Pages

Thursday, June 15, 2017

TAZKIRAH RAMADHAN 1438 (SIRI2)



Ramadhan:  Zikrullah menenangkan hati

Hiruk pikuk dunia tergendang dengan bermacam macam isu dan karenah.Seluruh pelusuk dunia dihunjam permasalahan demi permasalahan dengan ragam manunia mengurus hidup mereka dari siang sehingga menjengah malam. Perkara sekecil kuman sehinggalah sebesar cakrawala menbuatkan manusia tidak aman dan kenyang dengan kebahagiaan. Dalam negara heboh isu keluarga ,saham,akhlak,social,kuasa dan segala galanya begitulah di gelanggang antarabangsa isu rampas,sekat,boikot penindasan yang kuat atas yang lemah tiada kesudahannya. Segalanya menambanh runsing dan sesak di dada.

Allah swt menjadikan hambanya dengan dibekalkan jalan penyelesaian dan ubat penenang di kala berhadapan dengan segala macam malapetaka. Ramadhan yang datang setahun sekali mengajar dan mentarbiah kita untuk menggunapakai kurikulum Allah swt menghadapi kemelut jiwa ketika dihunjam aneka permasalahan dunia dan kehidupan.

Allah swt mendidik hati kita supaya membudayakan serta menjadikan zikrullah sebagai mekanisma membina kekuatan dan ketenangan hati. FirmanNya 

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ ٢٨
Maksudnya:

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia”

Ar Raad : 28

Orang yang beriman sentiasa mengingati Allah swt dan sedar sekiranya mereka terputus dari mengingati Allah akan terjarak dari rahmatnya dan mengundang celaka dan mala petaka. Mereka mungkin celik di dunia mata zahir mereka tetapi di akhirat nanti akan dibangkitkan dengan keadaan buta dan dilupai oleh Allah swt lantaran tidak peduli terhadap hubungan dengan Rabb pencipta mereka ketika di dunia. Firman Allah swt:

وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةٗ ضَنكٗا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ ١٢٤  قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرۡتَنِيٓ أَعۡمَىٰ وَقَدۡ كُنتُ بَصِيرٗا ١٢٥ قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتۡكَ ءَايَٰتُنَا فَنَسِيتَهَاۖ وَكَذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمَ تُنسَىٰ ١٢٦ 

Maksudnya:

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.

Thahaa :124-126

Orang mukmin yang sedar menjadikan zikrullah peneman dalam kehidupan mereka dalam keadaan apa sekalipun. Mereka akan berasa satu kerugian besar jika waktu waktu kehiduan mereka tidak dipenuhi dengan Zikrullah.Zikrullah merembeskan semangat keberanian dalam diri seseorang, kecekalan dan semangat perjuangan yang tinggi dan sentiasa merasakan Allah swt bersama samanya. Lantas tiadalah gundah gulana melalui kehidupan dan rencah dunia bagai musafir ketiadaan arah panduan dan hala tuju sebaliknya akan sentiasa terpandu kepada kejayaan dan kegemilangan menuju mercu.

Mereka yang terpimpin dengan zikrullah akan mampu mendepani cabaran dan rintangan dengan hati dan jiwa yang tabah percaya kepada kemampuan diri yang disaluti keimanan yang tinggi kepada Allah swt. Syaitan syaitan jin dan syaitan manusia akan manjauh dan luput dari terus mengganggu dan menggigit istiqomah mereka. Nafsu akan terperosok jauh dari mengganggu kejernihan hati apabila zikrullah membasahi lembar lembar hari yang dilalui. Ingatlah firman Allah swt sebagai peringatan;

أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٖ مِّن رَّبِّهِۦۚ فَوَيۡلٞ لِّلۡقَٰسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ ٢٢
Maksudnya:

“Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.”

Az zumar :22

Penekanan Rasullul saw terhadap zikrullah tidak kita sangkalkan lagi. Baginda mengingatkan umatnya  kedudukan yang tinggi terhadap zikrullah. Bekalan yang ampuh bagi mereka yang mengenali Tuhannya. Sabda rasullullah dalam memotivasikan kita supaya sentiasa mengingati Allah swt  menerusi sabdanya:

عَنْ أَبِيْ مَالِكْ الْحَارِثِي ابْنِ عَاصِمْ اْلأَشْعَرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الطُّهُوْرُ شَطْرُ اْلإِيْمَانِ، وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيْزَانِ، وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ – أَوْ تَمْلآنِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَاْلأَرْضِ، وَالصَّلاَةُ نُوْرٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ . كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَباَئِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوْبِقُهَا

[رواه مسلم]

Maksudnya
Dari Abu Malik Al Harits bin ‘Ashim Al Asy’ari radhiyallahu’anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda, “Kesucian adalah separuh keimanan, Alhamdulillah memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi, shalat adalah cahaya, sedekah adalah bukti nyata, kesabaran meruapakan sinar. Al Qur’an bisa sebagai pembela bagimu, bisa pula sebagai bumerang bagimu. Setiap pagi manusia dapat menjual dirinya, apakah ia akan memerdekakan dirinya atau akan membinasakannya.”

 (HR. Muslim)

Semoga kita tidak jemu dengan zikrullah terutama ketika Ramadhan sedang mendakap jiwa kita dengan penuh kelembutan dan kesantunan. Semoga lantunan zikrullah akan meranapkan amarah,kesombongan dan tinggi diri.  Bertelekulah hati di tanah taqwa dari keinsafan usapan zikrullah.Semoga pesanan Ibn Qayyim dalam kitabnya “al wabil al sayyib” tentang beberapa kelebihan zikrullah dapat memotivasikan kita hidup dengan zikrullah, antaranya:

a)  Zikrullah menghalau syaitan yang suka mengganggu dan zikrullah membawa kepada kegembiraan.
b)      Menguatkan hati dan menyerikan muka serta memurahkan rezki
c)      Menggugurkan dosa dan menghapuskan karat pada hati
d)      Menurunkan Rahmat dan ketenangan
e)      Mendatangkan Pahala berterusan

Akhukum Fil Islam
Sejahtera Bersama Islam
ABD WAHID ZAINOL ABIDIN
LTPKHL

1 comment:

  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete