Pages

Sunday, July 20, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN (22)



APAKAH ROH BADAR BERSAMA KITA?

Tika ini Gaza terus di injak luka,  kezaliman bikinan Israil terus mengodam tanpa belas kasihan menyaksikan bilangan syahid terus bertambah dan ribuan mangsa cedera serta kemusnahan yang tiada tara. Kelahapan bangssa yahudi ini seolah merekalah bangsa maging yang meratah sesama manusia seolah lazatnya daging umat ini.

Pada masa yang sama pada sudut yang kita kurang memerhatikannya, Syurga sedang menanti kehadiran para syuhada yang cinta beristirehat di sana. Puluhan ribu pula anggota pelaksana kezaliman yang sedang menempah neraka iaitu Israil laknatullah. Kita juga barangkali terlupa untuk mengira jiran jiran Gaza yang buta,bisu dan pekak melihat saudara mereka dihina dan disiksa.

Peperangan pada bulan mulia ini mengingatkan kita pada peristiwa “Badr Kubra”yang merakamkan seribu satu pengajaran dan pentarbiahan rabbani kepada pencinta perjuangan. Badr Kubra mengiktibarkan kepada kita mutiara iman,nilai perjuangan dan kefahaman mendalam dalam menongkah kehidupan sebagai hamba yang sedar dan bertanggungjawab.

a)      Badar dan sikap bongkak musuh

Khalayak sedia maklum peperanagn Badar adalah berpunca dari gerakan untuk memintas khafilah perdagangan Kafir Quraisy yang dipimpin oleh Abu sufian. Abu sufian menghantar utusan memohon bantuan bagi berhadapan dengan segala kemungkinan. Dalam perjalanan pulang Abu Sufian Berjaya mengelakkan pertembungan dengan pasukan Rasullulllah apabila mereka memilih jalan persisiran pantai.Lantas Abu Sufian mengutuskan utusan memaklumkan kepada pihak mekah agar membatalkan penghantaran bantuan. Namun sifat bongkak yang tertanam dalam diri pimpinan Kafr Qusaisy ,Abu Jahal mengakibatkan peperangan itu tercetus dan natijahnya kekalahan yang yang amat mengaibkan berpihak kepada kafir Quraisy.

Allah merakamkan keangkuhan kafir Quraisy menerusi firmanNya yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya.”

Al Ahzab :47-48

Sikap bongkak dan berpenasihatkan Iblis inilah yang sedang menghuni di dalam hati Israil laknatullah sehingga mereka merasakan tidak ada kuasa lain yang boleh menewaskan mereka.Mereka harus sedar kuasa Allah mengatas segalanya.Hari ini mereka berhadapan dengan rencana Allah yang maha hebat yang tidak mampu ditepis oleh kehebatan persenjataan mereka. Briged Izzeddin Al Qasam dengan persenjataan yang jauh lebih lemah berbanding Israil mampu memberikan tamparan hebat sehingga membawa kegerunan pada tentera Israil dan penduduk Israil itu sendiri.

Perbandingan antara mereka yang berjuang menegakkan agama Allah berbeza dengan kumpulan taghut yang menegakkan kebatilah.Allah menegaskan dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

An Nisa : 104


b)      Badr Dan Gerakan yang tersusun

Rasulullah saw apabila menerima isyarat wahyu daripada Allah tentang pertembungan dengan musuh di badar telah menggerakkan gerakan yang tersusun. Bermula dengan menghantar pasukan tinjauan untuk merisik dan meninjau kekuatan musuh sehinggalah kpada membentuk ketumbukan tentera yang tersusun dipimpin oleh Baginda sendiri.

Baginda tidak mengabaikan peranan syura dalam membuat keputusan dan baginda mendengar pandangan para sahabat dalam membentuk formasi untuk menentang pasukan Kafir quraisy.Hatta keputusan sama ada untuk meneruskan memintas pasukan musuh perlu diteruskan atau tidak diputuskan dengan mengambil kira keputusan para sahabat.Ketika rasullullah mengutip pandangan sahabat inilah Miqdad Bin Al Aswad R.A berkata:

“ Wahai Rasulullullah teruskanlah apa yang telah ditunjukkan kepada mu oleh Allah,kami bersama demi Allah. Kami tidak berkata kepadamu sepertimana Bani Israil bekata kepada Nabi Musa,Pergilah kamu bersama Tuhanmu,berperanglah kamu berdua,kami ingin tinggal di sini sahaja,tetapi kami berkata:Pergilah kamu bermama Tuhanmu,kami pasti akan berperang bersama bersama kamu berdua,maka demi Tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran,kalau engkau berjalan dengan kami menuju be Birk al Gamad (satu tempat yang jauh di yaman) nescaya kami pergi bersamamu sehingga sampai walau apapun yang terjadi”

Kehebatan rasullullah membina fomasi dan mengambil kedudukan yang strategik disamping mengatur barisan pejuang yang tersusuh adalah kekuatan yang melumpuhkan musuh walaupun bilangan musuh yang ramai berbanding pasukan Islam.Firman Allah swt yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

As Soff : 4

c)      Badr dan kekuatan doa serta bantuan Allah.

Kemenangan di Badr juga adalah dengan bantuan Allah swt yang memperkenankan doa Rasullullah dan kaum muslimin.kebergantungan dan pengharapan yang tidak berbelah bagi kepada Allah swt menjadikan kekuatan luar biasa dimiliki oleh tentera Islam di Badar.


Sejarah menunjukkan kepada kita pada malam berlakunya peperangan Badar bagaimana Allah menurunkan hujan dan mnganugarahkan rasa mengantuk kepada tentera Islam.turunnya hujan rahmat dan rasa mengantuk yang memberi ruang tentera islam mendapat rehat yang secukupnya untuk berhadapan dengan tentera kuffar.

Bagaimana Rasullullah saw berdoa dengan sepenuh hati seperti dicatat dalam kitab sirah yag bermaksud:

“Ya allah ya Tuhanku,tunaikanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku,Ya Allah,ya Tuhanku kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah ya Tuhanku,jika engkau binasakan pasukan yang kecil ini,Engkau tidak disembah lagi di bumi ini”

Sebagai orang yang beriman dengan bantuan Allah ,bersama semangat Badar ini marilah kita semarakkan Roh jihad menjadi pelengkap perjuangan dengan meyakini bantuan Allah akan diturunkan kepada saudara kita dan pejuang kita di Gaza.Hayatilah firmn Allah swt yang bermaksud:

“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”


Ya Allah Ya Tuhan kami ,kami merayu bantulah saudara saudara kami di Gaza dan hancurkanlan ketumbukan musuhMU

Aminn Ya rabbal Alamin


                Tazkirah juga boleh dibaca di http://islampenyelesaian.blogspot.com


                Abd Wahid Zainol Abidin
                L.Tarbiah PKHL. 22 Ramadhan 1435

No comments:

Post a Comment