Pages

Friday, June 11, 2010

BLOGGER YANG TAK RETI BAHASA

Saya terbaca artikel dalam Blog Pejuang Bangsa.Samaada tulisan atau pendirian beliau atau tidak saya tidak pasti.Cuma tulisan itu terlalu bangang tahap budak tadika KEMAS. Meletakkan sesuatu tidak kepada kedudukan sebenarnya dan memahami huraian dan pandangan tidak berpijak kepada kefahaman yang jitu.Saudara/ri pembaca boleh baca sendiri bagaimana pandangan dan kritikan bloger upahan UMNO yang saya perturunkan dibawah.[Pesanan saya nak kutuk orang biar ada hujah ]

[copy dari blog pejuang Bangsa.blogspot.com]
Heran betul dengan pemikiran ahli Parlimen Pokok Sena si Mahfuz Omar ni. Adakalanya cara dia berfikir dah serupa budak-budak PASTI. Adakalanya nampak macam orang tak cukup akal pun ada.

Minta maaf cakap lah kalau terkasar bahasa sikit, tapi selain dari kecaman rakyat Malaysia terhadap Israel, ada lagi sekor manusia ber ideologi Israel ni harus dikecam juga. Siapa dia? Si Mahfuz ni lah.



Mana tak dikatakan perangai macam Israel. Sebelum ini bukan main lagi ahli Parlimen Pas Pokok Sena ni mengugut kerajaan DS Najib supaya mengadakan sidang khas Parlimen bagi mengutuk serta mendesak tindakan diambil ke atas kezaliman Israel.

Siap bagi tempoh 48 jam lagi kepada DS Najib tu. Tanpa segan silu juga dia melalak di satu perhimpunan jalanan mahukan kerajaan membentangkan plan menyelamat aktivis bantuan rakyat Malaysia yang ada di dalam kapal Mavi Marmara dan juga Rachel Corie.

Dan 5 hari selepas Mahfuz meroyan ugut kerajaan, DS Najib telah membentangkan ususl mengecam dan mendesak tindakan terhadap kekejaman Israel di Sidang Parlimen. Malah, aktivis-aktivis Malaysia yang menyertai Flotila bantuan ke Gaza pun sudah selamat kembali tiba di negara setelah kerajaan berkerjasama dengan Duta-Duta luar bagi pembebasan mereka.

Hari ini, setelah semua isu berkaitan kecaman serta desakan untuk Israel dilakukan dengan cara paling baik oleh pihak kerajaan, Mahfuz meroyan pula mengatakan bahawa tiada gunanya DS Najib membentangkan usul mengecam Israel di Parlimen.

Selain itu, mungkin kerana tertekan dengan kehebatan DS Najib membahaskan usul di Parlimen, Mahfuz mengaitkan pula polisi kerajaan yang dituduhnya sebagai pro yahudi hinggakan nama Tun Mahathir pun diheretnya juga bagi menghentam kerajaan.

Lupakah si Mahfuz bahawa Tun Mahathir merupakan Pengerusi PGPO yang menjadi tunjang utama misi bantuan keamanan Gaza ini?

Apa pula sumbangan Pas terutama Nik Aziz ke Palestin? Mengapa Mahfuz tak melalak bila Nik Aziz dan Hj Hadi lambat mengeluarkan kecaman terhadap Israel? Mengapa Mahfuz tak menyalak kepada Anwar Ibrahim supaya mendesak rakan-rakan yahudinya mengecam Israel?

Patutlah Pas dari dulu hingga kini tak diberikan kesempatan oleh Allah swt menjadi peneraju negara. Dengan adanya manusia-manusia bergenetik lembab seperti Mahfuz ini diangkat menjadi pemimpin didalam Pas, pastinya akan lingkup negara jika pemerintahan diletakkan ke tangan mereka.

Cubalah anda semua bayangkan sendiri kedungguan ahli Parlimen Pas Pokok Sena ini. Dan nilaikanlah sendiri tahap pemikiran manusia seperti Mahfuz ini.

Selain sifat kurang cerdik dan bebal yang dimiliki, inilah contoh terbaik manusia yang bersifat irihati dan juga manusia yang dikatakan "perut busuk" didalam peribahasa melayu lama.

Padanlah mereka-mereka ini dijadikan kuda tunggangan oleh DAP dan PKR jika di lihat dari sudut kedungguan mereka.

No comments:

Post a Comment