Pages

Tuesday, September 8, 2009

PESANAN UNTUK PEJUANG

OLEH: ABU SHAUKAH FILMANZIL

Kesibukan tugas dan dan urusan seharian kadangkala menyebabkan kita tersasar daripada matlamat perjuangan dan cita-cita sebenar. Justeru itu saya perturunkan amanat daripada almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud @ Libya yang syahid dalam Peristiwa Memali, Kedah sedikit masa dahulu. Bagi sesetengah orang peristiwa itu mungkin telah lama berlalu tetapi bagi saya kenangan itu seperti semalam berlaku. Pahit maung perjuangan hanya dikecapi manisnya oleh segelintir orang . Sebilangan yang lain akan kecundang hanya kerana sogokan kebendaan, pangkat dan kedudukan. Ingatlah maksud firman Allah “Jika kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu”. Amanat ini pernah disiarkan oleh akhbar lidah rasmi PAS, Harakah yang saya tidak pasti tarikhnya. Semoga dapat dijadikan pengajaran dan perkongsian ilmu.


AMANAT USTAZ IBRAHIM MAHMUD


Daripada hidup bercerminkan bangkai lebih baik mati bergalang tanah sekiranya mati itu mati syahid.


Kenapa kita sekarang menjadi makanan kepada orang kafir walaupun ratusan juta di akhir zaman ini. Ini semua kerana dalam diri umat Islam ada dua penyakit. Pertama cintakan dunia.Keduanya, benci atau takutkan mati.


Dan kalau ada dalam diri ahli-ahli PAS dua perkara ini, gelaran pejuang Islam atau mujahidin hendaklah ditarik balik.


Kita minta saudara-saudara kita yang mengucap dua kalimah syahadah, sama ada petani, buruh kasar atau buruh halus,penjawat kerajaan atau swasta, polis pacak, JKKK, askar, FRU, kamu juga orang Islam.


Dan jangan ketika kamu menjadi orang Islam, kamu sekat perjuangan kami dalam PAS ini, perjuangan untuk menegak kalimah Allah. Kamu sekat kami, kami tentang kamu. Kalau kami mati, kami mati syahid. Kalau kamu mati, kamu mati katak.


Saya rasa perjalanan pilihanraya di Malaysia ini umurnya sudah cukup pendek tetapi satu perkara yang kena diingat oleh saudara-saudara yang masih hidup; sesudah kami para mujahidin bertemu dengan Allah di dalam syurga Firdaus. Kamu yang masih hidup akan berdosa di hadapan Allah, zuriat akan datang akan kencing di kubur kamu kalau kamu tidak perjuangkan dan menegak kalimah Allah. Kami para mujahidin sudah berkubur, darah merah kami masih mengalir, kami tinggal di dalam syurga tetapi kamu tetap berdosa dengan Allah s.w.t kalau kalau lari dari perjuangan.


Ingatlah saudara kepada ucapan Khalid Al Walid; kami datang dengan tentera yang cintakan mati seperti kamu datang dengan tentera yang cintakan hidup.


No comments:

Post a Comment