Nasib wartawan Awani masih kabur. Difahamkan seorang wartawan dan jurukamera bersama yang lain aktivis kini berada di Haifa setelah kapal LL4Gaza ditunda ke pelabuhan tentera lewat petang kelmarin.
Difahamkan Israel akan menahan semua para aktivis Freedom Flotilla.
Aktivis yang cedera kini dirawat di Haifa, termasuk yang meninggal dunia, ada aktivis yang mati ditembak di kepala. Buat masa ini Israel tidak mahu mengeluarkan apa-apa keterangan berkaitan insiden tersebut.
Selain itu sumber Awani memaklumkan bahawa 12 rakyat Malaysia yang terlibat di dalam misi LL4Gaza berada di atas kapal tersebut.
Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa kelmarin.
Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin -HALUANPalestin
Dr Mohd Arbai’e bin Syawal -HALUANPalestin
Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad -HALUANPalestin
Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi -HALUANPalestin
Mohd Nizam bin Mohd Awang -HALUANPalestin
Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus -Aqsa Syarif
Tn Hj Jamuliddin bin Elias -Yayasan Amal
Dr Selamat bin Aliman -Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Abdul Halim bin Mohd Redzuan -Muslim Care
Mustafa bin Mansur -MAPIM
Ashwat bin Ismail -Wartawan ASTRO
Shamsul Kamal Latif -Juru kamera ASTRO
Doa kupanjatkan padaMu Ya Allah agar mereka semua diberi perlindungan olehMu dan agar misi bantuan LL4G ini berjaya walaupun dihalang oleh Israel Laknatullah... Umat Islam sekalian... Marilah kita bersama-sama berdoa dan memohon pd Allah...
ReplyDelete