Pages

Tuesday, August 2, 2011

PUASA:TUNTUTAN FIZIKAL DAN TNTUTAN TAKWA


Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Berpuasalah kamu nescaya kamu beroleh kesihatan”

Puasa seperti diketahui khalayak mempunyai keistimewaan yang banyak. Pakar perubatan telah mengesahkan dengan kaedah keilmuan mereka sehingga menjadi rujukan ramai manusia tidak kira bangsa dan agama. Sebagahian manusia menjadikan puasa sebagai amalan diet menurunkan berat badan terutama mereka yang berhadapan masalah kegemukan. Puasa juga menjadi amalan bagi yang mementingkan kecantikan dan kelansingan. Seperti yang kita ketahui juga setiap pesakit yang akan menjalani pembedahan dikehendaki berpuasa untuk tempoh waktu tertentu bagi menjamin kejayaan pembedahan tersebut.

Bagi umat Islam yang berpegang dengan hadis Rasulullaah apabila menghayati hadis di atas seandainya tiada sekalipun penemuan doctor mereka akan meyakini dan mengamalkan puasa kerana sabda rasul itu tiada yang dusta,tiada penipuan, tiada berkepentingan hatta tiada tokok tambah dan puterbelit.Mereka meyakini dengan sepenuh hati sarat keimanan justeru itu sejarah merakamkan mereka yang patuh dengan ajaran rasul hidup mereka menjejaki mantabat hamba dan melunaskan tuntutan kehidupan didunia dengan jayanya.
Berbicara soal ini boleh kita rumuskan manusia itu beramal kerana tiga perkara
1.       Beramal kerana mahukan KEUNTUNGAN dunia ; seperti berpuasa yang mahukan tubuh tidak gemuk bererti mereka memperolehi beaikannya.
2.       Beramal kerana mahukan SYURGA ; Mereka yang beramal kerana mahukan syurga adalah menyahur seruan allah dan Rasulnya ,anugerah yang akan diberikan kepada mereka yang taat di atas perintah dan suruhanNya.
3.       Beramal kerana itu adalah SURUHAN ALLAH : ini adalah generasi سمعنا و أطعنا” tanpa mempedulikan apa sahaja yang berlaku atas dasar patuh kepada suruhan Allah mereka akan laksanakan sekalipun mereka berhadapan dengan hilang nikmat dunia dan kepentingan dunia. Inilah yang dimiliki oleh generasi awal Al Quran ,mereka patuh tanpa berdolaak dalik. Berbeza hari ini ramai di kalangan mereka yang mengaku beriman tetapi apabila diperintahkan atau dibentangkan tentang tata syariat Allah mereka lah yang paling awal menentang dan memparmainkan syariat allah.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan kefahaman yang lebih jitu kepada kita dalam memahami tuntutan IMAN dan AMAL. Jangan kita terlalu melebihkan tuntutan zahiriah sehingga terlupa kepada kerangka iman dan takwa yang membalut pengertian sebenar kejadian manusia.
Firman Allah swt bermaksud : “Tiak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

No comments:

Post a Comment