Pages

Sunday, July 5, 2015

TAZKIRAH RAMADHAN 1436 (siri 18)


Ramadhan : Mengintai Peranan & Kewajipan

Subuh 18 Ramadhan Allah swt mentakdirkan saya untuk berada di sebuah surau yang terletak di Kuala Lumpur bersempadan negeri Selangor. Walaupun hari ini saya bergerak dari rumah agak awal berbanding hari biasa kerana menunaikan jemputan sahabat mengisi slot kuliah subuh di Surau tempat beliau menghuni.

Perjalanan seawal 4.45 pagi lansung tidak menjadi halanagn kerana kesesakan lalulintas tidak berlaku di kala itu. Ketika saya melalui laluan Ampang menuju ke Keramat di persimpang persimpangan lampu isyarat mata saya tertancap pada kelibat kelibat beberapa kelompok anak muda yang saya kira bukan baru bangun dan bukan dalam keadaan siap siaga untuk ke masjid. Saya berpersepsi yakin bahawa anak anak muda ini belum melelapkan mata lagi dan apa yan sedang diaktivitikan menimbulkan tanda Tanya.

Hati saya termanggu sambil menekan pedal minyak menuju destinasi. Siapakah gerangan ibu bapa mereka dan bagaimana situasi di rumah mereka dan apa yang sedang bergempita dalam minda dan benak mereka sehigga dinihari membawa ke pagi bagai tiada arah mengatur langkah. Saya mula teringat tazkirah siri 17 yang saya tulis dan titipkan semalam. Apakah ini bahana meninggalkan prinsip pendidikan yang disarankan oleh salafus soleh.

Saya sampai ke surau yang di tuju 10 minit sebelum azan subuh dikumandangkan. Sambil mengunyah sebutir dua kurma dan meneguk mineral water mengambil sunnah mentaahirkan sahur,mata saya meliar melihat kelibat beberapa sosok kaum ibu dan kaum kaum bapa seorang demi seorang semakin memenuhi ruang surau yang agak besar dan kemas. Hati mengelus puas dan teringat apa yang menjadi kebimbangan yahudi sekiranya masih jitu Jemaah subuh dilaksanakan oleh muslim sukarlah mereka menakluki dan menguasa muslim.
Azan Subuh dikumandangkan Jemaah semakin memenuhi ruang dan hati saya berbicara “begini keadaannya di Bandar berbanding suasana di desa dan kampong yang semakin menjolok mata perihal masyarakat terhadap  agama“. Seolah olah segalanya beralih arah suasana di desa yang indah permai dengan pegangan agama yang kukuh beralih ke Bandar yang dikatakan menghimpunkan segala macam onar.

Kalaupun terlalu awal untuk membuat telahan, tetapi seakan fenomena ini sudah semakin ketara. Alangkah indah sekiranya anak anak muda di persimpangan lampu isyarat tadi dijinakkan mereka sama sama memenuhi ruang surau dan masjid. Soalnya siapakah yang sudi mendampingi mereka,menyantuni mereka ,menegur dan mengenalkan kepada makna kehidupan. Tiada kekerasan yang mustahil dilembutkan selagimana ada daya dan usaha, andai ada hikmah yang tersua pada gawat pesta pemuda pemuda. Semuanya menuntut kesungguhan dan mujahadah kehambaan dari hati hati dan jiwa yang sedar tentang tugas dan peranan.

Elok rasanya kita hayati firman Allah yang bermaksud:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Ali Imran :ayat 110

Tiada kemungkaran akan terubah dengan sendiri pada suatu kaum melainkan mereka yang merubahdengan kesungguhan dan kecintaan yang mendalam terhadap usaha itu. Membina kejayaan ini tidak seperti mengharapkan bulan jatuh keriba.Firman Allah swt menegaskan perkara ini yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan[768] yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”

Ar Raad: ayat 11

Semoga seluruh khalayak menginsafi tentang tugas dan tanggung jawab ini di mana sahaja mereka berada sama ada di Bandar,di kota,di kampong atau di desa. Semoga gemerlap sinar Ramadhan menyuntik semangat untuk mara sebagai penyeru membebaskan manusia dari kemunduran iman dan kekenduran taqwa.

ABD WAHID BIN ZAINOL ABIDIN
Lajnah Tarbiah & Kepimpinan PKHL
18 Ramadhan 1436

Tazkirah juga boleh diikuti di

No comments:

Post a Comment