Manusia yang diciptakan Allah terbahagi kepada dua kelompok besar. Satu kelompok adalah kelompok taat dan satu kelompok lagi adalah mereka yang derhaka dan menyeleweng. Meletakkan ada satu golongan lagi antara yang taat dan menyeleweng menjadikan kita penganut pahaman Muktazilah (Nauzubillah).
Dr Yusof Al qardhawi menyatakan sebab manusia menolak AL Quran (ISLAM ) terbahagi kepada 2.
1. Kerana mereka kafir
2. kerana mereka jahil
Kafir menolak Islam dalam bentuk yang jelas.Mereka tidak mahu tunduk dengan apa yang diperintahkan Allah dan menjadikan manusia pengurus diri mereka sendiri tanpa ada kaitan dengan Allah swt. Kafir menafikan ketuhanan Allah swt. Menafikan ketuhanan Allah boleh berlaku dalam berbagai bagai bentuk, antaranya dengan berlaku syirik,menyembah berhala,mengiyakan khurafat,menghukun dengan hukum ciptaan sendiri serta menafikan peruntukan hukum Allah. Berlaku dalam masyarakat kita hari ini yang kononnya Islam tetapi menganuti kefahaman manusia boleh mengampunkan dosa manusia. ini adalah bentuk kekafiran yang jelas menolak Allah dan Agamanya.
Kafir juga boleh berlaku apabila kita mempersendakan peruntukan Allah dan syariat yang diturunkan. mempersendakan hukuman yang ditetapkan sebagai primitif dan ketinggalan boleh menjadikan seseorang terkeluar dari aqidah yang betul. Mempersendakan sunnah Rasullullah seperti mengatakan "Nabi tidak bercukur sebab tiada pisau cukur" adalah perkara yang termasuk dalam mempersendakan agama. mempersendakan peruntukan yang di syariatkan seperti orang yang syahid di medan jihad tidak perlu dimandikan dengan mengatakan di zaman rasul tidak dimandikan kerana ketiadaan air adalah juga termasuk dalam mempersendakan Agama. Hal ini semuanya boleh menjadikan seseorang kafir kerana mereka melakukan penentangan secara terbuka. Keterbukaan mereka menjadi kafir kerana mereka melihat kebenaran dengan pancaran aqal semata mata tidak merujuk kepada wahyu. Hidup bertuhankan aqal adalah kesesatan. sekalipun memakai nama Islam bukanlah lesen untuk mengeluarkan mereka dari kesesatan kalau kesesatan mengalir dalam urat nadi mereka.
Faktor manusia menolak Islam juga disebabkan mereka JAHIL.
Jahil terjadi kerana ketidakfahaman mereka tentang Islam. ketidak fahaman boleh terjadi kerana seruan Islam tidak sampai kepada mereka. dakwah Islamiah tidak sampai kepada mereka. Persoalan yang timbul apakah seorang guru di sekolah,mengajar pula pendidikan Islam boleh dikategorikan sebagai jahil?. Bolehkan seorang pensyarah di Universiti yang mengajar pula ribuan murid dalam segenap ilmu berkaitan islam dianggap jahil?. Bolehkah seorang mufti yang seringkali menyelesaikan masalah umat dan isu yang berlaku di anggap jahil? kalau mereka tidak jahil kenapa menolak perjuangan yang benar. kalau mereka tidak jahil kenapa bersapa mereka yang sesat lagi menyesatkan. NAMUN mereka tidak boleh diistilahkan dengan jahil. kalau tidak jahil namun masih lagi menyokong kebatil ....itu apa namanya?
berhadapan dengan "juhala'" tidak bermakna tuntutan Islam mesti ditawakufkan. berhadapan dengan juhala' tidak bermakna kebatillan boleh mengambil tempat Islam. Islam dan Al quran mesti dilaksanakan secara tadarruj. mereka (pemegang tampuk pemerintahan) yang berhadapan dengan juhala (kalau benarlah juhala') MESTILAH
1. Ada niat untuk melaksanakan ISLAM secara syumul
2.Mempunyai matlamat yang jelas dan konsisten
3.Mempunyai "target" dan jangka masa ( ertinya tidak selama lamanya kita beralasan Islam belum dipraktikkan sepenuhnya kerana manusia masih jahil) kalau di zaman rasulullah beberapa tahun sahaja istilah jahil telah terhapus dari diri sahabat sahabat dan Islam mentadbir dan memerintah apakah kita yang kononnya mendeka masih memilih pendekatan.. pendekatan..pendekatan yang tak kunjung dekat.
4.memberikan amaran ke arah untuk melaksanakan Al Quran sepenuhnya.
Semoga kita yang berada dilandasan harakah Islamiah ini mempunya kefahaman ini supaya kita tidak termasuk dalam kumpulan pertama yang kita nyatakan.
Abu Afaf
Hulu Langat
7 April 2010
No comments:
Post a Comment