Puasa yang disyariatka oleh Allah tercatat padanya segalamacam kebaikan yang tak mungkin mampu diterobosi semuanya oleh akal manusia yang terbatas. Antara penemuan manusia tentang kehebatan syariat puasa ianya memberi ruang kepada manusia untuk memeihara dirinya dari keterlaluan makan dan mengambil makanan. Orang yang berpuasa tidak dibenarkan makan dan minum disiang hari sepanjang tempoh dia berpuasa. Secara tidak lansung ini mengajar manusia untuk menahan dirinya dari mengikut tuntutan nafsu dalam mengambil makanan.
Makanan walaupun ianya penuh dengan khasiat tetapi jika tidak betul pengambilan dari segi kapasiti dan kuantititi serta tidak teratur waktunya akan mengakibatkan mudharat kepada tubuh seseorang. Seorang muslim perlu bersungguh sungguh memelihara kesihatan jasmaninya bagi menjamin kekuatan tubuhnya guna menjalankan tugas dan tanggungjawab yang pelbagai itu. Kaedah yang amat ditekankan oleh islam ialah besederhana dalam mengambil makanan. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.
Allah mengingatkan kita dalam firmanNya yang bermaksud :
“Dan makanlah , minumlah dan jangan kamu melampau-lampau . Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang orang yang melampau”
(Al A,araf : 31)
Sabda rAsullullah yang bermaksud :
“ Bekas yang paling buruk bagi manusia adalah perutnya, Jika ia hendak memenuhinya,hendaklah memenuhinya dengan sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya”
( Riwayat At Tirmizi)
Umar R.a berkata:
“Awasilah dari perut buncit,jangan makan dan minum dengan banyaknya, sebab sesungguhnya ianya merosakkan tubuh,membawa penyakit dan menjadi malas sembahyang, besederhanalah kamu dalam keduanya sebab itulah yang lebih layak, lebih jauh dari melampau dan sesungguhnya Allah taala benci pendita yang buncitperutnya dan gemuk badannya. Sesungguhnya seorangblelaki itu tiadak akan binasa hingga dia mengutamakan hawa nafsunya”
No comments:
Post a Comment