Pages

Friday, July 18, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN (20)

KHUTBAH KHAS GAZA
(Adaptasi daripada kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)



السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah swt:
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ ١٢٠

Yang Bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Al Baqarah :ayat 120

Ketika umat Islam bergembira dengan kedatangan Ramadhan, sekali lagi dunia di gegarkan dengan kekejaman manusia yang tidak bertamadun rejim Israel. Operasi  pembantaian kejam terhadap rakyat Gaza kembali dilancarkan dengan rakus dan tidak berperikemanusiaan telah membunuh orang awam yang tidak berdosa.Bahkan mereka seolah olah mencabar kekuasaan Allah dan kesucian Islam.

Sebenarnya kezaliman dan keganasan yang telah dilakukan oleh mereka semenjak berpuluh-puluh tahun dulu telah menyaksikan isu-isu kemanusian sering ditimbulkan dan mereka tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita atau orang biasa. Mereka akan membunuh tanpa rasa belas kasihan dan hak.


Keganasan mereka ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 155:

فَبِمَا نَقۡضِهِم مِّيثَٰقَهُمۡ وَكُفۡرِهِم بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَقَتۡلِهِمُ ٱلۡأَنۢبِيَآءَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَقَوۡلِهِمۡ قُلُوبُنَا غُلۡفُۢۚ بَلۡ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَيۡهَا بِكُفۡرِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُونَ إِلَّا قَلِيلٗا ١٥٥

Yang bermaksud:

“Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar dan mereka juga mengatakan: Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad). (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).


Sidang jumaat Yang dirahmati Allah

Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa hati kita turut hancur luluh bersama kehancuran rumah-rumah kediaman milik rakyat Palestin akibat diserang tanpa perikemanusiaan olehIsrael.

Yahudi ialah bangsa yang dilaknat oleh Allah SWT. Ia termaktub di dalam banyak ayat-ayat Al-Quran. Salah satunya ialah ayat yang diwajibkan Allah SWT ke atas kita untuk membacanya di dalam solat iaitu ayat di dalam Surah Fatihah. Selepas kita diwajibkan memohon daripada Allah SWT agar dikurniakan jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang diberikan nikmat, Allah SWT terus mendatangkan ayat selepasnya iaitu “bukan jalan orang-orang yang dimurkai”. Sepakat para ulama menyatakan bahawa golongan yang dimurkai ini ialah orang-orang Yahudi yang membelakangkan iman mereka kepada Nabi Muhammad SAW hanya kerana darah bangsa yang berbeza.

Yahudilah bangsa yang membunuh para nabi sekalipun nabi-nabi itu dari kalangan bangsa mereka sendiri. Jika mereka sanggup membunuh para nabi, apakan pula untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin pada hari ini. Jenayah membunuh anak kecil itu sangatlah remeh di pandangan mata mereka jika dibandingkan dengan kesanggupan membunuh para nabi.

Sidang Jumaat sekelian

Tidak dinafikan ada bangsa Yahudi yang memeluk Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT, tentunya mereka ini terhindar dari kutukan yang dimaksudkan oleh Allah SWT. Namun secara umumnya itulah sifat bangsa Yahudi iaitu melebihkan diri mereka berbanding bangsa yang lain. Darah mereka dianggap mulia daripada darah bangsa yang lain. Justeru, nyawa bangsa yang lain itu dianggap sebagai murah tanpa harga dan sewenang-wenangnya dapat ditamatkan bila-bila masa sahaja.

Satu daripada tanda sesatnya Yahudi ialah mereka mendakwa sebagai anak Allah SWT. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya.

Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali"
(Surah Al-Maidah, ayat 18)

Sidang Jumaat sekelian

Sejak tercetusnya serangan ke atas bumi Gaza, kita menyaksikan tidak ada dunia dan kuasa besar yang menyatakan sokongan dari sudut memimpin misi keamanan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat yang tertindas.Apa yang berlaku seolah mengulangi sejarah perjuangan yang dilalui oleh Rasullullah dan para sahabat.ketika mana tentera Ahzab mengepung umat Islam ,bekalan makanan disekat sehingga umat Islam berada dalam tekanan yang hebat.

Hari ini tetangga Palestin seperti Mesir yang selama ini menjadi harapan setelah dipimpin oleh perampas, diam membisu bahkan penutupan sempadan Rafah yang menyulitkan bekalan dan bantuan untuk sampai ke Gaza adalah kezaliman terancang penuh persepakatan bersama israil untuk menambah derita kepada umat Gaza.

Dalam kesempitan dan tekanan yang hebat itu ,lebih mendukacitakan kita Israil bagaikan menyimbah minyak pada konflik yang berlaku apabila salah seorang Ahli Parlimennya “Ayalet Shaked” mengeluarkan kenyataan agar semua ibu ibu anak palastin dibunuh keseluruhannya kerana mereka itulah yang melahirkan ular ular kecil.

Ayat ayat celupar dan bongkaknya turut menyatakan

“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh,"

Sidang Jumaat sekelian

Pedih hati kita semakin terasa apabila kempen memboikot barangan keluaran proksi yahudi Israil dipandang remeh oleh sesetengah pemimpin dan sebahagian khalayak yang tidak berhati perut dan bersifat binatang. Pemikiran mereka ini tidak berpijak kepada prinsip perjuangan dan pimpinan wahyu.

Tidakkah kita ingat peristiwa ketika Nabi Allah Ibrahim dibakar, bagaimana seekor burung menyimbah air dengan paruhnya untuk memadam api yang marak itu. Apakah mampu dengan air dari paruhnya memadamkan apai sebesar itu?Semestinya tidak, tetapi haiwan seperti burung itu tidak mahu nanti dipersoalkan kerana tidak melakukan usaha untuk menyelamatkan Pesuruh Allah itu.Apakah kita yang bernama manusia ini tidak mahu menjadi bijak berbanding haiwan?

Dalam berhadapan kemelut dan penindasan ini ,Hanya Bregid Izziddin Al qassam yang menjadi harapan saudara saudara kita di Gaza. Alhamdulillah serangan balas berbekalkan iman, menjadikan hari Ini Israil dilaporkan dalam kebimbangan apabila Kelompok yang dipandang kecil dan lemah ini mampu memberikan tentangan yang mengharu harakan tel Aviv.

 Kita sebagai umat Islam dengan penuh yakin beriman dengan ayat Allah menerusi FirmanNya:

كَم مِّن فِئَةٖ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةٗ كَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ ٢٤٩

 "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."

Al Baqarah 249

Sidang Jumaat sekelian

Marilah sekalian umat Islam agar bangkit membantu saudara seagama kita yang sedang menghadapi ujian di bumi Gaza ekoran sifat kebinatangan bangsa Yahudi. Berdoalah dan hulurkan bantuan. Para ulama wajib bangkit memberikan kesedaran kepada masyarakat. Jangan ada yang menyinsingkan jubah bimbang terpercik darah rakyat Palestin sedangkan dirinya hidup dalam kemewahan akibat menjual fatwa.

Ramadhan ini peluang kita untuk memanjatkan doa yang Insya-Allah dimakbulkan oleh Allah SWT. Pasakkanlah  keyakinan Insya-Allah, bangsa Yahudi yang zalim ini sedang berjalan menuju ke saat kehancuran mereka yang telah dijanjikan Allah SWT.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩

 "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Abd Wahid Zainol Abidin 
L.Tarbiah PKHL
20 Ramadhan 1435


No comments:

Post a Comment