Pages

Friday, September 4, 2009

SPR MUNGKIN ISTIHAR DUN BAGAN PINANG TIADA KEKOSONGAN

Juak Juak Blog mengucapkan Takziah atas pemergian Allahyarham ADUN Bagan Pinang,Negeri Sembilan,Azman Mohd Nor. semoga Allah merahmatinya.

Seminggu lepas blog dipanaskan dengan isu DUN Kota Seputeh Kedah yang dimaklumkan oleh Speaker Dewan Negeri kedah ,kosong berikutan ketidakhadiran ADUN berkenaan yang tidak hadir dewan dua kali berturut-turut. Namun SPR mengeluarkan keputusan DUN berkenaan tidak dikosongkan dengan alasan yang amat mengejutkan pengamal perundangan dan orang awam sekalipun.

Tiba tiba hari ini kita dekejutkan dengan kematian ADUN Bagan Pinang. Soalannya apakah akan ada alasan yang dicipta oleh SPR (merupakan kerajaan yang memerintah)untuk menidakkan kekosongan DUN berkenaan. Umum menyedari bunga silat yang ditarikan oleh SPR tidak bermotifkan lain ianya semata mata menutupi ketakutan kerajaan BN yang fobia dengan Pilihanraya.Akhirnya perencanaan Allah mengatasi segalanya. Mungkin selepas ini masa untuk BN menjernihkan kembali air muka setelah beberapa kali dimalukan dengan kekalahan demi kekalahan dengan ditakdirkan Pilihanraya di negeri kubu kuat BN.

Apatahlagi di negeri Ketua Pemuda Umno yang paling hebat berceramah sekarang ini (mempu menguasai audian dikalangan bangku dan kerusi)semestinya UMNO merasakan mereka akan menang mudah.Namun jangan tersilap ,nanti jangan pula UMNO BN menang 56 undi kata satu undi pun tetap menang. Kalau BN nak menang anak jantah mesti melebihi mejoriti PRU ke 12 lepas.Jaga jaga BN angkara lepas cakap,nanti lihat apa pula dalih.

Ingatlah firmah Allah yang bermaksud :" Kamu merancang,dan Allah juga merancang dan Allah lah sebaik baik perancang."

No comments:

Post a Comment