Pages

Saturday, May 23, 2009

CERPEN

KISAH YANG ARIF SANG BERUK

Sebermula sebuah kisah terjadi di sebuah rimba belantara bernama “Maa’dan wasit”. Penghuninya hidup penuh rukun dan penuh persepakatan tiada cacat celanya. Kerukunan yang telah lama terjaga harmoni dan damainya mula menampakkan riak kocakan, keruh mula mengusik jernih, alir menuju muara mula tersekat dek kekusutan dan retak mula menanti belah.

Cerita gundah mula mengusik harmoni belantara ”maa’dan Wasit” apabila Sang Singa yang menjadi raja rimba mengejar Sang Arnab yang menjadi impiannya sekian lama. Sang Arnab yang didambakan ,sentiasa diintai peluang oleh Sang Singa agar dikecapi nikmat yang tiada tolok banding lazat dagingnya. Kejaran Sang singa yang tanpa lenguh dan penat setelah berliku jalan dipacu,berbagai rintangan dilalui Sang Singa mendapat apa yang diidamkan itu.

Tanpa disedari ketika Sang Singa mengejar Sang Arnab, Sang Harimau melalui jalan pintas untuk sama sama menerkam Sang Arnab yang telah letih dikejar Sang Singa. Ketika Sang Arnab telah di dakapan Sang Singa, cuma menanti masa ingin dipenuhkan seleranya tiba tiba Sang Harimau menghambur ngaumnya lantas mendakwa Sang Arnab itu miliknya juga sebab sama sama mengejar . Ketika mereka sama sama mengejar mungkin dengan kelajuan 28 KM sejam Sang Harimau mendakwa ,Sang Arnab mampu dicengkam sang Singa kerana letih teramat tetapi Sang Singa tidak boleh lupa itu hasil kejarannya sama. Justeru kata Sang Harimau tidak adil jika Sang Singa mendakwa Sang Arnab miliknya semua kerana dia juga berhak untuk memperolehinya.

Hakikatnya memang Sang Arnab milik sang Singa kerana dia di tangkap dengan tangannya sendiri dan Sang Singa tidak pun pernah membuat perjanjian untuk mengejar dan memburu bersama. Cuma mungkin Sang Singa ada berjanji dengan rakan rakan lain untuk kongsi sedikit daging Arnab yang lazat itu secara pakatan agar nanti kalau kawan kawan lain berupaya menangkap Arnab yang lain boleh Sang Singa berkongsi sama tapi bukan bersama sang Harimau yang badan berbelang kemerah merahan itu.

Sang Singa enggan menyerahkan Sang Arnab yang ditangkapnya bahkan berkongsi bersama Sang Harimau pun dia tak ingin. Sikap Sang Harimau nampaknya cuba menangguk di air yang keruh. Sang Singa yang berjaya memperolehi Sang Arnab dia pula yang hendak menentukan agihan tangkapan. Sungguh tidak bermaruah Sang Harimau berbadan merah itu. Nampak gayanya Sang harimau telah lama hidup di rimba berdasarkan warna badan yang cukup matang ,mungkin dah mencecah lebih 50 tahun tetapi sukar sungguh hendak menerima hakikat tangkapan itu Sang Singa yang empunya.

Sang Singa berkeras tidak sewenang wenangnya hendak menyerahkan tangkapannya kepada yang tidak berhak. Sang Singa lebih rela berkongsi dengan rakan rakan pakatan yang lain yang tidak sombong dan angkuh seperti Sang Harimau. Sang Harimau marah bukan kepalang,mahu rasanya dihambur Sang Singa dengan cengkamannya. Namun Sang Harimau terpaksa juga akur dengan undang undang rimba ”maa’dan Wasit”. Walaupun Sang Harimau pernah berkira kira hendak diabaikan segala undang undang rimba namun protes masyarakat rimba ”Maadan wasit” yang berterusan menentang kehidupan tak berundang undang menjadikan Sang Harimau cuak. Bimbang juga kalau kalau seluruh penghuni rimba menghambatnya keluar dari rimba ”Maadan Wasit”

Maka Sang Harimau menterjemahkan niatnya yang ingin sama meratah daging Sang Arnab dengan membawa kes yang berlaku ke mahkamah rimba ”Maadan wasit”. Kalau dibicara sepintas lalu nescaya Sang Singa yang memenangi kes tersebut namun undang undang rimba perlu dipatuhi dan apabila Sang Harimau membuat laporan dan pendakwaan mencukupi syarat maka kes perebutaan antaranya menjadi kes hangat di rimba ”Maadan Wasit”.

