Pages

Monday, October 26, 2009

Tulang Besi ;(PERISIK RAKYAT) Proksi Sebenar UMNO

Sidang Khalayak mungkin ada terbaca artikel di bawah dalam Blog Perisikrakyat. Pada fikiran saya ,tak mahu saya layan karenah mengarut penulis "Tulang Besi" ini.

Namun saya difahamkan diluar sana ramai mereka yang baru mengenali jemaah mula terpengaruh dengan anasir jahat pemikiran seperti "Tulang Besi" ini. Kesannya sudah ada pengikut dan pendokong PARTI ISLAM sudah mengkritik secara terbuka dalam bentuk yang amat hina bukan kritikan membina.

Apabila anda membaca artikel di bawah saya mahu anda menilai dan menjawab soalan saya.

1. Layakkah Tulang besi bertanya soalan "

"Benarkah Tindakan Disiplin Telah Diambil ke Atas Hasan Ali?"

2. Adakah Tulang Besi termasuk AJK PAS pusat yang tahu bacaan politik pimpinan dalam menangani kes dan isu? Atau Tulang ebsi sekadar melukut di tepi gantang mengharap kalau ada peluang memakan beras yang tumpah ,kalau kalau ada rakan rakannya yang selerakkan. Atau memang berhasrat mennjadi pengkhainat? Kerana kalau Tulang besi berjiwa "Jamaah TUlin" gaya olahannya mestilah membina dan tidak menghentam- bukankah dalam jamaah kita dididik dengan penuh santun. Ini tidak Hasan Ali yang dilantik oleh pimpinan dirasakan oleh "Tulang Besi" bagai tukang cucinya sahaja. Paling tidak hormatilah dia sebagai saudara muslim. Atau mungkin Tulang Besi sudah menganggap darah Hasan Ali sudah sama dengan darah UMNO.

3. Saya ingin bertana bila dan di mana kenyataan rasmi Majlis Syura atau AJK PAS PUSAT secara rasmi memutuskan Hasan Ali Bersalah dan perlu dijatuhkan hukuman. Saya berharap Tulang Besi kena cerdik. Bezakan antara urusan dalaman dengan urusan luaran. Kalau kesalahan dalam rumah sesama keluarga tak perlu si ayah panggil polis untuk menangkap anak atau isteri untuk didakwa di mahkamah apatahlagi kalau kesalahan itu hanya sekadar "tersilap menyiram bunga jiran sebelah". Mungkin si ayah hanya perlu nasihat. Dan untuk menasihat si ayah tak perlu panggil jiran sebelah untuk datang mendengar sekali leteran ayah pada anaknya
.

4. kenapa Tulang Besi beria sangat untuk untuk Hasan Ali disingkirkan. Apakah ada seseorang yang mahu di naikkan atau ditabalkan. Tulang besi nampaknya juga amat marah dengan Ketua Dewan Ulama Selangor. Apa Penulis ada sesuatu yang tersekat di kerongkong. Tulang besi jangan menyangka dia seorang sahaja terlibat dengan kepimpinan pelajar. Satu yang Tulang Besi tahu mungkin orang lain tahu seribu perkara. Semalam Tulang Besi tahu satu perkara mungkin orang lain sudah 10 tahun tahu.

[ARTIKEL PENUH TULANG BESI DALAM PERISIKRAKYAT]

Benarkah Tindakan Disiplin Telah Diambil ke Atas Hasan Ali?

Puak2 Fraksi UMNO dalam usaha mereka menjatuhkan imej Tok Guru Nik Aziz menyebarkan cerita kononnya pihak Presiden dan pimpinan PAS Pusat telah pun memberi amaran kepada Hasan Ali.

Mereka mahu memberi gambaran kononnya tindakan telah diambil oleh Presiden dan kepimpinan PAS Pusat berkenaan dengan hasan Ali dan segala tindakan beliau yang jelas melanggar keputusan Muktamar. Keputusan Muktamar yang saya rujuk adalah keputusan muktamar yang mewajibkan PAS memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Semua orang tahu apa yang Hasan Ali telah lakukan dan apa yang beliau telah lakukan merugikan serta mensabotaj PAkatan Rakyat.

Saya sudah dedahkan banyak kali dalam blog ini tapi sebagai contoh, sila rujuk artikel saya yang bertajuk “Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT”( )

Segala pernyataan kononnya Hasan Ali telah diambil tindakan disiplin dinafikan sendiri oleh Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blog beliau.

Dinukilkan:
“Sehingga kini Jawatankuasa Disiplin PAS tidak menerima apa-apa surat rasmi berhubung perkara tersebut(Nota Editor: Yakni peristiwa Hasan Ali).”

(http://tuanibrahim.blogspot.com/2009/10/pandangan-dr-abdul-aziz-bari-dihargai.html)
Tuan Ibrahim memberi kepastian sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh kepimpinan PAS Pusat ataupun oleh AJK PAS Pusat berkaitan dengan masaalah disiplin yang dilakukan oleh Dato Hasan Ali.

Saya sendiri telah merujuk kepada ramai AJK PAS Pusat dan mereka sendiri menafikan ada apa-apa tindakan yang telah diambil ke atas Hasan Ali hatta amaran sekalipun pernah dikeluarkan ke atas Hasan Ali di atas segala tindak-tanduk beliau yang jelas berlawanan dengan keputusan Muktamar di Shah Alam dan Ipoh.

AJK Disiplin hanya akan mengambil tindakan memanggil Hasan Ali sekiranya ada surat rasmi dihantar kepada mereka samada dari AJK PAS Pusat, Presiden atau sesiapa sahaja yang berotoriti dalam PAS.

Nasihat saya pada para pendokong Fraksi UMNO, berhentilah menyebarkan cerita-cerita dongeng demi menyelamatkan Fraksi kamu yang semakin dibenci dan ditolak ahli-ahli PAS
Berhentilah berlindung di sebalik “title” ulama kamu hanya kerana kamu lulus Mesir ataupun Indonesia. Hakikatnya, kamu bukan Ulama dan kamu tak sepatutnya dipanggil ulama atas akhlak kamu yang buruk dan perangai kamu yang suka menyebarkan fitnah dan cerita dongeng.

Tulang Besi

No comments:

Post a Comment