoh yang memekakkan telinga. Jangan sampai dibutakan hati oleh Allah s.w.t

Beberapa adengan penerimaan UPAH oleh peserta Demonstrasi Anti ISA 2 Ogos yang lalu.

No comments:

Post a Comment