Mahkamah rimba pun menetapkan tarikh perbicaraan dan perbicaraan kes terpilih ini akan diadili oleh hakim yang terkenal dengan kepintarannya,kecerdikannya,kehormatannya iaitu Sang Beruk. Siapa yang tidak kenal Sang Beruk,seluruh masyarakat rimba mengenali. Maka hadirlah kedua dua pihak yang mendakwa dan yang didakwa. Hakim Sang beruk mempamirkan kecerdikannya menyelesaikan pertelingkahan sang Singa dan Sang Harimau.

Yang Arif Sang Beruk mengambil sebuah dacing yang pada perkiraannya dan pada perkiraan masyarakat rimba cukup adil untuk menyelesaikan pertelingkahan tersebut. Dacing keramat penimbang kes dan masalah masyarakat rimba telah sekian lama digunakan. Itulah satu satunya jalan penyelesaian seolah olah tiada kaedah penghakiman cara lain untuk menyelesaikan masalah masyarakat rimba ”Maadan Wasit”

Dacing keramat diletak di meja keadilan untuk memutuskan siapa yang berhak ke atas daging Sang Arnab. Yang Arif Tuan Hakim mengambil Sang Arnab yang sudah kaku tak bermaya lalu dipotong menjadi dua bahagian. Nampak zahirnya serba adil dan sama besar dan mungkin sama beratnya. Yang Arif Sang beruk memanggil Sang Singa dan Sang Harimau untuk duduk dipenjuru Dacing keramat . Sang Singa memilih untuk duduk di sebelah Timur dan sang Harimau memilah untuk duduk di sebelah Barat.

Yang Arif Sang Beruk pun meletakkan dua bahagian Sang Arnab yang dipotong dua ke atas dacing keramat. Satu bahagian di sebelah Timur dan satu bahagian di sebelah Barat. Apabila diletak sahaja kedua duanya di atas dacing keramat maka condonglah dacing keramat ke sebelah Timur ,berpihak kepada Sang Singa. Harapan sang Singa berbunga dengan timbang tara Yang Arif Sang Beruk.Namun harapan Sang Singa berbunga sementara sahaja kalau dihitung kurang lebih enam detik sahaja apabila Yang Arif Sang beruk dirayu oleh sang Harimau. Sang Harimau mendesak agar keadilah diberi sama rata.

Yang Arif Sang Beruk akur tuntutan sang Harimau lantas Tuan Yang Arif keluarkan pisau lalu dipotong bahagian yang memberati di pihak Sang Singa. Masyarakat pemerhati memerhati terlopong .Mereka tertanya tanya ”apa yang ingin Yang Arif lakukan?. Terperanjat bukan kepalang apabila Yang Arif Sang Beruk memasukkan bahagian yang dipotong ke dalam mulutnya, bukan menimbang sama rata antara sang Singa dan Sang Harimau seperti yang diharapkan.

Yang Arif Sang beruk menimbang lagi, berat pulakmenyebelahi Sang Harimau lalu dipotong bahagian yang berat dimasukkan ke dalam mulutnya. Sang Singa memerhati dengan penuh sakit hati namun jauh di sudut hati untuk digunakan kaedah yang tidak dihalalkan. Tidak terdetik di sudut hati untuk menyuap Sang Hakim yang bijak bestari. Berkata Sang Singa dalam hatinya, Sang Harimau barangkali sanggup menyuap Yang Arif Sang Beruk asalkan dapat habuan yang diimpi. Asyik kedua dua pihak berkira kira tentang penghakiman yang masih belum berhenti dang Yang Arif Sang Beruk masih menimbang dan memotong seterusnya memasukkan baki ke dalam mulutnya tanpa disedari hampir habis daging Arnab dilahap Yang Arif Sang Beruk.

Penghakiman bersambung lagi. Sang Singa dan sang harimau berpandangan.Bila akan perakhir pertikaaian antara keduanya,bila akan dikecapai keinginan yang diimpi. Kalau begini kaedahnya sampai bilapun tidak akan selesai,kedua pihak semakin kecewa. Sayup kedengaran di galeri awam penghuni rimba melontar cadangan ”Kembalikan kepada masyarakat rimba untuk membuat keputusan”.

ABUAFAF
Hulu Langat
23 Mei 2009. 9.45 am

Sunday, May 17, 2009

Fahaman Sekular & Falsafah sesat sudah menunjang dalam diri sebahagian Kita...

