MENILAI KEHAMBAAN DI PENGHUJUNG RAMADHAN
Seluruh
khalayak mengetahui dan menyedari bahawa manusia adalah makhluk terhebat yang
diciptakan oleh Allah. Kehebatan manusia dari sudut jasad dan rohani serta
keupayaan akal untuk berfikir menjadikan keistimewaan yang tiada tandingan di
atas mukabumi Allah swt.
Kemajuan
dunia dan perkembangan tamadunnya tidak boleh dipisahkan daripada peranan
makhluk manusia sebagai agen yang membawa perubahan demi perubahan. Saban hari
perkembangan ini terus rancak dan memperlihatan ragam manusia semakin berbagai
dalam semua sudut merangkumi politik,ekonomi,kemasyarakatan dan sebagainya.
Melihat
keistimewaan manusia dari sudut ciptaan semata mata tanpa ditunjangkan siapakah
pencipta manusia adalah satu kegagalan memaknakan keistimewaan
manusia. Sebagai makhluk yang penuh keistimewaan diciptakan Allah swt, manusia
tidak boleh lari dari pertanggungjawapan sebagai hamba kepada Tuhannya. Darjat
yang paling mulia di sisi Allah bagi seseorang manusia ialah apabila diakui
oleh Allah seseorang itu sebagai hamba sebagaimana Allah mengakui Rasullullah
saw sebagai hambaNya menerusi firmannya yang bermaksud:
Maha Suci Allah, yang Telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil
Aqsha yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian
dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi
Maha Mengetahui.
(Al Isra’
: 1)
Manusia sebagai
pemegang tugas khalifah dibebankan oleh Allah dengan taklifat
(pertanggungjawapan). Taklifat yang ditugaskan oleh Allah kepada hambanya
adalah sebagai medan untuk menguji samaada seseorang manusia itu akan berpihak
kepada kebenaran atau kebatilan.Allah mengingatkan perkara ini menerusi
firmannya yang bermaksud :
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:
"Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka
Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia
mengetahui orang-orang yang dusta.
( Al Ankabut
: 2-3)
Justeru manusia perlu mengetahui dan
memahami bahawa
a)
Kita merupakan makhluk yang mempunyai
tugas tugas yang difardhukan
b)
Kita juga merupakan makhluk yang
mempunyai keinginan dan keinginan kita telah ditetapkan.
Manusia Dan Tugas Yang difahdhukan
Allah memilih makhluk bernama manusia untuk
memikul amanah sebagai khalifah.
Melunaskan tanggungjawab khalifah ialah dengan mempastikan diri manusia itu
berpegang dengan agama yang disyariatkan oleh Allah. Kerangka agama yang
terdiri daripada Iman, Islam dan Ihsan adalah teras teras utama yang wajib
dimiliki oleh setiap manusia tanpa mengira ras,bangsa, keturunan ,warna kulit
dan sempadan geografi.
Satu hakikat yang perlu difahamkan kepada
seluruh manusia bahawa berada dalam Iman yang soheh adalah wajib, menganuti
Islam yang syumul adalah wajib dan menghayati ketaatan dengan balutan Ihsan
adalah wajib. Islam bukan satu agama yang boleh dipilih pilih. Ambil jika suka
ditinggal jika membencinya.Islam mesti dianuti dan disampaikan kepada seluruh manusia
seperti seruan Allah swt menerusi firmanNya yang bermaksud :
“
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan,
dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu”
(Al baqarah : 208)
Tugas dan taklifat yang telah diperintahkan
oleh Allah kepada manusia adalah tugas berbentuk fahdu.Ianya diturunkan
menerusi wahyu dan menuntut manusia menunaikannya dengan syarat syarat yang
telah ditentukan. Tugas seperti tuntutan Solat, puasa ,haji, zakat dan termasuk
perkara berkaitan pengurusan kehidupan di dunia ini adalah perkara yang
terangkum dalam tugas yang difardhukan oleh Allah kepada manusia.Bahkan tiada satupun
urusan manusia di dunia ini yang boleh dipisahkan dengan arahan dan tugasan
yang ditentukan Allah.
Manusia dan Keinginan
Sebagai manusia yang dibekalkan Allah dengan
akal dan nafsu,manusia mempunyai naluri keinginan dan kehendak. Allah mengatur
manusia supaya menyelaraskan kehendak menurut panduan yang ditetapkan Allah
swt. Perumpamaan mudah yang boleh kita perhatikan ialah keinginan manusia untuk
makan, Allah membenarkan manusia untuk makan tetapi mestilah makan dengan
meraikan ketetapan Alllah swt misalnya makanan yang hendak dimakan mesti halal,
bukan dicuri, bukan dari sumber yang ditegah dan bukan yang membawa mudharat
kepada akal dan jasad.
Sememangnya keinginan dan kehendak manusia
itu luas dan sukar dikawal namun Allah swt mengetahui kemampuan hambanya.
Mematuhi ketetapan Allah adalah satu perjuangan dan amat dituntut, balasan
pahala akan diganjari yang yang memetuhi ketetapan dan balasan dosa yang yang
melanggar sempadan ketetapan Allah swt. Allah tidak akan memberati hambaNya
dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh hambaNya.
Firman Allah swt yang bermaksud :
“Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan)
yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya”
(Al baqarah : 286 )
Sebagai
manusia yang dikurniakan kepintaran dan kecerdikan seharusnya kita berfikir
agar tidak mensia siakan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah swt. Ingatlah
Allah memberi kita pilihan sama ada ingin melalui jalan bahagia atau menempah
jalan kehancuran. Usah kita cemari keistimewaan manusia dengan memilih jalan
maksiat dan pendustaan. Allah mengingatkan menerusi firmanNya yang bermaksud:
”Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),Maka Allah
mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.Sesungguhnya
beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,Dan Sesungguhnya merugilah orang
yang mengotorinya.”
( As
syams : 7-10)
Ingatlah
lorong hidayah itu kurniaan yang cukup berharga, dambakanlah ianya tanpa uzur
pohonlah kepada Allah selalu agar kita sentiasa istiqomah di jalannya dan
rayulah selalu agar kita tidak diberati oleh beban yang tak mampu kita
lunaskan.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa
atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban
yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami
memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah
penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Al Baqarah :286
Mohon Ampunan Allah
ABD WAHID ZAINOL ABIDIN
L.Tarbiah PKHL. 25 Ramadhan 1425
Tazkirah boleh dibaca di http://islampenyelesaian.blogspot.com
No comments:
Post a Comment