Pages

Thursday, July 10, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN (10)



MENGGAMIT RAHMAT ALLAH
Allah dengan sifat RahmahNya mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada hamba hambaNya.KurniaanNya yang mulia tidak dapat dihitung dan dikira serta tidak terbanding dengan apa yang kita lihat. RahmanNya meliputi seluruh makhluk seantero Alam.
Pemurahnya Allah swt sering kita ungkap dan puji sebagai tanda syukur menerusi bacaan wajib dalam solat menerusi surah Al Fatiihah “Arrahman Nirrahim” Yang maha pemurah lagi maha penyayang.Hebat dan besarnya kurniaan Allah kepada hamba hambanya menandakan Dialah tuhan yang Maha agung memberi kepada hamba segalanya tanpa meminta balasan dalam masa yang sama menunjukkan Maha Kayanya Allah atas kurniaannya yang tidak habis habis walaupun berterusan dilimpahkan kepada makhluk ciptaanNya.
Sebanyak mana sekalipun kurniaan Allah kepada hamba hambanya tidak akan dapat dibanding dengan keistimewaan kurniaan kasih sayang Allah kepada hambanya yang terpilih. Inilah kerahmatan yang tiada taranya yang didambakan oleh hamba hamba yang mengharapkan bahagia di sisi Tuhannya.
Allah berfirman menerusi kitabnya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah (orang-orang yang) mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Al-Baqarah 2:218)

Menerusi ayat di atas dapat kita fahami si hamba yang mengharapkan kasih sayang Allah (RahmatNya) memerlukan syarat tertentu supaya tidak terhijab dari kurniaan yang hebat itu.

a)      Beriman – menjadi syarat utama bagi memperolehi Rahmat Allah swt. Bersama kehadiran Ramadhan ini marilah kita memperbaharui atau “mentajdidkan” iman kita mudah mudahan kita sentiasa dalam lingkungan iman yang soheh.

b)     Berhijrah – Hari ini orang berbicara tentang tranformasi, budaya berubah dari keadaan yang tidak baik kepada baik dan dari baik kepada cemerlang haruslah menjadi budaya dalam kehidupan.Kehadiran Ramadhan adalah masa terbaik untuk koreksi diri untuk melakukan apa sahaja perubahan positif samaada dalam budaya kerja , berfikir dan bertindak.

c)      Berjihad – Kehidupan memerlukan perjuangan, merubah corak hidup dari berteori dan retorik kepada budaya kerja besungguh sungguh dalam ketaatan dan melunaskan perintah Allah dari sekecil kecil perkara sehingga sebesar besarnya.

Semoga dengan melunaskan syarat ini kita Berjaya mengecapi Rahmat Allah yang maha Agung dan tidak bertepi itu.

No comments:

Post a Comment