Setengah orang berkata apa ada dengan sejarah. Hanya sekadar menceritakan apa yang sudah berlaku. Lirik lagu Tan sri P Ramli berkata "Barang yang lepas jangan dikenang" kalau di kenang merana badan.Namun mengimbau sejarah adalah antara uslub Al Quran yang Allah turunkan untuk mengajar manusia menerusi lisan rasulNya.
Banyak ayat yang Allah turunkan berbentuk sejarah dan semestinya ada tujuan dan matlamat. Method ini Allah ketahui dapat memberi impak berguna kepada manusia dalam perjalanan mengenal tuhannya.Mereka yang mempertikai ilmu Allah ini ternyata rosak iman dan Aqidahnya.
Firman Allah, Bermaksud:
Firman Allah, Bermaksud:
Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah[36] kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.
(Al baqarah ;34)
Ayat di atas adalah ayat sejarah yang Allah turunkan supaya manusia mendapat peringatan agar tidak mengikut kesombongan iblis dan kebongkakannya.
Firman Allah swt ,Bermaksud
Dan (Ingatlah) ketika kami selamatkan kamu dari (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki dan membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. dan pada yang demikian itu terdapat cobaan-cobaan yang besar dariTuhanmu.
(Al Baqarah :49)
Ayat ini juga adalah ayat sejarah bertujuan untuk manusia mengambil iktibar dari perkara yang telah menimpa pengikut Firaun lantaran tidak mahu menurut ajaran yang dibawa oleh Musa a.s.
PERSAMAAN
Menyebut tentang sejarah selain mengambil Qisah Al Quran sebagai iktibar dan panduan, mengimbau sejarah generasi terdahulu juga dapat memberikan pengiktibaran kepada perkembangan dan kemajuan kehidupan. Walaupun sejarah adalah perkara yang telah berlaku dan dan masa tidak boleh diputar kerbali namun menginsafi kesilapan yang berlaku dan meneladani kejayaan yang dikecapi adalah sesuatu yang perlu dan dijadikan panduan.
Melihat sejarah dengan pandangan iman dan matahati yang celik akan menjadikan kita manusia yang akur dengan nikmat kurniaan Allah. Mereka yang menjadikan sejarah sebagai panduan untuk berjalan tidak akan tergamak melakukan penipuan dan penyimpangan fakta hanya bertujuan untuk kepentingan diri semata mata.
GUNUNG SEMANGGOL
Gunung Semanggol dalam singkapan sejarah Tanah melayu dan perjuangan Islam (sengaja penulis tidak mahu menyebut perjuangan bangsa) adalah tempat yang tidak boleh disorok dan dipencilkan. Lahirnya gerakan Hizbul Muslimin dan gagasan ekonomi Melayu Islam di sini adalah tamparan hebat kepada penjajah yang ingin menidakkan keupayaaan ulama dan pejuang Islam.
Minda dan kesedaran ulama yang bertapak di sini ketika itu menjadi penghalang besar untuk penjajah dan talibarut penjajah melebarkan oengaruh sesat mereka. Rasa dan keinginan mempertahan agama Allah tercampak dedalam dada golongan ulama dan dengan rasa penuh tanggungjawab mereka melaksanakan amanah khilafah ini walau dijerat kepayahan dan kekangan.
Kewujudan Maahad Ehya As Syarif di Gunung Semanggol adalah mercu tanda kesungguhan jiwa ulama memelihara Islam.Penulis walaupun tidak pernah menuntut di Ehya Assyarif turut merasa bangga dengan institusi ini yang telah menggamit penuntut dan generasi pencinta agama dari seluruh pelusuk tanah air.Penulis turut merasa bangga kerana diberi sempat oleh Allah menabur bakti walau hanya sekelumit Cuma di institusi ini. Harapan penulis semoga usaha kecil ini menjadi rentetan dan mata rantai menyambug perjuangan ulama terdahulu.
REALITI
Era selepas merdeka dan sehingga era 80an Institusi ini bertahan menggilap jiwa pejuang penegak kebenaran. Namun jiwa penjajah dan talibarut penjajah itu tidak tidur lena memikirkan agenda melakukan “makar” untuk melenyapkan “bahaya dari gunung” ini. Permata yang menjadi mercutanda kehebatan Gunung semanggol disimbah kebejatan agenda pemusnahan Sekolah Agama Rakyat pada era 90an. Mercutanda ini menjadi hidup segan mati tak mahu , terumbang ambing dilambung badai kerakusan talibarut penjajah menjahanamkan permata tinggalan ulama ini.
NOSTALGIA
Baru baru ini penulis pulang ke kampung halaman menjengah bonda tercinta di daerah Gunung Semanggol.Menjelang senja bila menjejakkan kaki ke teratak bonda tiba tiba hati disentap sendu bila terpandang Gunung yang tetap gagah seperti dulu namun sedang menganyam mimpi ngeri lantaran namanya bagaikan kehilangan seri.
Hati ini tertanya tanya apa lagi yang dapat diharapkan dari gemersik sebutan namamu suatu waktu dulu. Kini kau bagai dibiar sepi.Tiada mercu gagah buat menarik dan memimpin generasi menjadi pejuang.
Hati ini tertanya Tanya adakah lagi pemimpin sehebat Abu Bakar Al Baqir yang namanya menggerunkan penjajah dan talibarutnya. Adakah Ehya As Syarif akan sirna seperti zaman gemilangnya.
Penulis bagaikan terlihat jawapannya. Gemilang itu akan datang. Amanah itu akan dapat dijulang ke kemuncak andai keinsafan khalayak mengangkat martabat diri di mercu takwa dan iman serta mengkebumikan amarah, dengki, dendam,kesumat dan penyakit hati. Relakah kita menjadi menusia seperti dalam sabda Nabi “ Hubbu dunya Wa karahiatul maut”?
No comments:
Post a Comment