RAMADHAN
BULAN AKHLAK
(SIRI
1)
Hari ini sudah masuk hari ke 18 kita
berpuasa ,berada dalam kehebatan madrasah Ramadhan yang membina kekuatan
jiwa,keimanan,kejituan ibadah dan kesempurnaan akhlak.Kehadiran Ramadhan
semestinya memberi kesan yang mendalam terhadap pemeliharaan tatasusila dan
akhlak sebagai seorang Muslim. Pada saat nafsu ditambat dengan kelaparan yang
membangkitkan keinsafan, semestinya di sana ada rasa yang membasuh naluri untuk
berkata aku taat,aku patuh dan aku ingin berada dalam kesempurnaan sebagai
hamba.
Sabda Rasullullah saw yang bermaksud:
“Apabila seseorang berpuasa,janganlah
ia melakukan rafas (mengeluarkan kata kata yang menimbulkan rasa berahi,lucah
atau bersetubuh) dan bertengkar.Jika ia dicerca atau diperangi maka katalah:”saya
ini berpuasa”
(Muttafaqun ‘alaih)
Ciri ciri kesempurnaan hamba
antaranya ialah mempastikan akhlak terpelihara dari sebarang tingkahlaku yang
mencemar peradaban dan tatacara muslim yang hak. Muslim yang hak itu mesti
meraikan beberapa perkara tentang akhlak antaranya:
aa) Menjauhi perkara perkara syubhah. Sifat warak
dengan mengambil kira hal hal yang samar dan tidak pasti mestilah diutamakan
oleh muslim yang ingin kesempurnaan. Sikap tidak kisah dan mengambil kira soal
keutamaan akan membara kehidupan yang serba boleh dan membawa kepada meringan
ringankan hukum.
Sabda
Nabi saw yang bermaksud :
“Seorang
hamba (Allah ) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin
sehinggalah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tidak menjadi kesalahan (jika
dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati hati dari terjerumus
ke dalam kesalahan”
(H.Riwayat
Tirmizi)
bb) Memelihara penglihatan
Kita biasa
mendengar ungkapan “dari mata turun ke hati” ungkapan ini benar sekali kerana
apa yang dilihat oleh mata akan membawa ke hati untuk dilaksanakan dalam bentuk
perasaan atau tindakan anggota.Cuba renungkan jika apa yang dilihat itu adalah
kemaksiatan dan tegahan maka ianya akan mendorong dari dan anggota untuk
melaksanakan maksiat dan tegahan itu. Allah swt mengingatkan kita untuk
memelihara penglihatan menerusi firmanNya yang bermaksud:
“Katakanlah
kepada orang orang mukmin supaya memelihara pandangan mereka”
(An
Nur : 30)
c) Memeilhara Lidah.
Ungkapan “Lidah
tidak bertulang” juga sering kita dengar. Lidah mudah berkata,mudah menuturkan
apa sahaja perkataan.Namun sebagai seorang muslim apa yang ingin dituturkan, di
sana ada perkiraan yang melibatkan dosa dan pahala. Kata kata yang tidak
berfaedah,bohong,kasar,jelek,keji mengeji dan mengadu domba semuanya kejahatan
lidah yang wajib dihambat jauh dari mejadi pakaian seorang muslim.
Ingatlah
pesanan Rasullullah saw yang bermaksud:
“Tidaklah
dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek)
lidahnya”
(H.Riwayat
Tirmizi)
dc) Bersifat malu;
s Sebagai muslim sifat malu perlu ada dalam
semua keadaan.Namun perlu diingat kita tidak boleh malu untuk melakukan
kebaikan dan jangan malu untuk mencegah kejahatan dan mungkar. Pelaksanaan
sifat malu boleh dilihat apabila kita tidak mencampuri urusan orang
lain,memelihara pandangan,merendah diri,tidak meninggikan suara ketika
bercakap,berasa cukup dan tidak meminta minta dan banyaklagi. Sabda Rasullullah
saw yang bermaksud:
“Dan
sifat malu itu adalah satu dari cabang iman”
(Hadith
Riwayat Baihaqi)
ed) Lemah Lembut & sabar
Akhlak dan
sikap yang agak sukar untuk dipelihara dalam kehidupan kita adalah lemah lembut
dan sabar.Tindakan yang mengutamakan kepentingan diri menjadikan kita
keterlaluan dalam bertindak dan ini akan memusnahkan sifat lemah lembut dan
sabar ini. Apabila sifat ini tumbuh dan menjadi teman diri maka nilai ketahanan
untuk berhadapan perjuangan akan pudar.Kita sedia maklum dalam medan dakwah yang
kita lalui sifat melampau,keras hati,marah,keterlaluan dalam bertindak adalah
halangan halangan dakwah. Bolehkah sifat sifat dan halangan halangan itu kita
tempuhi tanpa ada lemah lembt dan sabar.tepuk dada Tanya iman kita kan temui
jawapan.
Hayatilah
firmah Allah yang bermaksud:
“Dan janganlah orang-orang yang berharta serta
lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan
kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah
pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan
kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa
kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
An Nurr: 22
Ingain saya kongsikan kata kata yang guru saya
titipkan lewat komennya dalam fb saya pagi tadi tentang رمضان
ر= رحمة (Rahmat)
م= مغفرة (Keampunan)
ض= ضمان بالجنة (Jaminan Syurga)
ا= امان............. (Keamanan&Keselamatan)
ن= نجاة من النار (kejayaan,Pelepasan dari
neraka)
Bersambung siri 2….
Abd Wahid Zainol Abidin
L.Tarbiah PKHL. 18 Ramadhan 1435
No comments:
Post a Comment