Ramadhan :Lagukan Simpati & Prihatin
Hari ke 25 Ramadhan bermakna kita
sudah semakin hampir ke penamat Ramadhan. Ini juga membawa erti Ramadhan yang
akan ditinggalkan akan disusuli Syawal sebagai lambang kemenangan. Minggu lepas
saya menerima beberapa keping gambar daripada sahabat sahabat di Terengganu,memaparkan
sahabat sepengajian yang menjadi pemimpin masyarakat sedang melayan anak anak
yatim dan kurang upaya membeli persiapan pakaian raya. Melihat gelagat anak
anak mencuba pakaian baru dibantu oleh pemimpin yang bukan ayah mereka sendiri
benar benar menyentuh hati dan perasaan saya.
Terus saya teringatkan 3 anak
saudara yang ketiadaan ayah sejak enam tahun lalu. Sekalipun kelengkapan mereka
boleh disediakan oleh pelbagai pihak, tetapi mereka akan tetap mengenang
hakikat mereka sudah ketiadaan ayah. Hati dan kotak nostalgia ini juga terus
memutarkan rakaman zaman kanak kanak dahulu bersama abang abang dan adik adik di
teratak tepi sawah yang membesarkan dan mendewasakan kami semua dengan karenah
anak seorang petani.
Hidup sebagai pesawah tidak ada
pendapatan harian atau pendapatan bulanan. Pendapatan menjengah hanya ketika
musim menuai menjadikan Abah dan Mak kreatif dengan pelbagai aktiviti menjana pendapatan
keluarga. Untung kami mempunyai abah dan
Mak yang serba boleh. Abah selain dari bersawah juga mahir menoreh. Kami masih
ingat ada masa getah mahal harganya mencecah Rm 6 sekilo berbanding hari ini
khabarnya harga getah pada tahap yang amat menyedihkan khabarnya Rm 2 sekilo. Apabila
abah jual skrap merasalah kami makan sedap sedikit. Walaupun tidak merasa untuk
makan daging fresh seminggu sekali,namun dapat makan gulai atau masak lemak
ikan kayu sudah cukup nikmat bagi kami.
Kami juga walau kehidupan sebagai
anak pesawah yang serba kekurangan tetapi Allah swt kurniakan kami Mak yang
ringan tangan dengan aktiviti membuat kuih muaihnya. Saya masih ingat waktu
pagi semasa ke sekolah saya dan abang akan jinjing bakul kuih yang Mak siapkan
untuk dijual. Zaman Kuih Rm 0.10 Sepotong cukup indah untuk dikenang apabila
kami dan kawan kawan lain menjadi peniaga kuih sebelum loceng berbunyi. Sayangnya
ketika itu tiada telefon canggih untuk rakam aktiviti kami.
Bagi saya kehidupan kami di
teratak tepi sawah itu telah mendewasakan
saya dalam pengertian sebagai seorang yang bersyukur. Apatahlagi ketika detik
ini,saat orang sibuk mempersiapkan sambutan Aidilfitri, nostalgia kanak kanak
saya lansung tidak seperti yang dikecapi oleh anak anak hari ini. Zaman kanak
kanak saya tidak menyaksikan langsir ditukar saban tahun sekadar memasang apa
yang ada. Tidak juga menjadi kemestian kami adik beradik memakai baju
baru,semuanya bergantung kepada kewangan Abah. Kalau kami dapat pakai selipar
jepun baru berharga RM 1.00 pun sudah memadai walau tiada kasut jenama seperti
anak anak hari ini. Sekurang kurangnya dapat juga pakai untuk ke masjid atau ke
kelas mengaji.
Saya pasti zaman kanak kanak yang
kami adik beradik lalui walaupun begitu, tidak segetir anak anak di Palestin
lalui. Begitu juga anak anak di Syria,Irak,Kashmir dan juga terbaru pelarian
Rohingya. Mereka melalui kehidupan yang maha getir dan menguji. Namun ketabahan
mereka terlalu ampuh berdepan tirani penindas yang tidak kunjung henti.
Alhamdulillah hari ini Allah
jelmakan insan insan prihatin yang sudi menghulurkan simpati kepada anak anak
yang ketiada ayah ini atau di sana sebahagian mereka yang melarat mendepani ekonomi yang gawat. Semoga
keprihatinan mereka membela anak anak yatim dan mereka yang mengharapkan
sekelumit simpati menyara kehidupan akan mengundang rahmat dan barakah daripada
Allah swt. Pada hari yang mulia ini marilah kita bermuhasabah tentang
tanggungjawab dan keprihatinan kita
sebagai hamba yang bersyukur dengan merenung Firman Allah yang bermaksud:
“ Sebab itu, terhadap anak
yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.
Dan terhadap orang yang
minta-minta, janganlah kamu menghardiknya.
Dan terhadap nikmat Tuhanmu,
Maka hendaklah kamu siarkan.”
Ad dhuha :ayat 9-11
Semoga pengertian kebajkan hakiki
akan terjelma dalam tindak tanduk kita dengan memahami tujuan syariat Allah dalam
menekankan prihatin sesama manusia. Firman Allah swt yag bermaksud:
“Bukanlah menghadapkan wajahmu
ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi Sesungguhnya kebajikan
itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab,
nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak
yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan
orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan
shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia
berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam
peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah
orang-orang yang bertakwa.”
Al Baqarah :ayat 177
Selamat meneruskan
ibadah,Semoga secerah Langit Ramadhan ini melakar kekuatan jiwa dan raga
menjadi hamba yang diredhai.
ABD WAHID BIN ZAINOL ABIDIN
Az zahrah, Hulu Langat
25 Ramadhan 1436
Tazkirah juga boleh diikuti di
Saya Widya Okta, saya ingin memberi keterangan kerja yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada bangsaku yang sedang mencari untuk pinjaman di Asia dan bahagian lain perkataan, kerana ekonomi yang buruk di beberapa negara. Adakah mereka sesiapa yang mencari pinjaman di antara kamu? Kemudian, anda perlu berhati-hati kerana banyak syarikat pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih tulen sekali dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah menjadi mangsa yang 6 kredit peminjam penipuan, saya hilang begitu banyak wang kerana saya mendapatkan pinjaman daripada syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya ditahan oleh rakyat hutang saya sendiri, sebelum i adalah pembebasan dari penjara dan seorang kawan saya yang saya menerangkan keadaan saya kemudian memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat pinjaman reliabl yang SANDRA Vialone FIRM. Saya mendapat pinjaman saya daripada Rp 900.000.000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam tempoh 24 jam yang i digunakan, Jadi saya membuat keputusan untuk berkongsi kerja yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat anda jika anda memerlukan pinjaman anda lebih baik hubungan SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui e-mel:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
ReplyDeleteAnda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (widyaokta750@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.