Pages

Saturday, July 4, 2015

TAZKIRAH RAMADHAN 1436 (SIRI 17)


Ramadhan : Di Bawah Naungan Al Quran

17 Ramadhan menjelang hari ini dan antara yang menjadi ingatan hari ini adalah hari Nurul  Quran. Walaupun di sana ada khilaf di kalangan ulamak berkaitan tarikh tersebut, di Malaysia 17 Ramahan sinonim dengan sambutan ‘Nuzul Quran”. Nuzul Al Quran dan memperingatinya akan lebih bererti jika semua khalayak menyedari kepentingan dan tuntutan yang sepatutnya dilunaskan terhadap Al Quran.

Abdullah Nasih Ulwan menulis dalam kitabnya yang terkenal “Tarbiatul Aulad” di antara pendidikan penting yang perlu diberikan kepada anak anak sebermula iaya boleh berfikir ialah pendidikan mental. Mental yang sempurna dengan garapan dari acuan yang sempurna akan kenjamin pembangunan insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Dr Abdullah Nasih Ulwan menekankan pendidikan mental anak anak itu mestilah dimulai dengan menanam Al Quran dalam aqal mereka. Beliau menampilkan Sabda Rasullullah yang bermaksud: “ Ajarkan anak kamu dengan tiga perkara; cintakan nabi kamu,  keluarga nabi mu dan tilawah Al Quran”

Golongan salafus Soleh amat menekankan Al Quran sebagai asas yang mesti didahulukan dalam mendidik anak anak.Berkata Saad Bin Abu Waqqas r.a “ Kita selalu mengajar anak anak kita cerita cerita peperang Rasullullah saw sebagaiman juga kita mengajar mereka surah surah dari Al Quran.

Imam Al Ghazali menegaskan dalam kitabnya “Ihya” supaya mengambil berat dan mengutamakan mengajar Al Quran kepada anak anak ,hadis hadis, berita berita orang soleh kemudian barulah beberapa hukum.

Ibnu Khaldun dalam Mukadimahnya turut menegaskan dan menunjukkan kepada kita peri pentingnya pengajaran Al Quran dan penghafalannya bagi kanak kanak. Beliau menyatakan lagi bahawa pengajaran Al Quran adalah asas pengajaran bagi semua dasar dasar  pembelajaran di semua Negara Islam kerana ianya satu satu syiar  dari syiar syiar yang membawa kepada keteguhan iman.

Khalifah Hisyam Bin Abdul Malik berpesan kepada guru yang mengajar anaknya supaya mengajarkan Al Quran sebagai permulaan kemudian syair syair yang baik,pidato,sejarah pertempuran serta mengambil berat aspek pendidikan akhlak yang mulia di samping membiasakan bercampur gaul dengan orang ramai.

Bicara bicara dan pendekatan yang dinyatakan dari mereka yang terdahulu benar benar terbukti membawa kepada pembinaan generasi yang soleh dan kental berhadapan dengan cabaran zaman. Hari ini jika kita berbicara soal kepincangan dan kebobrokan sama ada berkaitan aqidah,pentadbiran,amalan dan ibadah apatahlagi akhlak ianya amat berkait dengan asas pendidikan yang gagal. Pendidikan yang gagal berpunca daripada tidak mendahulukan Al Quran sebagai asas memasuki pintu makrifat dan pembukaan minda anak anak.

Kedapatan isu isu penyelewenga, korupsi,pecah amanah,penipuan,rasuah,rompakan,pembunuhan, perzinaan dan segala macam salah laku adalah berpunca dari jiwa yang tandus tanpa siraman iman. Hidup tidak bermatlamat maka jadilah kehidupan seperti mesin dan jentera menunggu saat musnah dan tidak berguna lagi. Namun hakikat yang mesti disedari manusia bukan mesin dan jentera yang akan dilupakan begitu sahaja sebaliknya mereka ada pertanggungjawaban yang akan disoal di hari kemudian.


Allah memperingatkan hamba hambanya tentang hal ini melalui firmanNya yang bermaksud:

“Dan ditiuplah sangkalala[1270], Maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! siapakah yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami (kubur)?". inilah yang dijanjikan (Tuhan) yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul- rasul(Nya).

*[1270]  tiupan Ini adalah tiupan sangkalala yang kedua yang sesudah nya bangkitlah orang-orang dalam kubur.
Yaasin :ayat 51-52

Generasi yang memulakan proses pembinaan minda dengan Al Quran akan hidup sebagai manusia merdeka dan berpijak di bumi yang nyata serta melestarikan perkara perkara berikut sebagai kewajipan dan tanggungjawab.

a)      Menjadikan Islam sebagai addeen dan sistem dalam mengurus dunia dan kedaulatan

b)      Akan menjunjung Al quran sebagai sumber undang undang dan pensyariatan

c)       Menjadikan panduan dan pengajaran menerusi sejarah Islam dalam menjaga kebesaran dan
 kemuliaan

d)      Mencorak budaya Islam dalam kerohanian dan pemikiran

e)      Akan intimak dalam harakah dan jamaah Islamiah yang soheh dari segi penyaluran tenaga dan semangat, sebagai agen medaulatkan Kalimah Allah yang maha tinggi.

Selamat meneruskan ibadah ramadhan dengan penuh semangat dan kekhusyukan


ABD WAHID BIN ZAINOL ABIDIN
Lajnah Tarbiah & Kepimpinan PKHL
17 Ramadhan 1436

Tazkirah juga boleh diikuti di


No comments:

Post a Comment