Pendapat dan pandangan bahawa politik adalah kotor di kalangan sesetengah kita ,wajib diperbetulkan .Yang kotor politik BN.Tak bertunjang pada prinsip.Prinsip Demokrasi pun tidak memandang,Prinsip Islam jauh sekali.Jadilah dia politik kotor.
Perlu bah wajib diingat Politik yang berprinsip adalah kewajipan,mengatakan sesuatu yang jadi asas dalam kehidupan sebagai kotor,apatahlagi yang berlandaskan prinsip wahyu, adalah fikiran mereka yang belajar sekerat jalan dan telah diresapi fahaman falsafah sesat dan sekular.Manakan tidak, belajar sekerat jalan.
Perhatikanlah berapa ramai di kalangan kita yang benci Islam lebih dari kafir bencikan islam.Benci Kafir pada Islam mahu juga mereka belek Al Quran.Kita sering berkata; "aku Islam yang tulin"namun apabila ada orang kafir yang merujuk Al Quran kita melenting dan buatkenyatan mengarut.Jangan rosakkan akidah dengan menyatakan asas yang tak berasas.
Memang diam lebih baik dari berkata,tapi mendiamkan dan buat tak tahu pada kebatilan mendedahlan diri kepada murka Allah dan ini namanya mengharap neraka.(waliyazabillah min zalik)

Thursday, May 14, 2009

HADIS HARI INI

KEPENTINGAN NIAT
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانَتْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍيَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Maksud Hadis

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengarRasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiaporang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, makahijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahumencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

KARENAH MUSUH AKAN BERTERUSAN ;BERSABARLAH

Pertembungan yang benar dan yang jahat akan berterusan hingga Allah mewarisi mukabumi ini.Ingatlah apa yang terjadi Musa Alaihissalam.Perjuangannya tak kunjung henti.Setelah Musa berhempas pulas menumbangkan rejim Firaun dengan Allah meneggelamkan Firaun dan pengikutnya, perjuangan Musa A.s tidak berhenti.
Musa berhadapan pula kemelut dengan kaumnya Bani Israil.Macam macam berlaku,khurafat anaka lembu Samiri,Perderhakaan kepada arahan Allah tentang menangkap ikan pada hari sabtu,karenah kaumnya yang demand macam2 daripada Allah..begitulah seterusnya Musa pergi diganti Nabi dan Rasul yang lain kejahatan musuh tak pernah berhenti melanyak pejuang kebenaran.
Zaman kita ,perjuangan Nabi nabi kita teruskan menentang kejahatan, termasuklah UMNO BN ni species tu lah jugak.Ingat selalu doa Musa AS Yang bermaksud : Wahai Tuhan yang bagiMU segala pujian,KepadaMU aku merayu,DenganMU aku pohon bantuan,Tiada daya serta kekuatan melainkan dengan MU.semogaa kita istiqomah di landasan yang betul bukan landasan kereta api berkembar yang boleh juga musnah bila bila masa.

Wednesday, May 13, 2009

BERFIKIR SECARA WARAS ADALAH KEWAJIPAN

Runding krisis Perak: Syarat Najib tak waras
Abdul Aziz Mustafa Wed
May 13, 09 3:22:25 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyelar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kerana meletakkan syarat yang tidak waras sebelum berunding dengan Pakatan Rakyat (PR) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

"Najib kata, kita (PR) seharusnya tidak meletakkan sebarang terma dan syarat bagi apa-apa jua perundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak."Suruh kita jangan letak syarat sebenarnya adalah satu syarat, iaitu syarat yang tidak waras," kata beliau.

Mohamad berkata, orang gila pun tidak berani melakukan apa yang dikehendaki Najib itu. "Orang berunding kerana dia ada sesuatu yang dikehendaki atau ingin dipertahankan. Apa yang dikehendaki atau ingin dipertahankan itulah yang menjadi syaratnya.

"Kalau terkam meja perundingan tanpa syarat, itu bukan berunding. Itu serah tengkuk untuk disembelih namanya. Orang gila pun tak berani serah tengkuk untuk disembelih," tegas beliau.
Ditanya mengenai penyelesaian krisis di Perak, Naib Presiden PAS itu berkata, satu-satunya jalan penyelesaian ialah dengan mengadakan semula pilihan raya di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka mahu.

Mohamad seterusnya mengecam kenyataan Najib yang membayangkan ketidaksediaannya mengadakan pilihan raya baru di negeri itu."Najib lebih suka budak-budaknya yang gila kuasa merempit dengan kuasa yang melanggar undang-undang di Perak.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata pengambilalihan kuasa oleh BN di Perak bertentangan dengan undang-undang. Maknanya apa sahaja yang lahir dari pengambilalihan kuasa yang bertentangan dengan undang-undang itu adalah bertentangan dengan undang-undang juga.

