Pages

Wednesday, September 2, 2009

ISU PERLEMBAGAAN DI PERAK


Ramadhan 1430 masuk hari ke 11 dan bersama barakah Ramadhan yang kita buru perjuangan politik di kalangan pencinta kebenaran dan keadilan terus bernafas dan bersemangat di negeri tercinta Perak Darul Ridzuan.

Krisis perlembagaan yang tidak kunjung hentinya bermula apabila kerakusan BN merampas kuasa di negeri perak Februari lalu. Suara rakyat mahukan agar dewan dibubar namun kerakusan BN tiada taranya dan segala laluan undan-undang menjadi ratahan nafsu serakah mereka.

Hari ini sekali lagi menyaksikan betapa kesungguhan penyokong dan pendokong kebenaran dan keadilan ingin menggunakan hak mereka ,menjalani tugas yang diamanahkan oleh rakyat,namun seperti biasa hak mereka dinafikan. Bezanya kali ini persidangan tetap diadakan namun bukan di bawah pokok tetapi di sebuah hotel. Nampak teratur dan saling tak tumpah seperti di dewan rakyat.

Bila kita amati apa yang berlaku beberapa persoalan dan soalan perlu di jawab.

1. Kalau BN merasakan persidangan kerajaan sah (PR) perak tidak boleh mendatangkan apa apa implikasi kepada kerajaan haram BN perak kenapa persidangan itu perlu dihalang bermati-matian.

2. Khabarnya seorang wartawan ditangkap, kenapa wartawan yang ditangkap ? Mana etika kerajaan dalam menangani isu?. Kalau beberapa juak pemuda dalam UMNO dan BN menempelak kerakusan yahudi di GAZA yang tidak bertimbang rasa melanyak siapa sahaja tanpa mengenal palang merah,askar pengaman dan wartawan, apa kurangnya di Perak. Jangan jadi seperti ayam "mulut sedap berkokok ekor bersalut najis".


No comments:

Post a Comment