Begitu pantas waktu berlari. Baru sebentar rasanya melewati 2010 yang mencalit berbagai rencah dan pengalaman. Suka,duka,senyum,sendagurau dan tangisan yang silih berganti melengkapkan diari sebagai hamba tuhan yang semestinya diuji dengan kegembiraan dan kesakitan serta mehnah.
Sebagai manusia waras dan sempurna akal serta berada di bawah lembayung iman semestinya kita perlu sedar dan berada dalam reality kenapa Allah menciptakan kita sebagai khalifah. Apakah sekadar penghias maya,sekadar memenuhi alam yang terbentang luas ini atau ada tujuan penting untuk kita fahami. Menyedari hakikat manusia adalah hamba dan Allah adalah tuhan bagi sekelian makhluk adalah menjadi kemestian bagi kita manusia menyedari hakikat kehambaan yang terpikul atas pundak kita. Menyedari dan mengakui kehambaan diri akan melahirkan manusia yang ikhlas melaksanakan tuntutan kehambaan tersebut.
Hari ini ramai manusia yang mengaku dengan lidahnya bahawa dia beriman namun yang peliknya perilakunya tidak menunjukkan kefahamannya tentang dirinya sebagai hamba tuhan. lantaran kesalahtafsiran ini dunia menyaksikan kesan kesan manusia yang tidak melaksanakan tuntutan diri sebagai hamba.
Detik masa yang kita lepasi lihat sahaja apa jenis kepincangan yang berlaku segalanya berpunca dari tangan tangan manusia yang tidak mempraktikkan tuntutan hamba. Kalau kita ingin mengibaratkan sikap manusia yang tidak kenang budi ini ialah bagaimana seorang penjaga dusun atau penjaga kebun yang tuannya menyediakan tempat tinggal untuknya,makanan untuknya,alatan berkebun juga di sediakan seperti cangkul,baja,racun serangga dan sebagainya namun sebaliknya dia berusaha di atas kebun bukan milik tuannya, khidmatnya bukan untuk tuannya,alatan ,baja,racun serangga digunakan pada kebun orang lain;agaknya apakah tuannya akan rela ats apa yang pekerjanya lakukan? Semestinya tuan kebun akan marah dan mungkin pekerja akan dipecat.
Tahun 2010 menyaksikan berapa banyak penyimpangan sang hamba kepada tuhannya. renung sahaja pada suasana politik, senario ekonomi dan keadaan sosial dalam masyarakat terlu banyak yang memerlukan kepada pengislahan.
semoga kehadiran 2011 menjadi medan untuk merubah segala kepincangan kehambaan kepada ketulusan penyembahan kepada Allah swt. Jadilah kita hamba hamba yang taat dan menyedari kekerdilan diri.
SELAMAT BERADA DI TAHUN 2011
No comments:
Post a Comment