"Tengku Razaleigh (Hamzah) pula kata kerajaan yang diketuai (Dato' Seri Dr) Zambry (Abdul Kadir) adalah haram sejak dari awal lagi dan kesemua keputusan dan kontrak yang dibuat oleh kerajaan itu tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

Mengambilkira pandangan-pandangan itu, Mohamad menyeru rakyat "memberikan isyarat yang lebih jelas menurut lunas undang-undang negara ini untuk menghentikan kedegilan mat-mat rempit gila kuasa itu dari terus merempit dengan kuasa haram mereka".

"Selagi mat-mat rempit gila kuasa itu terus merempit dengan kuasa haram mereka, rakyat Perak khususnya patut mempertimbangkan tindakan menurut lunas undang-undang negara ini contohnya terus memakai baju hitam sebagai tanda bantahan terhadap apa yang disebut oleh Tengku Razaleigh sebagai kerajaan haram Perak itu," katanya. - mks._

Monday, May 11, 2009

BILA USAHA DAN KESABARAN MENUNJANG

11 Mei 2009

Nizar Menteri Besar sah Perak
.fullpost{display:inline;}
kemaskini 4.30pm :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.
Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.
Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:
(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;
(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan
(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak."
Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong."Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.
Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.Malaysiakini.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:36 PM

KENYATAAN PRESIDEN PAS


'Kesabaran PAS ada batasnya' - Presiden PAS

Harakahdaily Mon May 11, 09 10:34:05 am MYT
MARANG, 11 Mei (Hrkh) ? Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional ada batasnya.


Beliau yang berucap dalam majlis penerangan berkaitan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di masjid Rusila, dekat sini, baru-baru ini mengulangi amaran yang beliau keluarkan dalam sidang media di Ma?ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, pada 8 Mei, Jumaat lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pegajaran dan pembelajaran sains dan matematik membawa kepada kehancuran bangsa. "Ini menipu, menipu bangsa sendiri, pejuang-pejuang bahasa dan sasterawan negara menentang dan sanggup menyerahkan semula gelaran (sasterawan negara).

"kerana menghancurkan bahasa dia sendiri, bahasa jiwa bangsa, bangsa yang menghilangkan bahasanya (adalah) bangsa yang tidak ada jiwa," katanya yang dipetik daripada laman web peribadi beliau. Katanya apabila sesuatu bangsa itu tidak ada jiwa, ia akan mengikut telunjuk dan kehendak orang lain.


"Kita mempunyai satu tanggungjawab dan kewajipan yang besar, apa yang berlaku di (negeri) Perak ini menjadi pengajaran, Umno ini tidak ada adab, tidak ada akhlak, dan tidak ada. "Kelmarin orang surat khabar tanya saya, supaya saya buat ulasan dan jawapan berhubung apa yang berlaku di Perak, saya buat, saya menyatakan bahawa PAS boleh sabar tetapi sabar PAS ada sempadan,ada batas!"jelasnya.

Katanya PAS tidak akan tunduk kepada penipuan-penipuan Umno dan BN dan meminta semua ahli PAS menunggu arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan. Justeru, katanya PAS adalah parti yang berlandaskan Islam yang akan memimpin rakyat dengan Islam.

"Kita (PAS) bangkit diatas nama Islam, dan PAS akan memimpin rakyat dengan Islam, kalau PAS pimpin rakyat dengan Islam,

"Kita akan lalu, 'membujur lalu melintang patah', akan tiba masanya,"tegasnya.
Katanya PAS akan mengajar Umno yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan umatnya sendiri. - azm _

Friday, May 8, 2009

PEJUANG KEBENARAN SENTIASA BERHADAPAN KONSPIRASI


Sepanjang pengajian saya yang tak seberapa ini, berkali kali saya diingatkan oleh muallim,tuan guru,cikgu,ustaz mahupun ustazah hatta peringatan ulamak ulamak besar sepanjang zaman tentang erti ketahanan dan mujahdah dalam perjuangan. Menegakkan makruf dan mencegah munkar adalah agenda wajib yang semua muslim mesti akur tanpa dakwa dakwi.

Tiada ulamak yang memberikan pendapat dan pandangan kewajiban ini boleh menjadi perkara pilihan atau perkara sampingan bahkan perlu menjadi rutin setiap individu. Al Quran banyak mengingatkan kita tentang kewajiban menegakkan makruf dan mencegah kemunkaran,begitu juga Al hadis ,terlalu banyak kalau hendak kita sebutkan.

