Ramadhan, Kemelut & Istiqomah
Perjalanan dari Zamalik melalui
jambatan merentasi Sungai Nill menuju Madinat Nasr ibarat melepasi dua Negara yang berbeza.
Ibarat melepasi sempadan Negara Si kaya dengan Negara Si Miskin. Zamalik yang
menempatkan Kedutaan Malaysia di Kaherah berada di kawasan penempatan elit kelihatan
serba mewah dan tersusun.
Hampir sejam menaiki teksi
membawa saya ke Madinat nasr ,Kawasan yang menempatkan penduduk berpendapatan
sederhana dan tempat golongan gelendangan dan marhain mendakap kehidupan.Memasuki
madinat Nasr terdapat sebuah pasaraya yang agak sederhana mewah menjual
keperluan makanan segar yang agak mesra pendatang (foreigner) sama ada dari
barat atau Asia.Pasaraya “Misr Sudan” tempat tumpuan penuntut penuntut Malaysia
dan Asia Tenggara yang lain membeli keperluan dapur menjelang Aidilfitri. Hari
ini hari ke 27 Ramadhan mengingatkan detik yang berlalu 15 tahun lalu.Hari
sahabat sahabat membanjiri pasaraya “Misr Sudan” terutamanya akhawat dan
pasangan penuntut yang berkahwin membeli kelengkapan meraikan Aidilfitri yang
bakal menjelang.
Walau jauh dari keluarga di
tanahair namun kerinduan diubat dengan resepi yang hampir hampir menyamai
airtangan bonda sudah memadai . Itu sekadar memenuhi naluri keinginan dan
ingatan tanahair terutamanya pada bau rendang dan dan ketupat sahaja.Ada
sesuatu yang lebih berharga dari kerinduan itu sepanjang bermukim diperlembahan
Nill ini. Suasana di “Misr Sudan” menikam hati, sebagai tanda Ramadhan akan
berakhir.
Kenangan masih terpahat.Malam
malam sepuluh Akhir Ramadhan dilalui dengan kenikmatan yang luar biasa. Tarbiah
fardiah membina kekuatan untuk menjadi Muslim sentiasa di intai
peluangnya.Tidak hairanlah 10 akhir Ramadhan menjadi agenda ramai penuntut
Malaysia menuju Masjid Amru Bin Asr di Pinggir Kota Kaherah terutamanya pada
malam 27 untuk bertaraweh dan bermunajat bersama Imam Jibril yang tersohor itu.
Masjid masjid di Madinat Nasr
terus meriah dengan agenda menghidupkan Ramadhan,kedengaran bacaan ayat suci al
Quran sahut menyahut di corong corong pembesar suara memeriahkan suasana yang
tidak dapat dirasai suasana itu di Negara kita kerana faktor penematan yang
tidak sepadat penduduk Kaherah.
Kenangan bersama Ramadhan itu
masih kuat bersarang dalam benak ingatan ini, seminggu sebelum Ramadhan
menjelang pemidang yang terpampang “Maidatur Rahman” dinaikkan di masjid
masjid. Tandanya disediakan makanan berbuka puasa di masjid tersebut. Ramai di
kalangan penuntut penuntut mengambil peluang berbuka di masjid.Apa yang
menyentuh hati ini ketika penuntut Malaysia,Indonesia,SIngapura dan lainnya
sama sama berbaris bersama penduduk tempatan, tiba tipa pengurusan masjid
tampil dan mendahulukan peluang untuk penuntut penuntut dari luar, katanya “Tetamu
didahulukan”.Masyaallah terasa kerdilnya kita dibandingkan dengan mereka
walaupun kedapatan masyarakat mereka sendiri yang merupakan gelandangan dan
golongan memerlukan namun mereka mendahulukan penuntut ilmu ini yang bermusafir
di Negara mereka.
Saya masih ingat ketika krisis
ekonomi melanda Negara negara Asia tenggara,ramai pelajar yang terjejas
lantaran biasiswa,pinjaman atau ongkos kiriman ayahbonda yang tiba seperti
biasa kadarnya semakin susut dan tidak mencukupi. Ramai rakan rakan dan saya
sendiri mengikat perut meneruskan kembara di perlembahan Nill ini. Suatu hari datang
seorang hamba Allah ke asrama tempat saya dan sahabat sahabat menginap dan
bertanyakan saya berapa penghuni di asrama ini.Saya berikan jumlahnya,Sosok itu
berlalu dan selang sejam kemudian dia kembali bersama jumlah ayam yang sudah
diproses mencukupi bilangan penghuni asrama sebagai kebersamaan mereka dengan
kami mengharung sesak berdepan krisis ekonomi. Semestinya jasa itu tidak kami
lupakan.
Sesusah mana pun kami di bumi tersimpannya
kisah Musa dan Firaun itu ada lagi marhain yang terus menongkah hidup dibalut
kemelut payah dan melarat. Kota yang tidak pernah luput dari keriuhan itu
sememangnya mengajar erti hidup dan perjuangan hidup. Hari ini 3 hari sebelum
menjelang Aidil fitri agaknya apa khabar anak anak kecil yang dulu saya lihat
mengusung kotak kotak dan barangan terpakai berkenderaankan kereta kaldai dan
basikal buruk.Anak anak yang dulu dipimpin ibu mengemis dilorong lorong saban
hari adakah mereka mewarisi kehidupan ibunya dahulu atau telah berubah hari
ini. Anak anak yang tercegat di gerai menjual “kibdah” (roti berlauk hati
seperti roti john) memerhati kami menikmati makanan berharga LE 3.00 (3 paund
Mesir) dahulu apakah kini mereka mampu menikmatinya dengan wang sendiri atau
masih kekal menelan liur keinginan yang masih menjadi harapan.Agaknya masih
adakah “ammu” separuh abad yang dulu saya sapa ketika membancuh teh di
pembaringan berlantaikan bumi berbumbungkan langit berhampiran “hadiqah”(taman)
tidak jauh dari penempatan dan asrama kami.Atau “ammu” itu masih membungkus
diri menahan sejuk yang tidak berkesudahan.
Bersama saki baki Ramadhan yang
masih bertamu ini,mari kita panjatkan munajat dan pengharapan walau di manapun kita
dan siapapun kita agar Allah istiqomahkan kita di jalan kebenaran. Biar
kesusahan,biar kekusutan dan biarlah apa sahaja yang menekan diri janganlah
kita disesatkan oleh kekalutan itu. Biarlah nilai itu sirna pada keistimewaan menjadi muslim pilihan
kerana ianya membuahkan keuntungan luar biasa. Seandainya dicangkuk susah ia
bersabar dan sekiranya disimbah senang ia syukuri.Itulah kemuncak kehambaan.
Semoga Firman Allah swt ini
menjadi pedoman untuk terus istiqomah menjadi hamba.FirmanNya yang bermaksud:
“Dan bahwa (yang kami
perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah
kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), Karena jalan-jalan itu mencerai
beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu
bertakwa.”
Al Anaam :ayat 153
Juga FirmanNya yang bermaksud:
“Dan bahwasanya: Jikalau
mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar kami
akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak).”
Surah Jin :ayat 16
ABD WAHID BIN ZAINOL ABIDIN
Innova BJE9130
27 Ramadhan 1436
Tazkirah juga boleh diikuti di
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
ReplyDeleteCasinos in Atlantic City, NJ - MapyRO
ReplyDeleteRestaurants · Restaurants 공주 출장안마 · Casino 전주 출장마사지 · Restaurants · Things to Do 충주 출장마사지 · Things 전라남도 출장안마 to 충청북도 출장샵 Do