Pages

Monday, October 5, 2009

APABILA SI LEMBIK BERAKSI DAN AHLI PARLIMEN “BAGAN SERAI” MEMPERALAT AYAT AL QURAN DI PENTAS PAS BAGAN PINANG

Catatan: Abu Syaukah Filmanzil


Tertarik benar saya dengan berita media arus perdana mempromosikan kempen untuk memenangkan calon BN di Bagan Pinang. Seperti yang saya katakan sebelum ini memang UMNO dan BN ini tidak pernah serik dan reti dengan cara kempen yang bersifat murahan. Bagi saya anak kecil di bangku sekolah pun cukup arif dan boleh membuat ulasan berfakta.


Diiringi dengan sekumpulan pemuda UMNO dan Si Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Abdul Azeez Abd. Rahim,Pengerusi Biro Putera UMNO dan juga Ahli Majlis Tertinggi parti itu, yang badannya sendo dan tegap boleh dipelupuh oleh samseng pembangkang. Kelakarnya! Begitu lembik Pemuda-pemuda BN ini, sekali pelupuh sampai loya dan mual-mual dan dimasukkan ke wad.Entah-entah mengandung…. Dahulu sudah berlaku dalam PRK Permatang Pauh, bagaimana seorang petugas BN dimasukkan ke wad kerana dipukul oleh samseng pembangkang. Berhari-hari media memainkan peranan melaporkan hal tersebut tetapi rakyat tetap juga meluat.


Sekiranya betul Azeez dipukul oleh pemuda atau samseng pembangkang, saya mengucapkan tahniah kepada pemuda tersebut. Pukulan anda memang berbisa sehingga menyebabkan saudara Azeez terlantar di hospital kerana muntah-muntah dan mual.Kepada UMNO dan BN,AWAS!, parti anda sedang berhadapan dengan kekuatan yang cukup mantap dan luar biasa daripada penyokong PAKATAN. Bayangkanlah ketua kamu yang berbadan besarpun boleh masuk hospital dengan sekali jentik, apatahlagi jika seluruh pemuda dan penyokong PAKATAN beraksi, pastinya anda akan menerima musibah.


Berdasarkan penilaian saya daripada cerita-cerita laman blog yang pro dan kontra, UMNO dan BN nampaknya menggunakan tektik murahan untuk meraih simpati. Pada mulanya saya sedikit simpati dengan UMNO kerana berkali-kali melalui fasa kekalahan dalam PRK dan ada sedikit harapan setidak-tidaknya UMNO dapat memenangi kerusi di kubu kuat mereka ini, namun hati menjadi semakin jelak apabila meneliti cara media memprovokasi pengundi dan pembaca akhbar seluruh Malaysia dengan cerita-cerita yang disangsikan kebenarannya. Yang pastinya sebahagian penyokong Pas tidak akan melupai peristiwa Memali dan tragedi Lubuk Merbau yang mengorbankan pejuang dan penyokong Pas sedikit masa dahulu.


Perkara kedua yang menjadi saya bertambah jelak apabila meneliti laporan Utusan Melayu Penyebar Fikiran (Fitnah) Rakyat dalam tajuk berita Ayat al-Quran diperalatkan lagi di pentas Pas. Dalam kenyataan itu digambarkan N Gobalakrishnan dilaporkan tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah membaca ayat dari surah Ali-Imran ayat 54 bagi menarik kira-kira 300 penyokong parti itu. Dangkal dan mentah si penulis berita itu. Seperti saya katakan dalam catatan saya terdahulu, pemberita-pemberita media arus perdana ini kekurangan fakta dan ilmu. Bagaimana boleh dipercayai penulisannya. Seperti yang diketahui umum dan menjadi fakta yang tidak boleh diubah, N Gopalakrishnan adalah Ahli Parlimen Padang Serai, bukannya Bagan Serai. Ahli Parlimen Bagan serai ialah Saudara Mokhsin daripada parti Keadilan juga. Jika sekali sebut mungkin tersilap tetapi jika dua kali diulang nampak sangat penulis tersebut buta fakta.


Akhirnya kepada pengundi Bagan Pinang dan sakalian pembaca blog dan media arus perdana, awasilah semua berita yang anda baca dan ingatlah firman Allah “ Apabila datang orang-orang fasik membawa perkhabaran, selidiklah dahulu kesahihan berita tersebut….” Wallahhuaqlam.

No comments:

Post a Comment