Pages

Tuesday, August 11, 2009

SEJAK BILA UMNO IKTIRAF PAS?

Sehari dua ini saya pelik pun ada hairan pun ada. Apa tidaknya jaguh UMNO yang muda muda,Ketuanya dan timbalan ketuanya mula berceloteh perihal dalam kelambu PAS dan ahli keluarga PAS. Orang tua tua dulu berpesan jangan jadi macam ayam jantan "kokok gegak gempita ,semacam diri bagus benar tetapi tanpa disedari ekor bersalut tahi". Begitulah perihalnya dengan si Pemuda UMNO ini gegak gempita menyarankan PAS keluar pakatan kalau benar ikhlas memperjuangkan Islam.

Agaknya si pemuda ini sudah nyanyuk atau mengigau gara gara hajat menjadi menteri tak kesampaian. Sijak bila pemuda ini mengiktiraf PAS parti islam. Selama ini merekamelebelkan PAS parti retorik,dengan tak semena mena secara tak lansung mengiktiraf memang PAS parti islam dan kena pertahan prinsip perjuangan dengan cara keluar Pakatan. Sedar kah mereka ini bila berhujah. Kaedah berhujah ada "Kulli" dan "Juzzii" nya .silap mengatur kata menjadikan berubah makna dan tujuan dan kadang kadang mengiakan lawan. agaknya itu lah sebabnya Pulau Batu Putih terlepas ke Singapura kerana yang dihujahkan menguntungkan lawan. Samalah macam pemuda pemuda UMNO ini,seni berhujah yang ikut sedap sahaja.

Rasanya eloklah buat masa ini wahai pemuda UMNO jagalah kelambu UMNO yang koyak rabak itu. Nyamuk dan bermacam jenis serangga sedang mengerumuni UMNO yang semakin berbintat dengan bermacam jenis gigitan. Usahlah cuba menjaga kelambu orang lain, kerana kelambu orang lain sudah cukup tukang awasnya. Kalau ada idea bernas selamatkanlah kelambu UMNO itu terlebih dahulu.

Kalau ia juga nak jadi jaguh tentang isu arak di Selangor ,selesaikan dulu masalah mulut mult hancing yang menjadi tulang belakang UMNO.Agaknya UMNO semakin melingkup kerana kita sendiri yang undang laknat Allah swt. Jangan sedap meratah dan mematah tulang lawan dalam keadaan kita berkuasa,fikirkan juga kapal kita sendiri yang akan karam bila bila masa. Insaflah kalau ada lagi yang berminat menumpang kapal UMNO yang akan punah sehari dua lagi.

No comments:

Post a Comment