Pages

Wednesday, July 16, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN (18)



RAMADHAN BULAN AKHLAK
(SIRI 1)
Hari ini sudah masuk hari ke 18 kita berpuasa ,berada dalam kehebatan madrasah Ramadhan yang membina kekuatan jiwa,keimanan,kejituan ibadah dan kesempurnaan akhlak.Kehadiran Ramadhan semestinya memberi kesan yang mendalam terhadap pemeliharaan tatasusila dan akhlak sebagai seorang Muslim. Pada saat nafsu ditambat dengan kelaparan yang membangkitkan keinsafan, semestinya di sana ada rasa yang membasuh naluri untuk berkata aku taat,aku patuh dan aku ingin berada dalam kesempurnaan sebagai hamba.

Sabda Rasullullah saw yang bermaksud:
“Apabila seseorang berpuasa,janganlah ia melakukan rafas (mengeluarkan kata kata yang menimbulkan rasa berahi,lucah atau bersetubuh) dan bertengkar.Jika ia dicerca atau diperangi maka katalah:”saya ini berpuasa”
(Muttafaqun ‘alaih)

Ciri ciri kesempurnaan hamba antaranya ialah mempastikan akhlak terpelihara dari sebarang tingkahlaku yang mencemar peradaban dan tatacara muslim yang hak. Muslim yang hak itu mesti meraikan beberapa perkara tentang akhlak antaranya:

aa)   Menjauhi perkara perkara syubhah. Sifat warak dengan mengambil kira hal hal yang samar dan tidak pasti mestilah diutamakan oleh muslim yang ingin kesempurnaan. Sikap tidak kisah dan mengambil kira soal keutamaan akan membara kehidupan yang serba boleh dan membawa kepada meringan ringankan hukum.

Sabda Nabi saw yang bermaksud :

“Seorang hamba (Allah ) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tidak menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati hati dari terjerumus ke dalam kesalahan”

(H.Riwayat Tirmizi)

bb)   Memelihara penglihatan

Kita biasa mendengar ungkapan “dari mata turun ke hati” ungkapan ini benar sekali kerana apa yang dilihat oleh mata akan membawa ke hati untuk dilaksanakan dalam bentuk perasaan atau tindakan anggota.Cuba renungkan jika apa yang dilihat itu adalah kemaksiatan dan tegahan maka ianya akan mendorong dari dan anggota untuk melaksanakan maksiat dan tegahan itu. Allah swt mengingatkan kita untuk memelihara penglihatan menerusi firmanNya yang bermaksud:

“Katakanlah kepada orang orang mukmin supaya memelihara pandangan mereka”

(An Nur : 30)

c)      Memeilhara Lidah.

Ungkapan “Lidah tidak bertulang” juga sering kita dengar. Lidah mudah berkata,mudah menuturkan apa sahaja perkataan.Namun sebagai seorang muslim apa yang ingin dituturkan, di sana ada perkiraan yang melibatkan dosa dan pahala. Kata kata yang tidak berfaedah,bohong,kasar,jelek,keji mengeji dan mengadu domba semuanya kejahatan lidah yang wajib dihambat jauh dari mejadi pakaian seorang muslim.

Ingatlah pesanan Rasullullah saw yang bermaksud:

“Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya”
(H.Riwayat Tirmizi)

dc)   Bersifat malu; 

s    Sebagai muslim sifat malu perlu ada dalam semua keadaan.Namun perlu diingat kita tidak boleh malu untuk melakukan kebaikan dan jangan malu untuk mencegah kejahatan dan mungkar. Pelaksanaan sifat malu boleh dilihat apabila kita tidak mencampuri urusan orang lain,memelihara pandangan,merendah diri,tidak meninggikan suara ketika bercakap,berasa cukup dan tidak meminta minta dan banyaklagi. Sabda Rasullullah saw yang bermaksud:

“Dan sifat malu itu adalah satu dari cabang iman”
(Hadith Riwayat Baihaqi)

ed)  Lemah Lembut & sabar

Akhlak dan sikap yang agak sukar untuk dipelihara dalam kehidupan kita adalah lemah lembut dan sabar.Tindakan yang mengutamakan kepentingan diri menjadikan kita keterlaluan dalam bertindak dan ini akan memusnahkan sifat lemah lembut dan sabar ini. Apabila sifat ini tumbuh dan menjadi teman diri maka nilai ketahanan untuk berhadapan perjuangan akan pudar.Kita sedia maklum dalam medan dakwah yang kita lalui sifat melampau,keras hati,marah,keterlaluan dalam bertindak adalah halangan halangan dakwah. Bolehkah sifat sifat dan halangan halangan itu kita tempuhi tanpa ada lemah lembt dan sabar.tepuk dada Tanya iman kita kan temui jawapan.

Hayatilah firmah Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

An Nurr: 22

Ingain saya kongsikan kata kata yang guru saya titipkan lewat komennya dalam fb saya pagi tadi tentang رمضان

ر= رحمة              (Rahmat)                 
م= مغفرة            (Keampunan)
ض= ضمان بالجنة (Jaminan Syurga)                 
ا= امان............. (Keamanan&Keselamatan)              
ن= نجاة من النار  (kejayaan,Pelepasan dari neraka)              

Bersambung siri 2….

Abd Wahid Zainol Abidin
L.Tarbiah PKHL. 18 Ramadhan 1435

No comments:

Post a Comment