Pages

Wednesday, July 8, 2015

TAZKIRAH RAMADHAN 1436 (SIRI 21)


Ramadhan: Antara Nostalgia Dan Rindu

Masihkah teringat bila kali pertama kita berpuasa?. Semasa dilatih ibu ayah mengenal puasa,ada yang mula berpuasa seusia belum mencecah 7 tahun. Ada yang mula bertatih ketika umur darjah satu dan ada yang lebih dari itu. Bahkan ada yang ketika di sekolah menengah baru belajar berpuasa dan memenuhkan puasa Ramadhan. Bilapun kita memulakan hari ini kita adalah “sooimin” orang yang berpuasa dengan penuh akur dan taat pada perintah rukun ke 3 ini.

Mengimbau ketika kita diasuh berpuasa,kedatangan Ramadhan adalah bulan yang menyukarkan bagi yang liat berpuasa. Bermacam alasan ditampilkan kepada ibubapa masing masing untuk mendapat izin agar tidak berpuasa. Alhamdulillah saya dan adik beradk yang 11 orang itu diasuh dan dilatih berpuasa sejak umur 7 tahun. Seingat saya hingga ke hari ini belum pernah saya tinggalkan puasa walau satu hari bermula umur 7 tahun. Bukan ingin saya banggakan, Cuma ingin diketengahkan betapa kaedah dan didikan bonda dan Allahyarham ayahnda yang tiada ijazah dari university dan tiada pula memiliki diploma pendidikan mampu membentuk dan melatih anak anak berpuasa dengan penuh istiqomah.

Kalaupun ada di kalangan kami yang terpaksa meninggalkan puasa tapi saya pasti tinggalnya berganti dan merasai kesalahan akibat meninggalkan ibadah ini. Apabila saya keluar di tengah tengah masyarakat dari dahulu hingga kini saya perhatikan ada kedapatan ibubapa yang kurang memberi perhatian tentang latihan puasa ini mengakibatkan anak anak sehingga lewat usia sekolah menengah masih susah berpuasa dan seringkali mengabaikan tentang ibadah ni.

Hal ini berlarutan sehingga anak anak mencecah usia dewasa,akibat tidak mendapat asuhan dan penerapan untuk berpuasa mereka merasakan puasa hanya sekadar pilhan, boleh untuk dilakukan dan tiada masalah jika ditinggalkan. Baru baru ini saya dengar penjelasan dari seorang waris yang bekerja di sebuah kilang, kata beliau datang bulan puasa ramai orang melayu (Malaysia) bertukar menjadi Nepal. Café dan kedai di kilang laris dengan pesanan dan pekerja pekerja Nepal yang non muslim menjadi sasaran untuk memesan minuman dan makanan.

Saya juga pernah mendengar pengakuan berani daripada sahabat yang suatu ketika dahulu nakal dan tidak mempedulikan soal tuntutan berpuasa. Pengakuan beliau ada ketika apabila lapar dan tiada kedai makanan yang dibuka mereka sanggup makan hidangan dari kedai non muslim yang tidak halal. Ada yang memesan burger yang jelas tidak halal hanya kerana mahu mengisi perut kerana tidak berpuasa.

Saya terfikir kenapa amat sukar untuk berpuasa. Ya pastinya asuhan di peringkat awal itu puncanya. Ibu dan ayah perlu menjadi monitor yang baik bagi melahirkan anak yang boleh patuh dengan ibadah. Alhamdulillah hari ini 4 anak saya telah saya ajar berpuasa sejak tadika dengan monitor dari ibunya. Seusia 5 & 6 tahun sudah ada yang boleh berpuasa penuh,walaupun kadang kadang ada ragam yang perlu dituruti dengan sabar.

Bila mendengar ditengah tengah masyarakat yang didominasi oleh orang Islam ini kedapatan ramai remaja dan dewasa yang mengabaikan perintah ini ,hati rasa bagai dihiris dan terasa jauhnya kita dari kasih sayang Allah jika begitu mudah mereka meniggalkan perintah Allah. Tiadkkah mereka malu anak anak seusia kecil mampu berpuasa penuh istiqomah,mereka yang dewasa tidak upaya menahan titip tarbiah daripada Allah ini.

Bebrapa perkara perlu diperhatikan untuk melahirkan anak yang beristiqomah dengan ibadah khususnya puasa ini merujuk kepada apa yang tiajarkan oleh Rasullullah

a)      Memulakan pengenalan anak dengan kalimah “La Ilah Ha Illallah” supaya kalimah tauhid itulah yang pertama mengetuk telinga anak itu,dan mula mula yang dilafazkan oleh lisannya dan mula mula yang difahamkannya dari huruf dan perkataan.

b)      Mengenalkan pada masa dia mula berakal akan hukum hukum halal dan haram sebagaimana yang dkeluarkan oleh Ibnu Jarir,dan Ibnu Munzir daripada hadis Ibnu Abbas bahawa Rasullullah saw bersabda yang bermaksud:
“ Bekerjalah dengan taat kepada Allah,dan suruh anak anak kamu supaya menurut perintah dan menjauhi larangan,maka itulah pemeliharaan diri kamu dan diri mereka daripada api neraka”

c)       Ibubapa perlu memulakan latihan semenjak anak anak masih kecil degan latihan yang membawa kepada minat untuk beribadah. Tidak terlalu mamaksa dan tidak terlalu longgar.Pesanan Rasullullah untuk kita mempraktikkan tanggungjawab mengajar dan menyuruh anak anak untuk solat ketika berusia 7 tahun dan memukulnya jika enggan ketika umur 10 tahun perlu diberi perhatian.

d)      Mengajar anak anak untuk mencintai Rasullullah saw dan mencintai keluarga RAsullullah saw serta membiasakan diri membaca AL Quran. Menekuni perjalanan rasullullah dan keluarga serta sahabat baginda akan membuahkan beberapa hikmah, antaranya:

i)          Supaya anak anak itu mengikuti jejak langkah orang terdahulu dalam pergerakan,keberanian dan perjuangan.

ii)                   Supaya dia mengikat dirinya dengan sejarah dalam hal perasaan,kemuliaan dan kebanggaan.

iii)                 Supaya dia mengikat dirinya dengan Al Quran dalam hal kerohanian,prinsip.

Semoga di penghujung Ramadhan ini kita tidak bersikap keanak anakkan, bergembira dengan ramadhan yang bakal berlalu pergi. Sebaliknya dakaplah Ramadhan ini supaya rindu padanya akan tetap mekar walau pemergiannya tidak dapat ditahan. Selamat memburu Lailatul Qadr.


ABD WAHID BIN ZAINOL ABIDIN
Lajnah Tarbiah & Kepimpinan PKHL
21 Ramadhan 1436

Tazkirah juga boleh diikuti di


No comments:

Post a Comment