Pages

Monday, July 6, 2015

TAZKIRAH RAMADHAN 1436 (siri 19)


TAZKIRAH RAMADHAN 1436 (siri 19)

Ramadhan : Bekalan mendepani Mehnah

Hidup di penghujung zaman penuh dengan segala macam dugaan dan fitnah kehidupan pun  semakin rencam. Pelayaran menuju destinasi bukan pelayaran biasa tetapi pelayaran berdepan ombak yang mengganas ,badai dan taufan yang menggila. Mengemudi bahtera perjuangan memerlukan bacaan peta yang tepat dan persiapan pelayaran yang secukupnya. Bekalan bekalan ini akan menghindarkan penyelewengan dan salahlaku dalam pelayaran. Bagi mendepati lautan perjuangn yang luas dan bahtera itu mesti belayar dengan jayanya beberapa asas dan keperluan perlu ada dalam diri nakhoda dan kelasi seluruhnya.

a)      Makrifatullah – Manusia akan selamat apabila mereka mengenali tuhannya dengan sebenar benarnya. Gagal menegali Allah sebagai Ilah dan Rabb akan memunahkan manusia itu dalam kehidupan dunia dan di negeri kembalinya nanti. Firmah Allah swt yang bermaksud:

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya[1316]. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi dia dari apa yang mereka persekutukan.

[1316]  ayat Ini menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah dan Hanya dialah yang berkuasa pada hari kiamat.

Az Zumar :ayat 67

b)      Beribadah – Ibadah si hamba adalah mekanisma hubungan antara hamba dengan tuhannya secara lansung. Hamba yang tidak menitik beratkan soal ibadah kepada Allah ada mereka yang cuba memisahkan kawalan Allah swt terhadap mereka. Ini akan mengakibatkan mereka hilang dari perhatian dan kasih sayang Allah swt. Manusia yang focus kepada ibadahnya akan sentiasa terbimbing untuk berperanan sebagai hamba Allah.

c)       Zikrullah – Damai,tenteram,yakin dan gembira adalah nikmat besar kurniaan yang Allah swt campakkan dalam jiwa manusia. Suasana ini akan berterusan dan kekal dalam kesantunan jiwa manusia apabila zikrullah menjadi perisa beharga dalam kehidupan si hamba. Allah mengingatkan  dengan  amaran kepada orang yang gagal mengingati Allah ,akan berdepan kepayahan  bila berdepan Tuhannya.Firma Allah swt yang bermaksud:

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

Ar Raa’d :ayat 28

d)      Khauffullah (Takutkan Allah) – Hamba yang tunduk dan khusyuk akan memiliki rasa takut dan bimbang terhadap hukuman dan kemurkaan Allah. Segenap kehidupannya akan menjadikan dia sentiasa berwaspada bimbang tergelincir daripada landasan ketaatan.Rasulullah saw pernah berdoa memohon sifat sifat ini dalam doanya yang bermaksud:
“ Ya Allah , kurniakanlah kepadaku dua biji mata yang mudah mengalirkan airmata;dapat menyembuhkan hati dengan linangan airmatanya, kerana takut kepadaMu (perkenankan permohonanku, Ya Allah) sebelum mengalir airmata darah”

(Hadith Riwayat Al Tabrani)

e)      Mendampingi dan Mengasihi Allah – Sejahtara akan hanya dimiliki apabila si hamba sentiasa mendampingi Tuhannya dan memadu kasih setia setiap masa. Segalanya dilebihkan dan diutamakan kepada Tuhannya berbanding kesedapan lain yang bersifat sementara.Mereka sentiasa beringat agar tidak mengutamakan dunia berbanding Allah swt. Allah memberi amaran kepada mereka yang curang kepadaNya menerusi firmanNya yang bermaksud:

“Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.”

(At Taubah :ayat 24)

f)       Redha – Apalah yang lebih bernilai dalam perjuangan manusia dari memperolehi kerdhaan Allah. Manusia yang menuntut redha Allah mereka mestilah menerima dengan redha apa yang Allah tetapkan dan kurniakan semasa hidup di dunia. Rasa cukup dan memadai tanpa ada sangkaan buruk terhadap tuhan adalan nilai hamba yan bersyukur.Ingatlah pesanan Allah swt yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang Telah kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami cobai mereka dengannya. dan karunia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.”

Thahaa ;Ayat 131

g)      Kasihkan Dan Cintakan Rasul –Insan mulia yang bertanggungjawab memimpin manusia ke jalan bahagia ialah Rasulullah saw. Tanpa pengorbanan yang baginda rintis manusia pasti berada dalam kegelapan. Justeru sekalipun generasi kini tidak pernah bertemunya namun perjuangannya kekal hingga ke hari ini dan terus mekar sehinggalah penghujung umur dunia. Tugas kita ialah terus mewarisi amanah ini dalam rencana kepatuhan kepada agama yang diredhai dengan acuan yang telah baginda tempa dan tinggalkan. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

Al Ahzab ;21


ABD WAHID BIN ZAINOL ABIDIN
Lajnah Tarbiah & Kepimpinan PKHL
19 Ramadhan 1436

Tazkirah juga boleh diikuti di


No comments:

Post a Comment