Seluruh khalayak bloger dan rakyat Malaysia sehari dua ini mungkin agak terpana dengan isu yang semakin lintang pukang dan haru biru. Isu pembakaran gereja yang masih belum reda berjabat pula dengan isu blogger ADUKA TARUNA yang semua khalayak bolgger tahu punca dan sebabnya. Angin politik juga semakin bertiup ala ribut antara jadi dengan tidak jadi kerana 9 Februari Mahkamah akan disaksikan oleh jutaan rakyat terhadap keputusan rayuan MB Perak yang Sah dan apa kesudahan akan dapat disaksikan. Andai berpihak kepada DS Nizar orang orang Perak akan mengundi pulak yeop.
Dari isu ke isu hatta isu penangkapan beberapa warga asing menggunakan ISA pada perkiraan saya tidak dapat menandingi isu hangat hari ini apabila 2 Masjid di selangor dicemari tangan ghaib yang celupar,biadap tiada beretika. Penemuan kepala babi di dua masjid di Selangor iaitu Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama ada lambang pencemaran terhadap agama Islam dilakukan sewenang wenangnya. Isu pencemaran rumah allah ini amat berkait rapat dengan keadaan umatnya mempertahankan kesucian Agamanya. Timbul persoalan siapah yang melakukannya? Apa sebab ianya dilakukan. Maklumat awalnya rata rata mengatakan ianya berpunca daripada keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'. rentetan itu juga ada gereja di serang dan ada kuil diserang. Ketika akal yang waras melakukan analisa, penumpuan kepada satu sebab sahaja tanpa memikirkan sebab sebab lain kenapa rumah Allah ini dicemari menjadikan kita kurang menyedari agenda musuh yang lebih besar dari keputusan mahkamah tinggi pada 31 desember 2009.
Islam Penyelesaian ingin mengajak sidang khalayak untuk merenung duduk keadaan. kenapa di Selangor dan Lembah kelang sahaja berlaku percerobohan dan agenda ini. Kenapa tidak di negeri lain? Apakah yang marah kepada keputusan mahkamah hanya orang selangor sahaja? Semua ini perlu dinilai. Perlu direnung kalau kalau ada agenda asing yang cuba ditangguk di air jernih. Bukankah kes kes lain juga sama misalnya soal isu pasir, soal ketidaktelusan,rasuah dan sebagainya apakah hanya diselangor sahaja ada dakwaan dan pendakwaan.
Isu "kepala babi " perlu direnung dengan penuh sedar bimbang bimbang ianya ianya dijadikan tudung saji untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar untuk dilindungi. Klau benar pun ada kepincang untuk dilitupi janganlah sampai menggadaikan kesucian rumah Allah.
Ingatlah kalau sesingkat ini pemikiran, demi menjaga maslahat dunia yang terlalu sikit untungnya sanggup kita cemari rumah Allah kelak nanti Allah akan tunt]jukkan keputusanNya. Ingatlah ini rumah Allah kalau kita tidak berminat menjaganya Tuan kepada rumah ini akan menjaganya. Ingatkahlagi apa kata kata Abdul Mutalib (Datuk Nabi) ketika Abrahah mahu menyerang Kaabah. "Kalau kamu datang mahu merampas ternakan kami, kami akan pertahankannya tapi kalau kamu datang mahu memunahkan rumah ini (baitullah) sedarlah rumah ini ada penjaganya dan Dia akan menjaganya". semoga kita berhati hati jangan nanti kita dihambur secara kolektif oleh tuan punya rumah dan tuan punya dunia ini.

No comments:
Post a Comment