Namun putaran dunia yang semakin menjengah penghujung ini seakan menyaksikan manusia yang menjadi makhluk pilihan untuk mentadbir dunia dengan “title” khalifah lupa kepada teraju yang dipegang. Pengertian makruf dan munkar hanya dijuzukkan kepada segelintir mauduk dalam syariat yang amat luas. Malang seribu kali malang apabila ada sesetengah pengemudi masyarakat menjadikan agenda makruf dan munkar sebagai perniagaan peribadi dan bukan menjunjung titah perintah Allah swt.Tidak hairanlah sesuatu perkara yang mungkin disebut haram pada awalnya boleh menjadi halal secara tiba tiba kerana sebab sebab tertentu ,barangkali bertujuan mempertahankan pangkat,harta dan kemuliaan dunia yang tidak kekal.

Amat sukar bertemu insane seperti Imam Abu hanifah yang sanggup mempertahankan maruah agama sehingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir akibat siksaan demi siksaan yang dikenakan. Kemelut sukar ini juga dilalui oleh Imam Ahmad bin Hambal yang tabah menahan siksaan ,cemeti yang hinggap ditubuhnya kerana mempertahankan hak dan kebenaran.

Sejarah begitu banyak memahat cerita keagungan dan kegemilangan Islam sepanjang zaman . Perkembangan tamaddun dan perluasan empayar yang sehingga mencecah sepertiga dunia tidak harus menjadikan kita lupa di sebalik kegembiraan itu terselit seribu duka dan pilu yang telah dilalui oleh pejuang pejuang sebelum kita. Namun pilu dan duka itu hanya pada perkiraan manusia dan di sisi Allah adalah ganjaran paling berharga tak terbanding sesuatu pun di mayapada ini.

Konsporasi demi konspirasi dihadapi oleh penegak kebenaran bermula dengan para ambiya’ yang kisahnya kita dapat saksikan melalui kalam Rabbul Jalil sebagai pedoman dan penyuntuk semangat. Tidakkah ada di kalangan “ambiya” yang dibakar,di gergaji,dipenjara, dihambat dan dihalau,dihimpit dan diganggu saban siang dan malam.

Konspirasi jahat juga dilalui oleh Rasul junjungan ,penghulu segala nabi. Renungkanlah firman Allah dalam surah Al Anfal :ayat 30 yang bermaksud “.

Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

Para sahabat Rasulullah juga tidak sunyi berhadapan dengan konspirasi jahat ini. Berapa ramai di kalangan sahabat Rasulluh yang syahid menemui Allah Rabbul Jalil kerana mempertahankan kebenaran dan menyelamatkan manusia dan dunia dari belenggu jahil dan ketidakadilan. Saksikan di medan Badar,Uhud dan banyak lagi peperangan yang mereka tempuhi dengan mewakafkan jiwa dan raga untuk Tuhan Maha Pencipta.

Begitulah juga nama nama besar dalam lipatan sejarah, seperti Sheikh Abdul Kadir Audah, As syahid Hassan Al Banna ,As Syahid Syed Qutb,mereka gugur dalam konspirasi dan kebejatan musuh ISLAM yang tak pernah kenal lelah dan penat meratah Umat Islam. Tanyalah pada diri di mana kita sebagai penyambung episode perjuangan mereka yang terdahulu, pewaris tugas rasul. Apakah memadai kita lena di sofa empuk,nenyak beradu di telan mimpi asyik, gemersik mengalun irama syahdu menghibur lelah yang sepicing Cuma,?Apakah derap langkah beralas permaidani merah adalah lambang kita di puncak jaya. ATAU di sana ada rindu yang belum terlerai,ada dendam yang belum padam, ada ragu yang belum dijelasi,atau ada kemarau yang perlu dijirusi hujan rahmat KALIMATUL HAQ yang semestinya menjanjikan KONSPIRASI sepanjang zaman sehinggalah dunia ini diwarisi tuan empunya yang Maha Pencipta.
Sedarlah , berhadapan konspirasi dalam perjuangan,kadang kadang kita terlupa dan alpa,lantas kita jadikan strategi dan usaha adalah segala galanya .Namun sehebat manapun usaha, sekemas mana pun strategi yang menjayakannya adalah Allah.Pohonlah kepadaNya beserta usaha yang bersungguh-sungguh dan strategi yang mantap moga kita kecapi "Saadah Fiid Daaraini"(Kebahagiaan dunia dan akhirat)