Pages

Saturday, July 11, 2015

TAZKIRAH RAMADHAN 1436 (siri 24)

Ramadhan : Muhasabah Di Penghujung Rindu

Ramadhan Semakin mengesot ke penghujungnya dengan redup sayu terpancar pada wajah manusia berjiwa mukmin. Bagai kekasih yang sukar untuk melepaskannya dan semestinya akan membangkitkan rindu dendam ketiadaannya nanti. Lima hari masih berbaki menyaksikan pemburu kasih Allah terus istiqomah dengan agenda ibadat,munajat,mengikat ribat dengan Tuhannya juga ribat sesama manusia.

Kita berada pada kedudukan pecutan akhir Ramadhan kali ini. Hari hari Ramadhan yang telah lalu perlu di renung pada hari yang masih berbaki ini gunanya untuk mempatri kekuatan dan kekukuhan jiwa dan roh sebagai hamba Al Khaliq. Beberapa perkara yang perlu menjadi senarai semak sebelum Ramadhan berlalu antaranya kita kongsikan di sini:

a)      Kemantapan Aqidah, Iman dan Taqwa – Ramadhan yang datang menjadi medan untuk bermuhasabah adakah kita si hamba yang benar benar berada pada tahap keyakinan,kepercayaan yang tinggi terhadap Allah swt . Antara indicator untuk melihat adakah kita berada pada kedudukan takwa yang cemerlang ialah dengan kita menguji diri kita ,Adakah setiap ibadah yang kita lakukan kita rasai kemanisannya. Orang yang merasai kemanisan Iman adalah orang benar benar berada pada posisi hamba. Sabda rasullullah saw yang bermaksud:

“Barang siapa yang ada padanya 3 perkara ini,ia dapat merasai kemanisan IMAN :

1- Jika ia mencintai ALLAH dan Rasul-Nya mengatasi kasihnya kepada yang lain.

2- Jika ia mencintai seseorang,tidaklah ia cintai melainkan kerana ALLAH.

3- Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka”

b)      Kekuatan & kekhusyukan Ibadah – Hidup manusia hanya bererti apabila dipersembahkan ibadah semata mata kerana Allah bukan kerana tujuan dan matlamat yang lain. Ramadhan yang kita lalui dengan berbagai  ibadah yang kita lakukan Solat,infak,zikir,ziarah,qiam dan sebagainya tidak sewajarnya diluputkan nilainya jika ada tujuan dan niat kepada selain Allah.Firman Allah swt yang bermaksud:

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.”

Al An Amm :ayat 16

c)       Kemurnian Akhlak – Agama yang kita anuti ini mengikat peradaban manusia disamping aqidah yang kukuh dan ibadah yang mantap ianya juga mengangkat manusia dengan akhlak yang terpuji.Amat tidak munasabah hampir sebulan kita di tarbiah jika aspek akhlak ini gagal dipraktikkan dalam kehidupan seperti yang kita sering dengan ada kes kes pergaduhan yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan hanya kerana perkara yang remeh. Semoga kita kita menjadikan diri Rasullullah sebagai suri teladan dalam membina akhlak ini. Allah swt mengingatkan kita untuk mencontohi Rasullullah saw dalam semua aspek kehidupan menerusi firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

Al Ahzab :Ayat 21

Perlu diingatkan mereka yang mahu menjadikan Rasullullah sebagai ikutan mempunyai tiga sifat dan perwatakan

a)      Orang yang selalu mengharapkan Rahmat Allah
b)      Orang Yang meyakini kedatangan hari kiamat
c)       Orang Yang seringkali mengingati Allah (zikrullah)

Semoga bertemu dengan Al qadr

ABD WAHID BIN ZAINOL ABIDIN
Lajnah Tarbiah & Kepimpinan PKHL
24 Ramadhan 1436

Tazkirah juga boleh diikuti di


No comments:

Post a Comment